Hari Belia Negara 2011
Poskad ni aku dapat tahun lepas masa sertai pertandingan Hari Belia Negara 2010. Tahun ni sasaran mereka untuk menghimpunan sejuta belia pada 27-29 Mei 2011. Nampak gayanya tahun ni pun aku tak dapat pergi sebab aku masih bercuti di kampung halaman. Kalau sesiapa yang pergi tu selamat bergembira dan boleh check aktiviti yang ada di sini.
6 Bulan Bersama P1 Wimax
This post base on my experience after six month i’m subscribe P1 Wimax.
Ya dah 6 bulan aku menggunakan perkhidmatan P1 Wimax. Aku tak kisah kalau kawan-kawan nak sakat aku kata duta ke apa sebab dalam 6 bulan terakhir ni, wimax adalah satu-satunya talian perkhidmatan internet yang aku gunakan. Aku mana ada iPad, nak online kat handphone pulak aku jarang subcribe mobile internet, takat nak online kejap-kejap boleh la, kalau nak buat kerja, assignment semua terpaksa menghadap laptop jugak. Nak lepak mamak guna wi-fi, baik P1 aku laju lagi nak habaq mai kat hampa semua #fact
Gambar di atas adalah testimonial dari aku mengenai P1 Wimax. Ayat-ayat diatas di ambil dari post ni. Sejak aku menggunakan laptop wimax ready 4G, aku sering bawa laptop kemana-mana aku pergi bersama. Pertama sebab aku tak perlu hotspot untuk mendapatkan talian internet dan kedua aku sering mencuba kelajuan dan kepantasan melayari internet di kawasan-kawasan berbeza. Dengan ini aku dapat lihat sendiri tahap coverage di setiap tempat yang aku gunakan dan bandingkan kelajuannya di setiap tempat.
Dalam post ni aku akan nyatakan baik buruk pengalaman sendiri sepanjang 6 bulan aku menggunakan P1. Untuk berlaku adil, aku akan nyatakan 2 kebaikan dan keburukan dan tak terlalu bias dan troll sebab aku tak dapat apa-apa pun. Di ulang sekali lagi ni berdasarkan pengalaman peribadi dan mungkin pengalaman aku tak sama seperti orang lain.
Yang Baik
1. Mesra Khidmat Pelanggan
Khidmat Pelanggan atau Customer Service adalah satu yang perlu kita titik beratkan apabila melanggan sesuatu servis. Di sini kita dapat lihat, membezakan sesuatu syarikat ialah cara mereka melayan karenah pelanggan dan kecekapan mereka mengendali sesuatu masalah. Ini kerana mereka dapat memudahkan pelanggan untuk mendapatkan bantuan dan nasihat jika berlaku sebarang masalah. P1 salah satunya syarikat yang mempunyai servis khidmat pelanggan yang terbaik dan mesra pelanggan. Antara medium untuk berinteraksi dengan mereka boleh la menggunakan twitter, facebook, live chat mahupun email. Jika berlaku masalah, aku sering tweet ke mereka memandangkan twitter ialah rutin harianku. Respon yang mereka berikan sangat pantas dan sangat memuaskan.
2. Kepantasan Melayari Internet
Secara jujurnya aku tak pernah menggunakan unfi atau mana-mana broadband, jadi aku tak akan buat perbandingan dengan mana-mana perkhidmatan lain. Kelajuan internet P1 memang laju tapi mengikut kawasan, ini tak dapat di nafikan. Tanyalah mana-mana pengguna lain kalau tak percaya. Setakat nak download lagu dan movies, live stream tu kejap je tapi yang tak bestnya ialah FUP yang menyebabkan segala aktiviti sedikit terbatas.
Yang Buruk
1. Fair Usage Policy (FUP)
Untuk mendapatkan kepuasan kepantasan melayari internet, harga bukanlah sesuatu penghalang. Malahan ada sesetengah orang (tak termasuk aku) yang sanggup mengeluarkan duit lebih untuk itu, berbaloi-baloi kata mereka. Tapi apabila bercakap mengenai FUP apa reaksi sesetengah orang. Ada yang suka dan ada yang tak. Bagi yang heavy user seperti kaki downloader, FUP sememangnya satu masalah kerana mereka lebih gemarkan unlimited data plan, guna sepuasnya tanpa had. Yang baiknya FUP ni bagi mereka yang kurang menggunakan internet boleh la membuat pilihan plan yang bersesuaian dengan kegunaan dan kemampuan bajet. Tapi alangkah bagusnya kalau wimax ada unlimited FUP tapi aku tak pasti la talian wireless macam wimax ni boleh tak dapat unlimited FUP sama macam talian kabel streamyx ke tak? Sesiapa yang tahu boleh tolong jawab tak.
2. Coverage
Walaupun P1 Wimax telah mencapai tahap 4G, aku rasa ia cuma merangkumi sekitar kawasan-kawasan di bandar sahaja. Seperti yang aku katakan, aku sering bawa laptop kemana-mana dan mencuba di pelbagai kawasan. Yang sedihnya bila aku cuba di kawasan pedalam atau kawasan kampung-kampung, signal untuk coverage tak dapat. Sedih orang-orang kampung aku kalau nak guna P1, dah tak ada coverage macam mana nak promot. Tapi aku rasa hal ni mungkin boleh di naik tarafkan dari masa ke semasa.
Keseluruhan
Secara keseluruhan, setelah 6 bulan aku menggunakan perkhidmatan P1 serius aku sangat berpuas hati dengan sevis yang diberikan. Tipu lah kalau aku kata selama aku guna tak pernah mengalami masalah gangguan internet tapi itu biasalah. Bila dah guna broadband ada baik buruknya, harap yang baik terus dikekalkan dan yang buruk terus di pertingkatkan lagi. Adioss
Social Network Access Keyboard
Terbaek…bagi mereka yang addict terhadap facebook dan menghabiskan banyak masa untuk, like status rakan, upload gambar dan video bolehlah dapatkan keyboard ni. Keyboard ni dinamakan Social Network Acess Keyboard (SNAK) mempunyai 19 button yang mempunyai fungsi tertentu akan terus direct ke fungsi tersebut apabila ditekan. Keyboard ni boleh dibeli dengan harga $29.99 di sini.
via slashgear
Kepesatan Android
DAMN…This is in US, 4 bulan yang lepas 200 000 smartphone android di gunakan setiap hari. Hari ni, 350 000 android smartphone dan tablet digunakan dalam kehidupan seharian. Ini bersamaan setiap kelahiran di US bersamaan dengan 30 smartphone di jual dalam sehari. Bayangkan kemajuan teknologi di sana. Gadjet dan smartphone dah menjadi sebahagian dalam kehidupan, malahan ada sekolah di sana menggunakan iPad sebagai bahan rujukan dan modul pembelajaran. Ohsem kan. Kita di Malaysia bila lagi?
via TNW
Pixelated Camera Illustrations
Gambar ini adalah set ilutrasi lakaran grafik komputer yang di hasilkan oleh Billy Brown. Kreatifkan dia buat lakaran guna Adobe Illustrator je. Terdapat pelbagai jenis lakaran kamera yang dihasilkan Billy seperti old skool kamera, kamera lomography, kamera polaroid, kamera dslr dan aksesori seperti flash light, lens, filem dan memori kad. Oh ya dah lebih ohsem setiap lakaran ni boleh di muat turun sini. Bagi seorang photographer mesti dah ada koleksi sebenar salah satu dari kamera ni kan.
via photo weekly
(Download) Corel VideoStudio Pro X3 + Keygen

Sensitiviti Masyarakat Di Malaysia
Aku tak salahkan sesiapa dan mungkin sesetengah kita menganggap ni sebagai bahan jenaka. Aku pun tak nafikan akan ke khilafan diri sendiri dan aku juga kadang-kadang tidak terlepas melakukan kesilapan. Mungkin ramai akan menganggap isu sebegini tak perlu di perbesarkan tapi apabila perkara ini berlaku terhadap bangsa dan agama kita sendiri, maka ramailah yang bijak pandai dan berlagak alim lantang bersuara menegakkan agama seolah-olah diri sendiri tidak pernah melakukan kesalahan. Aku bukan nak bercerita pasal agama, tapi sensitiviti kita sebagai rakyat yang hidup dalam masyarakat berbilang kaum.
Di Malaysia kita meraikan perbagai perayaan yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan etnik. Tipikal melayu suka bergurau senda tapi tidak kena pada caranya. Contoh mengenai perayaan sesuatu bangsa lain. Orang melayu bersenda mengata sambutan perayaan bangsa lain itu lah ini lah yang bunyi seperti menyindir dan maksud negatif. Cuba bayangkan apabila bangsa dan agama lain mengata tentang sambutan perayaan Aidilfitri dan Aidiladha, maka ramailah di antara kita yang panas telinga dan melenting. Aku sendiri mempunyai beberapa rakan berbangsa cina dan india, malah mereka boleh menghormati orang yang beragama islam berpuasa semasa di bulan ramadhan. Jadi kenapa kita perlu bersikap sedemikian walaupun niat hanya untuk bersenda.
P/S: #justsaying
Tolong Ingatkan Aku
- Tolong ingatkan aku yang aku ada blog.
- Tolong ingatkan aku supaya kerap update blog sebab ini entri pertama untuk tahun 2011 dan yang pertama dalam masa 3 bulan.
- Tolong ingatkan aku (untuk diri sendiri) yang tahun lepas adalah terbaik dan tahun ni akan menjadi lebih baik dari yang lepas.
- Tolong ingatkan aku nak jumpa dengan kawan-kawan di facebook, asyik jumpa blogger dengan twitter je. Eh facebook dah nak tutup nak jumpa apanya. LoL
- Tolong ingatkan aku kurangkan masa untuk online dan fokus pada kerjaya dan impian.
- Tolong ingatkan aku yang blog ni akan mengalami mengalami perubahan dari segi kandungan dan luaran.
- Tolong ingatkan aku nak #tanyanajib apa kat twitter semalam. Eh dah terlewat nak tanya -__-”
- Tolong ingatkan aku yang aku yang 26hb Febuari aku akan pergi Konsert Maher Zain di Stadium Melawati. (baru nak beli tiket) -__-”
- Tolong ingatkan aku apa yang aku tak ingat dan tertinggal nak tulis kat sini.
- Tolong ingatkan aku (last) yang entri ni tak ada kaitan dengan kemenangan Ana Raffali dalam Anugerah Juara Lagu ke 25 baru-baru ni.
Tamat sesi bermonolog sendirian.
P/S: Entri suka-suka saja, entri kedua entah bila pulak -___-”











