Browsing articles from "January, 2009"

Sila Ambil Perhatian Pasal Isu Boikot

Aku tulis bukan sebab apa, sebab aku nak share dengan korang semua pasal isu semasa yang melanda di dunia sekarang ni. Tadi masa aku pergi sembahyang jumaat tengah hari tadi, khutbah yang di sampaikan pasal isu pergolakan yang berlaku sekarang di Palestin. Tapi aku malas la nak cerita panjang lebar dalam blog ni sebab korang pun dah sedia maklum dan dah banyak blogger citer pasal ni.


Apa yang aku nak sampaikan kat sini ialah aku tertarik dengan isu pasal boikot barang² buatan Amerika & Israel. Khatib ada mengatakan orang islam boleh mengamalkan prinsip halalan toyyiba dengan menyokong barang² buatan kita. Jadi mengapa kita perlu menyokong barang² buatan luar.


Hmmm…Korang boleh tengok la sendiri di bawah ni :


Sebenarnya ada banyak lagi tapi yang ni antaranya yg kita patut boikot  antaranya memang dah korang tak sokong maacm jenama Giorgio Armani, Boss, Timberland etc sbb mahal. Langkah pertama aku sekarang ni ialah aku nak stop makan fast food ni. Korang apa lagi.

korang ada mata…korang tengok
korang ada telinga…korang dengar
korang ada mulut…korang cakap
korang ada akal…korang pikir le baik²

Broadband Yang Mana Terbaik

Sebenarnya malas nak posting tapi aku perlukan pendapat korang semua. 2-3 hari lepas aku ada la pergi tengok broadband, rasa-rasa macam nak beli. Tapi sebab tak ada pengalaman membeli, jadi aku was-was pulak. Takut nanti kalau aku beli macam rugi la pulak.


Nak tanya korang yang dah biasa guna, yang mana bagus. Celcom, Maxis. Any suggest, tolong bagi pandangan sebab apa dan mengapa aku perlu guna :D

Jasa Pada Sekolah

Tadi masa jalan-jalan cari gaduh, nampak la ramai aweks under age (budak sekolah lagi) kat sekolah convent & al-mashoor (P). Aku tengok dia org semua dok usha semacam je kat aku. Dalam hati aku kata tau le aku ni a little bit hensem dan cute tapi jangan la usha macam nak cari gaduh. Disebabkan dia org ramai, aku pon malu la. Apa lagi aku terus belah dengan motor aku tanpa sempat nak mintak nombor phone.


Masa ronda-ronda nak cari gaduh lagi, aku teringat muka sorang budak tu macam aku kenal. Kalau tak salah dia baru habis PMR. Aku kata dalam hati macam budak taman sebelah je tapi takut nak kata depan-depan, ntah silap orang nanti. Lantak la aku kata, buat apa aku nak kisah pasal budak tu. Aku ni yang dah habis PMR dah bertahun pun tak pergi ambil sijil keputusan lagi.


Teringat masa tu gak nak pergi ambil sijil keputusan aku kat sekolah lama. Aku dulukan tukar sekolah masa form4 sebab nak masuk sekolah teknik (kat teknik aku jumpa dengan blogger luth &azlan)


ni sekolah lama aku, panjang kan nama dia, sekrang ni dah banyak dah berubah

Apa lagi aku pun meRemp-it la sebab nak pergi ambil. Masa tu aku tengah race dengan member aku nama dia Si A. Si A ni satu kelas dengan aku kat politeknik. Masa aku tukar sekolah dia masih kat sekolah lama aku lagi. Kira lepas habis sekolah baru kita orang jumpa balik. Kira dah lama aku tak jejakan kaki aku kat sekolah tu (macam derhaka kat sekolah sendiri pulak)


Kira-kira 5 tahun dah selepas aku berhijrah ke sekolah teknik. Dulu aku ada tergerak hati nak pergi ambil tapi masa aku pergi nak ambil waktu tu pihak pentadbiran pulak tak ambil lagi semua sijil. Tu yang kecewa, last-last malas terus nak pergi ambil.


Masa dah sampai aku terus gerak pergi pejabat. Malas nak melilau tak tentu pasal sebab masa tu budak sekolah tak balik lagi. Masa masuk pejabat ramai cikgu yang pernah mengajar aku tanya aku buat apa sekarang. Maklum la aku ni pemes sikit sebab aku ni la ketua kelas + pengawas + atlet sekolah katakan (sapa yang kenal aku mesti tau yang aku ni atlet) so banyak la berjmpa dengan cikgu sebab tu la kami rapat sampai sekarang. Lepas aku ambil sijil aku yang tak seberapa, aku ternampak la jasa dan kenangan aku yang masih jelas ada kat sekolah tu.


haha tengok ni mural yang ada ni

kalau korang tak perasan kat bucu kiri tu meh aku nak tolong teropong untuk korang tengok nama sapa paling atas merangkap ketua kumpulan

kalau tak aku nak buh nama Bengkel KH-airil tapi cikgu aku tak bagi


Kesimpulannya kat sini walaupun dah tak sekolah lagi, tapi kalau kita pernah berjasa pasti orang sentiasa akan ingat dan kenang :)

P/S: Entri ni agak melencong pada permulaan…haha :D

Hobi Kumpul Kad Top Up

Rasa macam dah lama tak update blog ni. Kali ni aku menulis dengan mood yang agak happy+suka+gembira. Tak ada lagi nak layan-layan emosi sekarang ni. Whatever la apa-apa pun., bukan tu yang aku nak cerita kat korang.


Setiap orang mesti ada hobikan. Tak kisah la pergi shopping ke, melancong, tengok wayang, dengar muzik, main video game dan banyak lagi. Kali ni nak cerita bukan pasal tu semua, tapi nak cerita pasal kisah kaisara hahaha…Tak da la, nak cerita pasal menabung dan Top Up.


Korang pernah tak menabung.. Kalau korang menabung pun mesti time kecik-kecik masa zaman sekolah waktu tu mak/abah bagi duit RM1 (tak kisah la berapa pun) untuk beli makan kat kantin bila ada baki 2-3 posen korang simpan dalam tabung. Kalau korang dah familiar dengar tagline ni –>zaman dh berubah dunia dh maju<–


Aku rasa sesuai kot. Ya la mana tak nya kalau dulu time aku kecik-kecik mana ada cyber cafe nak pergi main game DOTA, mana ada duit nak pergi beli handphone (nak makan pun tak cukup) kekadang nk pergi beli ais pop ngan choki-choki pun pinjam duit abang dan kakak tapi sampai sekarang tak bayar. Sebab tu aku boleh menabung asyik pinjam duit abang dan kakak tapi tak bayar balik hehehe.


Kalau dulukan, nak beli apa-apa barang tak cukup duit, terpaksa la simpan sikit-sikit duit. Bila dah cukup nak beli barang yang kita nak. Time tu usah di tanya le seronok sebab dapat beli barang guna duit sendiri. Tapi tu cerita pasal menabung la.


Disebabkan perubahan zaman, sekarang budak-budak pun dah pandai guna handphone. Ada yang baru darjah 1 pun dah ada handphone (sedih gila aku sebab dulu aku tak ada). Tapi tak kisah la kalau mak/abah dia orang dah banyak duit sampai tak tau nak buat apa kan. Lantak la kan, yang nak kena top up mak bapak dia gak.


Tapi klu org remaja dan dewasa ni kalau guna handphone dah jadi kebiasaan la sebab macam-macam boleh buat. Senang sikit nak calling-calling dengan orang tersayang, SMS, MMS, 3G dan macam-macam lagi. Tapi jangan salah guna sudah.


Persoalannya kat sini boleh ke korang menabung setelah banyak duit di habiskan untuk top up (itu tak termasuk orang yang guna 2 nombor lagi). Kalau yang guna maxis tu kita semua dah mengkayakan seorang yang bernama T. Ananda Krishnan. Jadi sama-sama le kita pikir-pikirkan.

haha ni tabung dino aku

hasil yang dapat dari aku menabung

cuba korang pikir la sendiri duit yang aku menabung dengan berapa banyak yang aku top up :bloody:


P/S: aku suka simpan kad top up yang aku top up sendiri je, yang orang punya ‘Katakan Tidak’. Aku sekadar nak share dengan korang le apa yang aku lalui je
Pages:«12

Geng FB