Browsing articles from "February, 2009"
Feb 24, 2009

Yang Mana Satu Idaman Kalbu

Setelah lamaku memendam perasaan
akhirnya kita akan bertemu jua
bak kata org
‘jauh dimata dekat di hati’
tapi hanya masa yang akan menentukan bila

semakin dekat
hatiku semakin berdebar²
semakin jauh
termimpi² bila dirimu akan menjadi milikku

Setelah di teliti dan di kaji
baik dan buruk kesan kamu kepadaku
aku yakin
kamulah yang terbaik buatku

Cukup sekadar menyebut namamu
aku memang sudah tergila²kan kamu
nanti bulan depan
aku masuk meminang

ohh handphone baru….
tunggu aku akan dapatkan
walau macam mana keadaan pun
yang pasti
handphone yang lama
dah tak setia dengan aku


P/S : maaf  ayat² di atas siyes memang x boleh belah. Mood dalam keadaan SeNgAL KrtiKaL (harap maklum)
Feb 22, 2009

Kenapa Aku Letih Berkerja

Selama beberapa hari ni aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku :

Aku keletihan kerana terlebih kerja. nak tau kenapa?
Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang (anggaran sahaja).
1.7 juta darinya sudah bersara.
Jadi tinggal 21.3 juta orang.


1.3 juta pula adalah golongan kanak² bawah 6 tahun.
Jadi tinggal 20 juta orang.


Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,
universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.


Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang ‘pergi kerja tapi tak buat kerja‘.
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.


Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal
diorang nie nak kerja macam mana… tinggal dalam h
utan.


Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, suri rumah, orang² tua, fresh universiti student, kena buang kerja dll.
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.


Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini
berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja.


Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.
Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja.
Dan 2 orang itu adalah kamo dan aku.


Dari 2 orang ini.
kamo
SEKARANG INI masih duduk depan komputer, bukak blog, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung… jadi tinggallah aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie…


Mana aku tak letih!!
Jadi sedarlah skit kamo.
HAHA


P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat² Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Feb 16, 2009

Beli Ray Ban di Mudah

Korang pernah dengar tak web lelong.com.my dan mudah.my. Ok ni merupakan 2 web yang menyediakan barang² jual beli secara online (ada banyak lagi sebenarnya, tapi yang ni yang aku kerap lawat). First time aku tengok web ni apabila pak cik aku tengah usha² barang yang dia nak beli. Jadi aku pun secara tak sengaja pun bukak la web ni, tapi masa tu tak ada motif lagi. Kiranya suka² je.


Kalau untuk lelong.com.my, jual beli dilakukan secara membida, kira siapa pembida yang tertinggi akan dikira sebagai pemenang untuk barang yg dibida. Berlainan pulak dengan mudah.my. Disini ‘first come first serve’. Kira nasib la kalau barang yang kita nak tak ada orang lagi yang berminat kira kita dapat la. Dalam kedua-dua web ni menyediakan banyak pilihan barangan termasuk baju, seluar, beg, minyak wangi, handphone dsb.


Pengalaman aku dalam membeli dalam lelong.my, 2-3 hari lepas aku dapat bungkusan dari kawan aku yang mengatakan barang yang aku nak beli dah sampai (aku pembida tertinggi). Disebabkan aku malas nak register, jadi aku hanya guna ID kawan aku sebagai pembida. Sebab tu bungkusan dapat kat rumah dia.


Barang yang aku bida ialah cermin mata jenama ‘Ray Ban‘. Aku pun tak faham pasal apa aku beli. Sebab aku tengok nampak cool sebab tu malas nak pikir lama, terus beli. Kos membida tak la tinggi sangat tambah dengan kos penghantaran. Kira ok la buat aku yang kali pertama memcuba membeli secara online.

Feb 11, 2009

Kasut Paul Smith

Cuaca di sekitar Pulau Pinang hari ni sangat² panas dan berjerebu. Aku tak tau macam mana boleh jerebu 2-3 hari ni. Dengan cuaca sebegini, rasa malas pulak nak buat kerja, tapi aku seorang yang berkomitmen dan bertanggungjawab. Kerja tetap kerja. 8)


Masa round² sekitar Georgetown aku naik hairan sebab boleh katakan merata-rata tempat aku akan terserempak dengan foreigners. Aku macam tertanya² pulak dari mana dia orang ni datang.


Sangkaan aku tepat kerana aku dengar mereka datang untuk berlabuh buat seketika. Aku tengok mereka datang dengan menaiki kapal macam Star Cruise, patut la kemana aku pergi mesti terserempak dengan orang putih. Aku rasa macam dah ada oversea di negeri sendiri pulak. HAHA:aie: .


Ok, aku ambil keputusan untuk lari seketika pergi ke mall sebab tak tahan dengan cuaca di luar (dalam mall sejuk sikit). Masuk je dalam mall, ishh bengang betul, masih lagi terserempak dengan orang putih. Macam dah hari orang putih sePulau Pinang pulak. Aku abaikan mereka buat seketika, jadi aku ingat nak beli barang sikit untuk keperluan harian tapi malang sungguh, apa yang di hajat tak ada :-| .


Jadi aku ambil keputusan untuk round² je sekitar mall. Tetiba masa masuk je dalam satu kedai ni hati aku telah di curi. Cantik tertarik kau memang menarik aku kata dalam hati. Ternampak pulak kasut jenama Paul Smith. Seperti yang pernah aku bagi tau, habit aku ialah membeli tanpa dirancang. Jadi dengan duit tak seberapa, aku beli terus.


Kasut ni sebenarnya pattern lama. Kira clearance stock. Tokei kedai tu bagi tau kalau nak stock yang baru minggu depan baru ada. Kasut pattern ni dah lama aku aim nak beli, cuma tak ada duit je sebelum ni. Disebabkan aku nak gak kasut high cut tu, aku ambil gak walaupun stock lama.Kalau tak, aku nak tangkap 2 pasang tapi dengan keadaan kemelesetan ekonomi sekarang ni, aku simpan dulu hajat nak beli satu lagi yang jenis low cut.


Selain kasut Paul Smith, aku minat gak kasut jenama Converse, John Lawrence Sullivan dan Everlast sebab nampak funkky dan trendy selain selesa semasa memakai. Kesimpulan aku memang addict pada kasut :D .

Putih pilihanku kali ni, tali dia kaler rainbow. Kalau pakai dengan seluar skinny, kompen nampk smart :)

Wayang Dan Dorayaki

Disebabkan hari ni cuti sempena perayaan Thaipussam, aku mengambil peluang untuk lari dari kesibukan di Pulau Pinang pergi ke tanah besar (semenangjung). Aku dari awal² dah plan untuk menonton wayang dengan si Luthfi. Alhamdullilah apa yang di rancang menjadi. Setelah aku bertolak seawal jam 10 pagi ke rumah dia, kami terus pergi Golden Screen Cinema (GSC) di Sunway Carnival Mall. Memandangkan tak banyak filem yang ada, aku cadangkan untuk tengok filen Ong Bak 2 sebab cerita melayu yang ada hanyalah Sifu dan Tongga (aku tak layan sangat cerita melayu).

Aku memang minat filem yang penuh dengan aksi macam ni, sebab sebelum ni memang dah layan filem aksi dari Tony Jaa macam Ong Bak dan Tom Yum Goong. Durasi filem tak la panjang sangat cuma lebeh kurang 90 minit je, tapi persembahan cerita memang tak menghampakan sebab 10 minit pertama telah banyak aksi² yang ditunjukkan. Filem ni sesuai untuk 18SG dan keseluruhan citer ni aku bagi :D

Apasal 4 bintang sebab ending cerita ni ntah apa². Kalau korang tengok baru korang paham. :o ups:

Lepas habis menonton wayang kami pun makan di restoran nasi kandar berhampiran, isi perut sampai kenyang. Kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu Jusco Bandar Perda. Kami pergi sini sebab aku dah lama mengidam nak makan doraeyaki. Kali terakhir yang aku makan ialah sebelum bulan puasa tahun lepas (kira dah lebih kurang 5 bulan aku tak makan). Memang tak sah kalau aku singgah kat sini kalu tak beli doraeyaki. Memang sedap dan banyak pilihan perasa. Lagi pun tak la mahal sangat harga dia cuma RM 1. 40 untuk satu. Bukan senang dapat makan doraeyaki ni sebab selalu dapat tengok doraemon je makan dekat TV;)

Kedai ni orang melayu yang usahakan jadi abaikan tulisan jepun diatas
kami beli sampai habis stok..huhu :o :

doraeyaki feveret ku

Bisnes Ala-Ala MLM

2-3 hari lepas aku dapat call dari kawan lama aku. Aku jadi pelik sebab tak pernah² dia call aku.Kami pun borak la sebab lama tak jumpa. Dia ajak aku keluar, aku kata tak nak sebab aku malas.Pastu, dia ajak aku keluar makan², dia kata dia nak belanja. Tapi aku ‘refuse’ sebab aku tau mesti ada ‘udang di sebalik meggi SEDAP’.

Sangkaan aku tepat dalam masa kami borak hampir 10 minit dia ajak aku join dia buat satu bisnes(aku bisnes² memang tak layan ok). Dia kata bisnes ala² MLM, aku dengan penuh ke bengapan masa tu ingat dia nak buat bisnes kt pasar malam. Aku tanya dia nak niaga apa. Pastu di kata bukan macam yang aku maksudkan MLM tu malam. Dia pun terang bla…bla…bla…pasal bisnes ni.


Pastu dia pujuk aku suruh dengar dulu walaupun tak berminat. Aku malas sebab aku dah pernah kena dah kejadiaan macam ni. Jadi aku ambil sebagai iktibar, kali ni aku tak nak pergi. Dia kata pulangan memang lumayan tapi aku tetap dengan pendiriaan aku.


Disini aku nak bagi tau, salah satu taktik dia orang untuk tarik ‘sub’ di bawah dia orang ialah kali pertama akan diadakan jamuan makan².Makanan memang la sedap, tapi lepas tu korang akan dipujuk untuk join bisnes ni. Masa tu la korang akan terpedaya dengan kata² manis dia orang. Sampai korang berminat untuk join bisnes ni. Masa tu baru Lu Pikir La Sendiri baik atau tak.


Aku hanya tau serba sedikit je pasal bisnes ni sebab ramai yang cerita kat aku. Padahal dah ramai member² aku ajak join tapi aku malas nak pikir benda² ni semua. Bagi aku kalau tak minat memang tak boleh nak buat apa².


Tapi kat sini aku nak bagi tau bukan semua bisnes tak boleh di percayai. Ada gak yang boleh, terpulang kepada individu masing-masing nak memilih. Bagi aku lebeh senang tak terlibat dengan mana²bisnes sebab kebebasan. Biar la lambat kaya tapi rezeki ada di mana². Aku dah berSYUKUR atas apa yang aku ada sekarang ni.


P/S: Siapa² yg nk kongsi pandangan psl bisnes di alu²kan…tp jgn nk ajak aku join okeh
P/S 2: Luthfi kita dah besa kena dah kejadiaan macam ni (kalau ingat lagi la). Jadi aku serik kali ni dan tak nak terkena buat kali ke 2

Big Apple

Lokasi tempat kejadian : Gurney Plaza

Masa kejadian : 4.10 pm

Setelah letih menjalankan kerja, aku ajak kawan aku pergi minum petang. Setelah dipikir tempat yang sesuai, aku cadangkan untuk makan donut, tapi tak mau le yang 3 seringgit sebab tiap² pagi breakfast beli. Jadi dia cadangkan aku makan Big Apple Donuts…Hmm memandangkan aku tak pernah lagi try donut ni, sebelum ni Dunkin’ Donuts pernah la. Sampai je di tempat kejadian, kami berdua terus pegi ke food court untuk mengisi perut. Aku buat pilihan nak makan yang ada chesse dan yang ada chocolate chip dan kawan aku ambil yang fully chocolate. Harga bagi aku standart la RM2.20 untuk 1. Atas kesuntukkan masa, kami ambil keputusan untuk ‘take away’ je.

Kalau nak dibandingkan dengan Dunkin’ Donuts aku rasa Big Apple Donuts lagi sedap., dah la tu lembut je roti dia tapi bila makan sampai menjilat 5 jari.

Keadaan lokasi tempat kejadian
yang ni pilihan aku…nampak je macam serabut, tapi SEDAP

fully chocolate – my friend choice


Di sini aku ada sediakan jenis-jenis donut yang ada di Big Apple

P/S: Lepas ni nak makan lagi…nak belanja siapa pula :D

Jenama,Kualiti atau Keselesaan

Hari ni aku menjalankan tugas macam biasa. Tapi aku kena warning dengan bos aku sebab hal kecik je sebab stoking. Aku cuma ada stoking putih je (macam budak sekolah), jadi yang tu je yang aku pakai pergi kerja. Tapi bos aku suruh pakai stoking hitam, dia kata lagi duit elaun bulan lepas dah masuk tak kan nak beli 2-3 pasang stoking hitam tak mampu kot. Tapi yang aku tak paham masalah besar sangat ke kalau aku pakai kaler putih.


Aku pun keluarkan duit aku di ATM untuk beli stoking dalam pukul 10 a.m lepas makan pagi, aku terus pergi beli stoking. Niat masa nak beli tu cuma yang murah² je, bagi aku buat apa nak beli yang mahal² padahal yang murah pun sama kualiti dan bila pakai pun selesa walaupun tak ada jenama.


Lepas dah jumpa stoking yang berkenan aku beli jer 3 pasang RM5, aku pergi pusing² ke kedai lain sementara nak buat kerja balik. Habit aku yang tak boleh di ubah ialah membeli tanpa merancang.

Masa aku pergi 1 kedai bundle ni aku berkenan dengan 1 sweater ni


Dulu ada gak sweater yang aku berkenan tapi masa tu bajet tak cukup nak beli lagi, jadi aku abaikan dulu sebab ingat nak beli keesokkan harinya. Tapi malang ada orang lain dah beli dulu. Sebab tu kali ni aku jumpa je terus aku beli sebab aku minat dengan brand Canterbury. Tapi yang penting selesa dan harga biarlah berpatutan dan murah sebab beli pun dekat bundle kan.


Sebut pasal bundle mesti ada yang salah anggap yang barang bundle ni semua barang cilok dari sumber² yang dot dot dot. Okeh tak semua barang yang di maksudkan macam tu, bundle ni kalau nak ikutkan semua barang ori tapi yang telah diguna pakai. Aku kalau pergi je bundle 2 perkara yang akan aku tengok ialah kasut dan sweater. Memang aku addict sangat dua menda ni. Semester lepas masa aku tinggal kat Bandar Perda dan sekitar Bukit Mertajam boleh di katakan tiap² malam pergi kedai bundle.


Aku hanya akan beli kasut dan sweater yg aku suka je, baju dan seluar aku tak berapa minat sangat. Kalau nak ikutkan dah boleh buat koleksi sweater yang aku ada, kadang aku beli tapi tak pernah pakai pun sebab sayang nak guna. Malas nak cerita banyak² jadi terpulang dekat individu masing² nak nilai apa jenis barang yg hendak beli sebab kuasa membeli di tangan anda.

Pages:12»

Geng FB