Percubaan Pertama
Dua kali cuba, malu-malu
Tiga kali cuba, seronok
Empat kali cuba, layan
Banyak kali cuba, tak ingat dunia
Manusia memang suka mencuba sesuatu yang baru
Perkara yang baru pasti seronok untuk dilakukan
Tetapi setiap perbuatan yang di lakukan pasti ada risiko
Jadi tidak semua orang sanggup perkara macam ni berlaku
JADI
apakah tindakkan susulan
Dulu Lain Sekarang Lain
Dulu masa aku sekolah menengah, pasti sana sini aku akan ditanya soalan macam ni:
1. weh, ko ada Myspace…kalu ada add la aku
2. ko ada emel tak…kalu ada bak kat aku nak add ko kat Myspace
3. biar benar ko tak ada Myspace. Sungguh tak maju la ko ni
4. emel pun ko tak ada. Sah ko ni memang tak celik IT
Dengan ayat² diatas, aku pun terbuka hati nak ada emel dan Myspace. Nanti kata aku katak bawah tempurung pulak sebab masa tu kawan² aku semua asyik melayan Myspace. Myspace masa time aku sekolah memang top berbanding Friendster, Hi5, Tagged dsb. Boleh katakan masa aku hari² menghadap komputer bermain Myspace je . Aku add orang tu, orang lain pulak add aku.
Masa tu hanyalah untuk cari kawan yang ramai. Tibalah satu hari yang aku tau yang kebanyakkan dari kawan yang aku add adalah penipu besar. Aku mula syak apabila aku ternampak 2-3 profile yang mempunyai gambar yang sama padahal akaun berlainan. Dengan tu terus aku delete akaun Myspace tu sebab tak percaya lagi dengan Myspace ketika tu.
Sehinggalah aku masuk ke sekolah teknik, masa tu aku tengok yang senior² dan kawan² aku buka Myspace kat cybercafe asrama (yang lain tak layan sangat). Memang Myspace sebagai penghubung kepada dunia luar sebab asrama kat sekolah aku umpama neraka bagi aku ketika tu. Handphone tak boleh bawa, nak keluar tengok dunia luar seminggu sekali jer (outing) hehe tapi tu kisah dulu.
Aku pun bukak la sekali lagi akaun Myspace ketika tu dan akaun tu masih digunakan sehingga kini. Lepas tu nak maju lagi aku pun bukak la Friendster, Facebook dan sekarang blog pula.
Tapi sekarang baru aku terbuka kotak fikiran aku kena perkara macam ni terjadi kat aku dulu. Padahal Myspace dan sosial site yang lain bukan lah tempat untuk menipu. Bagi aku ni adalah medium untuk mengikuti perkembangan kawan² sekolah yang dah lama tak jumpa, kalau nak jumpa harus sama sekali memandangkan semua membawa hala tuju masing². Sekarang ni budak² sekolah rendah pun dah ada myspace dan sosial site yang lain. Jadi apa nak kisah.
Dengan dunia sekarang dah maju,tak ada yang mustahil untuk mencuba sesuatu yang baru. Kalau kita pandai manfaatkan kemudah macam ni, tentu dah ramai yang jadi femes macam Yuna & Colbie Caillat (sekadar beberapa contoh). Mereka hanya orang biasa tetapi mereka ada inisiatif untuk menunjulkan diri sendiri. Contohnya dia orang mencipta lagu dan menyanyikan sendiri lagu yang dia orang cipta. Kemudian muat naik dekat Myspace.
Siapa sangka tanpa masuk mana² pertandingan realiti pun masih ada tempat untuk menunjukkan bakat yang terpendam. Jadi kesimpulannya terpulang kepada individu sendiri untuk menilai baik buruk sesuatu perkara.
P/S: semua ni hanyalah pendapat aku semata².
Fikiranku Buntu Memilih Awek
Alkisah disebuah kampung yang bernama Boonto, ada seorang lelaki yang kacak lagi bergaya yang bernama Ferry. Dia juga seorang yang berjiwa seni. Menyanyi, bersajak itu semua bisa di atur. Pada suatu hari, dia telah mendapat jemputan untuk menghadiri ke satu majlis hari jadi oleh rakannya Jerry di kampung Buntu. Majlis itu akan diadakan seminggu dari sekarang. Antara syarat² untuk menghadiri majlis tersebut ialah mesti datang berpasangan/berkumpulan dan hadiah jangan lupa bawa hadiah.
Atas syarat² yang dikenakan, maka Ferry menjadi buntu. Walaupun dia seorang yang kacak, tetapi di kampungnya Boonto, tiada seorang pun wanita yang ada. Dia telah meminta nasihat rakan baiknya, Lorry untuk menyelesaikan masalah ini. Lorry memberitahu kepada dia bahawa dikampung BunTwo mempunyai sekumpulan wanita yang single available, tetapi perjalan ke sana akan mengambil masa 2 hari 2 malam.. Tanpa membuntukan fikirannya lagi, Ferry mengajak Lorry menemaninya pergi ke kampung BunTwo untuk mencari pasangan untuk dia menghadiri majlis tersebut.
2 hari 2 malam kemudian. Setelah penat mengharungi perjalanan, mereka mengambil keputusan untuk berehat sebentar di bawah pokok sambil menenagkan fikiran Ferry yang buntu. Untuk menceriakan hati Ferry yang buntu, Lorry menyanyi sebuah lagu yang bertajuk Aku Buntu (olah dari lagu Aku Stacy)
Lidah ku kelu dan minda ku membuntu
Semangat ku hilang entah ke mana
Dari pagi sehingga malam datang menjelma
Congak posisi diri
Macam-macam cara tuk ku buntukan diri
Dari berterusan ku disakiti
Engkau yang buntu bagai nak mati
Jadikan ku aku terus buntu
Sedang asyik Lorry menyanyi dengan syok sendiri, hujan pun turun. Tiba² Ferry terpandang sekumpulan wanita yang sedang bermain hujan di hadapan dia. Mereka sunguh cantik tertarik di mata Ferry.

Tapi dia buntu untuk memulakan perbualan memandangkan mereka berlima. Dia meminta pandangan Lorry, dengan selambanya Lorry menyambung semula nyanyiannya (hujan lagi lebat)
Difikir-fikir mengapa harus buntu
Sedangkan asal engkau yang berkuasa
Biarpun engku Ferry bukannya pemalu
Harga dirimu tinggi
Dengan kata² semangat dari Lorry, dia memberanikan diri untuk bertemu mereka berlima. Reaksi mereka berlima terbuntu seketika tanpa berkata apa² melihat wajah kacak Ferry. Dengan kebuntuan dan tanpa berfikir panjang, Ferry telah menawarkan kepada mereka bahawa dia ingin membawa salah seorang dari mereka untuk menghadiri majlis hari jadi Jerry di kampung Buntu.
Tanpa buntu², Ferry pun menerangkan syarat²nya untuk menemani beliau ke majlis tersebut. Kini mereka berlima berebut² untuk menjadi ‘the choosen one’ untuk menemani Ferry. Ferry memberi tempoh 3 hari untuk mereka untuk membuktikan salah seorang mereka layak untuk menemani dia ke majlis Jerry dengan menyediakan hadiah yang menarik. Mereka berlima tanpa buntu menyahut cabaran tersebut untuk membuktikan kemahiran dan kreativiti masing².
Hari yang ditunggu² telah tiba, mereka berlima diminta menyediakan hadiah seperti yang diminta, tidak tercapai akalmu Ferry apabila mereka berlima menyediakan kek sebagai hadiah untuk dibawa ke majlis Jerry di kampung Buntu.

Ferry menanyakan kepada mereka mengapa kek menjadi pilihan, dengan satu suara mereka berkata kek sebagai hadiah yang sesuai untuk menyambut hari jadi. Ferry menjadi buntu untuk memilih siapa pemenang, untuk menyelesaikan masalah ini, Lorry akan menjadi hakim untuk menentukan pemenang. Sebenarnya Lorry pun kebuntuan untuk memilh pemenang, tetapi dengan kuasa veto di tangan, Lorry pun merasa kelima dan kemudianya habis dimakan kesemua kek itu.
Akibat kebengangan dengan Lorry, Ferry meminta mereka berkerjasama untuk membuatkan satu kek semula. Mereka berlima buntu seketika kerana setiap orang nak perisa lain². Ada yang nak perisa coklat, strawberi vanilla dsb. Untuk menyelesaikan kebuntuan mereka, mereka sepakat untuk campurkan semua perisa menjadi satu dan hasilnya kek lima rasa dijadikan sebagai hadiah untuk dibawa ke sana.

Setelah siap, tanpa membuntukan fikirannya, Ferry mengambil keputusan untuk membawa kelima² mereka untuk menemaninya ke majlis hari jadi Jerry di kampung Buntu sambil ditemani oleh rakannya, Lorry ke sana keesokan harinya. Setelah selesai majlis itu dia dan rakannya akan menghantar semula mereka berlima ke kampung halaman mereka di BunTwo.
Moral dari cerita ni : orang hensem memang mudah dapat awek,haha
p/s: speacial early happy birtday wish from me to JRY and nice to know you bro
UPDATE: entri ni mendapat nombor tiga :[
Kesan Dari 1 Jam Dari Earth Hour

Tinggal 3 hari saja lagi kempen Earth Hour akan berlangsung. Sana sini pasti aku akan terbaca pasal kempen Earth Hour. Semua blogger tak nak lepaskan peluang untuk berkempen, macam pilihanraya pulak walaupun tak wajib dan desak kepada semua orang untuk tutup lampu selama 1 jam. Macam korang sedia maklum, aku pun malas nak bercerita pasal Earth Hour sebab dah banyak dah blogger cerita pasal ni.
Apa yang aku tertarik ialah mengenai kempen ini ialah kesan selama 1 jam ni. Kalau la kempen ni berjaya dilaksanakan oleh seluruh rakyat Malaysia untuk tutup lampu ataupun sebarang barang elektrik, ni mampu menjimatkan pengunaan elektrik pada bulan ni. Ok, nampak macam tak masuk akal, walaupun 1 jam, tapi dalam 1 jam tu (8.30 pm ~ 9.30pm) merupakan waktu kemuncak penggunaan elektrik diseluruh Malaysia. Jadi kita untung TNB rugi sikit je. Tapi sayang KENAPA, MENGAPA dan BAGAIMANA untuk kita dapat menyahut kempen ni.
Jawapannya senang je, KENAPA bila adanya kempen macam ni. Baru semua orang ramai nak sokong, padahal kalau kita praktikkan kempen ni pada rumah sendiri pun sudah memadai, tak payah nak tunggu kempen setahun sekali. Tak pun tak kan bila tengok jiran sebelah tutup lampu baru kita nak ikut.

MENGAPA kesedaran baru timbul bila adanya kempen macam ni. Semuanya berbalik kepada KENAPA tadi.
BAGAIMANA untuk kita memastikan kediaman kita betul² selamat dalam keadaan tu (peringatan untuk aku dan semua orang). Mudah je, kalau ketika tu berada di rumah, pastikan rumah kita berada dalam keadaan yang berkunci dan tingkap juga tertutup, dalam waktu ni anasir² yang aktif suka mengambil kesempatan terhadap mangsanya. Sila paham²kan maksud ni, kalau berada di luar rumah, contohnya macam nak lepak² di tepi pantai bersama bf/gf sambil melihat cahaya bulan (tak kisah dimana²), pastikan anda tidak tertangkap oleh jabatan pencegah maksiat ataupun jabatan agama islam. Perbuatan yang sungguh tidak KOOL.
Sebaliknya ikutlah contoh macam aku. Tidur perkara wajib dulu, cukup time bangun, mudahkan hehe. Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan dalam 1 jam tu. Cuma kita sendiri yang kena pandai menguruskan waktu dengan sebaiknya.
HIPOTESIS: Semakin lama tutup bekalan elektrik, Semakin jimat bil anda. Aku dah merapu dah. Apa pun selamat bergelap. Peace No Gaduh².
Wahai Spammer

Aku try bukak blog yang spam aku, tapi malangnya kosong jer blog tu. Pening aku dibuatnya. Nak kena delete satu persatu spam yang ada, atas pendapat beberapa rakan blogger, aku akhirnya memutuskan untuk membuat Comment Moderation di blog ni buat sementara waktu. Walaupun cara ni aku tak berapa suka dan menyusahkan para pembaca, tapi nak buat macam mana. Yang susah tu la selamat. Dengan ni, aku dapat tapis dahulu komen² yang ada. HARAP MAKLUM
*pendapat aku*
Lagi satu, selalunya spammer akan serang blog yang mempunyai live traffic yang tinggi dan blog aku pulak tak la ramai orang yang datang, tapi macam mana boleh kena. Kompius disitu
Antara AF Dan Bola
Hari minggu ialah hari untuk merehatkan diri dari kesibukkan, setelah penat berkerja selama 5 hari dan pasti aku tidak akan melepaskan peluang yang ada. Memandangkan pelbagai rancangan yang menarik ada di kaca tv. Aku tak terkecuali, aku juga antara yang tertunggu² di depan kaca tv rumah aku untuk menonton rancangan² yang menarik.
Selalunya family aku akan menonton rancangan Akademi Fantasia selepas berita. Aduh, sebenarnya aku bukan la peminat AF ni, memandangkan sekarang ni dah banyak sangat realiti tv antaranya OIAM, jadi apa la sangat bagi aku, motif dia orang sama je untuk mencari bakat baru. OK la kan macam tu, tapi kalu macam TOMOK apa kes, opss. Dia boleh ke di ketegorikan sebagai bakat baru. Korang pikir sendiri la, opss terlebih suda.
Aku pun layan jer tengok AF ni sementara menungu perlawanan antara Fulham dan Man Utd. Masa tengah layan AF, ada la 2-3 orang pelajar seperti Hafiz, Aishah dan Zizi yang aku minat sebab suara dan penampilan mereka yang membuatkan aku tertarik. Mungkin benar suara orang dari Sabah dan Sarawak ni unik.
Lepas tengok sampai abes, aku tak kisah sangat dengan kejutan² dalam AF ni, sebab dari musim pertama memang dah ada kejutan² macam ni, jadi aku tak kisah siapa yang keluar sebab aku bukan pun AFUNDI siapa², sekadar tengok untuk berhibur dan minat je. Tak salahkan.
Selepas tu, perlawanan yang ditunggu² pun berlangsung antara Fulham dan Man Utd. Apa yang boleh kata kat sini, MU tak ada luck, dah la kalah dengan Liverpool 4-1 minggu lepas, semalam kalah pulak dengan Fulham 2-0. Apa pun, walaupun pun MU kalah aku tetap minat team ni.
Perasaan Cemburu Itu Perlu Ada
Sambil aku melawat blog rakan² blogger, pasti aku akan memerhatikan sesuatu yang baru yang ada di blog mereka. Tak kisah la apa pun janji baru bagi aku, terutama yang kerap tukar template dan ubah suai blog mereka. Sebenarnya aku jeles dengan mereka² ni (yang tukar template aku tak jeles sangat sebab aku pun boleh). Bagi aku tuan punya blog yang mempunyai layout dan design blog yang kacak dan hensem melambangkan personaliti dia, bagi yang kerap tukar template tu paham² sendiri la kan. Blog aku pula serabut dan sungguh tidak terurus, jadi adakah personaliti aku macam tu…hehe
Sebenarnya aku masih lagi mengubah suai blog ni. Harapan nak blog ni sehensem dan sekacak blog yang aku tengok. Bila masa nak edit blog je, aduh mesti pening kepala bila tengok code² yang ada. Aku sendiri mengaku yang aku tak berapa terer dalam mengedit ni.
Jadi aku selalu mengharapkan kawan² yang terer dalam mengedit ni untuk tolong aku, tak pun minta pandangan dan tunjuk ajar dari mereka. Aku pun faham, kalu nak mintak tolong dekat orang yang terer, sekali dua dia mau la tolong, dah berkali² sapa yang mau tolong. Dia orang pun ada komitmen sendiri. Lepas ni, aku tidak akan menyusahkan korang lagi. Tapi ‘sharing is caring’ tak kan tak nak tolong lagi…haha
Bukan aku tak adae niat di hati nak buat sendiri. Orang kata ‘try and error’, tapi kalau aku try tiga kali error pun tiga kali, apa kes. Jadi kesimpulan kat sini, lepas ni kalu elok atau tak blog ni, semua hasil kerja tangan aku sendiri dan tak mintak pertolongan dari orang lain dah.
Anasir Jahat Yang Sering Menggoda Aku
Setiap hari aku pasti akan menerima 2-3 sms. Aku sangkakan awek² yang tergila² kat aku yang sms. Rupanya sangkaan aku salah. Aduhhh…(melepas). SMS tu berunsur dengki/jeles. Perkara ni berlaku semenjak aku tukar handphone baru. Sebelum ni, masa guna handphone lama. Tak ada pulak jadi macam ni. Ni semua gara² talian MAXIS yang aku guna.
Ada saja sms yang tak berkenaan. Contoh macam peraduan, video klip, beli itu beli ini. Kalau nak hantar pasal tarikh tamat tempohtak apa la jugak, at least boleh aku stand by awal². Aku telah di perkotak katik kan oleh mereka. Dia orang ingat aku ni apa, dulu buh layan je kat aku. Sekarang, mentang² dah up skit, mula la nak goda aku dengan macam anasir kurang sihat.
Baru 2 minggu aku guna handphone baru, dalam masa 2 minggu ni bayangkan berapa banyak sms yang aku terima kalau dalam sehari 2-3 sms. Adakah ni strategy Ananda Krishnan untuk menkayakan lagi dia sebab tadi, aku baca paper KOSMO < — baca kat sini —> sambungan yang dia merupakan orang ke 62 terkaya di dunia kalah Donald Trumph yang terkenal dengan siri The Apprentice sebab dia berada di kedudukan ke 450 jadi korang boleh fikir la sendiri kan betapa kayanya dia. JADI aku berharap sangat² MAXIS ohhh MAXIS. Tolonglah, hentikan semua ni.





