Browsing articles from "March, 2009"
Mar 12, 2009

Result SPM

Assalamualaikum, mesti semua orang ternanti² jawapan contest tempoh hari. OK result SPM (Siapa Pemenang Meneka) dah ada. Firstly nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang sudi join contest ni. Memandangkan ramai yang mencubakan diri dalam meneka contest choki² ni, jadi banyak lah jawapan yang ada dan aku jadi binggung pulak nak pilih sapa yang patut menang, dan hint yang aku bagi ialah:


choki² chocolate = lebih dari 1 kurang dari 120 choki²
choki² chocomilk = lebih dari 1 kurang dari 30 choki²
jumlah keseluruhan = lebih dari 1 kurang dari 150 choki²

*hint update*
jawapan lebih dari seratus dan nombor ganjil


Sebenarnya aku tak kisah sangat pasal jumlah chocolate & chocomilk. Yang tu semua saja je nak menyusahkan korang sebab penyertaan ni jelas tertumpu pada jumlah KESELURUHAN. Kalau dari awal aku kata macam ni dah tentu ramai orang akan teka dengan betul sebab penyertaan ni tak ada had untuk setiap orang. OK dan jumlah keseluruhan choki² yang ada ialah = 137 choki² (jawapan dia lebih seratus dan nombor ganjilkan) dengan ni keputusan adalah MUKTAMAD dan pemenangnya ialah:


Dengan tepatnya dia orang meneka = RM 10

xuen adyla

sagu hati sebab hampir tepat = RM 5


*aku bermurah hati bagi lebih dari 2 orang pemenang*
Kepada semua pemenang diminta emelkan kepada kriell.29[at]gmail[dot]com aku secapat mungkin untuk tuntut ganjaran dan siapa² yang ada YM aku (korang tau sendiri kan nak mintak apa)


Kepada yang lain cuba lagi dan aku mintak maaf sebab semua jawapan tekaan hampir sama, kalu boleh memang nak bagi suma orang menang & jangan lupa sebab lepas ni ada lagi contest berterusan yang lagi menarik. Hadiah pun mesti menarik, tunggu dan lihat bila.


P/S: Siapa nak tolong aku perabiskan choki² ni suma ;)

Mar 10, 2009

Jom Layan

OK, sementara nak tunggu keputusan contest tu. Apa kata jom korang suma layan dulu lagu ni (pasang kuat²). Siyes aku tergelak bila dengar lagu poco poco, bukan apa, tapi aku sendiri tak faham kenapa aku gelak sorang² *aku x gila lagi HARAP MAKLUM*


Pasal contest tu, ada 2-3 orang dah teka hampir betul. Sempat lagi kalau nak jawab, sebab aku ada bagi tau yang jawapan dia lebih seratus. Jadi korang teka la banyak² apa jawapan dia…hehe :)

P/S : Hint contest seterusnya = jawapan suma nombor ganjil

Choki-Choki Contest

OK  ni 1st time aku buat contest
contest dia senang je…teka berapa banyak choki² yang ada :( (

contoh :

choki² chocolate = ?
choki² chocomilk = ?
jumlah keseluruhan = ?
*tengok hint macam mana nak jawab*

senangkan, jadi tunggu apa lagi.


Syarat² Pertandingan

  • terbuka kepada suma orang yang berminat
  • jawapan boleh bagi sebanyak yang mungkin (memang nak bagi korang menang)
  • keputusan adalah muktamad

Hint
choki² chocolate = lebih dari 1 kurang dari 120 choki²
choki² chocomilk = lebih dari 1 kurang dari 30 choki²
jumlah keseluruhan = lebih dari 1 kurang dari 150 choki²


Hadiah
2 orang yang teka dengan tepat (hampir tepat kira ok la) akan mendapat top up RM 10….ok la sebab contest ni senang sebab cuma kena teka² je


Tarikh Tutup
12/03/2009 tepat kul 8.oo pm


P/S:  Jawapan boleh diberi kat ruang komen…(contoh jawapan diberi)

Pameran F1 BMW Sauber Petronas

Hari ni hari minggu, bersamaan dengan hari ahad. Firstly aku tak plan nak pergi jalan mana² sebab ‘bajet’ tak mencukupi. Ingat nak duk umah tido. Dalam pukul 5 lebih, telefon berbunyi dari bapa saudara aku, dia ajak pergi tengok pameran F1 dekat dengan rumah aku. Jadi aku pun bersiap dan ikut je la. Sampai je dekat tempat yang dituju, perghhh memang ramai orang siot yang membeli belah. Tapi tak kisah la kan ramai orang, sebab aku bukan nak tengok dia orang pun. Aku terus pergi ke pameran tu dan dapat di lihat ada sebuah model kereta F1 team BMW dan Mazda RX8 untuk cabutan bertuah.


Pameran ni bertujuan untuk menarik minat pengunjung yang datang untuk membeli tiket F1 yang akan diadakan di Sepang nanti. Lepas pusing² sekitar tu, aku sempat try bawa simulator F1, semua ada 4 simulator. Simulator ni macam game arked ‘nascar’ . Alah satakat bawa simulator apa kes, aku siap ada lesen kelas A dan C lagi. Jadi memang tak jadi masalah la untuk aku bawa simulator ni.


Lepas try simulator ni, aku sempat tengok servenior yang ada. Tapi tak boleh tahan harganya beb. Satu sweater Ferrari harga dia RM650. OMG mahal, last² balik rumah dengan penuh kegembiraan sebab menang race tadi :)

aksi poyo aku sambil di perhatikan orang ramai
model kereta BMW Sauber Petronas

You Raise Me Up

Siapa yang tau nama Josh Groban, dia seorang singer, hensem dan berbakat lagi. 1st yang aku suka dia sebab style rambut dia yang menjadi pujaan hatiku. Ok² siapa yang minat dia mesti tau lagu ni You Raise Me Up. Sebenarnya lagu ni ada banyak versi dan penyanyi yang menyanyikan, tapi versi Josh Groban yang da best bagi aku.


Aku memang suka lagu ni sebab layan felling habis. Tambah² time korus. Aduhhh memang layan felling (siapa yang tak layan mungkin tak ada felling kot). Aku pernah la try nak hafal lagu ni, mana nak tau dapat masuk AF 10 nanti. Tunggu dan lihat bakal bintang baru.

P/S: Ni 1st posting video aku. Kesiankan baru nak maju =(

Nokia 5800 XpressMusic Terbaik

Nanti Orang Kata Itu Asli = NOKIA


Haha, abaikan akroname ni. Seperti yang telah aku beritahu dalam posting yang lepas
² yang aku kata aku nak beli handphone baru. Semalam segala² telah terjawab dengan aku mengambil keputusan drastik tanpa berfikir panjang, aku pun pergi beli.


Model yang aku pilih ialah Nokia 5800 XpressMusic. Kalau di ikutkan dalam hati memang nak yang lebih bagus. Tapi disebabkan bajet yang tak seberapa, yang ni je yang dapat beli, bajet yang aku guna ni merupakan simpanan aku selama beberapa tahun untuk beli Nissan Fairlady Z :-| , jadi aku keluarkan dulu duit simpanan ni untuk beli handphone baru.


Sebelum nak beli model ni, aku ada la servey beberapa model dan jenama lain antaranya jenama HTC, Sony Ericsson C905 dan Sony Ericsson C902, dan Apple Iphone.


  • Untuk model HTC, harga dia terlalu mahal untuk aku beli. Tapi keseluruhan memang berbaloi kalau dapat henset macam ni.

  • Untuk dua² model Sony Ericsson tu. Kualiti memang best, sebab model C905 tu camera dia 8.1 MegaPixel dan C902 camera dia 5 MegaPixel dan design dua² smart.

Last² model nokia jadi pilihan aku, sebab sejak dari mula aku menggunakan handphone nokia la pilihan aku. Oke la bagi aku model ni sebab ada wi-fi, camera 3.2 MegaPixel Carl Zeiss, full touch screen, ada GPS dan 1000 lagu percuma untuk di download. Baru aku faham kenapa dia orang bagi 1000 lagu percuma sebab semua lagu tak boleh belah sebab tu nak bagi free

Meet my new gadjet
Saja try wi-fi, masuk blog org paling hensem & femes

P/S : Aku tak explore habis lagi henset ni.


UPDATE: Sekarang ni kebanyakan orang guna BlackBerry :[

Merah Atau Putih Pilihan Kamu



Final Carling Cup telah sampai ke kemuncaknya
pasukan pilihan
Man Utd akan menentang pasukan underdog Tottenham Hotspurs
mampukah pasukan bimbingan Sir Alex Ferguson yang dilimpahi pemain bertaraf bintang memenangi perlawanan tersebut
atau pasukan bimbingan Harry Redknapp mampu membuat kejutan di Stadium Wembley
semuanya dapat disaksikan malam ni di Astro Super Sports (811) pukul 22:15

Jadi korang rasa team mana yang akan menang
berapa gol yang dapat dihasilkan dan siapa penjaringnya

P/S: Aku memang harap pasukan fav. aku Man Utd menang :D

Pages:«12

Geng FB