Terima Kasih
Salam semua, aku perasan yang kebelakangan ni aku kemalasan nak upload gambar sendiri dalam blog ni. Blog ni macam kosong saja tanpa gambar² yang menarik. Sebenarnya aku lebih suka menulis di belakang tabir, tapi aku tak nafikan gambar dalam setiap entri memainkan peranan untuk bagi menarik minat pembaca. Apa² pun aku akan rajin² upload gambar dalam blog ni biar kasi gegar sikit.
Entry ni lebih kepada ucapan terima kasih terbuka aku kepada semua.
Terima kasih aku ucapkankan kepada semua yang sudi join contest yang aku anjurkan, ni merupakan pertama kali aku anjurkan contest secara serius. Penyertaan amat menggalakan bagi aku sebab aku ingat tak ada sambutan pada permulaan contest berlangsung dengan berbaki tiga hari saja lagi, setakat ni seramai 25 bloggers telah menghantar penyertaan. Korang bila lagi.
Terima kasih aku ucapkan kepada Cik Azah kerana sudi memilih aku kat blog dia di ruangan blogger pilihan. Kalau korang tak percaya, try tengok di blog Cik Azah, hanya menjadi pengkomen yang ke-25 bagi setiap post terbaru, korang akan menjadi pilihan di hati Cik Azah, yang ni bukan bodek ye tapi ikhlas.
Terima kasih kepada Saudara Luth kerana mengajak aku meramaikan lagi perjumpaan yang dia rancangkan bersama dengan rakan bloggers yang lain. Walaupun aku bukan orang penting dalam komuniti dia, tapi setiap kali perjumpaan diadakan, dia tak pernah lupa mengajak aku untuk turut buat ramai (nampak sangat yang aku ni tak penting). Secebis gambar kenangan aku terselit di blog dia di entri ni.
Terima kasih juga kepada semua rakan blogger, followers dan silent readers yang menyokong aku selama ni dalam setiap penulisan yang aku hasilkan, tak la terasa macam syok sendiri dalam setiap entri yang aku tulis walaupun aku merapu, ada juga yang sudi bagi pendapat.
P/S : Disebabkan ramai yang nak aku kongsikan pendapat pasal blog, sekarang aku tengah cari lagi maklumat untuk dikongsikan bersama. Bila nak posting tunggu la bila dah cukup maklumat, aku kongsi maklumat sekadar yang tau je.
Hanya Sekadar Di Pinggiran
Salam kepada semua, entri yang lepas macam² komen yang aku dapat ada, terharu dan aku berterima kasih kepada semua yang sudi memberi komen.
Entri tu bukanlah nak bercerita mengenai aku sedih ke aku tak hensem atau apa, tapi kisah tu hanya sebagai satu penceritaan saja di sebalik kisah benar. Apa yang aku nak sampaikan di sebalik kisah tu bukanlah mengenai kisah aku semata², tapi mesej di sebalik cerita tu.
Aku menulis bukanlah untuk berkongsikan kesedihan sebab aku lebih suka berkongsikan pendapat dalam setiap entri yang aku tulis. Tak dinafikan ada entri aku merapu entah apa², ada juga yang membuatkan kita sama² berfikir. Jadi terpulang kepada individu masing² nak terima macam mana.
Kebelakangan ni, aku banyak menghabiskan masa mencari tips² untuk blog. Kalau ada siapa yang berminat, akan aku kongsi bersama nanti dan ternyata ianya berkesan.
Tanpa Ilmu Siapalah Aku
1. Statistik blog aku menunjukan yang bulan ni aku malas update berbanding bulan² lepas. Adakah sebab utama adalah malas. Sebenarnya aku sedang menyiapkan report latihan industri aku yang berbulan tertangguh, jadi keutamaan harus diberikan pada perkara² yang lebih penting selain berblog.
2. Aku dalam mood berkabung, mungkin disebabkan pasukan pilihan aku Manchester United kalah kepada Barcelona pagi tadi. Jadi siapa yang sokong team ni, jom kita berkabung sama². HAHA
Di awal permulaan kerja sememangnya menyeronokan. Pendapatan ketika tu 1k lebih sebulan, bagi aku cukup banyak kerana ketika tu aku tak ada apa² tanggungan dan dengan pengalaman yang aku ada, dah mampu untuk dapat gaji sedemikian bagi seorang lepasan SPM.
Di alam perkerjaan juga telah membuatkan aku mula bergaul dengan kumpulan PADI (Pendatang Asing Dengan Izin) yang datangnya dari pelbagai negara antaranya Indonesia, Bangladesh, India dan Nepal. Walaupun ada diantara mereka telah berusia dan berkahwin, tapi urusan kerja tak membataskan aku untuk bergaul dan berurusan dengan dia orang walaupun perbezaan negara, status, bahasa dan usia. Pengalaman berkerja dengan kumpulan PADI amat menyeronokan bagi aku.
Bulan kedua selepas aku berkerja di situ, minggu orientasi diadakan bagi pengambilan pelajar semester baru di universiti tu. Sememangnya di mana² universti majoritinya adalah kaum perempuan, kat universiti ni pun sama. Ada yang sebaya dengan aku ketika tu, lepasan SPM. Oleh sebab aku dengan kawan² aku suka kacau pelajar² kat situ. Jadi pelajar² baru juga tak terlepas dari kami.
Jadi aku dengan kawan² aku memberanikan diri untuk buat kacau kat sekumpulan pelajar perempuan yang sedang berehat di tepi jalan. Entah macam mana, macam dia orang dah tau yang kami nak kacau dia orang ni, terdengar suara sinis dari salah seorang dari sekumpulan perempuan tu.
Dah la muka tak hensem, ada hati nak kacau kita….kerja pun ntah apa², pergi blah la wei..kami mai sini nak belajar, bukan nak layan korang
Aku dengan kawan² masa tu terdiam kerana malu dengan ayat² yang di lemparkan oleh sorang budak ni. Mungkin benar apa yang dikatakan, kami dan sekumpulan pelajar tu umpamakan langit dan bumi. Kata² dari pelajar tu telah membuatkan aku berfikir beberapa bulan. Tak kan aku nak terus kerja macam ni sampai ke tua. Akhirnya aku nekad dengan kata hati aku sendiri.
Mungkin sekarang aku berterima kasih kepada perempuan tu kerana menyedarkan aku. Tanpa ilmu, manusia senang saja dikutuk, dicaci dan dihina. Setelah tujuh bulan berkerja di syarikat tu, aku mengambil keputusan untuk berhenti sebab ingin menyambung pelajaran di politeknik sampai sekarang.
MORAL
Sejarah telah membuktikan yang tokoh² ilmuwan dunia disanjung kerana kepandaian ilmu yang mereka ada dalam sesuatu perkara. Tanpa ilmu manusia tak akan berjaya, tanpa ilmu manusia tak kemana dan tanpa ilmu juga manusia di pandang rendah. Jadi sama² kita renung²kan.
You Follow I, I Follow You
HARAP MAKLUM

Sebut pasal followers, pasti setiap orang ada pandangan dan pendapat masing²…ada yang suka apabila followers bertambah, ada yang tak berapa nak suka sebab tu sesetengah blogger suka buat privated blog dengan harapan nak privacy…jadi terpulang pada individu masing² nak menilai macam mana terutama pengguna blogspot.
Setiap blog pasti ada pengikutnya tersendiri…apabila seseorang blogger follow blog yang lain, ni bermakna dia berminat untuk membaca hasil penulisan seseorang tu…tapi tak kisah la kan, mungkin ada sebab² lain.
Blog aku mengamalkan sistem terbuka, korang follow blog aku, maka aku akan follow balik…kalau nak harapkan aku blogwalking, sekarang memang aku tak berkesempatan dengan keadaan internet yang amat menyedihkan… jadi dengan cara ni saja dapat aku ziarah balik…setiap blog yang aku follow dan blogger yang follow aku, aku tempatkan di exchange link aku.
Berbalik kepada tujuaan entry ni, aku ada baca banyak kes²
pasal ni…ada yang tak suka bila seseorang tu menyuruh follow blog dia secara paksa (melainkan spammer)…mungkin sesetengah orang tak dapat terima cara ni…tapi aku tak kisah sebab macam aku katakan tadi, aku mengamalkan sistem terbuka, aku tak kisah nak follow ke tak sebab blog ni pun tak ada yang menarik sebab banyak entry aku hanya suka² dan ntah apa²…tapi aku suka konsep yang digunakan sesetengah blogger…follow blog yang mana dia rasa nak follow jer…mudah, senang dan mesra.
Kadang², aku ada perasan yang ada orang lebih penting kuantiti followers berbanding kualiti keseluruhan blog…tapi tak di nafikan, ada yang aku tengok memenuhi kedua² kreteria² ni, tak payah aku nak namakan siapa orang² yang aku maksudkan tu…bagi aku, kita tak dapat menilai blog kita sendiri, cuma orang yang dapat menilai kita macam mana….macam tu la aku menilai sesebuah blog…kalau korang aku tak tau la menilai cara macam mana…macam blog aku pulak, kalau korang nak kata apa pun katalah, aku tak kisah sebab aku hanya suka² dalam berblog, jadi memang tak ada kualiti (malas update pulak tu)
Ada sesetengah blog, aku lebih suka mengikuti blog tu dengan menjadi silent readersSekali lagi aku nak katakan, entry ni tak ada kaitan dengan mana² pihak…hanya sebagai perkongsian semata²…kalau ada tersalah silap, akanku perbaiki lagi di masa hadapan…terutama pengguna WordPress…mungkin sebab blog yang menarik, penulisan entry membabitkan dua hala antara si pembaca dan si penulis, gambar² yang berkaitan dan lain²…kalau ada entry yang berkaitan, aku pasti akan meninggalkan kesan disana…mungkin satu hari aku pun akan bertukar ke WordPress, tunggu dan lihat macam mana.
Jauh Tapi Dekat
Sememangnya hubungan kita rapat
Setelah sekian lama bersama
Sukar untukku ucapkan sayang padamuMungkin naluriku seorang lelaki
Kerana aku adalah seorang lelaki yang lemah
Membuatkanku sukar untuk mengungkapkan perkataan itu
Malu tidak bertempat adalah masalah utamakuSekarang, kita membawa haluan masing²
Satu ketika, semasa dekat ku abaikan saja
Semuanya serba tak kena pada masa itu
Hikmah disebalik hidup berengang
Hasilnya ku merindui kamu
Hanya doa sebagai penghubung
Harap kau gembira disamping orang tersayang
Tapi satu pesananku buatmu
Walaupun kita berjauhan, kau tetap dekat padaku
Hubungan kita tetap selama²
Walau apa jua rintangan

Sebenarnya korang jangan salah faham, entry ni bukan la ditujukan kepada awek² kat luar sana. Aku masih single dan masih muda untuk memikirkan perkara ni. Siapa yang nak ngorat aku boleh la. HAHA
Entry ni tujukan kepada abang dan kakak aku yang tinggal berjauhan dengan tujuan mengatakan aku rindu korang.Tak tau la korang rindu aku balik ke tak, tapi disebabkan ada yang dah berkeluarga, ada yang kerja berjauhan yang membuatkan aku terasa. Tapi aku tak kisah sebab lumrah kehidupan macam ni.
Cuma aku terkenang balik kisah lampau, kalau dulu selalu jer bergaduh, sekarang ni tak lagi sebab semua bawa haluan masing². Macam aku kata, bila dekat tak terasa tapi bila berjauhan baru terasa, walau macam mana pun, hubungan adik beradik tetap bersatu.
Sesuatu Yang Tak Pasti
Kebanyakkan blogger menjadikan blog mereka sebagai blog peribadi, hanya segelintir saja yang menjadikan blog sebagai sumber rujukan (tutorial), perniagaan, hiburan, politik, sukan dan lain².
Walaupun tak banyak kisah peribadi yang aku ceritakan, tapi aku masih anggap blog aku sebagai blog peribadi sebab aku yang tulis kesemua entry di dalam blog ni. Mungkin aku lebih selesa dengan cara penulisan macam ni dan aku menulis mengikut idea yang bersesuaian dengan mood aku, pelikan aku.
[ISI² PENTING]
Sebenarnya, aku tak nak blog ni diketogorikan sebagai blog SS (syok sendiri) tapi kebanyakkan entry yang ditulis hanyalah SS (suka²). Aku menulis merangkumi semua yang aku nak tulis, tak terlalu spesifik kepada peribadi, sebab bagi aku kalau cerita terlalu peribadi mungkin membosankan sebab tu kadang² ada entry yang aku tulis melalut entah apa². Bagi aku, setiap orang ada alasan sendiri untuk menulis, macam tu gak aku. Kalau nak suruh aku buat entry pasal tutorial, perniagaan, hiburan, politik, sukan dan lain², jangan harap la sebab aku memang tak pandai bab tu.
Kalau nak ikutkan, hutang tag berpuluh² yang aku tak jawab. Untuk pengetahuan semua, tag dan award bukanlah alasan untuk aku update blog, dulu semasa awal pembabitan dalam blog, boleh la diterima. Tapi sekarang aku dah malas nak layan, bukan nak kata aku ni sombong, tapi banyak lagi benda yang aku boleh buat.
Kalau dulu, aku tak kisah dengan keadaan sekeliling aku. Apa yang aku tulis, aku pakai tulis jer. Bahasa entah ke mana, tulisan short form, pemilihan font dan warna boleh membuatkan orang jadi buta. Tapi semakin hari membuatkan aku lebih matang (matang la sangat) dalam menulis dan setiap entry yang aku nak tulis, aku kena fikir 2-3 kali sebelum publish. Sebab reaksi orang tak sama macam apa yang aku nak sampaikan, sebab itu kadang² aku lebih suka membaca entry² di blog kawan² berbanding aku buat entry sendiri.
[PENUTUP]
Memang susah apabila tuan blog sendiri tak tau nak kategorikan blog sendiri sebagai blog apa, cuma korang yang baca blog ni jer dapat nilai blog ni macam mana. Kalau aku nak nilai sendiri, nanti orang kata aku perasan pulak. Jadi korang yang baca korang yang nilai sebab yang baik datangnya dari korang (sebab menilai) dan yang buruk datangnya dari diri aku sendiri (sebab aku yang menulis).
Realiti TV Menguntungkan
Sebut pasal realiti tv, tak kira mana² program realiti. Semua orang tau yang rancangan realiti ni memang menguntungkan pihak penganjur. Pihak penganjur mendapat keuntungan dari SMS (sistem pesanan ringkas) dari pengundi dan sumbangan pihak penaja. Maka dengan adanya program realiti macam ni, maka lahirlah banyak artis² me segera baru yang di anggap sebagai ikon remaja zaman sekarang.
Artis² yang dianggap sebagai icon/role model menjadi pujaan ramai di luar sana, siap mempunyai kelab peminat sendiri disebabkan realiti tv. Disebabkan realiti tv juga membuatkan seseorang tu menjadi terkenal dalam sekelip mata. Yang menariknya, setiap tingkah laku dan perbuatan artis kesayangan mereka, kalau boleh semuanya mahu ikut. Yang baik kita boleh contohi dan yang buruk jangan la ikuti.
Sebenarnya realiti tv ada kebaikan dan keburukan, terpulang kepada individu masing² nak menilai dari aspek macam mana. Siapa kata yang realiti tv merugikan, mungkin kita tak perasan, selain pihak penganjur yang mendapat keuntungan, realiti tv gak boleh menguntungkan sesetengah pihak yang pandai mengambil kesempatan (buat duit).
Kalau dulu, Heliza masuk AF5. Semua mak cik², kakak², adik² semua nak tiru style tudung Heliza. Maka ramailah penjual² tudung ambil kesempatan untuk jual tudung macam tu. Yang ni contoh untuk perempuan.
Sekarang kalau untuk lelaki pulak, tadi aku pegi kat kedai mapley nak gunting rambut, macam biasa masuk dalam dan tunggu giliran. Lepas giliran aku, mapley tu bagi katelog untuk style potong rambut macam mana yang aku nak. Aku pun tengok² la katelog tu dan tak sangka aku, gambar style rambut Tomok dengan Akim AF pun ada. Baru aku tau yang mapley tu pun layan realiti tv, tak sangka aku. Dalam hati aku hanya tergelak sebab pengaruh program realiti memang sungguh besar untuk memajukan bisnes.
Serupa Tapi Tak Sama
Setiap event yang grand² kat Malaysia semua orang tau (fokus hanya di dalam Malaysia). Cakap je event apa. Jiran sebelah rumah aku pun boleh listkan satu persatu dari awal tahun hingga ke akhir tahun. huhu
Ok, berbalik semula kepada tajuk utama entri ni, rakyat Malaysia sememangnya prihatin dengan isu² semasa tak kira sama ada pasal hiburan, politik, sukan, peperangan di negara jiran dan banyak lagi. Tapi dalam ni, aku cuma mau sentuh pasal hiburan sebab boleh menghiburkan aku. Politik buat pening kepala jadi abaikan sebentar. Perangan nanti semua orang sedih baca apa yang aku tulis.
Bermula dari awal tahun ni, dah banyak acara yang besar² berlangsung di Malaysia. Bermula dengan final Raja Lawak, Anugerah Juara Lagu, Anugerah Bintang Popular, OIAM, AIM (sekadar menyenaraikan beberapa saja) semua heboh diperkatakan siapa pemenangnya. Tak ketinggalan juga, banyak blogger yang mengambil kesempatan membuat entri pasal acara² ni.
Ada diantara kawan² aku membuat entri² macam ni supaya mendapat hit di enjin carian, dalam erti kata lain dapat meningkatkan traffic setiap kali pengunjung ziarah. Mungkin salah satu cara untuk meningkatkan traffic blog dia sebab cerita masih panas, jadi semua orang nak search di internet, tapi aku tak kesah apa motif asal entri tersebut.
Tapi apa yang menarik, walaupun banyak blogger cerita pasal cerita² ni, tapi macam² cerita yang aku terima hasil dari penulisan dia orang. Ada yang suka, geram, tak puas hati dan macam² lagi reaksi. Biasa la, lain orang lain pendapat. Tapi yang kesiannya kat aku sebab tak tau apa² pasal cerita tu, jadi blur tak tau hujung pangkal cerita tu. Tapi aku masih boleh berterima kasih kepada mereka² yang update pasal cerita² ni, kalau nak harap aku baca paper pasal hiburan. Jangan harap la.
Aku yakin esok MU menang EPL, mesti heboh kat blog (bagi lelaki) dan esok kalau salah seorang dari Hafiz, Akim, Aril, Yazid, Isma menang AF7 mesti ramai yang nak cerita perasaan dia orang yang undi sampai dia orang menang (bagi perempuan) huhu jangan marah



