Realiti Dan Fantasi
Kecewa/sedih adalah salah satu lumrah kehidupan, tak semua yang kita impikan menjadi kenyataan, tak semua yang kita bayang menjadi realiti, tak semua perkara boleh membuatkan kita tersenyum mahupun gembira.
Gembira, satu riak ekspresi menunjukkan seseorang tu suka atau seronok. Tak semua orang gembira, lihat saja seperti negara² yang mengalami peperangan. Rakyatnya hidup dalam kedaifan dan ketakutan. Mungkin sesetengah orang mampu tersenyum, tapi di sebalik senyuman tu, mungkin ada 1001 persoalan/masalah yang bermain difikiran. Hidup umpama dalam dilema.
Apa yang aku nyatakan ni bukanlah mengenai aku, tapi cuma hendak kita sama² bayangkan yang hidup di dunia tak seperti yang kita bayangkan semua indah belaka Bukan semua perkara yang kita nak dapat seperti yang dirancang. Bukan semua orang senasib dengan kita dan sifat perasaan tu hanya luaran jer kita nampak, dalaman kita tak dapat menilai seseorang tu.
Bukan Senang Menjadi Blogger
Ada diantara kawan² aku yang baru tahu yang aku menjadi blogger, tiada apa yang hendak dimalukan bagi aku dengan dunia IT semakin maju, blog menjadi satu lagi medium untuk menambah kenalan selain mencari info². Sebelum ni aku hanya terdedah kepada sosial networking saja. Jadi dah tiba masa untuk transformasi diri sendiri untuk lebih maju ke depan supaya tak ketinggalan zaman.
Pembabitan aku dalam dunia blog adalah dengan tak sengaja pada tahun lepas, bermula menjadi silent reader kepada blog luth dan beberapa blog lain, kemudian barulah aku mendaftarkan diri dengan google. Huhu, sedih betul T_T
Berbalik kepada tajuk utama entry ni, antara persoalan kawan² aku tanya ialah macam mana nak buat blog, apa perasaan bila dah jadi blogger, macam mana nak dapat idea dalam penulisan dan banyak lagi. Pening juga kalau nak jawab satu². Bagi aku nak jadi seorang blogger bukanlah senang seperti yang disangka.
Memang tak dinafikan nak membuat blog memanglah mudah, hanya mengambil beberapa minit saja untuk aktifkan akaun. Tapi hasil penulisan macam mana yang hendak dihasilkan. Berbalik kepada diri aku sendiri, kebanyakkan entry aku hanyalah dari pengalaman diri sendiri, aku hanya menulis tentang diri sendiri dan perkara² yang berlaku disekeliling aku, kadang² kalau rajin aku tulis pasal cerita² semasa.
Menjadi blogger bukanlah mudah, sebenarnya banyak etika² yang perlu kita patuhi, bukan pakai main tulis sebarangan saja. Tapi kita boleh berfikir secara rasional yang mana baik dan buruk dan terpulang pada individu masing² nak tulis sebab blog masing².
Penulisan yang berkualiti boleh mengambarkan cara sesorang tu berfikir, tapi aku hanyalah insan biasa, menjadikan blog sebagai tempat berhibur, jadi penulisan aku hanyalah kosang tiada apa yang menarik. Mungkin sekarang ni, aku tengah mencari hala tuju dalam dunia blog supaya semakin hari menjadi semakin bagus.
Okeh, cukuplah setakat ni saja yang dapat aku kongsikan bersama, semua ni hanyalah dari pengalaman aku dan kalau ada apa² yang salah tolong perbetulkan.
Pemain Gitar Yang Hebat
Seperti biasa aku memang suka layari Youtube untuk mencari info baru pasal gadget. Tetiba terjumpa satu video ni kat Youtube, dia ni siap boleh nyanyi 32 lagu dalam masa 8 minit. Terer jugak dia ni nyanyi dan main gitar. Layan jer video ni.
Korang boleh ke buat macam dia :[
Kretiria Menjadi Model Iklan
Lepas SPM, aku terus mencari kerja. Sana sini pekerjaan aku cari untuk mengisi masa lapang aku yang terbuang. Ada satu ketika, aku mendapat satu tawaran temuduga untuk menjadi pembantu kira² (audit) di sebuah syarikat kecil. Setelah temuduga, aku diberi tempoh selama seminggu untuk mendapat jawapan kerja tersebut. Setelah seminggu, aku masih belum menerima sebarang jawapan dan aku mengambil keputusan untuk mencari kerja lain.
Lepas tak dapat kerja untuk temuduga yang pertama, aku mencuba mintak di merata² tempat dan keputusannya masih juga hampa. Akibat terlalu lama menganggur, aku akhirnya mengambil keputusan untuk mencari pekerjaan di dalam surat khabar dan ternampak satu artikel kecil di akhbar tu menyatakan peluang untuk menjadi model sambilan. Aku salin alamat website (tak ingat dah apa link website tu) yang diberi untuk mengisi borang. Memang menjadi impian sejak di bangku sekolah hendak menjadi model, tapi tak pernah berpeluang.
Dengan penuh harapan, setelah buka website tu, aku pun klik di ruangan permohonan (sampai sekarang keluarga aku pun tak tau yang aku pernah mintak kerja ni). Tapi ada syarat² yang perlu aku penuhi untuk menjadi model peragaan. Antara syaratnya ialah :
- Warganegara Malaysia berumur di antara 18 sehingga 25 tahun
- Tinggi minimum 170 ke atas (kalau tak silap aku)
- Susuk tubuh yang menarik
- Rupa paras yang menawan
- Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan anggota
- Ada lagi syarat² dia, tapi aku dah tak ingat
Melihat syarat² permohonan tu, aku dah pasti yang permohonan aku pasti akan di reject disebabkan aku tidak memenuhi kriteria² yang mereka hendaki. Jadi aku sekadar mencuba nasib walaupun dah tahu jawapannya. Setelah seminggu masih tiada jawapan dan aku mengerti akan jawapan permohonan tersebut.
Aku tidak berputus asa dan mencuba untuk kali kedua di agensi yang berlainan. Agensi ni ialah untuk menjadi model iklan, yang best di agensi ni, dia tak menetapkan sebarang syarat untuk memohon seperti ketinggian, rupa paras, susuk tubuh dan sebagainya. Dengan perasaan gembira, aku pasti permohonan kali ni pasti dapat. Tapi dalam hati kecilku musykil sebab sungguh mudah nak jadi model iklan.
Sangkaan aku benar sebab agensi ni hanya menawarkan untuk menjadi MODEL PAKAIAN DALAM, patut la rupa paras tak penting. Aku kecewa dan terpaksa melupakan niat aku selama²nya.




