Mencari Syurga Cinta
Cinta satu perkara yang abstrak dan boleh di definasikan dalam banyak perkara. Cinta kepada Tuhan, cinta kepada Nabi, cinta akan kebesaran Ilahi, cinta kepada keluarga, cinta pandang pertama, cinta sesama rakan dan banyak lagi. Jadi sayangi dan hargai orang yang berada di sekeliling kita selagi masih ada.
Zaman sekolah semangnya sinonim dengan cinta monyet, cinta pada dasarnya ialah suka sama suka, tapi kesudahnya masih belum dapat di tentukan halatuju cinta tersebut. Kalau masih tak dapat nak bayangkan macam mana, korang boleh rujuk contoh yang ada dalam cerita Sembilu Kasih dulu ada kat tv…huhu, serius tak boleh blah.

Setelah zaman sekolah, cinta di alam universiti/kolej boleh dikatakan cinta yang serius. Di sini kematangan usia menyebabkan pasangan yang bercinta mula memikirkan masa depan masing
². Gembira, sedih, bergaduh lumrah semasa bercinta. Orang kata waktu ni baru nak kenal hati budi masing
². Sejauh mana kebenaran, aku tak pasti sebab aku bukan orang yang dilamun cinta sekarang ni.
Dulu masa zaman sekolah, cikgu aku suka bagi nasihat kat kawan² aku yang tengah hangat bercinta. Bercinta waktu belajar ada baik dan buruk, jadi terpulang kepada individu masing² nak mencorak cinta tersebut. Antara banyak² nasihat dia bagi sampai sekarang yang aku masih ingat ialah ‘cinta tak boleh diukur melalui usia percintaan’. Dulu perasaan ingin tahu sentiasa bermain difikiran aku, tapi sekarang baru aku mengerti maksud kata² tersebut.
Cinta seusia remaja memang bawa banyak keburukan berbanding kebaikan. Antara keburukkannya yang dapat dilihat dengan mata kasar ialah wang ringgit banyak dihabiskan untuk topup, menonton wayang, makan, beli hadiah dan banyak lagi. Tapi yang pasti, ni hakikat yang aku nampak sendiri dari beberapa orang rakan aku yang sedang bercinta. Bukan aku nak kata bercinta ni tak baik, tapi kalau seseorang tu pandai urus dengan baik. Baik la jadinya.
Mungkin ramai orang tak sependapat dengan ni, tapi inilah realitinya yang selalu terjadi kepada kawan² aku yang kecewa cinta dipertengahan jalan. Jadi renung² bersama dan aku masih lagi berpegang dengan tajuk lagu Liyana Jasmay ‘aku tak percaya cinta’ sebab cinta seusia remaja hanya mendatangkan keseronokkan yang sementara dan biarlah aku berkawan dengan ramai orang dan mencari kebahagian bila tiba waktunya. Mungkin banyak lagi yang aku tak huraikan, cukuplah sekadar sebagai renungan bersama dari pendapat aku sendiri.
Kaunter Pertanyaan, Sila Beratur
Hanya beberapa soalan secara rawak saja dapat dijawab buat masa ni, mungkin ada yang aku merapu…hoho
1. Aku asal mana
Soalan standart bagi sesiapa bila pertama kali bersembang. Aku pun tak kisah sangat, tapi bila aku bagi tau je asal Pulau Pinang, mula la sesetengah orang buat anggapan sendiri yang mengatakan aku ni anak mami ke. Adeiii, tolonglah jangan TERpengaruh dengan cerita² dari Prof Madya A.Razak Mohaideen yang ada kat dalam tv tu. Bukan semua orang Pulau Pinang anak mami. Sebab aku duduk kat sini, aku pun terkena tempias. HAHA, lawak je dengar.
Kebanyakkan rakan² blogger yang aku kenal lebih tua dari aku, hanya beberapa orang saja yang sebaya denganku. Bila mereka² ni tanya berapa umur aku, aku bagi tau la umur sebenar aku, last² jawapan yang aku terima ialah ‘muda lagi kamu ni ye’ yup memang sangat muda sebab korang lagi tua dari aku, hehe. Lepas ni kalau ada sesiapa yang tanya lagi dengan sukanya aku mengatakan aku baru lepasan SPM, dah tentu tersangat muda dari korang.
3. Apasal dalam blog aku suka syok sendiri
Haha, pertama ni blog aku, jadi tak dapat nak elak dari perasaan macam tu. Memang dalam penulisan di blog aku lebih banyak merapu berbanding menceritakan kisah peribadi yang tak tentu hala tujuan lagi entah kemana. Banyak entri lebih kepada pendapat peribadi semata², jadi tak semua orang boleh terima pendapat aku. Jadi aku tak kisah sebab realitinya aku bukanlah seperti mana yang korang bayangkan.
5. Apasal aku malas nak update blog
Perkataan malas bagi aku tak tepat, aku bukanlah malas seperti yang pernah aku ura²kan ‘penyakit bermalas malasan’. Tapi antara sebab yang tak dapat dielakkan ialah keadaan internet yang amat menyedihkan, kekeringan idea, ketiadaan waktu untuk berintenet, kesibukkan aktiviti harian dan sewaktu dengannya. Aku juga ada sebab dan alasan kukuh kenapa aku update 2-3 hari sekali tak seperti blogger² lain yang update 2-3 kali sehari. Jadi ni cara aku berblog, mungkin tak sama macam korang sebab blog ni bukanlah diari bagiku.
6. Upload gambar sendiri
Ada beberapa orang tanya kenapa sejak kebelakangan ni aku kurang letak gambar sendiri kat blog ni. Satu jawapan yang dapat aku kata ialah ‘entah la’. Mungkin ada pro dan kontra yang tak dapat aku jelaskan dalam blog, apa yang dapat aku katakan tak ada apa yang menarik tentangku, sama seperti insan biasa yang lain yang cukup sifat. Suka aku mengatakan biarlah orang kenal aku melalui penulisan bukanlah dengan dengan penampilan. Aku hanya letak pada entri yang berkenaan sahaja.
Pemenangnya Ialah
Ok, agak lama mengambil keputusan untuk mengumumkan pemenang contest yang telah aku anjurkan. Atas sebab² teknikal yang tak dapat dielakkan, jadi lambat sikit nak umum. Terlebih dahulu terima kasih kepada beberapa orang rakan blogger yang sudi membantu dalam proses pemilihan pemenang dan terima kasih juga kepada semua blogger yang turut mengambil bahagian dalam contest tersebut.
Tujuan contest ni lebih kepada kepada suai kenal antara satu sama lain antara semua blogger yang bertanding. Jadi, menang kalah tu biasa la adat bertanding. Tapi bagi aku, tujuan contest ni sudah tercapai, banyak orang yang aku kenal semasa berlangsungnya contest ni dan di masa hadapan mungkin akan di adakan lagi contest yang lain.
Memang agak susah nak pilih pemenang. Seperti yang sedia maklum seramai 30 orang telah mengambil bahagian dan kesemua entry sememangnya best. Jadi macam tak patut kalau cuma tiga saja pemenang diumumkan. Atas bajet yang tak seberapa, 10 yang terbaik akan mendapat hadiah dan keputusanya ialah :

Saudara Aduka – Kasih Sahabat
Percuma Domain selama setahun + RM 30
Tempat Kedua
Saudara Keiroro - Semuanya Berpunca Kerana Duit
Percuma Domain selama setahun + RM 20
Tempat Ketiga
Saudara Joe – An An An
Percuma Domain selama setahun + RM 10
7 Sagu hati
Sagu hati berupa RM 10
- Saudari Adyla - My Father’s Gift
- Saudari Ayie – Contest from Khairil
- Saudari Syahira – Keluarga Bahagia
- Saudara Ubey - Siri Lepas Geram 1: Sahabat?
- Saudara Haruan Tasek - Berbagai Perihal Duit
- Saudara Janggel – Contest From Khairil – Belasungkawa
- Saudari Lizz – Si Cantik Dan Si Buruk Rupa.Apa Aku Kisah!
Kepada semua pemenang, sila emelkan nama penuh dan no. akaun bank anda ke kriell_afzal[at]yahoo[dot]com dan sekali lagi kepada semua blogger yang mengambil bahagian terima kasih atas kerjasama anda dalam menjayakan contest ni. Tanpa anda tak meriah contest yang dianjurkan ni. Jumpa dicontest lain pula.
I’m Sorry
Nota : Siapa yang terlepas join contest yang aku buat, boleh la join contest ni pulak. Hadiah dia pun menarik, jadi rebutlah peluang yang ada sekarang.
**********
Hari² blogging rasa seronok bila jumpa blogger baru maka kenalan bertambah tapi dengan keyboard pc kat rumah aku macam tengah nazak membuatkan mood seronok tadi bertukar menjadi sebaliknya. Mungkin dah tiba masanya untuk aku curang pada keyboard yang lama dan beli yang baru. Ok, tunggu hujung bulan ni dapat gaji tangkap yang baru.
Masalah yang selalu aku hadapi semasa berYM, blogwalking atau komen di mana² blog ialah typing error (typo). Memang semua orang pernah alami keadaan macam ni, kira dah jadi lumrah sebab semua orang buat silap. Tapi bila typo ni boleh menyebabkan mesej atau komen yang kita nak sampaikan jadi tak jelas dalam erti kata lain tak dapat nak faham.
Mungkin ada beberapa sebab yang menyebabkan berlakunya typo. Antaranya ialah kesalahan diri sendiri ataupun keadaan faktor di sekeliling contohnya macam keyboard rosak seperti aku alami dan persekitaran yang tidak menyenangkan sehingga kosentrasi semasa menulis terganggu.
Dalam menulis blog kemungkinan nak typo amatlah tipis sebab aku akan baca 2-3 kali sebelum nak publish, tapi masa komen kat blog kawan² yang lain. Kemungkinan berlakunya typo amatlah tinggi. Jadi kepada rakan² blogger sekalian, kalau korang tak faham apa yang aku komen di blog korang disebabkan typo. Aku mintak maaf, kalau yang silly mistakes tu abaikan saja sebab kemungkinan nak faham tu ada lagi.

budu 2 botol singgit….singgit 2 botol
Blogging 7 Hari Seminggu
Banyak orang yang addict dengan blog pasti hari² akan menghadap depan pc atau laptop masing². Biasa la macam tu, sebab aku pun pernah alaminya satu masa dulu. Tapi sekarang aku lebih suka menghabiskan masa di blog rakan² berbanding nak update dalam blog sendiri.
Rasa lucu bila aku baca balik entry² lama yang ada dalam blog ni. 1st timemasa menulis blog memang menyeronokan, rasa macam² nak luahkan. Sanggup update 2-3 kali sehari padahal cerita entah apa². Tapi aku silap masa tu. Mungkin ketika menulis, aku terlalu bermain dengan emosi menyebabkan banyak entry lama hanya sekadar lepas geram, luahan perasaan sedih dan mungkin orang kata nak menunjuk² (riak). Tapi entry² lama mungkin tinggal sebagai kenangan sebab banyak yang dah tersimpan di dalam draft, biarlah aku saja mengetahui apa yang aku tulis. Mungkin followers yang dah lama mengikuti blog ni pernah baca, tapi mungkin dah tak ingat, jadi abaikan.

Tiga bulan yang lepas masa aku menulis entry ni, mungkin aku zero knowledge dalam dunia blog. Masa tu hanya tau publish entry saja, nak tukarlayout baru pun masih tergagap lagi dan nak edit² blog lagi la tak reti. Maka terhasillah entry kejelesan terhadap segelintir individu.
Aku terima setiap komen dari sudut yang positif, dengan tu aku cuba untuk memperbaiki dari semasa ke semasa dalam setiap aspek. Cukuplah untuk jadi yang terbaik untuk diri sendiri kerana kepuasan bila tengok setiap hasil kerja sendiri rasa berbaloi baloi, tapi terasa lucu bila tengok hasil penulisan macam budak tak matang dalam blog ni ketika tu.
Ok, lepas siri kejelesan terhadap segelintir individu, aku mula belajar dengan beberapa orang yang mahir untuk mengkacakkan lagi dalam penulisan mahu pun edit blog di platform blogspot ni. Tambahan dengan bantuan google maka banyaklah ilmu yang aku dapat terutama dalam mengedit blog.
Mungkin dulu aku tak faham apa itu try and error dan practice make perfect. Tapi bagi aku tiada yang mustahil untuk semua orang mencuba sesuatu yang baru walaupun bukan dalam bidang yang kita suka, cuma usaha untuk mencapai sesuatu, pasti akan berjaya kelak.
Sekarang aku dah tak lagi nak jeles sana sini bila masuk blog lain sebab bagi aku berblog hanyalah untuk suka². Tiada apa yang nak di banggakan dengan blog ni. Hanya sedikit maklumat dan pendapat peribadi dapat dikongsikan dari seorang insan biasa berblog tujuh hari seminggu.
p/s: kalau rajin nanti aku akan menyenaraikan beberapa blog yang patut kita sama² belajar dari situ, tu pun kalau ada yang berminat la
Macam Macam Bunyi
Bagi sesetengah orang, perkara macam ni biasa saja. Mungkin sekadar gurauan atau di jadikan bahan jenaka. Tapi cuba bayangkan kalau seseorang yang kita tak kenal buat perkara macam ni depan kita, tentu biadap rasanya. Macam nak pukul terus orang tu. Tapi kalau kawan kita sendiri buat macam tu, agak² boleh tak di maafkan.
Sememangnya terasa nikmat bagi orang yang melakukannya, tapi sengsara bagi orang yang berada di sekelilingnya.Macam² bunyi dapat dengar dan macam² bau dapat hirup dengan aman. Patut tak rasa bersalah untuk buat perkara ni kat tempat awam. Apa² pun layan video kat bawah ni untuk keterangan lanjut.
opps! i did it again
Penantian Belum Berakhir
Hari ni genaplah enam bulan semasa aku menulis entry ni. Enam bulan satu tempoh yang amat panjang bagi aku ketika menjalani Latihan Industri (LI). Tempoh enam bulan yang penuh dugaan dan cabaran bagi aku.
Tiada gambaran yang dapat aku kata² selama enam aku bulan menjalani LI. Satu tempoh yang agak membosankan bagi aku. Entah mengapa, silap dan masalah aku sendiri tak pasti. Yang pasti, aku terpaksa mengharungi cuaca hujan panas yang tak menentu semasa menjalani LI. Haha, bagi aku LI tak seindah khabar yang aku dengar sebelum ni. Tapi ada juga kenangan manis yang aku dapat semasa LI.
Hari ni juga, tamatlah tempoh aku menjalani LI secara rasminya. Dikala teman lain bersuka ria dengan berakhirnya LI, aku pulak kecewa dengan keputusan syarikat untuk menyambung khidmat aku dan 3 lagi rakan sepelatih selama sebulan lagi dengan alasan tunggu sampai ada budak praktikal baru masuk. What the fish?
tak tercapai akalku untuk terima keputusan macam ni.
Salah satu faktor penyebab aku bermalas-malasan bulan ni, aku dah malas nak buat praktikal lama² dan banyak lagi report dan buku log harian yang tak tulis. Nak aktif berblog tengok la keadaan macam mana.
Tips Hendak Menulis Blog

Ibarat kata pepatah “bagai cendawan tumbuh selepas hujan” itulah yang dapat di gambarkan terhadap dunia blog sekarang ni. Boleh dikatakan satu perkembangan sihat dalam dunia blog di Malaysia tapi banyak yang baru nak mula menulis blog masih tercari² identiti sendiri.
Menulis kalau tanpa merancang ibarat macam syok sendiri terutama kepada mereka yang menjadikan blog sebagai blog peribadi. Sorry aku mengatakan kalau dalam sehari, tiga empat kaliupdate pun kalau cerita pasal entah apa² baik tak payah nak cerita. Tak kan setiap detik setiap masa nak bagi tau apa aktiviti yang buat dalam sehari (pendapat aku saja). Disebabkan dulu, aku ada mengatakan bukan senang nak menjadi seorang blogger. Jadi di sebabkan kita sama² pilih untuk jadi blogger, terpaksa kena kreatif sikit dalam setiap entry yang hendak dihasilkan (terpulang la pada setiap individu nak tulis macam mana). Nak menulis mestilah ada idea yang menarik dan tujuan entry tu dihasilkan. Kalau tak pembaca tak dapat apa yang hendak kita sampaikan dalam entry tersebut. Dibawah aku senaraikan beberapa point sebelum menulis sesuatu entry :
1. Kaji kehendak pembaca
- Banyakkan blog walking untuk membezakan entry kita dengan entry blogger² lain yang berjaya menarik pengunjung, dengan ni kita dapat tahu kehendak pembaca.
- Cuba letakkan diri kita di tempat pembaca, dengan cara ni kita dapat tahu macam mana nak menghasilkan entry yang lemak berkrim disukai ramai.
- Cuba belajar dengan mereka yang dah lama berblog dan yang dah berjaya. Tanya pendapat, nasihat dan tunjuk ajar dari mereka yang lebih dulu makan garam dalam dunia blog.
2. Pengggunaan font dan warna
Tak digalakan mengunakan font yang terlalu besar dan pemilihan warna yang agak contra denganbackground layout masing². Sebab mata memainkan peranan yang penting di sini.
3. Cara penulisan
Banyak cara dan gaya penulisan dalam menulis blog dapat di hasilkan. Jangan fokus kepada satugenre penulisan yang kita suka dan cuba bereksperimentasi dengan pelbagai² jenis penulisan yang lain. Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru.
4. Penggunaan bahasa
Setiap orang ada gaya penulisan masing². Jadi terpulang la macam mana nak tulis tapi tak digalakkan mengunakan bahasa yang agak kasar dan pasar. Penggunaan short form juga tak digalakkan.
5. Pembahagian perenggan
Sebelum nak menulis rancang dulu berapa banyak ayat yang hendak ditulis dan yang penting buat perenggan…jangan bagi pembaca korang baca dengan senafas tanpa henti. Lagi satu agak serabut kalau nak tengok entry yang tak berperenggan.
ok lima saja dapat senaraikan buat masa ni. Kalau sapa nak lebih² google la sendiri. Kepada sesiapa yang rasa aku tipu, sila abaikan entry ni dan setiap orang ada pendapat masing² dan apa yang aku tulis hanyalah pendapat aku semata², jadi tak semestinya semua orang sependapat dengan apa yang aku tuliskan. Sekian.



