Archive for August, 2009

Kesan Sampingan Dari H1N1

August 15, 2009 - 10:14 pm 25 Comments

Minggu ni sudah 2 minggu aku mendaftarkan diri sebagai pelajar di Politeknik Seberang Perai (PSP). Tak banyak perubahan yang ketara aku lihat di situ setelah keluar menjalani latihan industri selama 6 bulan. Suasana cafeteria, cybercafe, koperasi masih lagi sama dengan muka yang sama…arrr apa apa je lah.

Bermula semester lepas, sistem pembelajaran short sem diperkenalkan. Aku tak kisah sangat dengan sistem ni, just go on je sebab lagi cepat habis lagi bagus, cuma perlu struggle lebih dari biasa, kurangkan masa nak bermain lebihkan masa untuk belajar (itu pun kalau berjaya lakukan).

Ok disebabkan virus Influenza A (H1N1) mula menganas, ini menyebabkan pihak politeknik juga berhati hati dan mengarahkan semua pelajar, staff dan pekerja yang berada di politeknik diwajibkan memakai topeng muka (face mask) semasa berada di dalam kawasan poli. Aku ingatkan dah wajibkan semua orang pakai mask dapat la mask free, cis rupanya kena beli gak dengan duit sendiri. Untuk keselamatan aku pun beli la 2. Tapi aku teringin nak ada face mask yang design cun cun sebab kat koperasi jual yang yang pattern biasa je.

Hari pertama pemakaian mask di poli, dah nampak macam berada di hospital pula. Sebab jalan kat mana mana pun semua orang pakai mask. Walaupun tak selesa, tapi aku dan kawan kawan yang lain buat tak bersalah je lagi pun ramai yang pakai mask, tak la malu sangat nak pakai di khalayak ramai.

Ada satu hari tu, selepas habis kelas aku aku terus ke tempat parkir motorsikal aku dengan mask masih lagi dimuka, semasa perjalanan ke sana aku terserempak dengan satu lecturer yang pernah mengajar aku. Sempat aku memberi salam kepada dia dan dia membalas salamku dan menyapa aku. Katanya aku semakin gelap setelah kembali dari praktikal. Memang aku akui yang kulit aku dah semakin gelap tapi bila dia kata aku pakai mask terus tak nampak smart. Aku mula berfikir sendirian, muka kacak tapi bila aku pakai mask terus nampak tak smart ataupun lecturer tu yang salah tengok :P … tak kan aku dapat kesan sampingan dari H1N1 sampai tahap macam ni. Tak kisah la apa apa je lah.

Kalau Begini Kesudahannya, Drama Melayu Tak Akan Ke Mana

August 8, 2009 - 12:30 pm 37 Comments

Nota awal : Sana sini aku baca kebanyakkan blogger membuat promosi pasal kempen kemerdekaan yang dianjurkan oleh Exabytes dan hadiah utamanya ialah iPhone 3Gs untuk 2 orang yang bertuah. Disebabkan prosedur untuk menyertai contest ni senang sangat, aku pun join. Lagi tak keluarkan apa apa modal pun nak sertai.

Ok, seperti yang aku katakan, bulan ni sememangnya aku dah mula kurangkan masa untuk blogging. Dengan ketiadaan internet membuatkan aku bertambah malas nak blogging, kalau sempat online pun mungkin hanya di Twitter dan Facebook saja. Ikutkan hati macam macam nak tulis di blog ni, tapi rasa macam tak ada apa yang menarik yang hendak diceritakan. Jadi aku hanya blogwalking sekadar yang sempat.

Malam semalam aku dan abang ku sempat menonton wayang cerita G.I Joe. Tak kisah la kan, mungkin ramai orang yang dah tengok cerita ni, tapi ni filem yang ketiga yang aku tengok dalam masa 2 bulan terakhir. Cerita terakhir yang aku tengok ialah Transfomers dan Setem, bulan lepas. Lagi pun aku bukanlah kaki wayang yang tengok tiap tiap bulan. Selalunya kalau layan movie pun tengok dekat laptop kawan aku sebab dia suka download, jadi tak terlepaslah nak tengok mana mana movie, cuma lambat je.

Entah kebelakangan ni aku lebih suka bersendirian, disebabkan bukan lagi dalam mood nak study. Jadi aku dah banyak habiskan masa berjam jam melayan movie setiap hari. Tapi yang sedihnya, bila dah tengok movie melayu sampai habis, aku akan buat kesimpulan sendiri pasal movie yang aku tengok, tak best lah, jalan cerita entah apa apa dan tak masuk akal, pelakon macam auwww je, hero kalah dulu last last baru nak menang. Oh tidak! tapi itu lah kenyataan, bukanlah nak kata filem luar negara best, tapi skop pemikiran pengarah pengarah filem di Malaysia kita dah boleh agak macam mana kesudahannya dalam erti kata lain stereotaip.

Memang tak boleh nak bandingkan filem tempatan dengan filem luar negara kerana bajet dalam pembikinan filem di Malaysia tak setaraf lagi dengan filem luar. Tapi yang penting penghasilan jalan cerita masih lagi tak ada perubahan. Tak kan nak kata filem negara kita ni syok sendiri je. Tapi ada juga filem tempatan yang best seperti Setem.

Sorry entri ni bukan nak mengutuk mana mana pihak tapi hanya sekadar pandangan dari aku saja. Bukan tak menyokong filem filem keluaran tempatan, kalau tak tak kan pergi juga tengok kat wayang. Bahkan kebanyakkan kawan kawan aku yang tengok cerita melayu (bukan semua ye) sependapat dengan aku dan berasa rugi bayar tiket untuk menonton di wayang, tak berbaloi baloi kata kawan aku. Jadi pilihan di tangan kita sebab berbaloi kah duit yang di keluarkan tapi tak rasa kepuasan selepas menonton.

7 Bulan Telah Berlalu

August 2, 2009 - 9:00 pm 30 Comments

Sedar tak sedar bulan Ogos sudah sekarang ni, cepat masa berlalu rasa macam baru semalam sambut tahun baru *ayat semata mata* Yeah antara sebab mengapa bulan ni aku ternanti nanti ialah salah satunya bulan ni merupakan bulan kemerdekaan negara Malaysia yang ke-52 dan bagi seluruh umat islam kat dunia ni 1 ramadhan dah tak lama.

Entri ringkas ni hanya nak recap balik progres azam baru untuk tahun ni setelah 7 bulan tahun 2009 kita lalui. Kalau aku sebut antara azam tahun baru aku untuk tahun ni mungkin orang akan kata aku ni materialistik tapi tu hanya la sebagai pembakar semangat untuk aku berkerja keras untuk mendapatkan apa yang aku idamkam. *materialistik apanya, dslr pun tak mampu beli lagi :aie: *

Boleh katakan 50% dari apa yang aku azamkan untuk tahun 2009 telah terlaksana dan aku rasakan satu kejayaan buat tahun ni walaupun tahun 2009 masih lagi berbaki beberapa bulan lagi. Seriously aku rasakan tahun ni betul betul aku usahakan untuk mencapai azam aku kalau nak dibandingkan dengan beberapa tahun tahun lepas. Kalau tahun lepas mungkin hanya sekadar angan angan kosong kerana tak ada usaha untuk merealisasikan azam yang aku nak berbanding dengan tahun ni.

Faktor umur juga boleh aku kaitkan disini kerana semakin hari kita semakin membesar dan pemikiran juga semakin berkembang. Jadi kita boleh fikir dengan dengan sebaiknya baik buruk apa yang kita nak. Semuanya terletak atas kemahuan diri sendiri. Nak seribu daya tak nak pun seribu dalih ;)

Korang punya azam untuk tahun ni macam mana. Kalau siapa yang berazam nak kawen tu cepat cepat la cari jodoh ye nanti tertangguh tahun depan la nampaknya hehe :D

P/S : Sebelum terlupa bulan ni sangat sibuk ya disebabkan semester baru dah pun bermula. Sori kepada semua kerana tak ada masa nak blogwalking.