Aug 28, 2009

Sila Ambil Perhatian

KhairilAfzal.com kini di wordpress

Salam semua, kini aku sudah bertukar ke wordpress.
Terima kasih kepada semua yang menyokong blog aku selama ni di blogspot. Kini aku melangkah setapak lagi kehadapan dengan menggunakan WordPress.

Jika berkesempatan sila update/tukar URL blog baru aku untuk terus mengikuti perkembangan/merapuan aku disana.

Sekian :)

Aug 24, 2009

Ramadhan Yang Penuh Makna

Salam sejahtera dan assalamualaikum buat semua, sebenarnya entri ni ringkas je dan terlebih dahulu aku ingin ucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan blogger. Seminggu menyepi dari arena blog atas sebab-sebab tertentu, dengan harapan semua mencari ketenangan *ceh, padahal malas je nak update*.


Bulan silih berganti dan Ramadhan datang sekali lagi, syukur kepada Ilahi kerana memberi peluang kepada aku untuk terus hidup dimuka bumi ini. Sayu melihat diri sendiri yang terumbang ambing dengan pelbagai masalah selama ni. Harap Ramadhan kali ni penuh makna berbanding bulan-bulan terdahulu. Setiap kali bulan Ramadhan, aku pasti teringat pasal lagu Raihan. Ntah, mungkin sebab lirik-lirik penuh dengan makna sampai aku secara tak sengaja pun hafal lirik lagu ni :P


layan je bersesuaian dengan mood sekarang

Oh ya, mood sekarang ni tengah blur pasal sesuatu. Masih ternanti-nanti.

Aug 15, 2009

Kesan Sampingan Dari H1N1

Minggu ni sudah 2 minggu aku mendaftarkan diri sebagai pelajar di Politeknik Seberang Perai (PSP). Tak banyak perubahan yang ketara aku lihat di situ setelah keluar menjalani latihan industri selama 6 bulan. Suasana cafeteria, cybercafe, koperasi masih lagi sama dengan muka yang sama…arrr apa apa je lah.

Bermula semester lepas, sistem pembelajaran short sem diperkenalkan. Aku tak kisah sangat dengan sistem ni, just go on je sebab lagi cepat habis lagi bagus, cuma perlu struggle lebih dari biasa, kurangkan masa nak bermain lebihkan masa untuk belajar (itu pun kalau berjaya lakukan).

Ok disebabkan virus Influenza A (H1N1) mula menganas, ini menyebabkan pihak politeknik juga berhati hati dan mengarahkan semua pelajar, staff dan pekerja yang berada di politeknik diwajibkan memakai topeng muka (face mask) semasa berada di dalam kawasan poli. Aku ingatkan dah wajibkan semua orang pakai mask dapat la mask free, cis rupanya kena beli gak dengan duit sendiri. Untuk keselamatan aku pun beli la 2. Tapi aku teringin nak ada face mask yang design cun cun sebab kat koperasi jual yang yang pattern biasa je.

Hari pertama pemakaian mask di poli, dah nampak macam berada di hospital pula. Sebab jalan kat mana mana pun semua orang pakai mask. Walaupun tak selesa, tapi aku dan kawan kawan yang lain buat tak bersalah je lagi pun ramai yang pakai mask, tak la malu sangat nak pakai di khalayak ramai.

Ada satu hari tu, selepas habis kelas aku aku terus ke tempat parkir motorsikal aku dengan mask masih lagi dimuka, semasa perjalanan ke sana aku terserempak dengan satu lecturer yang pernah mengajar aku. Sempat aku memberi salam kepada dia dan dia membalas salamku dan menyapa aku. Katanya aku semakin gelap setelah kembali dari praktikal. Memang aku akui yang kulit aku dah semakin gelap tapi bila dia kata aku pakai mask terus tak nampak smart. Aku mula berfikir sendirian, muka kacak tapi bila aku pakai mask terus nampak tak smart ataupun lecturer tu yang salah tengok :P … tak kan aku dapat kesan sampingan dari H1N1 sampai tahap macam ni. Tak kisah la apa apa je lah.

Kalau Begini Kesudahannya, Drama Melayu Tak Akan Ke Mana

Nota awal : Sana sini aku baca kebanyakkan blogger membuat promosi pasal kempen kemerdekaan yang dianjurkan oleh Exabytes dan hadiah utamanya ialah iPhone 3Gs untuk 2 orang yang bertuah. Disebabkan prosedur untuk menyertai contest ni senang sangat, aku pun join. Lagi tak keluarkan apa apa modal pun nak sertai.


Ok, seperti yang aku katakan, bulan ni sememangnya aku dah mula kurangkan masa untuk blogging. Dengan ketiadaan internet membuatkan aku bertambah malas nak blogging, kalau sempat online pun mungkin hanya di Twitter dan Facebook saja. Ikutkan hati macam macam nak tulis di blog ni, tapi rasa macam tak ada apa yang menarik yang hendak diceritakan. Jadi aku hanya blogwalking sekadar yang sempat.


Malam semalam aku dan abang ku sempat menonton wayang cerita G.I Joe. Tak kisah la kan, mungkin ramai orang yang dah tengok cerita ni, tapi ni filem yang ketiga yang aku tengok dalam masa 2 bulan terakhir. Cerita terakhir yang aku tengok ialah Transfomers dan Setem, bulan lepas. Lagi pun aku bukanlah kaki wayang yang tengok tiap tiap bulan. Selalunya kalau layan movie pun tengok dekat laptop kawan aku sebab dia suka download, jadi tak terlepaslah nak tengok mana mana movie, cuma lambat je.


Entah kebelakangan ni aku lebih suka bersendirian, disebabkan bukan lagi dalam mood nak study. Jadi aku dah banyak habiskan masa berjam jam melayan movie setiap hari. Tapi yang sedihnya, bila dah tengok movie melayu sampai habis, aku akan buat kesimpulan sendiri pasal movie yang aku tengok, tak best lah, jalan cerita entah apa apa dan tak masuk akal, pelakon macam auwww je, hero kalah dulu last last baru nak menang. Oh tidak! tapi itu lah kenyataan, bukanlah nak kata filem luar negara best, tapi skop pemikiran pengarah pengarah filem di Malaysia kita dah boleh agak macam mana kesudahannya dalam erti kata lain stereotaip.


Memang tak boleh nak bandingkan filem tempatan dengan filem luar negara kerana bajet dalam pembikinan filem di Malaysia tak setaraf lagi dengan filem luar. Tapi yang penting penghasilan jalan cerita masih lagi tak ada perubahan. Tak kan nak kata filem negara kita ni syok sendiri je. Tapi ada juga filem tempatan yang best seperti Setem.


Sorry entri ni bukan nak mengutuk mana mana pihak tapi hanya sekadar pandangan dari aku saja. Bukan tak menyokong filem filem keluaran tempatan, kalau tak tak kan pergi juga tengok kat wayang. Bahkan kebanyakkan kawan kawan aku yang tengok cerita melayu (bukan semua ye) sependapat dengan aku dan berasa rugi bayar tiket untuk menonton di wayang, tak berbaloi baloi kata kawan aku. Jadi pilihan di tangan kita sebab berbaloi kah duit yang di keluarkan tapi tak rasa kepuasan selepas menonton.

7 Bulan Telah Berlalu

Sedar tak sedar bulan Ogos sudah sekarang ni, cepat masa berlalu rasa macam baru semalam sambut tahun baru *ayat semata mata* Yeah antara sebab mengapa bulan ni aku ternanti nanti ialah salah satunya bulan ni merupakan bulan kemerdekaan negara Malaysia yang ke-52 dan bagi seluruh umat islam kat dunia ni 1 ramadhan dah tak lama.


Entri ringkas ni hanya nak recap balik progres azam baru untuk tahun ni setelah 7 bulan tahun 2009 kita lalui. Kalau aku sebut antara azam tahun baru aku untuk tahun ni mungkin orang akan kata aku ni materialistik tapi tu hanya la sebagai pembakar semangat untuk aku berkerja keras untuk mendapatkan apa yang aku idamkam. *materialistik apanya, dslr pun tak mampu beli lagi :aie: *


Boleh katakan 50% dari apa yang aku azamkan untuk tahun 2009 telah terlaksana dan aku rasakan satu kejayaan buat tahun ni walaupun tahun 2009 masih lagi berbaki beberapa bulan lagi. Seriously aku rasakan tahun ni betul betul aku usahakan untuk mencapai azam aku kalau nak dibandingkan dengan beberapa tahun tahun lepas. Kalau tahun lepas mungkin hanya sekadar angan angan kosong kerana tak ada usaha untuk merealisasikan azam yang aku nak berbanding dengan tahun ni.


Faktor umur juga boleh aku kaitkan disini kerana semakin hari kita semakin membesar dan pemikiran juga semakin berkembang. Jadi kita boleh fikir dengan dengan sebaiknya baik buruk apa yang kita nak. Semuanya terletak atas kemahuan diri sendiri. Nak seribu daya tak nak pun seribu dalih ;)


Korang punya azam untuk tahun ni macam mana. Kalau siapa yang berazam nak kawen tu cepat cepat la cari jodoh ye nanti tertangguh tahun depan la nampaknya hehe :D


P/S : Sebelum terlupa bulan ni sangat sibuk ya disebabkan semester baru dah pun bermula. Sori kepada semua kerana tak ada masa nak blogwalking.

Jul 28, 2009

Apabila Kacang Lupakan Kulit

Jap nak berpantun 2 kerat dulu sebelum mula berceloteh:

Kura kura dalam perahu
Pura pura buat tak tahu


1st memang aku benci dengan sikap orang orang macam ni, dah pinjam barang or something else tak reti nak pulangkan balik, dah tu siap buat harta lagi…aku akui yang aku ni baik hati orangnya. HEHE, tapi tengok orang juga. Aku juga dijadikan ALONG, tempat penyelesaian masalah kewangan kawan kawan. Seriously aku tak kesah sangat kalau setakat nak pinjam dua tiga puluh, sebab orang yang aku beri pinjam tu pun selalu aku jumpa, jadi bila bila masa boleh mintak balik kalau nak. Tapi yang aku tak suka ialah bila nak pinjam sanggup merayu berkali kali dan berjanji nak bayar balik pada tarikh yang dah ditetapkan. Tapi bila sampai tarikh yang dijanjikan tu, boleh buat tak tau je. Rasa macam tak bersalah je. arghhh nasib baik aku bukanlah orang yang melakukan kekerasan dan masih boleh berfikir dengan waras lagi macam mana nak mintak balik.

Manusia memang macam ni, ‘bila bagi betis nak paha’. Kalau setakat dua tiga puluh boleh la lagi bermurah hati nak bagi pinjam, ni bila mula berani nak buat pinjaman dua tiga ratus apa kes pula. Main judi ke apa dia orang ni. Aku pun ada tanggungjawab juga. Sungguh aku tak faham masalah macam ni, disebabkan duit kawan kawan mula bergaduh, disebabkan duit juga kita boleh nilai kawan kita sendiri. Bila susah baru cari, bila senang jangan harap la nak cari kita.


Apa yang boleh aku katakan, manusia memang tak pernah nak rasa cukup dengan duit dalam erti kata lain ialah tak nak bersyukur. Kadang kadang aku terfikir gak apa yang kawan kawan aku buat dengan duit sampai tak pernah nak rasa cukup. Kalau nak ikutkan cara hidup aku dengan dia orang sama je. Contohnya bila hari ni loan masuk atau gaji masuk, hari ni juga duit habis. Tak tercapai akalku untuk terima semua ni. Semuanya disebabkan perbuatan lagho.


Seriously aku rasa orang orang macam ni tak ada kesedaran dalam hidup. Menyusahkan orang ada la. HEHE, ter emo pula entri ni :)

Jul 24, 2009

Kisah Disebalik Jarang Update

Hai salam semua. Sedikit ringkasan untuk minggu ni, memang sibuk gila sehingga tak ada masa nak tengok blog sendiri dan lawat blog lain. Terbukti buat kerja last minute membuatkan aku menjadi seorang yang sangat rajin, hoho serius tak tipu. Aku cuba lari dari dunia blog untuk fokus dengan kerja yang tertangguh tapi dalam masa sama, masih sempat berfoya-foya di Facebook dan Twitter.


Dalam minggu ni juga banyak aktiviti dan program yang telah dirancang tapi bak kata pepatah “manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan”. Ada perancangan yang tercapai dan ada yang tak. Mula-mula ingat nak update blog ni tapi serius tak ada mood nak blogging buat masa sekarang ni padahal idea datang mencurah curah, non stop. Dalam draft pun banyak lagi entri yang tak post lagi.


Satu projek blog yang cuba aku hasilkan tak siap siap lagi. Masih lagi bereksperimentasi dan mengambil masa yang lama disebabkan ketidak pandaian aku menguruskannya. Benda baru dan perkara baru memang asing bagi aku :cool:  .


Yeahh, disamping tu juga report praktikal siap 100% seperti yang diharapkan malah lebih cepat dari yang dijangka. Tak sia-sia kerja keras selama 2-3 hari ni bersengkang mata sampai pagi online fesbuk. Kerja siap hati senang, harap harap lecturer terimalah hasil kerja dari aku ni nanti.


Semester baru akan bermula minggu depan, persediaan mental dan fizikal diperlukan setelah hampir 7 bulan menjalani praktikal. What a life, doakan semua berjalan lancar nanti dan tak ada masalah.

Jul 21, 2009

Jiwa Kacau


Jiwa kacau kepala serabut
Fikiran buntu otak pusing
Takut kalut aku serabut
Minda kosong hati tak senang

Makan kenyang tidur tak lena
Tidur lena mampi tak basah
Suka duka lama lama boleh jadi gila
Semangat kuat aku bukan pengalah

Hehe, ni tak ada kena mengena pasal putus cinta ke apa, akibat buat kerja last minute maka terhasillah entri spontan yang jiwa kacau dari aku. Hampir gila memikirkan report praktikal yang tak siap lagi. Semakin dekat nak hantar macam macam dugaan yang datang. Soft copy hilang la, bahan rujukan tak ada la, itu lah ini lah. Arghhhhh :aie: serius tension dengan keadaan macam ni.

MUNGKIN keadaan menjadi normal balik minggu depan setelah selesai menghantar report dan melapor diri semula untuk semester baru. Nak terus blogging tengok la keadaan dan waktu macam mana nanti, tapi serius semua salah diri sendiri juga sebab suka menangguh kerja. Kepada rakan rakan sedikit pemberitahuan untuk diri sendiri dan korang ‘please don’t has this habit in our life’ kalau nak hidup dengan tenteram kelak.

P/S: Kalau tak silap aku menangguh kerja ni amalan syaitan…hoho, aku dah mula berubah korang bila lagi.

Pages:«1234567...13»

Geng FB