Apr 26, 2009

Bukan Sekadar Blog

Blog hiburan, blog personal, blog politik dan bermacam² lagi blog yang ada. Boleh katakan semua orang ada blog, termasuk artis², ada orang yang bukan artis pun dah sama taraf macam artis. HAHA (fullstop)


*******

Membaca blog kadang² boleh membuatkan aku terharu apabila membaca entri dari kawan². Susah, senang, sedih, gembira semua di kongsikan bersama. Aku sebagai pembaca hanya dapat merasa sedikit bebanan perasaan yang mereka alami. Kadang² dalam keadaan sedih, boleh membuatkan kita ikhlas dalam menulis sesebuah entri.


Apabila terlalu ikhlas pun, kadang² orang akan salah anggap. Ada yang tak puas hati sampai memaki hamun di kotak sembang di blog dengan ayat² seperti nak mintak simpati la tu, cerita terlalu lucah la dan sebagainya. Semua ni aku dapat dari pengalaman kawan² di blog, bukan seorang tapi dah ramai yang kena macam ni.Tak cukup dengan tu, nak lagi advance sampai sanggup hantar e-mail tak puas hati.


Bagi aku lantak la owner blog tu nak tulis apa janji tak kacau sensitivi seseorang sudah la. Lagi pun blog bukan tempat nak cari gaduh. Lagi satu, bagi aku mengambil langkah untuk private blog bukan jalan terakhir dengan alasan untuk privacy ye.

Apr 25, 2009

Kenapa Saya Suka Blog Saya

Sebab dia best
Ok pasti semua orang pernah tengok iklan ni kan

kat sini aku nak korang ubah sikit ayat tu jadi ‘kenapa saya suka blog saya’

aku nak respon dan nak survey jawapan dari korang

sebab aku nak adakan contest tak lama lagi

bila contest akan diadakan.

Tunggu dan lihat

Respon dan survey ni mempengaruhi hadiah kemenangan nanti


p/s : respon boleh bagi kat ruang komen
Apr 21, 2009

Situ Sana Sini Memang Menarik

Situ sana sini pasti terdengar, ternampak dan terbaca pasal contest² yang ada di blog kawan². Macam best je dengar. Yezza memang pun menarik, sekarang ni kawan² tengah bermurah rezeki sebab tu ada banyak contest yang dia orang buat.


Contest pertama dari saudara shafie, contest ni tengah berlangsung sekarang ni. Caranya mudah je, korang perlulah follow dia di twitter @shafiedotbiz dan boleh rujuk di contest twitter dia di sini. Antara hadiah² yang menanti pemenang ialah :


  • Tempat Pertama : RM30 tunai + 5 ebook percuma
  • Tempat Kedua : RM20 tunai + 5 ebook percuma
  • Tempat Ketiga : RM10 tunai + 5 ebook percuma
  • Tempat keempat hingga ke 10 : Ebook percuma
  • Tak ada tempat : tak dapat apa² laa


Lagi satu yang menarik tentang blog shafie, dia ada menyediakan 10 e-book secara percuma. Kalau korang nak boleh rujuk kat sini. tak percaya, percaya la wehh, benda free tak kan tak nak kot. Aku dah download. Dari 10 e-book yang ada ni, aku suka yang pasal 100 Cara Promosi Tingkatkan Web Trafik Anda. Dengar kata dia akan buat lagi satu e-book tentang 8 Kesalahan Newbie IM. Jadi kalau korang nak e-book terbaru dari dia, teruskan mengikuti update berita terkini dia di twitter.


Contest kedua dari saudara joegrimjow. Contest ni pun baru berlangsung. Hadiah memang la sangat menarik untuk di menangi. Antaranya barang yang made in UK, aku memang nak tu je, tak bajet nak lebih². Kalau tak faham korang sendiri la tengok kat sini.


Dan akhir sekali contest berterusan dari saudara Jaws. Serius memang menarik kalau korang nak join kat sini. Tunggu apa lagi cepat la sebelum terlambat.


Kalau siapa² yang nak promo contest masing², nanti aku update. Just nak tolong kawan², aku tak mintak upah tapi bagi aku menang cukup la. hahaa


P/S: Aku pun nak buat contest tapi memandangkan sekarang ni ramai yang buat, terpaksa tunggu dulu.

Apr 20, 2009

Tindakan Susulan Bagi Blog Yang Lambat Load

Susulan dari entri lepas, macam² respon yang aku terima tapi ada sesetengah orang yang tersinggung apa yang cuba aku sampaikan. Apa yang cuba aku sampaikan, seperti yang aku tulis di awal² ayat tu hanyalah pendapat aku semata-mata. Pendapat aku mungkin 100% salah dan aku sedia maklum yang setiap entri aku lebih kepada umum iaitu bebas kepada semua orang.


Di sini aku nak mintak maaf banyak² kepada mereka² yang berkenaan dan aku akan lebih berhati² dalam penulisan di masa hadapan supaya perkara macam ni tak berulang lagi.Berbalik kepada tajuk utama dalam entri ni, dalam posting entri yang lepas, aku tertarik dengan 2 respon tentang kenapa orang tak singgah ke blog kita.


Komen pertama yang terpilih :

1. memang penting blog walking bagi meramaikan jumlah pengunjung
2. entri yang menarik juga penting
3. lagi satu loading sebuah blog…kalau boleh jangan la letak widget yang melampau² sampai memberatkan page
4. kebanyakannya tak suka menunggu lama-lama terus chow tanpa sempat tinggalkan pesanan


Komen kedua yang terpilih :

tapi kadang² blog yang entry best², kadang panjang berjela²
siap dengan sejarah lagi
tak habis baca
thats why I tak komen


Apa yang AKU FAHAM di komen pertama tu ialah, point nomber 3 dan 4 saling berkaitan antara satu sama lain. Penggunaan widget terlalu banyak boleh menyebabkan sesebuah blog tu menjadi berat atau dengan kata lain lambat load walaupun telah refresh beberapa kali. Jadi pengunjung yang datang tak akan menunggu lama, sebab tu tak sempat baca entri yang ada dalam blog tu.Apa yang AKU FAHAM pula di komen kedua ialah, dalam situasi macam ni di namakan silent readerwalaupun dia tak habis membaca.


Entri macam ni ada pengunjung tapi di sebabkan entri penulisan yang terlalu panjang dan berkias², pengunjung akan terus cabut. Tak di nafikan setiap orang berbeza penyampaian dalam penulisan, jadi aku tak kisah sangat penulisan macam mana, yang penting menarik dan terhibur semasa membaca. Komen atau tak bukan satu isu yang besar bagi aku. Orang yang baca ada hak untuk komen pada sesuatu entri yang dia baca, kalau dia rasakan bagus terpulang sebab the choice in your hand.


Akhir sekali aku juga manusia biasa, apa yang aku faham itu yang aku tulis, aku sedia maklum yang blog aku pun tak seberapa, pastu nak ajar orang lain pulak. Tapi aku cuba konsep sharing is carring.

P/S: Aku dapat nomber 3 dalam contest dia ni.

Apr 19, 2009

Entah Apalah Nasib

Semasa korang baca entry ni, serius memang tak ada kena mengena dengan blog aku, ni hanyalah pendapat aku semata-mata. HARAP MAKLUM

*************

Aku selalu akan respon balik kepada mereka yang meninggalkan mesej pada shoutmix dan kadang aku sendiri suka² tinggalkan mesej pada blog orang lain (blog walking), kepada blog yang tak ada shoutmix atau cbox, tak dapat den nak nolong…Kadang² masa aku blog walking, aku pasti akan baca entry terbaru yang ada pada pemilik blog tersebut. Setiap orang punya pandang dan idea dalam penulisan di blog masing². Kadang ada entryyang boleh membuatkan aku tertarik disebabkan cara penulisan dan penyampaian yang ditulis. Idea yang dikeluarkan bernas dan jauh lebih bagus dari aku.

Tapi sayang, walaupun idea yang dikeluarkan bagus untuk semua orang, tapi entry tu tak mendapat sambutan dan respon dari pembaca. entah apalah nasib blog tersebut. Mungkin bagi penulis blog tu, hanya kepuasan dalam menulis dan bagi kita sungguh rugi sebab tak tau pasal ni. Tak dinafikan mungkin ada silent reader yang membaca blog tersebut, mana kita tau kan.


Mungkin tuan punya blog tu seorang newbie sebab tu belum ada followers tetap sehingga menyebabkan kehadirannya dalam dunia blog tak ada orang yang perasan ataupun dia berblog sekadar suka²dan dari pengalaman aku yang setahun jagung dalam blog, seseorang bloggerperlulah MESRA pengunjung. Orang tak akan layan kalau kita kita sebaliknya buat apa nak tunjuk bagus padahal tak pun. Melainkan kalau kita tu memang bagus, pasti ramai orang akan respect.


Lagi satu, sila²lah tinggalkan mesej atau komen dekat blog lain. Cukup sekadar perkataan hai, salam singgah dan lain² yang sama maksud. Sekurang²nya, tuan blog tersebut dapat melawat blog kita kembali. Secara tak langsung, pengunjung dari blog tersebut dapat melawat blog kita sama. Melainkanlah kalau kita ni blogger popular. Tapi kesimpulan kat sini berbaik dengan orang tak ada ruginya, berkawan biar ramai.

Apr 17, 2009

Rambut Panjang Atau Pendek

Tadi pagi, semasa aku membaca Harian Metro, aku tertarik dengan artikel pasal ni . Dalam artikel ni ada menyatakan tentang penampilan seorang lelaki yang berambut panjang dan menurut Islam.


Ok ni pandangan aku tentang lelaki berambut panjang. Tak semua lelaki yang suka berambut panjang dan sebaliknya. Bagi aku pula, aku suka dengan gaya rambut panjang ala² Faizal Tahir, serius bagi aku memang smart macam tu, korang aku tak tau pulak macam mana.


Dalam sejarah hidup aku, pernah sekali aku menyimpan rambut panjang, masa tu lepas SPM… satu tahun tak potong rambut dan hasilnya rambut memcecah bahu. Bukan nak kata tak ada duit nak potong, tapi saja suka² sebab ramai kawan² aku masa tu berambut panjang, macam dah trend waktu tu. Tapi yang tak bestnya asyik kena bebel dari mak aku dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk potong setelah dapat tawaran melanjutkan pelajaran (menangis aku ketika tu)


Bagi aku antara sebab² lelaki tak suka berambut panjang ialah :


  1. Tak selesa semasa melakukan sebarang urusan
  2. Nampak kurang kemas
  3. Banyak duit akan dihabiskan untuk gel rambut dan shampoo
  4. Tak payah nak buang masa nak bersikat, guna jari pun boleh
  5. Nanti orang akan salah anggap jantina
  6. Lain² korang pikir sendiri
  7. Kalau menurut pandangan orang perempuan, aku tak tau macam mana, dia orang boleh terima atau tak lelaki berambut panjang. Sekarang ni aku dah tak kesah sama ada panjang atau pendek, yang penting aku happy dengan keadaan aku sekarang ni.
Apr 17, 2009

Kenapa Aku Berblog…Kawan

Sesetengah orang salah faham apa tujuan aku berblog. Tujuan aku hanyalah untuk memanfaatkan sedikit masa aku yang terluang disamping mencari kawan dan menimba sedikit ilmu. Di waktu lapang, banyak masa aku di habiskan untuk meng’edit‘ blog selain berjalan² di web untuk mencari sesuatu yang baru.

*********


Definasi kawan menurut Kamus Dewan Edisi Empat ialah :

1. sahabat, teman (dalam pergaulan sehari-hari)

2. orang yang bersama-sama melakukan sesuatu (terlibat dalam kegiatan contoh blog, pekerjaan, dll)

Dengan definasi ni, aku harap sesetengah orang faham apa yang hendak aku sampaikan. Sebab disini aku berpendapat, tujuan kita semua berblog adalah dengan tujuan yang sama. Mungkin sesetengah blogger menggunakan blog sebagai medium untuk mencari keuntungan (bisnes), tempat berhibur dan sebagainya.


Kawan² di blog dan di twitter yang banyak membantu aku secara langsung mahupun tak langsung dalam meningkatkan lagi mutu penulisan dan penampilan blog. Aku bermula dari ‘zero knowledge‘ di awal penglibatan aku dalam dunia blog. Tapi sekarang x di nafikan lagi, aku rasa bertuah kerana dapat berjumpa dengan korang semua dan tak di lupakan juga kepada ‘silent reader‘ di blog ni yang banyak mengkritik.


Tanpa korang siapalah aku. Aku hanyalah insan yang kerdil dan x mampu lagi berdiri sebaris beberapa orang blogger yang aku kenali. Ucapan yang mampu aku ucapkan ialah TERIMA KASIH

Apr 14, 2009

Kan Bagus Kalau Hidup Sentiasa Bahagia


Kitaran hidup manusia memang dah ditentukan olehNya. Semua orang impikan hidup yang sempura dan bahagia. 2-3 hari ni aku terpikir hala tujuan aku untuk hari² yang mendatang. Sebagai manusia biasa, kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan.


Gambar di atas menunjukkan ‘transformasi’ kitar hidup seseorang manusia. Melihat pada nombor pada kitaran hidup manusia, apasal terus ke nombor dua, dimanakah nombor satu menghilang. Sebab proses nombor satu kita sama sekali tak terlibat hehe =)

Hidup ibarat roda, ada kalanya diatas dan ada kalanya dibawah sebab manusia memang tak ada yang sempurna. Disebabkan ini lah masalah pasti akan muncul. Lepas satu, satu masalah yang datang. Kalaulah aku dapat jadi :


Bayi
- dilahirkan di dunia dengan sempurna
- comel, cute, gebu dll panggilan masa tu
- suci dari sebarang anasir²
- hanya tahu menangis, senyum & lapar

Budak²/Kanak²
- masih berhingus lagi masa ni
- kena pergi tadika belajar ABC
- tak ada masalah yang nak kena pikir
- kanak² riang


Belia/Remaja
- hensem, kacak bergaya, macho, tampan dll
- mula kenal dunia
- sosial dalam berkawan, bukan di club tapi di sosial site
- zaman bercintan cintun
- mencuba sesuatu yang baru
- suka cari masalah


Dewasa
- berkejaya dalam bidang yang diceburi
- mempunyai aset untuk masa depan
- kahwin
- dah ada anak


Tua
- banyak pengalaman (veteran)
- dah ada cucu
- penyakit pun datang menyerang
- menanti hari


Kalau boleh aku nak kembali di zaman kanak² aku, tak ada masalah. Hanya tau makan tido makan tido tapi tak membesar gak. Tapi dunia ni adil sebab setiap perkara yang jadi ada hikmah. Kesimpulannya hidup mesti diteruskan dan jangan pandang belakang =)

Geng FB