Keselamatan Pengguna Di Internet
Kita sebagai pengguna internet khususnya di Malaysia lebih terdedah tentang cara untuk menggunakan dan kepentingan internet yang ada pada zaman sekarang. Mungkin seseorang itu akan dianggap ketinggalan jika tidak manfaatkan kemudahan yang ada sebaik mungkin kerana itu semuanya berada di hujung jari. Berbanding dengan cara penggunaan internet, masyarakat kini tidak di dedahkan tentang ciri-ciri keselamatan penggunaan di internet. Kenapa?
Google merupakan laman sesawang nombor satu di dunia dan menjadi pilihan ramai pengguna. Google juga memiliki rangkaian video yang terbesar di dunia seperti Youtube, memiliki sistem e-mel yang terluas (Gmail), Google Earth dan banyak lagi aplikasi dan rangkaian yang mereka miliki sama ada di ketahui umum atau tidak. Mereka sekarang cuba untuk menakluk dunia internet. Mereka seperti memasang mata dan telinga bagi seluruh pengguna internet yang menggunakan khidmat dari mereka. Mereka juga tahu siapa kita dan mereka juga tahu apa yang kita lakukan. Ini kerana setiap pengguna berdaftar yang menggunakan perkhidmatan mereka, maklumat itu akan tersimpan di dalam data mereka.
Video di bawah yang cuba menunjukan konspirasi dari Google terhadap pengguna internet. Mungkin ini mengejutkan kita sebagai pengguna internet yang selama ini terlepas pandang dari perkara-perkara ini. Jadi sama-samalah kita berhati-hati semasa menggunakan internet dan jangan dedahkan terlalu banyak maklumat tentang diri kita.
Tak cukup dengan penerangan dalam video di atas, mungkin video ni boleh menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran korang.
P/S: Sepatutnya setiap orang dari kita pengguna internet sedar akan muslihat ni dari dulu lagi. Tidakkah kita terfikir yang Google tahu terlalu banyak maklumat pasal kita?
Konsert Maher Zain – Save The Soul
Seluruh peminat Maher Zain tahu yang dia akan datang ke Malaysia untuk mengadakan mini konsert sulungnya di sini. Bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam pada 14 dan 15 Oktober 2010 bermula jam 8 malam. Konsert yang bertemakan Save The Soul ini diangkat bagi meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang isu pembuangan bayi yang semakin berleluasa di negara ini. Aku memang minat sangat-sangat nak pergi mini konsert ni. Tapi apakan daya, tiket untuk menonton konsert Maher Zain ni fully booked. Ini disebabkan miscommunication antara aku dan kawan aku untuk membuat tempahan tiket ni. Aku sangkakan dia yang buat tempahan dan dia pula sangkakan aku yang buat tempahan. Bila di tanya dua-dua tak buat tempahan tiket lagi dan bila aku telefon pihak penganjur, mereka katakan yang tiket telah penuh. Alahai, ruginya tak dapat pergi. Kalau ada sesiapa ada tiket lebih nak jual bagi tau la aku ye. Tapi aku dengar ramai rakan bloggers yang lain akan pergi nanti, selamat berhibur di sana nanti.
Walaupun konsert ni akan diadakan dalam masa dua minggu dari sekarang. Tapi aku ada beberapa perkara mengenai konsert ni yang aku rasa something missing. Entah la, ni mungkin dari pemerhatian aku je kot.
Publisiti dan Pengiklanan
Memang benar yang konsert ni fully booked. Tapi kebanyakan peminat hanya tahu kedatangan Maher Zain ke Malaysia melalui facebook rasminya dan di blog-blog. Mana perginya media masa khususnya media cetak dan elektronik. Mungkin aku sendiri yang tak tengok tv atau dengar radio, kalau di surat khabar hari-hari pasal kisah 2 Alam je. Media lebih suka siarkan gosip-gosip untuk menaikan rating pembaca berbanding menyokong seorang penyanyi yang menperjuangkan islam.
Lokasi
Aku difahamkan yang Auditorium MBSA hanya boleh memuatkan 1400 tempat duduk dalam satu-satu masa. Maknanya hanya 2800 tiket sahaja yang dikeluarkan untuk tempoh 2 hari konsert ni dilangsungkan. Ini jauh berbeza skala kapasiti yang boleh ditampung jika dibuat di tempat lain contohnya di Stadium Bukit Jalil, Stadium Negara, PWTC ke. Akibat kapasiti tempat yang terhad, maka ramai yang frust tak dapat tiket untuk melihat Maher Zain secara langsung termasuklah aku salah seorangnya.
Penajaan
Faktor penajaan mungkin menjadi masalah utama untuk membuat pengiklanan dan publisiti selain dari pemilihan lokasi. Ya memang benar, susah untuk mendapatkan penajaan selain untuk meyakinkan pihak penaja untuk menarik mereka untuk melabur supaya pelaburan mereka berbaloi-baloi. Tapi trend di Malaysia, syarikat-syarikat besar lebih suka melabur keatas artis-artis dari barat dan dari negara seberang (Indonesia) berbanding seperti Maher Zain. Mungkin mereka tak kenal siapa dia Maher Zain. Apa-apa pun itu hak mereka, mungkin pihak penganjur konsert boleh usahakan alternatif lain untuk konsert-konsert yang akan datang.
Aku dah beli CD original Maher Zain sebagai menyokong usaha industri muzik islamik dan artis islamik. Thank You Allah album da best song ever, berbaloi-baloi beli ori berbanding download.
P/S: Bulan 10 genaplah umur aku yang ke….
Lenovo IdeaPad V360 Dari P1 W1MAX 1NSiDE
Ok di pendekan cerita aku beli notebook baru seminggu lepas raya. Ni merupakan notebook yang kedua aku beli selepas notebook yang pertama hilang di kebas orang pada tahun lepas. Apa boleh buat, sejak tahun lepas aku hanya berharap dengan PC yang ada kat rumah untuk online dan buat assignment dll. Tapi sejak aku sambung belajar kat Shah Alam, talian internet streamyx kat rumah aku dah potong sebab tak ada siapa yang guna. Jadi aku perlukan sebuah notebook dan broadband untuk kegunaan harian dan kerja.
Disebabkan aku perlukan notebook dan broadband dalam masa serentak, jadi aku pilih Lenovo IdeaPad V360 dari P1 W1MAX 1NSiDE. Sebenarnya ada banyak lagi jenis dan model notebook dan netbook yang ditawarkan oleh W1MAX, tapi aku lebih tertarik jenis Lenovo ni. Semasa aku beli dapat potongan rebat RM200, ok la kan.
Aku bukan nak review lebih-lebih pasal notebook ni dan aku tau ada banyak lagi notebook yang lebih bagus. Back to basic semua notebook fungsi dia sama, tapi apa yang best’nya tentang notebook ni ialah di lengkapkan (built in) dengan broadband dari P1 W1MAX. Jadi tak perlu nak bersusah payah untuk cari tempat yang ada hot-spot wifi atau nak cucuk sana sini broadband, dengan hanya satu klik dah boleh boleh layari internet. Tapi kelajuan internet mengikut kawasan jugak. Aku dah test kat Penang dengan kat Shah Alam memang laju, full bar – exellent gitu. Siap aku boleh layan tengok bola live stream lagi. Dan lebih gempak lagi, servis broadband ni PERCUMA selama 6 bulan dari tarikh pendaftaran P1. Kat bawah ni aku tunjukan printscreen speed W1MAX yang aku guna.
Tapi dalam kelebihan ada jugak kekurangan notebook ni, satu benda yang paling jelas aku nampak ialah notebook ni tak disediakan DVD player
. Rugi tak dapat nak main dan burn DVD dan VCD. Model Lenovo IdeaPad V360 ni lebih kurang macam semua netbook, tak ada DVD player. Lagi satu masa aku beli tu sayang tak dapat P1 IT Travel Kit macam gambar kat bawah ni, kalau tak mesti cool’kan semua aksesori notebook ada cop P1 W1MAX.
kredit gambar disini
UPDATE 01/10/2010
Bagi seseiapa yang berminat untuk dapatkan P1 IT Travel Kit tu, aku dah tanya direct kat @wimaxinside di twitter. Mereka hanya beri semasa adanya event dan road show dari P1 W1MAX. Yang kotak merah tu pertanyaan aku kepada mereka dan yang kotak hijau tu respon jawapan mereka kepada soalan aku. Pastikan korang beli mana-mana produk dari #wimaxinside semasa ada road show atau event untuk mendapatkan P1 IT Travel Kit yang super duper cool tu.
P/S: Aku sudah potong, now I’m P1 W1MAX user.
Ragam Orang Kita
Hang Tuah ada mengatakan ‘tak kan melayu hilang di dunia’ tapi di zaman melayu moden ni menampakan bangsa melayu mula terpinggir disebabkan diri sendiri. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad pernah mengatakan ‘melayu mudah lupa’. Satu ayat yang boleh mengambarkan pengertian yang luas dan mendalam. Perdana Menteri Malaysia kini, Datuk Najib Tun Razak memperkenalkan gagasan 1 Malaysia membolehkan melayu, cina, india dan kaum dan bangsa lain hidup aman damai atas nama Malaysia. Tiada jurang antara semua kaum dan bangsa. Tapi segelintir orang melayu masih ditakuk yang sama. Maksudnya?
gambar sekadar hiasan, tiada kena mengena dengan politik
Ragam Orang Kita
- Tidak menepati waktu. Dah jadi sinonim dengan orang kita sehingga mendapat gelaran ‘janji melayu’. Dikalangan masyarakat kita sekarang ni mudah lupa kot? Janji sekian waktu datang sekian waktu. Aku tak tau la ni dah jadi habbit kat semua orang tak kira tua atau muda. Disebabkan segelintir masyarakat yang sebegini satu ‘melayu’ dapat nama. Banggakan kita orang melayu.
- Remaja melayu bangga dan megah dengan isu-isu pembuangan bayi, masalah sosial, penyalahgunaan dadah, mat rempit dll. Buktinya selalu berita-berita sebegini terpampang di dada-dada akhbar. Generasi muda beginikah yang kita harapkan untuk memimpin negara suatu hari nanti?
- Sesetengah remaja melayu terutamanya perempuan mudah terpedaya dengan godaan cinta dan harta benda. Contoh gadis bawah umur sanggup tinggalkan keluarga sendiri untuk mengejar cinta akan teman lelaki yang tiada hubungan pertalian kekeluargaan denganya. Lebih menyedihkan lagi, ada yang sanggup kahwin lari di Lombok dengan pemuda dari sana. Bagi gadis lepasan umur pula, mereka mudah terpedaya dengan sogokan kemewahan harta benda dan keinginan untuk hidup cepat senang sehingga menyebabkan mereka menjadi mangsa sindiket keldai dadah antarabangsa. Lihat betapa mudahnya orang lain dapat menipu mereka.
- Suka ‘kondem’ atau melemahkan semangat orang lain bila seseorang tu nak berubah. Bukan nak bagi semangat atau dorangan, macam mana kita melayu nak maju kalau orang melayu yang menjatuhkan bangsa sendiri.
- Dengki dan iri hati sesama kita. Contohnya tak boleh tengok orang lain senang atau lebih dari dia, lepas tu mulalah kawan makan kawan, kawan tikam dari belakang la. Usaha malas, hanya berharap dengan apa yang ada dan tak ada anjakkan paradigma untuk berubah. Jalan terakhir mulalah percaya dengan amalan-amalan karut. Apa nak jadi dengan orang kita sekarang ni.
Usahla kita terlampau bangga dan terbuai-buai dengan kemerdekaan yang telah nenek moyang kita kecepai untuk kita sekarang ini atau kita hanya berbangga dengan menyebut perkataan Malaysia Boleh atau Melayu Boleh. Jika kita masih lagi belum sedar dari tidur, mungkin satu hari nanti negara kita akan kembali seperti 50 tahun lepas. Ayuh kita berubah dan mulakan langkah baru untuk berubah.
P/S: Sila baca dengan pemikiran yang matang. Ini cuma pandangan dan dari pemerhatian sekeliling aku. Hanya segelintir saja aku nyatakan disini dan banyak lagi boleh kita lihat dari persekitaran kita sendiri.
Kenapa Perlunya Sekolah Harapan
Sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai oleh kerajaan negeri Melaka di Jasin telah dibuka pada 17/09/2010 untuk menempatkan mereka yang secara sukarela mahu ke situ.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, sekolah itu yang dikenali sebagai ‘Sekolah Harapan’, berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas pejabat Syarikat Air Melaka (SAM). Buat permulaan, katanya, sekolah itu yang turut menyediakan kemudahan tempat tinggal, akan dikendalikan oleh seorang penyelia dan tiga pengajar lain. “Kita sudah lantik guru JAIM yang berpengalaman bagi mengajar di sekolah itu yang boleh memuatkan maksimum 40 pelajar,” katanya kepada pemberita di kediamannya, Seri Bendahara, di sini hari ini.
Mohd Ali berkata, setakat ini, belum ada pelajar hamil yang menghubungi JAIM untuk memasuki sekolah itu dan bagi yang berminat boleh memohon dengan identiti mereka dirahsiakan. “Kita berniat baik dengan menubuhkan sekolah ini bagi menbolehkan remaja yang terlanjur meneruskan persekolahan sehingga mereka bersalin dan tamat edah sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya. Beliau berkata, sukatan mata pelajaran yang diajar bergantung kepada tahap semasa persekolahan pelajar itu.
Penubuhan Sekolah Harapan adalah salah satu langkah untuk mengurangkan kes pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi di Malaysia. Tetapi ianya mendapat tentangan dari pelbagai pihak termasuklah dari pihak Kementerian Pelajaran.Kisah Filem 2 Alam dan dR. Rozmey
Setiap hari di dalam akhbar Kosmo, terdapat satu halaman khas penuh berita temu bual mengenai Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM), Datuk Dr. Che Rozmey Che Din dan ‘countdown’ filem pecah panggungnya 2 Alam. Dia seorang Pakar Perbidanan dan Sakit Puan dan juga pengasas kepada produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) merupakan penerbit kepada filem ini yang akan ditayangkan secara umum pada 18 November ini dan di jangka akan memenuhi 500 skrin diseluruh Malaysia.
Filem bergenre seram ini dibarisi pelakon-pelakon seperti Aaron Aziz, Faizal Hussin, Rosnah Johari dan pelakon baru Adrea Abdullah di katakan akan membuatkan 30 juta rakyat Malaysia menggigil dan tidak sabar untuk menonton sehingga membuatkan filem ini pecah panggung sebanyak RM 40 juta. Betul ke?
Apa yang boleh di banggakan anak melayu kelahiran Kuala Krai, Kelantan juga merupakan seorang jutawan ini ialah dari sudut positifnya cara pemikiran yang berpandangan jauh dan matlamat yang disasarnya untuk filem 2 Alam ini jarang ada pada penerbit-penerbit dan pengarah-pengarah di Malaysia atau lebih amnya orang melayu sekarang ini. Kalau sebelum ni penerbit atau pengarah filem hanya mensasarkan untung filem keluaran mereka hanya sekitar RM 2 hingga 4 juta atau cukup-cukup lepas modal dan berpuas hati dengan hasil kutipan yang ada, berlainan pula dengan Dr. Rozmey. Pada mulanya dia mensasarkan filem terbitannya pecah panggung sebanyak RM 20 juta, itupun dah menjadi tanda tanya ramai kemudian meningkat lagi kepada RM 40 juta. Mungkin jumlah ini termasuk dengan tayangan di Indonesia dan negara-negara serantau yang lain kelak.
Ramai yang mengkritik dan pertikaikan sasaran ini termasuk wartawan hiburan, pengkritik hiburan dan tidak terkecuali rakyat Malaysia amnya adakah logik sesebuah filem di Malaysia dapat mengutip hasil kutipan sebegitu sedangkan industri perfileman di Malaysia tidaklah sebesar mana, malahan filem-filem box-office dari luar negara pun belum mampu untuk mengaut hasil kutipan sebegitu. Bagi aku senang saja, kalau dia rasa tak boleh capai sasaran itu buat apa dia war-warkan dan hebohkan kepada semua media cetak dan media elektronik, bukan kah itu boleh menjatuhkan reputasi dia. Tentu dia ada strategi dan cara pemasaran tersendiri untuk memasarkan filem ni. Lihat cara dia memperkenalkan produk-produk kesihatan keluarannya dan sekarang menjadi buah mulut masyarakat tentang keberkesanan formula ajaib sentuhan dia. Jadi tidak hairanlah kalau filem ni pun berjaya. Nak tahu filem ni pecah panggung ke tidak, sama-samalah kita tunggu dan lihat.
P/S: Harap Filem ini tak tipikal seperti filem atau drama yang ada di Malaysia.
Setahun khairilafzal.com di WordPress
Sedar tak sedar dah setahun aku berhijrah dari blogspot ke wordpress. Dalam setahun ni juga banyak perkara tentang wordpress aku belajar. Dari seorang yang noob pasal wordpress sekarang ni dah nampak perubahan. Nak kata pandai itu tak la, atleast aku masih lagi belajar tentang wordpress. Walaupun aku bukanlah seorang aktif blogger yang kerap menulis entri-entri baru, tapi setiap entri yang aku hasilkan cuba menyampaikan sebaik mungkin untuk semua pembaca.
Untuk tahun kedua blogging di wordpress self host, aku masih lagi menggunakan hosting dari Serverfreak. Biasa la kan bila menggunakan wordpress self host, blog down tu dah jadi asam garam dalam blogging. Jadi yang membezakan setiap blog wordpress self host yang lain ialah servis dari pihak hosting. Servis dari Serverfreak memang terbaik dan diakui ramai yang menggunakan servis dari mereka. Aku memang berpuas hati walaupun mahal sedikit tapi berbaloi-baloi.
Seperti tahun lepas, setiap tahun aku letak target dalam blogging supaya dapat menilai dan meningkatkan lagi prestasi dalam blogging. Antara harapan untuk tahun 2011 ialah:
Harapan dan matlamat blogging untuk 2011
- Konsisten dalam blogging
- Mantapkan lagi kemahiran mengenai SEO
- Hasilkan penulisan yang berkualiti dalam setiap entri
- Nak tukar theme baru, kalau boleh nak ada theme sendiri
- Terlibat mana-mana gathering anjuran bloggers
P/S: Manusia merancang Tuhan yang menentukan. Jangan berhenti berharap untuk dapatkan sesuatu.
Fast Update #1
credit picture here
- Salam semua, ini cuma fast update buat seketika. Dah sebulan lebih aku menyepi dari blog, bukan tak nak menulis tapi kekangan masa menyebabkan segala aktiviti berkaitan dengan blog tergendala buat masa sekarang. Segala idea semua terpaksa terperam di dalam draft dulu. Tapi nanti aku akan post semua entri-entri tu untuk kongsi bersama.
- Dalam sebulan ni juga banyak perubahan dah berlaku terhadap diri aku. Dari seorang penganggur sementara kembali semula jadi seorang pelajar. Dah la tu belajar macam nak gila, tapi biasa la kan dah nama pun belajar mana ada yang senang. Lagi satu kos sara hidup kat Shah Alam ni mahal giler T__T
- Aku mula menyesuaikan diri dengan keadaan di sekitar Shah Alam berseorangan tanpa keluarga tersayang. Tapi ni bukan lah kali pertama aku berjauhan dengan keluarga dan nasib baik ada teman-teman seperjuangan semasa zaman sekolah. Atleast tak la rasa janggal dan teringatkan kampung halaman.
- Tak lama lagi bulan ramadhan menjelma. Rasa kejap je bulan puasa datang balik. Tahun lepas masa bulan puasa masa tu aku baru belajar setup blog wordpress. Masuk tahun ni dah setahun aku menggunakan wordpress, ni bermakna hosting dengan domain aku dah nak expired.
- Entah tak tau nak tulis apa dah, rasa macam banyak benda nak tulis tapi tak dapat nak luahkan kat dalam blog. Lagi satu aku rasa skill penulisan aku dalam blog macam dah hilang kemana. Itulah dah lama tak update.
Cukuplah entri ringkas sampai di sini, tunggu next entri pulak story lebih-lebih…see ya




















