Browsing articles from "April, 2010"
Apr 22, 2010

Perihal Facebook

Sebab lama tak update blog, lama ke? entri kali ni off topic dan mungkin agak panjang. Entri ni dah lama simpan dalam draft, tetiba LuthTextile buat dulu entri macam ni. So terpaksa aku hold dulu untuk seketika. Entri ni aku just nak share apa yang aku lihat dan apa yang aku rasakan. Tak ada kena mengena dengan mana-mana individu, take it easy ok.


Facebook merupakan salah satu rangkaian sosial yang amat popular di kalangan pengguna internet di Malaysia. Boleh katakan majoriti kawan-kawan bloggers atau pengguna internet yang lain menggunakannya. Dengan hanya beberapa langkah untuk mendaftarkan diri untuk membuka akaun facebook, bukan la sesuatu yang merumitkan bagi pelbagai peringkat umur tua mahupun muda untuk memiliki akaun facebook. Dengan adanya rangkaian sebegini, kita dapat menambah kenalan dan dapat menghubungkan kembali hubungan yang telah sekian lama terpisah sejak di zaman tadika, persekolahan, kolej dll. Tapi persoalannya sekarang ni bijakkah kita sebagai pengguna?


Meramaikan Kawan

Ya, aku admit pasal ni. Dulu masa awal-awal mendaftar di facebook tiada kawan yang aku kenal dan main add siapa-siapa yang aku rasakan nak berkawan. Itu silap aku, sekarang ni hampir separuh dari friend list aku tak kenal siapa mereka. Bayangkan kawan dalam friend list kita yang kita tak pernah bertegur sapa tetiba kita komen status dia. Last-last dia pulak tanya balik siapa kita. LOL kan dah jadi persoalan kat situ? Tak salah nak berkawan, atleast bertegur sapa juga. Jangan semata-mata add hanya untuk meramaikan kawan saja. Bagi aku tiada istilah ramai kawan lagi popular, lain la korang tu artis.


Aku lebih suka add atau approve kawan yang betul-betul kenal contoh seperti family, kawan blogger, twitter, forumer, kawan sekolah dan kolej. So senang nak list’kan kawan-kawan dalam group yang mana. Biar sikit kawan tapi kita kenal semua. Less quantity is more quality. Tapi sejak kebelakangan ni, aku tak nafikan yang facebook dah macam friendster dan myspace.


Bukan tempat cari populariti murahan

Kita bukan artis atau selebriti popular yang perlu update status setiap masa dan apa jua aktiviti yang kita buat. Memang tak menjadi kesalahan tapi bagi aku ada benda yang tak perlu bagi tahu tu buat nak hebah di facebook. Tak kan nak masuk tandas pun nak kena tulis kat status? Itu satu yang kedua terutamanya bagi kaum wanita, tak perlulah nak letak gambar berposing yang seksi-seksi untuk tarik perhatian. Buat seksa mata yang menengok (tertengok je).

Dah tu jangan salahkan kalau gambar-gambar kesayangan anda ada di laman-laman sosial untuk di jadikan tatapan umum. Lambakan website yang ada sekarang ni mencuri gambar-gambar gadis comel untuk kepentingan diri sendiri. So fikir dahulu dan berhati-hati sebelum memuat naik gambar peribadi anda di mana-mana laman sosial.


Group dan fan page anti seseorang

Dulu kecoh dengan beberapa fan page I Hate mana-mana artis yang peminat benci. Sekarang ni banyak pula orang yang create group benci sana sini. Satu je yang aku nampak yang di facebook ni banyak stalker, kalau silap kita update status bersiap sedia la untuk mengecapi populariti dengan kutukan-kutukan dari ahli anti-group tersebut. So berhati-hati dalam mengemaskini sebarang status di wall kita dan semasa memberi komen di wall rakan-rakan yang lain. Tak pasal-pasal print screen pasal kita dijadikan bukti. Nampak tak yang manusia sekarang ni menunggu nak cari kesalahan orang saja. Pernah dengar tak fan page atau group yang memuji sesorang siap sekali dengan print screen. Tak ada bukan.


Aplikasi yang membosankan

Hellooo guys, aku pun main jugak aplikasi yang ada di facebook sebagai hiburan, tapi tak la sampai menyemakkan wall kawan-kawan yang lain. Sendiri main sudah lah, lagi satu tak perlu la sampai nak invite kawan-kawan yang lain join sekali. Kalau yang berfaedah tu boleh la diterima dek akal, tapi ni ada yang tak masuk di akal. Ada orang addict sampai hari-hari kena tengok luck dia kat facebook. Kalau saja suka-suka tu ok, jangan sampai terpengaruh sudah.


Stop tag gambar pasal login dapat Rm100

Sudah cukup lali kita dengar pasal login facebook dapat duit. Dah la haram masih ada lagi yang percaya tu semua. Kalau macam tu baik semua orang jadi penganggur saja duduk depan komputer kerja login facebook. Lagi satu aku cukup benci apabila ada orang tag gambar duit ni semua. Nak tunjuk kaya la sangat, pastu siap buat ayat berbunga-bunga bagi orang percaya. Apa kes suruh kita tinggal nomber telefon, id YM semua. Hanya orang cetek pemikiran saja yang ikut saja apa yang dorang mahu. Mana ada orang duduk saja nak dapat duit.


P/S: Banyak keburukan dari kebaikan laman sosial ni, kalau pandai guna banyak faedah yang kita dapat. Jangan salah gunakan kemudahan yang ada dan kalau boleh manfaat sebaik mungkin.

Apr 16, 2010

Apa Boleh Buat Dengan 1 SMS

kredit gambar di sini

Masa aku blogwalking ke blog Ramdzi, aku tertarik dengan entri terbaru dia tentang Budaya SMS Masyarakat Malaysia. Boleh katakan lebih RM16 billion di belanjakan oleh masyarakat Malaysia untuk menghantar 80 billion sms dan mms setahun. Bukan la sesuatu sindrom baru di Malaysia tentang pengunaan sms terutamanya di kalangan remaja. Tapi itu satu nilai yang besar ok hanya kerana sms.


Teringat lagi 6 tahun lepas masa pertama kali guna handphone, masa tu penggunaan handphone sangat terhad penggunaannya hanya untuk call dan sms saja. Kalau ada pun hanya GPRS, itu pun kena charge kadar penggunaan. Tiada wireless atau 3G untuk membuat panggilan video seperti smartphone yang ada di pasaran sekarang ni. Itu dulu la kan.


Tapi bila revolusi peredaran zaman semakin pesat berkembang, tak kira guna handphone apa sekalipun sekarang ni dengan 1 sms saja dah macam-macam boleh buat. Tidak terhad hanya untuk menghantar sms bertanyakan khabar kepada rakan-rakan dan ahli keluarga sahaja, sekarang ni nak ber’twitter, ber’facebook malah nak kemaskini status twitter dan facebook dalam masa yang sama pun boleh dengan menggunakan sms. Bagi pengguna handphone yang berkamera, dengan 1 mms sudah cukup untuk buat live blogging.


So no wonder la kan penggunaan sms dan mms mendapat tempat di kalangan masyarakat kita tak kira remaja mahupun geeks. Itu belum termasuk lagi dengan sms pasal pengundian peserta program realiti. Jadi tak hairan la kan kenapa program realiti tv menguntungkan.


P/S: Aku pun mengunakan sms untuk ber’twitter dan ber’facebook =P

Apr 12, 2010

Isu Pembuangan Bayi Semakin Berleluasa

Sedih, pilu, ngeri, tak berperasaan dan banyak lagi perkataan-perkataan yang seumpama dengan berikut dapat di gambarkan tentang kes pembuangan bayi sekarang ni yang berlakunya di Malaysia. Hampir setiap hari kita mendengar kes pembuangan bayi yang berlaku di media cetak mahupun elektronik. Statistik kes ini menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun dan bukan lah sesuatu yang boleh di banggakan bagi Malaysia sebagai sebuah negara Islam.


Kehidupan generasi muda masa kini yang bertunjangkan keseronokan duniawi telah mengheret mereka ke kancah pergaulan bebas tanpa mengira batas-batas agama. Akibat terlalu ghairah mengejar kenikmatan dunia, ada di kalangan masyarakat di luar sana yang alpa sehingga terjebak dengan perbuatan zina sehingga mengandungkan anak luar nikah. Agak menyedihkan apabila berlakunya kes-kes sebegini, bangsa melayu yang majoritinya melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Apabila tiada pegangan agama, inilah akibatnya apabila pasangan tersebut menghalalkan perbuatan haram dengan melakukan penzinaan. Akibat perbuatan haram pasangan tersebut, bayi yang tak berdosa menjadi mangsa kezaliman dunia.


Anak merupakan anugerah Allah S.W.T yang tidak ternilai harganya dan menjadi satu amanah untuk menjaganya. Ada pasangan yang berkahwin bertahun-tahun yang teringinkan cahaya mata tapi tak dikurniakan lagi, tapi bagi pasangan-pasangan ini mengambil jalan mudah sama ada membuang bayi yang dilahirkan, menjual bayi atau menggugurkan kandungan mereka. Ingatlah kita bersama bahawa zina dan tindakan membuang bayi adalah jenayah yang amat besar dosanya serta berat hukumannya disisi Islam. Firman Allah S.W.T didalam surah an-nisa’ ayat 93:


“Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar”.

Dalam hal ini selain daripada kesedaran diri sendiri dan bimbingan dari ibu bapa, kerajaan juga perlulah mengambil langkah tegas untuk membendung perbuatan ni supaya isu seks bebas tidak dianggap sebagai budaya negara kita seperti negara-negara barat supaya tidak di jadikan contoh untuk generasi akan datang. Negara kita dah lebih sedekat merdeka tapi segelintir masyarakyat, fikiran mereka masih lagi dijajah dengan pengaruh budaya barat. Baru-baru ni ada terbaca yang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyokong dan memberi bantuan kepada ibu yang telah melahirkan bayi luar nikah. Mungkinkah perkahwinan di usia muda dapat membantu membanteras gejala pembuangan bayi. Apa pandangan anda?

Istimewanya Maher Zain

Lupakan sejenak tentang drama atau kumpulan dari korea yang pernah aku tulis sebelum ni. Actually aku tertarik dengan penyanyi yang bernama Maher Zain. Siapa Maher Zain, tak kenal pun? Memang rugi beb tak kenal dia ni. Ok ni serba ringkas tentang si Maher Zain.


Sumber inspirasi pertama Maher dalam muzik datangnya dari bapanya sendiri iaitu penyanyi tempatan di bandar Mediterranean, Tripoli – Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweeden ketika dia berumur 8 tahun dan meneruskan persekolahannya dan kemudian masuk universiti sehingga dia mendapat sarjana dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Disebabkan banyak perkara yang berubah di sekitarnya, satu perkara yang tetap sama ialah hasratnya yang kuat untuk muzik. Dia menghabiskan masa akhir di sekolah dengan teman-temannya di mana mereka akan bernyanyi, rap, menulis dan bereksperimentasi dalam segala hal berkaitan dengan muzik. Ketika itu dia mula menyedari yang muzik menjadi sebahagian dari dia.


Setelah terlibat sekian lama dalam bidang muzik di Sweden sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan oleh RedOne seorang penerbit muzik yang berbakat dan meningkat naik dalam bidang muzik di Sweden. Maher mula bekerja dengan RedOne sebagai artis dari Sweden dan kemudian pindah dengan dia ke New York. Selama beberapa tahun ia berada di tengah-tengah kesibukan kota NY, mereka bekerjasama dengan artis seperti Kat Deluna di album debutnya yang termasuk lagu yang mendapat hits seperti ‘Whine Up’ dan ‘Run the Show’.


Walaupun Maher mengecapi kemasyhuran dan banyak orang menggambarkan sebagai pekerjaan mimpi bagi seseorang yang begitu muda dalam bidang ini, tetapi untuk Maher rasanya seperti ini jauh dari apa yang dia sebut ‘mimpi’, “saya mencintai muzik, tapi saya benci segala sesuatu yang dikelilingi itu, selalu merasa seperti ada sesuatu yang tidak benar “.

Seriously aku jarang dengar lagu-lagu dari luar melainkan aku betul-betul suka dengan lagu tu atau artis tu sendiri contohnya macam Taylor Swift. Tapi kali ni lain kerana apa yang buat aku lebih minat dengan dia ialah konsep dan kelunakkan suara dia ni. Secara am’nya konsep yang dia bawa lebih kepada berbentuk islamik. Serius memang semua lagu-lagu dari dia memang superb bagi aku. Tak boleh nak bandingkan mana yang best, bagi aku semua best dan ada kekekuatan tersendiri dari segi susunan lirik dan lagu. Kebanyakkan lagu-lagu berbentuk ketuhanan ni sesuai sangat dengan semua peringkat umur dan boleh membuatkan hati kita tenang apabila mendengar. So enjoy the song randomly choosen by me. Bagi yang pertama kali dengar pasti jatuh cinta dengannya.

P/S: Download album penuh Thank You Allah di sini http://bit.ly/cQvYFX atau dapatkan CD original dengan beli secara online di http://bit.ly/biYYc6

Geng FB