Archive for May, 2010

Adakah Magik Satu Penipuan

May 18, 2010 - 12:00 am 22 Comments

Pertama sekali kalau sebut pasal magik ataupun silap mata, apa tanggapan kita tentangnya. Adakah sebagai satu hiburan atau penipuan semata-mata. Aku sukakan magik sebagai hiburan, tidak terlalu percaya atau taksub akan kehebatan ahli magik yang ada. Antara ahli magik yang terkenal seperti Harry Houdini, David Copperfield, David Blaine, Chriss Angel, Cyril Takayama dan ramai lagi yang pernah menjadi fenomena di seluruh negara satu ketika.

Di Malaysia, tak kurang hebatnya penangan magik terhadap masyarakat kita. Tahun lalu saluran AXN membawakan ahli magik terkenal dari Jepun iaitu Cyril Takayama untuk merakamkan aksi dan kehebatanya dalam street magic di sekitar bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa negara Asia Tenggara yang lain untuk rancangan Cyril Simply Magic. Selain itu, antara rancangan magik yang menarik di saluran AXN yang kerap kali aku tonton ialah Masters of Illusion. Ok serius magik ni lagi bagus dari Breaking the Magician’s Code: Magic’s Biggest Secrets Finally Revealed yang ahli magiknya bertopengkan wajahnya dan kebanyakannya tipu belaka dengan menggunakan teknik main kamera supaya penonton terpukau dengan kehebatan mereka.

Tapi apabila kita persoalkan tentang magik perbagai perspektif negatif akan timbul. Ada magik yang dapat di terima akal dan ada magik yang tak masuk akal. Nak kata trick atau helah untuk mengaburi mata kita, tak juga sebab kalau difikir secara rasional tak mungkin ada manusia yang boleh melakukan sesetengah magik kalau melihat berdasarkan mata kasar kita. Contonya seperti video ni.

Dari buah apple bertukar ke buah orange dan tembikai. Kemudian kembali semula jadi buah apple

Apple merah bertukar ke apple hijau..wtf

Ok video mungkin video ni kurang jelas, tapi dapat tak kita berfikir dengan rasional macam mana seseorang tu melakukannya tanpa sebarang bantuan. Memang la dorang ni ahli magik tapi tak terfikir ke yang magik ni kadang-kandang bukan satu penipuan tapi ada yang mengatakan lebih kepada bantuan mistik. Apa pendapat anda?

P/S: Tak ada siapa yang boleh reveal trick dari Cyril. Itu membuatkan dia lain dari  yang lain.

Berhenti Berharap

May 14, 2010 - 12:00 am 16 Comments

Normal bagi setiap insan biasa seperti kita apabila melakukan sesuatu perkara pasti mengharapkan sedikit ihsan, penghargaan, kejayaan atau berita gembira di sebalik usaha yang telah kita lakukan. Tidak kiralah perkara apa yang kita lakukan dan sebesar mana harapan sekali pun yang kita impikan. Mungkin tak ramai sebegitu tapi sedikit sebanyak kita masih lagi ada perasaan dengan menaruh harapan atas usaha yang telah kita lakukan. Tipu bagi sesiapa yang tidak mengharapkan kejayaan setelah penat lelah berusaha untuk mendapatkan sesuatu perkara yang di idam-idamkan melainkan seseorang tu tidak berusaha dan hanya mengharapkan kejayaan datang bergolek seperti menantikan nasi disajikan ke mulut.

Apabila kita mengharap dan hasilnya positif seperti yang kita harapkan, itu satu petanda yang baik. Tapi apabila kita mengharap dan hasilnya tidak seperti yang kita harapkan dan luar dari jangkaan kita. Apa perasaan kita ketika itu? Itulah mengharapkan sesuatu yang belum pasti berlaku, besar kemungkinan kita akan kecewa dikemudian hari jika harapan yang kita harapkan tidak seperti yang kita impikan. Masa tu perasaan mulalah tak tentu hala, fikiran mula kecelaruan dan termenung panjang memikirkan nasib dan impian besar yang kita impikan sebelum ini. Ada yang sanggup melakukan apa saja untuk mengecapi harapan dan tidak akan biakan terkubur begitu saja walaupun seribu tahun menunggu. Entah la, sesetengah orang mengatakan takdir, nasib ataupun tiada rezeki atas usaha yang telah kita lakukan dan jangan berhenti mengharapan apa yang kita impikan dan teruskan berusaha untuk mencapainya.

Ini mood entri release tension dan blur untuk diri sendiri. Bangkitlah dari khayalan dan berhenti berharap dan kembali ke realiti. Usahlah menjadi seperti angan-angan Mat Jenin. Mungkin lagu ni sesuai untuk menggambarkan orang yang menharapkan sesuatu tapi dalam konteks percintaan.

P/S: Manusia hanya merancang Tuhan yang menentukan.

Hari Belia Negara 2010

May 12, 2010 - 12:00 am 7 Comments

Salam 1 Belia 1 Malaysia semua, rasanya belum terlambat lagi untuk menceritakan tentang Sambutan Hari Belia Negara 2010 yang akan diadakan pada 14-16 Mei 2010 bertempat di Presint 4, Putrajaya. Bertemakan Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara, tahun ini akan merangkumi lapan kluster iaitu kesenian, ekspo dan pameran, sukan, penyertaan swasta, kerohanian dan kebajikan, kreatif dan inovatif, kemajuan dan pengikitirafan belia serta kesukarelaan. Sambutan ini akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hari Belia menjadi landasan tepat bagi belia di seluruh negara untuk mengetengahkan bakat dan kebolehan masing-masing. Ini kerana 88  prorgam akan diadakan antaranya seperti sukan udara, drift/draGo-Kart, mini bike, futsal, paintball dan banyak lagi. Dianggarkan kira-kira 200,00 belia akan menghadiri dan menyertai sambutan ini nanti. Dengan adanya sambutan sebegini, kebanyakkan belia dapat mengetengahkan bakat kesaluran yang betul daripada membuang masa dengan melepak, merempit dll. Ini dapat mengubah perspektif negetif sesetengah masyarakat terhadap belia yang merupakan tunjang pembangunan negara di masa hadapan.

Bersempena Hari Belia Negara tahun ini, ITYM telah melancarkan contest 50 Creative Youth Blog di mana mereka mencari sebanyak mungkin blogger berdaftar dibawah mereka dan 50 blog yang kreatif akan dipilih menerima sijil penghargaan. Contest ini amat penting, kerana di hari tersebut Perdana Menteri kita yang amat berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak akan singgah di booth mereka dan 50 blog yang terpilih tadi akan diserahkan kepada PM untuk membuktikan penglibatan blogger dalam masyarakat.

Harapan dan Pendapat khairilafzal.com

Disebabkan kekurangan saluran perantaraan untuk menyalurkan luahan dan pendapat, selain rangkaian sosial yang ada blog menjadi medium terbaik bagi belia mahupun dewasa untuk mencurahkan idea dan pendapat yang bernas jika dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dan kebebasan yang diberi tidak disalah gunakan. Ini kerana semakin hari komuniti blog di Malaysia semakin berkembang dan meluas. Contohnya seperti kempen ini yang pernah diadakan suatu ketika dahulu menunjukkan semangat bantu membantu sesama blogger.

Masyarakat diluar kadang-kadang hanya menilai dan mengkritik tanpa menyelami perasaan dan jiwa belia remaja. Penggunaan IT zaman sekarang bukanlah sesuatu yang merugikan, melalaikan atau membuang masa. Banyak maklumat dan isu-isu semasa dapat diterima lebih cepat berbanding menunggu dari media cetak yang lain. Contohnya seperti pengunaan twitter.

Tidak seperti dahulu, dengan adanya blog tidak terhad untuk menulis rutin harian. Kebanyakkan blogger sudah pandai memanfaatkan sehingga ada yang dapat menjanakan pendapat melaui blog. So banyak manfaatkan jika pandai guna dengan betul.

Last but not least peace yooo…Salam