Archive for June, 2010

Good Bye

June 21, 2010 - 12:00 am 11 Comments

One word to say:- good bye to my blog, facebook, twitter and other social sites. No more updates and online for a while and I will come back from blogging soon if there is plenty of time. Thanks to you guys coz supporting me always. I’m away for a while but it doesn’t mean I will stop from blogging.

P/S: If any one would like to be guest author at this blog, please contact me ASAP. Damnn my english is bad :(

Fenomena Muzik Di Malaysia

June 15, 2010 - 12:00 am 16 Comments

Muzik rock & roll diperkenalkan seawal tahun 50an di ikuti pop yeh yeh pada tahun 60an, 70an pop, 80an rock kapak, 90an pop band, awal tahun 2000 tangkap leleh dan akhir 2000 muncullah kumpulan-kumpulan indie (underground) menghiasi persada seni negara. Kalau di ikutkan ada lagi genre-genre muzik yang mewarnai industri muzik tanah air suatu ketika dahulu tapi tidak dapat bertahan lama seperti muzik dangdut, jazz, rap, hip hop dll. kerana persaingan jenis muzik pada zaman yang sama dan hanya mempunyai sebilangan kelompok peminat sahaja.

Berbalik kepada tajuk entri ini, fenomena muzik di Malaysia banyak berubah. Jika dibandingkan dengan negara luar, muzik mereka lebih universal walaupun ada yang bergenre punk, heavy metal, reggae, gothic, ska, dan banyak lagi tapi cara penerimaan mereka berbeza dengan di Malaysia. Sorry to say that pemikiran dan minda mereka lebih terbuka dan muzik hanyalah sebagai hiburan. Jika di Malaysia seseorang individu atau kumpulan yang berimejkan metal, hard rock atau gothic di budayakan di negara kita, perspektif masyarakat terhadap mereka sudah pasti negatif. Memang tidak semua tapi kebanyakan masih lagi berpemikiran tipikal.

Memang negara kita bukan pelopor genre muzik sebegini dan budaya ini di bawa masuk dari luar. For me music is universal. Sesiapa saja boleh menjiwai apa-apa jenis muzik. Mungkin sesetengah orang mengambil feel dengan cara pemakaian mengikut kesesuaian muzik tersebut. Siapa tahukan. Jadi jangan menilai seseorang itu dari luaran. Itu baru satu point tentang fenomena muzik di Malaysia, kalau nak ikutkan banyak lagi yang boleh diperkatakan. Ini belum lagi berbicarakan tentang tarian terkinja-kinja seperti shuffle, techtronic, breakdance, poco-poco dll. yang menjadi trend di Malaysia masa kini.

P/S: Ini cuma pendapat peribadi sahaja. Siapa yang tidak bersetuju atau ingin mengemukakan pendapat dan pandangan untuk dikongsi bersama, sila komen di ruang yang disediakan.

Fanatiknya Bola Sepak Di Malaysia

June 4, 2010 - 12:00 am 13 Comments

Ia datangnya 4 tahun sekali, kemeriahannya di raikan satu dunia. Demam bola sepak kembali lagi, semuanya kini berbicara tentang bola. Makan bola, tidur bola, lepak bola, tengok bola dll. Itulah hebatnya penangan sukan nombor satu di dunia iaitu bola sepak. FIFA World Cup 2010/Piala Dunia 2010 edisi ke 19 kali ini di anjurkan di Afrika Selatan yang disertai seramai 32 pasukan yang mewakili benua masing-masing beradu kehebatan untuk merebut gelaran juara dunia. Tinggal beberapa hari saja lagi akan berlangsungnya sepak mula perlawanan pertama Piala Dunia di bumi Afrika. (sambil buat muka teruja)

Setelah tamatnya musim liga eropah, kini tumpuan sekali lagi terarah kepada Piala Dunia 2010. Setiap orang tentu ada pasukan pilihan masing-masingkan. Brazil, Sepanyol, England, Argentina, Itali, German, Belanda antara pasukan pilihan yang dijangka untuk menjulang Piala Dunia kali ini. Jadi pasukan mana yang anda sokong untuk Piala Dunia kali ni?

Tidak lengkap dengan hanya menyokong pasukan anda. Apabila berbicara tentang bola sepak, tentunya ramai kaki bola di luar sana pasti tidak melepaskan peluang untuk berdebat menyokong pasukan pilihan masing-masing. Antara medium yang digunakan adalah seperti di blog, forum, twitter dan facebook. Kutukan dan kritikan, sorakan kegembiraan, tangisan dapat kita saksikan apabila pasukan pilihan (favourite) masing-masing kecundang dan ada yang meraikan kemenangan nanti.

Tapi apa yang menariknya tentang bola ialah kita dapat merapatkan perpaduan tanpa mengira bangsa dan agama. Walaupun kutuk mengutuk (yang positif) sesama rakan tentang pasukan pilihan masing-masing, tapi itu lah yang membuatkan perlawanan bola sepak meriah bukan saja di dalam padang malah di luar padang. Of couse lah kan kita tak dapat pergi ke Afrika Selatan, ada yang sanggup bangun awal pagi semata-mata hendak menonton bola dan lepak bersama rakan-rakan yang lain di kedai mamak untuk merasai bahang kehangatan bola sepak Piala Dunia yang diadakan 4 tahun sekali ini. Itulah fanatiknya bola sepak di Malaysia.

Atas menyahut seruan dari DenaiHati, aku jangkankan Belanda akan menjuarai World Cup kali ni walaupun aku penyokong kuat Sepanyol.

P/S: Tak faham motif terselindung disebalik kerajaan menghalalkan lesen perjudian di Malaysia.

Kemana Hala Tuju Pelajar Selepas Tamat Pengajian

June 1, 2010 - 12:30 am 14 Comments

Perkara ni dah lama ku fikirkan, mungkin ketika masa menengah rendah lagi. Ok straight to the point, malas nak berkias-kias dalam entri kali ni and be serious. Persoalan yang setiap kali timbul dalam fikiranku ialah ‘Kemana Hala Tuju Pelajar Selepas Tamat Pengajian’. Setiap tahun dianggarkan lebih 200,000 graduan yang menganggur setelah menamatkan pengajian tidak kira bidang (kelayakan) dan peringkat pengajian samada sijil, diploma, ijazah dll. di semua IPTA mahupun IPTS seluruh negara daripada jumlah keseluruhan 923,000 pelajar pada tahun 2009. 

Statistik graduan menganggur ini meningkat dari tahun ke tahun. Bukankah satu kerugian pada negara jika generasi muda tidak diberi perhatian untuk menyumbangkan tenaga, idea-idea baru dan segar, pendapat yang bernas yang dapat merangsang perkembangan ekonomi negara. Rata-rata graduan yang menganggur memiliki kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan. Jadi mengapa isu pengangguran masih lagi timbul dikalangan graduan.

Apakah faktor pengangguran dikalangan graduan. Adakah disebabkan :

  • Kurang pengalaman
  • Peluang pekerjaan terhad
  • Salahkan diri sendiri (malas)
  • Terlalu memilih pekerjaan, gaji dll.
  • Tidak diberi/merebut peluang pekerjaan yang ada
  • Persaingan dikalangan graduan semakin sengit dan kompetitif
  • atau salahkan kementerian/kerajaan kerana tidak mengambil berat tentang isu pengangguran

Siapakah yang patut di persalahkan dalam konteks ini? Apa pendapat anda. Bagi yang masih belajar, pernahkah anda berfikir mengenai isu ini.