Browsing articles from "October, 2010"

Keselamatan Pengguna Di Internet

Kita sebagai pengguna internet khususnya di Malaysia lebih terdedah tentang cara untuk menggunakan dan kepentingan internet yang ada pada zaman sekarang. Mungkin seseorang itu akan dianggap ketinggalan jika tidak manfaatkan kemudahan yang ada sebaik mungkin kerana itu semuanya berada di hujung jari. Berbanding dengan cara penggunaan internet, masyarakat kini tidak di dedahkan tentang ciri-ciri keselamatan penggunaan di internet. Kenapa?


Google merupakan laman sesawang nombor satu di dunia dan menjadi pilihan ramai pengguna. Google juga memiliki rangkaian video yang terbesar di dunia seperti Youtube, memiliki sistem e-mel yang terluas (Gmail), Google Earth dan banyak lagi aplikasi dan rangkaian yang mereka miliki sama ada di ketahui umum atau tidak. Mereka sekarang cuba untuk menakluk dunia internet. Mereka seperti memasang mata dan telinga bagi seluruh pengguna internet yang menggunakan khidmat dari mereka. Mereka juga tahu siapa kita dan mereka juga tahu apa yang kita lakukan. Ini kerana setiap pengguna berdaftar yang menggunakan perkhidmatan mereka, maklumat itu akan tersimpan di dalam data mereka.


Video di bawah yang cuba menunjukan konspirasi dari Google terhadap pengguna internet. Mungkin ini mengejutkan kita sebagai pengguna internet yang selama ini terlepas pandang dari perkara-perkara ini. Jadi sama-samalah kita berhati-hati semasa menggunakan internet dan jangan dedahkan terlalu banyak maklumat tentang diri kita.


Tak cukup dengan penerangan dalam video di atas, mungkin video ni boleh menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran korang.


P/S: Sepatutnya setiap orang dari kita pengguna internet sedar akan muslihat ni dari dulu lagi. Tidakkah kita terfikir yang Google tahu terlalu banyak maklumat pasal kita?

Konsert Maher Zain – Save The Soul

Maher Zain

Seluruh peminat Maher Zain tahu yang dia akan datang ke Malaysia untuk mengadakan mini konsert sulungnya di sini. Bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam pada 14 dan 15 Oktober 2010 bermula jam 8 malam. Konsert yang bertemakan Save The Soul ini diangkat bagi meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang isu pembuangan bayi yang semakin berleluasa di negara ini. Aku memang minat sangat-sangat nak pergi mini konsert ni. Tapi apakan daya, tiket untuk menonton konsert Maher Zain ni fully booked. Ini disebabkan miscommunication antara aku dan kawan aku untuk membuat tempahan tiket ni. Aku sangkakan dia yang buat tempahan dan dia pula sangkakan aku yang buat tempahan. Bila di tanya dua-dua tak buat tempahan tiket lagi dan bila aku telefon pihak penganjur, mereka katakan yang tiket telah penuh. Alahai, ruginya tak dapat pergi. Kalau ada sesiapa ada tiket lebih nak jual bagi tau la aku ye. Tapi aku dengar ramai rakan bloggers yang lain akan pergi nanti, selamat berhibur di sana nanti.


maher zain live in malaysia

Walaupun konsert ni akan diadakan dalam masa dua minggu dari sekarang. Tapi aku ada beberapa perkara mengenai konsert ni yang aku rasa something missing. Entah la, ni mungkin dari pemerhatian aku je kot.


Publisiti dan Pengiklanan

Memang benar yang konsert ni fully booked. Tapi kebanyakan peminat hanya tahu kedatangan Maher Zain ke Malaysia melalui facebook rasminya dan di blog-blog. Mana perginya media masa khususnya media cetak dan elektronik. Mungkin aku sendiri yang tak tengok tv atau dengar radio, kalau di surat khabar hari-hari pasal kisah 2 Alam je. Media lebih suka siarkan gosip-gosip untuk menaikan rating pembaca berbanding menyokong seorang penyanyi yang menperjuangkan islam.


Lokasi

Aku difahamkan yang Auditorium MBSA hanya boleh memuatkan 1400 tempat duduk dalam satu-satu masa. Maknanya hanya 2800 tiket sahaja yang dikeluarkan untuk tempoh 2 hari konsert ni dilangsungkan. Ini jauh berbeza skala kapasiti yang boleh ditampung jika dibuat di tempat lain contohnya di Stadium Bukit Jalil, Stadium Negara, PWTC ke. Akibat kapasiti tempat yang terhad, maka ramai yang frust tak dapat tiket untuk melihat Maher Zain secara langsung termasuklah aku salah seorangnya.


Penajaan

Faktor penajaan mungkin menjadi masalah utama untuk membuat pengiklanan dan publisiti selain dari pemilihan lokasi. Ya memang benar, susah untuk mendapatkan penajaan selain untuk meyakinkan pihak penaja untuk menarik mereka untuk melabur supaya pelaburan mereka berbaloi-baloi. Tapi trend di Malaysia, syarikat-syarikat besar lebih suka melabur keatas artis-artis dari barat dan dari negara seberang (Indonesia) berbanding seperti Maher Zain. Mungkin mereka tak kenal siapa dia Maher Zain. Apa-apa pun itu hak mereka, mungkin pihak penganjur konsert boleh usahakan alternatif lain untuk konsert-konsert yang akan datang.

cd maher zain

Aku dah beli CD original Maher Zain sebagai menyokong usaha industri muzik islamik dan artis islamik. Thank You Allah album da best song ever, berbaloi-baloi beli ori berbanding download.


P/S: Bulan 10 genaplah umur aku yang ke….

Geng FB