About

 

Serba ringkas mengenai aku
Salam semua, firstly korang semua boleh panggil aku Khairil, Afzal atau Krel. Berasal dari Pulau Pinang dan sekarang ni menetap di Shah Alam. Berusia awal 20an dan masih lagi menuntut di sebuah institusi pengajian dalam bidang kejuruteraan. Aku mula terjebak dalam arena blog boleh katakan agak baru lagi, sekitar penghujung tahun 2007 dan bergiat aktif semula pada pada tahun 2008 sehingga sekarang.

Ada apa dengan blog
Sebelum aku menggunakan wordpress berhosting sendiri, aku terlebih dahulu mengunakan blogspot sebagai platform untuk aku kembangkan bakat aku dalam bidang penulisan. Di blogspotĀ adalah tempat aku menceritakan tentang diri aku sendiri. Kini di blog ni, aku lebih suka mengupaskan isu-isu semasa atau pandangan dan idea untuk di kongsikan bersama dan aku akan kurangkan update mengenai perkembangan harian sebab tiada apa yang menarik tentang aku untuk di kongsi. Bagi aku, blog yang terlalu bersifat peribadi membosankan kalau tak pandai nak menulis untuk menarik minat pembaca. Blog wordpress ni secara rasmi beroperasi paada 29/08/2009 dan di host’kan dengan severfreak .

Malaysia Web Hosting

Kenapa aku berblog
Blog ni merupakan medium untuk aku untuk berkongsi segala cerita yang berlaku terhadap diri aku mahupun perkara disekeliling aku. Jadi ada masanya cerita gembira dan ada masanya cerita sedih. Semua penulisan di dalam blog ini lebih kepada pendapat aku tentang sesuatu perkara. Disini juga aku dapat berkenalan dengan ramai orang dari pelusuk dunia dan berkongsikan pendapat dan ilmu masing².

Rangkaian sosial

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Kalau ada masa nanti update lain, lastly thanks for take your time to read my page…



Geng FB