Bukan Senang Menjadi Blogger

Ada diantara kawan² aku yang baru tahu yang aku menjadi blogger, tiada apa yang hendak dimalukan bagi aku dengan dunia IT semakin maju, blog menjadi satu lagi medium untuk menambah kenalan selain mencari info². Sebelum ni aku hanya terdedah kepada sosial networking saja. Jadi dah tiba masa untuk transformasi diri sendiri untuk lebih maju ke depan supaya tak ketinggalan zaman.


Pembabitan aku dalam dunia blog adalah dengan tak sengaja pada tahun lepas, bermula menjadi silent reader kepada blog luth dan beberapa blog lain, kemudian barulah aku mendaftarkan diri dengan google. Huhu, sedih betul T_T


Berbalik kepada tajuk utama entry ni, antara persoalan kawan² aku tanya ialah macam mana nak buat blog, apa perasaan bila dah jadi blogger, macam mana nak dapat idea dalam penulisan dan banyak lagi. Pening juga kalau nak jawab satu². Bagi aku nak jadi seorang blogger bukanlah senang seperti yang disangka.


Memang tak dinafikan nak membuat blog memanglah mudah, hanya mengambil beberapa minit saja untuk aktifkan akaun. Tapi hasil penulisan macam mana yang hendak dihasilkan. Berbalik kepada diri aku sendiri, kebanyakkan entry aku hanyalah dari pengalaman diri sendiri, aku hanya menulis tentang diri sendiri dan perkara² yang berlaku disekeliling aku, kadang² kalau rajin aku tulis pasal cerita² semasa.


Menjadi blogger bukanlah mudah, sebenarnya banyak etika² yang perlu kita patuhi, bukan pakai main tulis sebarangan saja. Tapi kita boleh berfikir secara rasional yang mana baik dan buruk dan terpulang pada individu masing² nak tulis sebab blog masing².


Penulisan yang berkualiti boleh mengambarkan cara sesorang tu berfikir, tapi aku hanyalah insan biasa, menjadikan blog sebagai tempat berhibur, jadi penulisan aku hanyalah kosang tiada apa yang menarik. Mungkin sekarang ni, aku tengah mencari hala tuju dalam dunia blog supaya semakin hari menjadi semakin bagus.


Okeh, cukuplah setakat ni saja yang dapat aku kongsikan bersama, semua ni hanyalah dari pengalaman aku dan kalau ada apa² yang salah tolong perbetulkan.

30 Comments

  • salam…
    hoho…betul cakap kau…keypoint is kita nak jadi blogger yang mcm mana?blogger yg bermatlamat yg ingin idea & pemikiran sampai pada pembaca, blogger yang ingin berkongsi cerita, blogger yang ingin menjana pendapatan atau sekadar mencuba apa yang orang lain buat?

    Kalau nak jadi blogger professional, kena ada komitment juga…tahu cari pembaca, tp dlm masa yang sama hasilkan entri yang berkualiti…dan entry berkualiti biasanya takkan ambik kurang dari 5 minit untuk ditulis, kalau mcm aku kadang2 lebih 5 jam utk tulis satu2 entri, tu pun belum top notch lagi…haha
    apapun mula dr apa yg ada & keep on studying…hehe…
    i'm not the best person in this matter, but for sake of sharing…hehe

    [Reply]

  • @2967752468814900887.0

    aku pun berjam² nak karang satu entry
    kalu ikutkan mmg nak tulis panjang²
    tp cukup la ko dah tolong huraikan tu

    =)

    [Reply]

  • nak cri pro blogger kene byk mmbace skit.
    isi yg ringan tpi catchy.
    lgi bgus klau bnda yg x common.

    *ewah pndai je, mcm la pro sgt :’)

    [Reply]

  • wah sah dah meningkat saham kriell…

    mesti gegiler famous..

    kan kan?

    [Reply]

  • i blog for fun only =) lalalaa laras bahasa tak penting bagi aku hehehe.

    [Reply]

  • hahaha..
    go on berbloging bro!

    [Reply]

  • Kadang2 serabut dgn pentanyaan org lain.Soh depa wat blog sendiri.Baru tau apa rasa.

    [Reply]

  • aku blog untuk hiburan semata2

    kosong

    maluuuuuuuuuuuuuuuuuu

    [Reply]

  • hmm..

    lol nak tulis bende2.

    jenis xley siyes2.

    ayat pom tungang tunggek.

    ihhiii..

    biar owg lain yg bace.. rase mood hepy kite tu..

    lol bukan seorang yg serius.. coz sy seorg yang HAPPY n CERIA.

    [Reply]

  • haah lah..
    belog sy pon sekadar tmpat ntok mrepek merabah..
    OH..malu jua..

    [Reply]

  • gud2..just enjoy blogging ok

    [Reply]

  • blog ko best.. aku suka..
    blog aku jer merapu2 coz aku blog juz utk suka2, hlg tension & hiburan semata2..

    [Reply]

  • hehe. bg aku blogger yg bagus, bermula dengan pengalaman dan pembacaan mereka yang meluas. kemudian dikongsi dengan bahasa sendiri. kadang2 cerita gosok gigi pn jadi menarik kalau digarap dengan susunan bahasa yang cantik. lagipun blog2 ad banyak variasi kan. baru x bosan dunia internet ni

    [Reply]

  • aku plak mule2 berblog just nak lepaskan pe dlm hati..
    xdpt lepas kat org, so, luah kat blog..org bace or takde, xkisah..
    tp, lame2 baru sedar realiti dunia blog camne..
    bnyk kite boleh dpt n kenal ramai org..
    skrg aku berblog untuk sharing, cari kwn n suka suki..

    [Reply]

  • @7262672906277085236.0
    walaupun ko blog utk hiburan
    tapi, best…dapat sambutan dari semua followers
    apa yg nk dimalukan

    [Reply]

  • @4485636241248059897.0
    thnx sbb support aku
    blog ko pun ok, x de pun merapu
    just enjoy blogging suda

    [Reply]

  • @3589014162304368766.0
    x yah nak malu
    selagi ada org yg datang
    mkna kata dia org suka blog kamu

    hehe

    [Reply]

  • blog dah menjadi trend kebanyakan remaja di malaysia…..masing2 ade niat tersendiri kenapa blog itu tercipta….

    [Reply]

  • Dalam blogging nie…kalau nak mudah fokus…kita kena pilih apakah kategori yang nak kita luahkan kat blog….yang paling best skali…blajarlah dari orang yang telah berjaya…

    [Reply]

  • @2324376629947700338.0
    bgs la sbb dh sedar realiti tu
    mmg dapat kenal ramai org dan bleh buat kwn
    ko adalah salah sorang dr kawan bloggers yg aku kenal skrng ni

    hehe =)

    [Reply]

  • @783966790265984706.0
    x kesah nk tulis apa pun
    yg penting org yg baca tu happy
    betul x
    :)

    [Reply]

  • @8627456281951146778.0
    thnx, mmg tgh enjoy berbloggin
    tp x la serius sgt mcm sesetengah org

    [Reply]

  • @1440592814865989284.0
    memang pun, aku x nafikan yg tu
    byk membaca, lg meluas idea yg dpt
    tp aku x kesah sgt
    aku baca jer blog yg mana aku rasa nk baca

    huhu

    [Reply]

  • @8939108379470922650.0
    mmg tg cari ketegori yg sesuai utk lebel blog ni
    tp x tau lg nk letak apa

    betul tu, bljr dr orang yang telah berjaya
    baru kita pun boleh berjaya

    thnx ya

    [Reply]

  • @578029677723199366.0
    diriku pun masih belia remaja…
    sbb tu nak ada personal blog juga
    tp niat ntah la, suka2 jer

    [Reply]

  • Kalau asyik post entri serius pung boring juge kn kn .

    [Reply]

  • salam…memang betul dan membuka blog amat mudah tapi nak jadi good blogger alahai susahnya…

    [Reply]

  • orait lah 2…
    ok jer…
    janji update,,,
    hikhik…

    [Reply]

  • hoho… aku di kg dgn line celcom gprs cuba mmberi komen di blog ngko:p.. contest apa tuh??? ko guna modal menang contest aku aritu ke??hahaha…

    [Reply]

  • blog INI tu takmau describe ke?
    hahhahaha

    [Reply]

Leave a comment

CommentLuv badge

Geng FB