Fanatiknya Bola Sepak Di Malaysia
Ia datangnya 4 tahun sekali, kemeriahannya di raikan satu dunia. Demam bola sepak kembali lagi, semuanya kini berbicara tentang bola. Makan bola, tidur bola, lepak bola, tengok bola dll. Itulah hebatnya penangan sukan nombor satu di dunia iaitu bola sepak. FIFA World Cup 2010/Piala Dunia 2010 edisi ke 19 kali ini di anjurkan di Afrika Selatan yang disertai seramai 32 pasukan yang mewakili benua masing-masing beradu kehebatan untuk merebut gelaran juara dunia. Tinggal beberapa hari saja lagi akan berlangsungnya sepak mula perlawanan pertama Piala Dunia di bumi Afrika. (sambil buat muka teruja)
Setelah tamatnya musim liga eropah, kini tumpuan sekali lagi terarah kepada Piala Dunia 2010. Setiap orang tentu ada pasukan pilihan masing-masingkan. Brazil, Sepanyol, England, Argentina, Itali, German, Belanda antara pasukan pilihan yang dijangka untuk menjulang Piala Dunia kali ini. Jadi pasukan mana yang anda sokong untuk Piala Dunia kali ni?
Tidak lengkap dengan hanya menyokong pasukan anda. Apabila berbicara tentang bola sepak, tentunya ramai kaki bola di luar sana pasti tidak melepaskan peluang untuk berdebat menyokong pasukan pilihan masing-masing. Antara medium yang digunakan adalah seperti di blog, forum, twitter dan facebook. Kutukan dan kritikan, sorakan kegembiraan, tangisan dapat kita saksikan apabila pasukan pilihan (favourite) masing-masing kecundang dan ada yang meraikan kemenangan nanti.
Tapi apa yang menariknya tentang bola ialah kita dapat merapatkan perpaduan tanpa mengira bangsa dan agama. Walaupun kutuk mengutuk (yang positif) sesama rakan tentang pasukan pilihan masing-masing, tapi itu lah yang membuatkan perlawanan bola sepak meriah bukan saja di dalam padang malah di luar padang. Of couse lah kan kita tak dapat pergi ke Afrika Selatan, ada yang sanggup bangun awal pagi semata-mata hendak menonton bola dan lepak bersama rakan-rakan yang lain di kedai mamak untuk merasai bahang kehangatan bola sepak Piala Dunia yang diadakan 4 tahun sekali ini. Itulah fanatiknya bola sepak di Malaysia.
P/S: Tak faham motif terselindung disebalik kerajaan menghalalkan lesen perjudian di Malaysia.




[...] This post was mentioned on Twitter by piston pecah, Khairil Afzal and Khairil Afzal, Khairil Afzal. Khairil Afzal said: Fanatiknya Bola Sepak Di Malaysia http://bit.ly/95ICNx [...]
england tetap di hati….
tp kan..kalau ikut negeri..peyokong mmg xleh lawan kelantan punya laaa..seruisly aku ckp..tiap kali ada game..ko tgk ah stadium tu..penuh~penuh~ tiket selalu je habis..even tiket dah mahal..rm12..ttp ramai…
jom komen ke : http://suarapeople.blogspot.com
[Reply]
Untuk sebuah negara yang tak pernah masuk World Cup tapi rakyatnya berabis fanatik world cup, siap gaduh lagi, macam pelik je. haha kne cari jersey nih.
.-= MyFunDarkSide´s last blog ..I Love You Phillip Morris – Gay’s Love =-.
[Reply]
bola sepak memang boleh menyatukan kita semua
.-= shaffique´s last blog ..This Is 50 Cent. Trust Me. =-.
[Reply]
Tak faham motif terselindung disebalik kerajaan menghalalkan lesen perjudian di Malaysia?? suri pun msh kebingungan..sb kitakan ngra islam huuhu..
suka masak time musim bola ni utk dia..hehee
bro minta mu ke apa?? hehee
[Reply]
[...] piala dunia yang hangat disambut oleh dunia turut dirasai di Malaysia. Tak payah dinafikanlah, orang Malaysia ni memang fanatik gila pasal bola sepak [...]
takda la fanatik sangat … kalau terlepas boleh tengok lagi ulangan.. hehe…
.-= zik´s last blog ..Cuti sekolah sudah bermula! =-.
[Reply]
cinta bola tak dpat nak di telaah..tapi ajarkan ku agar mencintai boLA-BOLA Api??hehehe
[Reply]
fenomena bola sepak wujud di seluruh dunia. bola sepak menyatukan penduduk seluruh dunia.. hehe. sampai kita terlupa sekejap isu Gaza, flotilla n Palestin.
Amir´s last [type] ..Saiful Apek Ditahan Polis Kerana Dadah
[Reply]
jom sokong brazil.
nur hidayah´s last [type] ..Im officially 21, Happy Birthday to Me.
[Reply]
Ramai orang jadi kaya-raya musim bola ni.
[Reply]
argentina bakal juara piala dunia..hehe
x-po´s last [type] ..FILEM 2 ALAM: DR ROZMEY, GILA ATAU WARAS?
[Reply]
lYnn_tEkA~tEkI Reply:
August 9th, 2010 at 15:24
alaa~argntina klah laa..
huhuhu:)
[Reply]