Browsing articles in "Blog"
Apr 26, 2009

Bukan Sekadar Blog

Blog hiburan, blog personal, blog politik dan bermacam² lagi blog yang ada. Boleh katakan semua orang ada blog, termasuk artis², ada orang yang bukan artis pun dah sama taraf macam artis. HAHA (fullstop)


*******

Membaca blog kadang² boleh membuatkan aku terharu apabila membaca entri dari kawan². Susah, senang, sedih, gembira semua di kongsikan bersama. Aku sebagai pembaca hanya dapat merasa sedikit bebanan perasaan yang mereka alami. Kadang² dalam keadaan sedih, boleh membuatkan kita ikhlas dalam menulis sesebuah entri.


Apabila terlalu ikhlas pun, kadang² orang akan salah anggap. Ada yang tak puas hati sampai memaki hamun di kotak sembang di blog dengan ayat² seperti nak mintak simpati la tu, cerita terlalu lucah la dan sebagainya. Semua ni aku dapat dari pengalaman kawan² di blog, bukan seorang tapi dah ramai yang kena macam ni.Tak cukup dengan tu, nak lagi advance sampai sanggup hantar e-mail tak puas hati.


Bagi aku lantak la owner blog tu nak tulis apa janji tak kacau sensitivi seseorang sudah la. Lagi pun blog bukan tempat nak cari gaduh. Lagi satu, bagi aku mengambil langkah untuk private blog bukan jalan terakhir dengan alasan untuk privacy ye.

Apr 19, 2009

Entah Apalah Nasib

Semasa korang baca entry ni, serius memang tak ada kena mengena dengan blog aku, ni hanyalah pendapat aku semata-mata. HARAP MAKLUM

*************

Aku selalu akan respon balik kepada mereka yang meninggalkan mesej pada shoutmix dan kadang aku sendiri suka² tinggalkan mesej pada blog orang lain (blog walking), kepada blog yang tak ada shoutmix atau cbox, tak dapat den nak nolong…Kadang² masa aku blog walking, aku pasti akan baca entry terbaru yang ada pada pemilik blog tersebut. Setiap orang punya pandang dan idea dalam penulisan di blog masing². Kadang ada entryyang boleh membuatkan aku tertarik disebabkan cara penulisan dan penyampaian yang ditulis. Idea yang dikeluarkan bernas dan jauh lebih bagus dari aku.

Tapi sayang, walaupun idea yang dikeluarkan bagus untuk semua orang, tapi entry tu tak mendapat sambutan dan respon dari pembaca. entah apalah nasib blog tersebut. Mungkin bagi penulis blog tu, hanya kepuasan dalam menulis dan bagi kita sungguh rugi sebab tak tau pasal ni. Tak dinafikan mungkin ada silent reader yang membaca blog tersebut, mana kita tau kan.


Mungkin tuan punya blog tu seorang newbie sebab tu belum ada followers tetap sehingga menyebabkan kehadirannya dalam dunia blog tak ada orang yang perasan ataupun dia berblog sekadar suka²dan dari pengalaman aku yang setahun jagung dalam blog, seseorang bloggerperlulah MESRA pengunjung. Orang tak akan layan kalau kita kita sebaliknya buat apa nak tunjuk bagus padahal tak pun. Melainkan kalau kita tu memang bagus, pasti ramai orang akan respect.


Lagi satu, sila²lah tinggalkan mesej atau komen dekat blog lain. Cukup sekadar perkataan hai, salam singgah dan lain² yang sama maksud. Sekurang²nya, tuan blog tersebut dapat melawat blog kita kembali. Secara tak langsung, pengunjung dari blog tersebut dapat melawat blog kita sama. Melainkanlah kalau kita ni blogger popular. Tapi kesimpulan kat sini berbaik dengan orang tak ada ruginya, berkawan biar ramai.

Mar 23, 2009

Wahai Spammer


Semalam blog ni telah dipenuhi spam entah dari mana. 1st time aku kena, habis suma entri yang aku posting selama ni kena spam di bahagian komen, kalau dibahagian shoutmix aku tak kisah sangat, sebab dah biasa jadi kat semua blogger sebab dia orang nak promo blog masing². Apa yang aku tau, spam tu berunsurkan sedikit lucah. Aku tak tau blogger lain pernah kena macam aku ke tak sebelum ni. (aku rasa dah ramai kena)

Aku try bukak blog yang spam aku, tapi malangnya kosong jer blog tu. Pening aku dibuatnya. Nak kena delete satu persatu spam yang ada, atas pendapat beberapa rakan blogger, aku akhirnya memutuskan untuk membuat Comment Moderation di blog ni buat sementara waktu. Walaupun cara ni aku tak berapa suka dan menyusahkan para pembaca, tapi nak buat macam mana. Yang susah tu la selamat. Dengan ni, aku dapat tapis dahulu komen² yang ada. HARAP MAKLUM


*pendapat aku*


Lagi satu, selalunya spammer akan serang blog yang mempunyai live traffic yang tinggi dan blog aku pulak tak la ramai orang yang datang, tapi macam mana boleh kena. Kompius disitu

Mar 16, 2009

Perasaan Cemburu Itu Perlu Ada

Sambil aku melawat blog rakan² blogger, pasti aku akan memerhatikan sesuatu yang baru yang ada di blog mereka. Tak kisah la apa pun janji baru bagi aku, terutama yang kerap tukar template dan ubah suai blog mereka. Sebenarnya aku jeles dengan mereka² ni (yang tukar template aku tak jeles sangat sebab aku pun boleh). Bagi aku tuan punya blog yang mempunyai layout dan design blog yang kacak dan hensem melambangkan personaliti dia, bagi yang kerap tukar template tu paham² sendiri la kan. Blog aku pula serabut dan sungguh tidak terurus, jadi adakah personaliti aku macam tu…hehe :-|


Sebenarnya aku masih lagi mengubah suai blog ni. Harapan nak blog ni sehensem dan sekacak blog yang aku tengok. Bila masa nak edit blog je, aduh mesti pening kepala bila tengok code² yang ada. Aku sendiri mengaku yang aku tak berapa terer dalam mengedit ni.


Jadi aku selalu mengharapkan kawan² yang terer dalam mengedit ni untuk tolong aku, tak pun minta pandangan dan tunjuk ajar dari mereka. Aku pun faham, kalu nak mintak tolong dekat orang yang terer, sekali dua dia mau la tolong, dah berkali² sapa yang mau tolong. Dia orang pun ada komitmen sendiri. Lepas ni, aku tidak akan menyusahkan korang lagi. Tapi ‘sharing is caring’ tak kan tak nak tolong lagi…haha :)


Bukan aku tak adae niat di hati nak buat sendiri. Orang kata ‘try and error’, tapi kalau aku try tiga kali error pun tiga kali, apa kes. Jadi kesimpulan kat sini, lepas ni kalu elok atau tak blog ni, semua hasil kerja tangan aku sendiri dan tak mintak pertolongan dari orang lain dah.

Jan 11, 2009

Satu Langkah Ke Hadapan


Perhatian kepada semua bloggers

Hari ini mungkin satu titik perubahan bagi aku dalam dunia blogger sebab apa kalau korang perasan aku dah tukar domain dari

khairilafzalrozali.blogspot.com

kepada

khairilafzalrozali.com

blog aku juga dah berubah wajah. Memandangkan aku baru saja menceburi diri dalam dunia blogger ni. Jadi dengan penukaran ini, aku harap aku akan terus sukses dlm penulisan blog aku ni. Jadi korang suma jgn lupe follow BLOG aku yerr…

#kredit kpd En. Luthfi

Pages:«12

Geng FB