Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikulnya
Aku kadang kadang termenung jauh memikirkan nasib orang orang yang jauh lagi kuat dariku. Maksud kuat disini ialah tabah mengharungi cabaran dan dugaan. Aku pernah mengeluh sendirian mengatakan hidup aku tak seindah seperti orang lain, tapi ternyata aku silap malah aku masih lagi mampu bersyukur kerana masih ada golongan yang masih hidup dalam kesusahan kalau nak dibandingkan dengan hidupku sekarang ni. Walaupun dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, tapi cukup buatku untuk mendapat sedikit kasih sayang, tempat tinggal untuk berteduh dan makan minum untuk menjalani kehidupan seharian.
Sejak menceburi diri dalam arena blogging, aku dah anggap yang kita semua blogger berada dalam satu komuniti yang sama iaitu berkarya menghasilkan penulisan tak kira apa jua genre untuk pembaca blog masing masing. Semakin lama blogging semakin ramai blogger yang aku kenal dan ada yang sudah di jadi teman rapat di alam maya walaupun hanya kenal di blog, Facebook, Twitter dll. Ya aku sedar yang rata rata blogger yang aku kenal ada yang lebih muda dari aku, ada yang sebaya dan ada yang lebih tua dari aku. Bagiku usia bukan menjadi masalah kerana aku jenis yang open dalam berkawan tidak kira lelaki mahupun perempuan.
Realiti hidup manusia bukan la macam skrip drama dalam tv yang telah ditentukan kesudahan cerita macam mana. Jadi ada pasang dan surutnya perasaan dalam kitar hidup seharian. Melalui penulisan juga kita dapat rasakan perasaan seseorang tu ketika menulis. Setiap ayat ayat yang digunakan dapat mengambarkan keadaan semasa penulis tersebut semasa menulis sesebuah entri. Gembira, sedih, kecewa semua dapat dibaca dari gambaran penggunaan ayat tersebut. Kita semua hanya manusia biasa tak akan lari dari mempunyai perasaan macam ni.
Melalui blog jugalah menjadi medium yang terbaik untuk seseorang luahkan perasaan yang terpendam ni. Ada seketika membaca entri dari beberapa kawan blogger yang lain membuatkan hati kita mula tersentuh. Ibaratkan cubit paha kanan paha kiri juga terasa. Aku sebagai silent reader blog Bro Megat terasa terpanggil untuk membantu dengan menyokong kempen Blogger We Care yang di ilhamkan oleh Bro Hydir. Selain itu, cara lain untuk membantu Bro Megat ialah dengan mengikuti peraduan yang di anjurkan di dalam blog Azizwan dan DenaiHati. Ayuh rakan rakan blogger sekalian tunjukkan keprihatinan anda semua. Harap bantuan dari rakan rakan blogger yang lain dapat meringankan beban yang di tanggung oleh Bro Megat. Sama sama kita doakan yang terbaik untuk Bro Megat dan sekeluarga.
P/S : Bila lagi kita nak tolong bangsa sendiri?


