7 Bulan Telah Berlalu
Sedar tak sedar bulan Ogos sudah sekarang ni, cepat masa berlalu rasa macam baru semalam sambut tahun baru *ayat semata mata* Yeah antara sebab mengapa bulan ni aku ternanti nanti ialah salah satunya bulan ni merupakan bulan kemerdekaan negara Malaysia yang ke-52 dan bagi seluruh umat islam kat dunia ni 1 ramadhan dah tak lama.
Entri ringkas ni hanya nak recap balik progres azam baru untuk tahun ni setelah 7 bulan tahun 2009 kita lalui. Kalau aku sebut antara azam tahun baru aku untuk tahun ni mungkin orang akan kata aku ni materialistik tapi tu hanya la sebagai pembakar semangat untuk aku berkerja keras untuk mendapatkan apa yang aku idamkam. *materialistik apanya, dslr pun tak mampu beli lagi :aie: *
Boleh katakan 50% dari apa yang aku azamkan untuk tahun 2009 telah terlaksana dan aku rasakan satu kejayaan buat tahun ni walaupun tahun 2009 masih lagi berbaki beberapa bulan lagi. Seriously aku rasakan tahun ni betul betul aku usahakan untuk mencapai azam aku kalau nak dibandingkan dengan beberapa tahun tahun lepas. Kalau tahun lepas mungkin hanya sekadar angan angan kosong kerana tak ada usaha untuk merealisasikan azam yang aku nak berbanding dengan tahun ni.
Faktor umur juga boleh aku kaitkan disini kerana semakin hari kita semakin membesar dan pemikiran juga semakin berkembang. Jadi kita boleh fikir dengan dengan sebaiknya baik buruk apa yang kita nak. Semuanya terletak atas kemahuan diri sendiri. Nak seribu daya tak nak pun seribu dalih
Korang punya azam untuk tahun ni macam mana. Kalau siapa yang berazam nak kawen tu cepat cepat la cari jodoh ye nanti tertangguh tahun depan la nampaknya hehe
P/S : Sebelum terlupa bulan ni sangat sibuk ya disebabkan semester baru dah pun bermula. Sori kepada semua kerana tak ada masa nak blogwalking.
Perhubungan Dua Hala
.jpg)
Aku baru tamat menjalani praktikal pada jumaat minggu lepas. Sebaik habis praktikal, aku ada sedikit urusan di Seremban, KL dan beberapa tempat lain selama 2-3 hari. Selama 2-3 hari juga aku tak online, satu rekod baru untuk aku. HAHA, aku ada buat auto post semasa ketiadaan aku, tapi mengalami sedikit masalah, nanti ada masa aku akan re-post balik entri tu. Aku ingat Kapten sorang saja yang mengalami masalah macam ni. Entah apa punca masalah pun aku tak tau.
Di temani dengan abang aku dan sepupuku ke sana, perjalanan dari Pulau Pinang mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai ke destinasi pertama iaitu Seremban. 5 jam memandu memang membosankan tak kala abang aku dan sepupu aku tidur semasa aku memandu. Aku mula rasa mengantuk disebabkan tanpa perhubungan dua hala.
Bagiku perhubungan dua hala sangat penting dalam semua urusan termasuk untuk pasangan suami isteri bagi mengeratkan lagi hubungan. Tak kisah la walaupun hanya perbualan kosang tapi sekurang kurang ada benda yang nak di ceritakan. Begitu juga dalam perkerjaan, boleh meningkatkan lagi prestasi kerja sesama staff dan kakitangan syarikat yang lain dan dapat merapatkan hubungan dengan klien di masa akan datang.
Amir seorang yang berkerjaya. Mempunyai pangkat yang tinggi, gaji yang besar, rupa paras yang kacak dan mempunyai beberapa aset untuk masa hadapan. Tapi hidupnya tak seindah seperti harta yang dia ada, dia selalu gagal dalam percintaan. Kebanyakkan perempuan yang dia kenal hanyalah pandang pada wang ringgit yang dia ada selain wajahnya yang kacak dia miliki. Sukar bagi Amir untuk mencari cinta sejati.
Disebabkan itu, dia nekad untuk tidak bercinta lagi. Hal ini menyebabkan kedua orang tuanya resah memikirkan anak teruna mereka yang hendak hidup bujang sepanjang hayat. Maka mereka mencadangkan supaya mereka tolong mencarikan jodoh kepada Amir. Pada mulanya Amir agak keberatan untuk menerima cadangan itu, tapi dia hanya mengiyakan saja cadangan dari orang tuanya kerana tak nak mengecewakan hati mereka.
Sebulan kemudian, kedua orang tua Amir memperkenalkan calon bakal isterinya, Fazura kepada Amir. Pertemuaan yang singkat membawa mereka ke alam perkahwinan. Walaupun belum sempat berdating, keluar makan bersama dan menghabiskan masa hujung minggu bersama, tapi ciri ciri perempuan melayu terakhir yang ada pada Fazura membuatkan Amir percaya dan yakin dengan pilihan orang tuanya. Dia pasti cinta sejati akan datang setelah melayari bahtera berumah tangga nanti.
Seperti yang dirancang, perkahwinan mereka telah diaturkan oleh kedua orang tua masing masing. Majlis perkahwinan mereka berlangsung dengan jayanya. Keadaan bertambah meriah dengan adanya sanak saudara yang berkumpul untuk meraikan pasangan pengantin baru. Amir pula menjadi gelabah dan risau sebab dia pernah mendengar kisah malam pertama dari kawan kawannya yang telah berkahwin. Setiap orang ada pengalaman masing masing, macam macam cerita yang dia dengar. Perasaan seronok, takut, risau semua bermain difikirannya. Sempat juga kawan kawannya memberi tips tips dan langkah langkah yang patut dia lakukan di malam pertama.
Malam yang di tunggu tunggu telah tiba, tepat jam 12 tengah malam Amir mengajak isterinya ke kamar untuk bergurau senda. Isterinya pula hanya mendiam diri tanpa merungut sepatah perkataan pun dan mengikut kehendak suaminya tu. Sebaik masuk ke dalam kamar, lampu dipadamkan dan Amir mula memainkan peranannya sebagai seorang suami.
Amir mula memberi arahan kepada isterinya, tapi isterinya pula senyap saja. Kali kedua Amir bersuara tapi tiada juga reaksi. Amir mula berang dengan isterinya kerana tak ikut arahan yang diberi olehnya. Kemudian di membuka semula lampu di kamarnya dan melihat isterinya telah pun tidur dalam keadaan yang seksi. Dalam hati kecil Amir berkata, cis tak patut betul. Penat saja aku mengatur strategi tapi isteriku tidur pula…tomorrow never dies.
Serupa Tapi Tak Sama
Setiap event yang grand² kat Malaysia semua orang tau (fokus hanya di dalam Malaysia). Cakap je event apa. Jiran sebelah rumah aku pun boleh listkan satu persatu dari awal tahun hingga ke akhir tahun. huhu
Ok, berbalik semula kepada tajuk utama entri ni, rakyat Malaysia sememangnya prihatin dengan isu² semasa tak kira sama ada pasal hiburan, politik, sukan, peperangan di negara jiran dan banyak lagi. Tapi dalam ni, aku cuma mau sentuh pasal hiburan sebab boleh menghiburkan aku. Politik buat pening kepala jadi abaikan sebentar. Perangan nanti semua orang sedih baca apa yang aku tulis.
Bermula dari awal tahun ni, dah banyak acara yang besar² berlangsung di Malaysia. Bermula dengan final Raja Lawak, Anugerah Juara Lagu, Anugerah Bintang Popular, OIAM, AIM (sekadar menyenaraikan beberapa saja) semua heboh diperkatakan siapa pemenangnya. Tak ketinggalan juga, banyak blogger yang mengambil kesempatan membuat entri pasal acara² ni.
Ada diantara kawan² aku membuat entri² macam ni supaya mendapat hit di enjin carian, dalam erti kata lain dapat meningkatkan traffic setiap kali pengunjung ziarah. Mungkin salah satu cara untuk meningkatkan traffic blog dia sebab cerita masih panas, jadi semua orang nak search di internet, tapi aku tak kesah apa motif asal entri tersebut.
Tapi apa yang menarik, walaupun banyak blogger cerita pasal cerita² ni, tapi macam² cerita yang aku terima hasil dari penulisan dia orang. Ada yang suka, geram, tak puas hati dan macam² lagi reaksi. Biasa la, lain orang lain pendapat. Tapi yang kesiannya kat aku sebab tak tau apa² pasal cerita tu, jadi blur tak tau hujung pangkal cerita tu. Tapi aku masih boleh berterima kasih kepada mereka² yang update pasal cerita² ni, kalau nak harap aku baca paper pasal hiburan. Jangan harap la.
Aku yakin esok MU menang EPL, mesti heboh kat blog (bagi lelaki) dan esok kalau salah seorang dari Hafiz, Akim, Aril, Yazid, Isma menang AF7 mesti ramai yang nak cerita perasaan dia orang yang undi sampai dia orang menang (bagi perempuan) huhu jangan marah
Dulu Lain Sekarang Lain
Dulu masa aku sekolah menengah, pasti sana sini aku akan ditanya soalan macam ni:
1. weh, ko ada Myspace…kalu ada add la aku
2. ko ada emel tak…kalu ada bak kat aku nak add ko kat Myspace
3. biar benar ko tak ada Myspace. Sungguh tak maju la ko ni
4. emel pun ko tak ada. Sah ko ni memang tak celik IT
Dengan ayat² diatas, aku pun terbuka hati nak ada emel dan Myspace. Nanti kata aku katak bawah tempurung pulak sebab masa tu kawan² aku semua asyik melayan Myspace. Myspace masa time aku sekolah memang top berbanding Friendster, Hi5, Tagged dsb. Boleh katakan masa aku hari² menghadap komputer bermain Myspace je . Aku add orang tu, orang lain pulak add aku.
Masa tu hanyalah untuk cari kawan yang ramai. Tibalah satu hari yang aku tau yang kebanyakkan dari kawan yang aku add adalah penipu besar. Aku mula syak apabila aku ternampak 2-3 profile yang mempunyai gambar yang sama padahal akaun berlainan. Dengan tu terus aku delete akaun Myspace tu sebab tak percaya lagi dengan Myspace ketika tu.
Sehinggalah aku masuk ke sekolah teknik, masa tu aku tengok yang senior² dan kawan² aku buka Myspace kat cybercafe asrama (yang lain tak layan sangat). Memang Myspace sebagai penghubung kepada dunia luar sebab asrama kat sekolah aku umpama neraka bagi aku ketika tu. Handphone tak boleh bawa, nak keluar tengok dunia luar seminggu sekali jer (outing) hehe tapi tu kisah dulu.
Aku pun bukak la sekali lagi akaun Myspace ketika tu dan akaun tu masih digunakan sehingga kini. Lepas tu nak maju lagi aku pun bukak la Friendster, Facebook dan sekarang blog pula.
Tapi sekarang baru aku terbuka kotak fikiran aku kena perkara macam ni terjadi kat aku dulu. Padahal Myspace dan sosial site yang lain bukan lah tempat untuk menipu. Bagi aku ni adalah medium untuk mengikuti perkembangan kawan² sekolah yang dah lama tak jumpa, kalau nak jumpa harus sama sekali memandangkan semua membawa hala tuju masing². Sekarang ni budak² sekolah rendah pun dah ada myspace dan sosial site yang lain. Jadi apa nak kisah.
Dengan dunia sekarang dah maju,tak ada yang mustahil untuk mencuba sesuatu yang baru. Kalau kita pandai manfaatkan kemudah macam ni, tentu dah ramai yang jadi femes macam Yuna & Colbie Caillat (sekadar beberapa contoh). Mereka hanya orang biasa tetapi mereka ada inisiatif untuk menunjulkan diri sendiri. Contohnya dia orang mencipta lagu dan menyanyikan sendiri lagu yang dia orang cipta. Kemudian muat naik dekat Myspace.
Siapa sangka tanpa masuk mana² pertandingan realiti pun masih ada tempat untuk menunjukkan bakat yang terpendam. Jadi kesimpulannya terpulang kepada individu sendiri untuk menilai baik buruk sesuatu perkara.
P/S: semua ni hanyalah pendapat aku semata².
Antara AF Dan Bola
Hari minggu ialah hari untuk merehatkan diri dari kesibukkan, setelah penat berkerja selama 5 hari dan pasti aku tidak akan melepaskan peluang yang ada. Memandangkan pelbagai rancangan yang menarik ada di kaca tv. Aku tak terkecuali, aku juga antara yang tertunggu² di depan kaca tv rumah aku untuk menonton rancangan² yang menarik.
Selalunya family aku akan menonton rancangan Akademi Fantasia selepas berita. Aduh, sebenarnya aku bukan la peminat AF ni, memandangkan sekarang ni dah banyak sangat realiti tv antaranya OIAM, jadi apa la sangat bagi aku, motif dia orang sama je untuk mencari bakat baru. OK la kan macam tu, tapi kalu macam TOMOK apa kes, opss. Dia boleh ke di ketegorikan sebagai bakat baru. Korang pikir sendiri la, opss terlebih suda.
Aku pun layan jer tengok AF ni sementara menungu perlawanan antara Fulham dan Man Utd. Masa tengah layan AF, ada la 2-3 orang pelajar seperti Hafiz, Aishah dan Zizi yang aku minat sebab suara dan penampilan mereka yang membuatkan aku tertarik. Mungkin benar suara orang dari Sabah dan Sarawak ni unik.
Lepas tengok sampai abes, aku tak kisah sangat dengan kejutan² dalam AF ni, sebab dari musim pertama memang dah ada kejutan² macam ni, jadi aku tak kisah siapa yang keluar sebab aku bukan pun AFUNDI siapa², sekadar tengok untuk berhibur dan minat je. Tak salahkan.
Selepas tu, perlawanan yang ditunggu² pun berlangsung antara Fulham dan Man Utd. Apa yang boleh kata kat sini, MU tak ada luck, dah la kalah dengan Liverpool 4-1 minggu lepas, semalam kalah pulak dengan Fulham 2-0. Apa pun, walaupun pun MU kalah aku tetap minat team ni.
Kasut Paul Smith

Cuaca di sekitar Pulau Pinang hari ni sangat² panas dan berjerebu. Aku tak tau macam mana boleh jerebu 2-3 hari ni. Dengan cuaca sebegini, rasa malas pulak nak buat kerja, tapi aku seorang yang berkomitmen dan bertanggungjawab. Kerja tetap kerja.
Masa round² sekitar Georgetown aku naik hairan sebab boleh katakan merata-rata tempat aku akan terserempak dengan foreigners. Aku macam tertanya² pulak dari mana dia orang ni datang.
Sangkaan aku tepat kerana aku dengar mereka datang untuk berlabuh buat seketika. Aku tengok mereka datang dengan menaiki kapal macam Star Cruise, patut la kemana aku pergi mesti terserempak dengan orang putih. Aku rasa macam dah ada oversea di negeri sendiri pulak. HAHA:aie: .
Ok, aku ambil keputusan untuk lari seketika pergi ke mall sebab tak tahan dengan cuaca di luar (dalam mall sejuk sikit). Masuk je dalam mall, ishh bengang betul, masih lagi terserempak dengan orang putih. Macam dah hari orang putih sePulau Pinang pulak. Aku abaikan mereka buat seketika, jadi aku ingat nak beli barang sikit untuk keperluan harian tapi malang sungguh, apa yang di hajat tak ada
.
Jadi aku ambil keputusan untuk round² je sekitar mall. Tetiba masa masuk je dalam satu kedai ni hati aku telah di curi. Cantik tertarik kau memang menarik aku kata dalam hati. Ternampak pulak kasut jenama Paul Smith. Seperti yang pernah aku bagi tau, habit aku ialah membeli tanpa dirancang. Jadi dengan duit tak seberapa, aku beli terus.
Kasut ni sebenarnya pattern lama. Kira clearance stock. Tokei kedai tu bagi tau kalau nak stock yang baru minggu depan baru ada. Kasut pattern ni dah lama aku aim nak beli, cuma tak ada duit je sebelum ni. Disebabkan aku nak gak kasut high cut tu, aku ambil gak walaupun stock lama.Kalau tak, aku nak tangkap 2 pasang tapi dengan keadaan kemelesetan ekonomi sekarang ni, aku simpan dulu hajat nak beli satu lagi yang jenis low cut.
Selain kasut Paul Smith, aku minat gak kasut jenama Converse, John Lawrence Sullivan dan Everlast sebab nampak funkky dan trendy selain selesa semasa memakai. Kesimpulan aku memang addict pada kasut
.
Bisnes Ala-Ala MLM

Sangkaan aku tepat dalam masa kami borak hampir 10 minit dia ajak aku join dia buat satu bisnes(aku bisnes² memang tak layan ok). Dia kata bisnes ala² MLM, aku dengan penuh ke bengapan masa tu ingat dia nak buat bisnes kt pasar malam. Aku tanya dia nak niaga apa. Pastu di kata bukan macam yang aku maksudkan MLM tu malam. Dia pun terang bla…bla…bla…pasal bisnes ni.
Pastu dia pujuk aku suruh dengar dulu walaupun tak berminat. Aku malas sebab aku dah pernah kena dah kejadiaan macam ni. Jadi aku ambil sebagai iktibar, kali ni aku tak nak pergi. Dia kata pulangan memang lumayan tapi aku tetap dengan pendiriaan aku.
Disini aku nak bagi tau, salah satu taktik dia orang untuk tarik ‘sub’ di bawah dia orang ialah kali pertama akan diadakan jamuan makan².Makanan memang la sedap, tapi lepas tu korang akan dipujuk untuk join bisnes ni. Masa tu la korang akan terpedaya dengan kata² manis dia orang. Sampai korang berminat untuk join bisnes ni. Masa tu baru Lu Pikir La Sendiri baik atau tak.
Aku hanya tau serba sedikit je pasal bisnes ni sebab ramai yang cerita kat aku. Padahal dah ramai member² aku ajak join tapi aku malas nak pikir benda² ni semua. Bagi aku kalau tak minat memang tak boleh nak buat apa².
Tapi kat sini aku nak bagi tau bukan semua bisnes tak boleh di percayai. Ada gak yang boleh, terpulang kepada individu masing-masing nak memilih. Bagi aku lebeh senang tak terlibat dengan mana²bisnes sebab kebebasan. Biar la lambat kaya tapi rezeki ada di mana². Aku dah berSYUKUR atas apa yang aku ada sekarang ni.
Jenama,Kualiti atau Keselesaan
Hari ni aku menjalankan tugas macam biasa. Tapi aku kena warning dengan bos aku sebab hal kecik je sebab stoking. Aku cuma ada stoking putih je (macam budak sekolah), jadi yang tu je yang aku pakai pergi kerja. Tapi bos aku suruh pakai stoking hitam, dia kata lagi duit elaun bulan lepas dah masuk tak kan nak beli 2-3 pasang stoking hitam tak mampu kot. Tapi yang aku tak paham masalah besar sangat ke kalau aku pakai kaler putih.
Aku pun keluarkan duit aku di ATM untuk beli stoking dalam pukul 10 a.m lepas makan pagi, aku terus pergi beli stoking. Niat masa nak beli tu cuma yang murah² je, bagi aku buat apa nak beli yang mahal² padahal yang murah pun sama kualiti dan bila pakai pun selesa walaupun tak ada jenama.
Lepas dah jumpa stoking yang berkenan aku beli jer 3 pasang RM5, aku pergi pusing² ke kedai lain sementara nak buat kerja balik. Habit aku yang tak boleh di ubah ialah membeli tanpa merancang.
Masa aku pergi 1 kedai bundle ni aku berkenan dengan 1 sweater ni
Dulu ada gak sweater yang aku berkenan tapi masa tu bajet tak cukup nak beli lagi, jadi aku abaikan dulu sebab ingat nak beli keesokkan harinya. Tapi malang ada orang lain dah beli dulu. Sebab tu kali ni aku jumpa je terus aku beli sebab aku minat dengan brand Canterbury. Tapi yang penting selesa dan harga biarlah berpatutan dan murah sebab beli pun dekat bundle kan.
Sebut pasal bundle mesti ada yang salah anggap yang barang bundle ni semua barang cilok dari sumber² yang dot dot dot. Okeh tak semua barang yang di maksudkan macam tu, bundle ni kalau nak ikutkan semua barang ori tapi yang telah diguna pakai. Aku kalau pergi je bundle 2 perkara yang akan aku tengok ialah kasut dan sweater. Memang aku addict sangat dua menda ni. Semester lepas masa aku tinggal kat Bandar Perda dan sekitar Bukit Mertajam boleh di katakan tiap² malam pergi kedai bundle.
Aku hanya akan beli kasut dan sweater yg aku suka je, baju dan seluar aku tak berapa minat sangat. Kalau nak ikutkan dah boleh buat koleksi sweater yang aku ada, kadang aku beli tapi tak pernah pakai pun sebab sayang nak guna. Malas nak cerita banyak² jadi terpulang dekat individu masing² nak nilai apa jenis barang yg hendak beli sebab kuasa membeli di tangan anda.





