Browsing articles in "Cerita"

Aku, Dia Dan Kamu

Usia perkenalan kami dsh masuk tahun ke 3
dah banyak peristiwa suka dan duka kami lalui bersama
wang ringgit apa tah lagi, tak
terkira banyaknya
masa aku boleh di katakan bersama dia tiap² hari
tak lupa gak, tiap² hari aku belanja dia minum
aku jaga dia bagai ‘
menatang minyak yang penuh
yang best pasal dia, kemana aku nak pergi dia ikut kemahuan aku

TAPI
sejak akhir² ni dia buat perangai pulak
aku tak pernah menduakan dia
apa tah lagi curang pada dia
tapi
apa salah aku ni :o ups:
apa lagi yang tak cukup aku bagi kat dia
selama ni
sampai dia sanggup
buat aku mcm ni =(

hmmm, apasal la motro aku ni rosak
tiap² bulan servis, tapi masih lagi rosak
sebab aku sayang sama dia
(aku masih setia)
sebab tu tak nak tukar yang baru


#tapi koyak gak la duit poket aku hari ni sebab ‘dia’
Jan 29, 2009

Tiada Duit Duduk Diam-Diam

Setiap kali hujung bulan, mesti nak kena langsaikan semua masalah. Topup telefon, streamyx dan tak lupa jugak nak window shopping (sikit je). Tapi nasib baik semester ni buat praktikal. Jadi duduk kat umah. Kalsu tak nak kena pikir lagi duit sewa rumah, bil elektrik dan air dan makan minun:bloody:


Tapi masalah utama yang perlu di pikirkan kalau nak pergi shopping ialah duit. Ye la kan sebab setiap barang yang nak beli semua bajet tinggi, jadi kalau dah tak ada duit, duduk diam-diam kat rumah je la.


Tapi macam mana nak cari duit lebih (macam side income). Kalau nak main KUTU best gak tapi lambat sangat nak kena tunggu, masa dapat tu memang seronok, pastu time nak kena sambung bayar balik kat semua orag tu yang menyeksakan.


Kalau nak tunggu duit gaji (walaupun aku buat praktikal tapi ada elaun ok) awal bulan baru nak dapat, nak harapkan duit loan sampai sekarang tak masuk. Dah naik muak asyik ke ATM tengok baki wang tak bertambah.


Moral di sini ialah ‘ukur baju di badan sendiri‘. Jangan nak boros. Kalau tak ada duit buat cara tak ada. Jangan nak over pulak, beli sekadar yang termampu je. Dari buang duit entah ke mana, baik simpan untuk kawen lagi bagus.


Meh felling sikit. Jom menyanyi sama-sama (ikut mcm lagu P.Ramlee – Di Mana Kan Ku Cari Ganti)

Di mana, kan ku cari duit
Serupa dengan nilai mu
Tak sanggup ku menggunakan
dan boros, nanti hidup terjamin

Alangkah, duit dah tak ada
Apa pun, tak boleh buat

…………………………

huhu…korang sambung la sendiri lirik tu  yaa

Jan 22, 2009

Sama Tapi Tak Serupa

Masa aku buat kerja tadi dalam pukul 10 a.m, kawan aku ajak pergi makan capati kat satu gerai mamak ni sebab dia tak makan pagi lagi. Dia kata kat situ capati sedap, lagi pun aku tak pernah makan lagi kat situ. Jadi aku ikut je sebab aku tak kisah nak makan apa pun janji free. Sampai je kat sana kami pun oder la makan, time nak ambil oder tu, ada satu mamak ni boleh  pulak tanya kat aku. Aku ni orang NEPAL ka. Malu aku time tu semua kawan² gelak kat aku, dalam IC pun tulis yang aku ni orang Malaysia yangg dia memandai apasal, tapi aku relax je masa tu.


Dalam hati aku kata muka sikit punya hensem macam Orlando Bloom dia boleh tanya lagi. Ish3 memang tak patut langsung. Dia ingat aku ni kawan² dia ke apa, nasib baik dia tak cakap bahasa dia. Kalau tak mampos aku tak tau nak cakap apa nanti. Masa tunak makan pun terus tak lalu asyik kena gelak je sob3.


Ni 1st time orang kata aku ni orang NEPAL kalau nak kata pun kata la aku org Indon ke tak la kisah sangat sebab ada gak sikit jawa.


P/S: Balik rumah aku terus cari En. Google Earth, nak cari kat mana negara NEPAL :aie:

Jan 21, 2009

Cepat Masa Berlalu

Time Is Running Out. haha macam dah lagu Muse pula. Kalau la dalam satu hari ada 38 jam dan dalam satu minggu ada 8 hari. Macam² boleh aku buat. Tapi apa kan daya masa amat mencemburui kita. Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan tahun berganti tahun. Umur dah meningkat. Entah apsssl aku rasa masa tu amat berharga sekali bila di kenang balik. Berapa banyak masa yang kita spend untuk family dalam 24/7 dan berapa lama kita membahagikan masa kepada Allah untuk kita sujud kepada-Nya.

Situasi kepada diriku. Aku dah stat praktikal. Jadi ada ke masa untuk semua ni. Lepas balik kerja online tengok saham di BSKL. Makan jangan di tanya la tak tentu masa. Sampai memudarat kan diri sekarang ni. Tidur pulak macam tak cukup je. Tapi aku merajinkan diri gak ke tempat kerja. Mata sampai nak lebam dah sebab hari² dok layan saham di BSKL. hehe tengok harga turun naik.

Tapi kat sini aku nak bagi tau, masa kalau di bagi seberapa banyak pun kalau tak pandai guna memang tak cukup. Cuma kita sendiri yang kena pandai urus masa dengan baik. Kalau baik kita uruskan, baik la jadinya begitu juga sebaliknya. Tapi ni dah merupakan tanda² awal nak kiamat dah selain peperangan di sana sini. Jadi hisab lah diri kita sebelum hari kiamat.

Jasa Pada Sekolah

Tadi masa jalan-jalan cari gaduh, nampak la ramai aweks under age (budak sekolah lagi) kat sekolah convent & al-mashoor (P). Aku tengok dia org semua dok usha semacam je kat aku. Dalam hati aku kata tau le aku ni a little bit hensem dan cute tapi jangan la usha macam nak cari gaduh. Disebabkan dia org ramai, aku pon malu la. Apa lagi aku terus belah dengan motor aku tanpa sempat nak mintak nombor phone.


Masa ronda-ronda nak cari gaduh lagi, aku teringat muka sorang budak tu macam aku kenal. Kalau tak salah dia baru habis PMR. Aku kata dalam hati macam budak taman sebelah je tapi takut nak kata depan-depan, ntah silap orang nanti. Lantak la aku kata, buat apa aku nak kisah pasal budak tu. Aku ni yang dah habis PMR dah bertahun pun tak pergi ambil sijil keputusan lagi.


Teringat masa tu gak nak pergi ambil sijil keputusan aku kat sekolah lama. Aku dulukan tukar sekolah masa form4 sebab nak masuk sekolah teknik (kat teknik aku jumpa dengan blogger luth &azlan)


ni sekolah lama aku, panjang kan nama dia, sekrang ni dah banyak dah berubah

Apa lagi aku pun meRemp-it la sebab nak pergi ambil. Masa tu aku tengah race dengan member aku nama dia Si A. Si A ni satu kelas dengan aku kat politeknik. Masa aku tukar sekolah dia masih kat sekolah lama aku lagi. Kira lepas habis sekolah baru kita orang jumpa balik. Kira dah lama aku tak jejakan kaki aku kat sekolah tu (macam derhaka kat sekolah sendiri pulak)


Kira-kira 5 tahun dah selepas aku berhijrah ke sekolah teknik. Dulu aku ada tergerak hati nak pergi ambil tapi masa aku pergi nak ambil waktu tu pihak pentadbiran pulak tak ambil lagi semua sijil. Tu yang kecewa, last-last malas terus nak pergi ambil.


Masa dah sampai aku terus gerak pergi pejabat. Malas nak melilau tak tentu pasal sebab masa tu budak sekolah tak balik lagi. Masa masuk pejabat ramai cikgu yang pernah mengajar aku tanya aku buat apa sekarang. Maklum la aku ni pemes sikit sebab aku ni la ketua kelas + pengawas + atlet sekolah katakan (sapa yang kenal aku mesti tau yang aku ni atlet) so banyak la berjmpa dengan cikgu sebab tu la kami rapat sampai sekarang. Lepas aku ambil sijil aku yang tak seberapa, aku ternampak la jasa dan kenangan aku yang masih jelas ada kat sekolah tu.


haha tengok ni mural yang ada ni

kalau korang tak perasan kat bucu kiri tu meh aku nak tolong teropong untuk korang tengok nama sapa paling atas merangkap ketua kumpulan

kalau tak aku nak buh nama Bengkel KH-airil tapi cikgu aku tak bagi


Kesimpulannya kat sini walaupun dah tak sekolah lagi, tapi kalau kita pernah berjasa pasti orang sentiasa akan ingat dan kenang :)

P/S: Entri ni agak melencong pada permulaan…haha :D

Pages:«12

Geng FB