Adakah Magik Satu Penipuan
Pertama sekali kalau sebut pasal magik ataupun silap mata, apa tanggapan kita tentangnya. Adakah sebagai satu hiburan atau penipuan semata-mata. Aku sukakan magik sebagai hiburan, tidak terlalu percaya atau taksub akan kehebatan ahli magik yang ada. Antara ahli magik yang terkenal seperti Harry Houdini, David Copperfield, David Blaine, Chriss Angel, Cyril Takayama dan ramai lagi yang pernah menjadi fenomena di seluruh negara satu ketika.
Di Malaysia, tak kurang hebatnya penangan magik terhadap masyarakat kita. Tahun lalu saluran AXN membawakan ahli magik terkenal dari Jepun iaitu Cyril Takayama untuk merakamkan aksi dan kehebatanya dalam street magic di sekitar bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa negara Asia Tenggara yang lain untuk rancangan Cyril Simply Magic. Selain itu, antara rancangan magik yang menarik di saluran AXN yang kerap kali aku tonton ialah Masters of Illusion. Ok serius magik ni lagi bagus dari Breaking the Magician’s Code: Magic’s Biggest Secrets Finally Revealed yang ahli magiknya bertopengkan wajahnya dan kebanyakannya tipu belaka dengan menggunakan teknik main kamera supaya penonton terpukau dengan kehebatan mereka.
Tapi apabila kita persoalkan tentang magik perbagai perspektif negatif akan timbul. Ada magik yang dapat di terima akal dan ada magik yang tak masuk akal. Nak kata trick atau helah untuk mengaburi mata kita, tak juga sebab kalau difikir secara rasional tak mungkin ada manusia yang boleh melakukan sesetengah magik kalau melihat berdasarkan mata kasar kita. Contonya seperti video ni.
Dari buah apple bertukar ke buah orange dan tembikai. Kemudian kembali semula jadi buah apple
Apple merah bertukar ke apple hijau..wtf
Ok video mungkin video ni kurang jelas, tapi dapat tak kita berfikir dengan rasional macam mana seseorang tu melakukannya tanpa sebarang bantuan. Memang la dorang ni ahli magik tapi tak terfikir ke yang magik ni kadang-kandang bukan satu penipuan tapi ada yang mengatakan lebih kepada bantuan mistik. Apa pendapat anda?
P/S: Tak ada siapa yang boleh reveal trick dari Cyril. Itu membuatkan dia lain dari yang lain.



