Archive for the ‘Hobi’ Category

Mainan 90′an Kesukaan Kanak-Kanak

July 6, 2009 - 11:00 pm 41 Comments

Bagi aku permainan lebih kepada hiburan untuk menghilangkan stress selain untuk berhibur. Ada juga menjadikan mainan sebagai hobi dan ada juga yang suka di jadikan sebagai koleksi. Kadang² mainan juga melekakan seperti mainan elektronik jikalau tak pandai urus dengan baik. Huhu, insaf aku T_T dengar ayat sendiri.

**********

Aku membesar sekitar tahun 1990 an. Seperti kanak² yang lain ketika tu, aku memang obses dengan permainan, biasa la jiwa kanak² pasti mainan sebagai hiburan. Banyak mainan ketika tu aku ada seperti patung power ranger, koleksi kereta hotwheels, askar perang dan banyak lagi. Tapi sekarang ni hanya tinggal kenangan sebab banyak yang dah rosak dan hilang.

Biasanya kebanyakkan mainan ni datang bermusim dan aku bukanlah kanak² terpilih yang main permainan digimon dan sewaktu dengannya. Tapi aku masih lagi mengikut perkembangan semasa seperti mainan yo yo dan mainan gadjet yang lain.

Sekarang aku boleh dikatakan telah mencuba berbagai² jenis mainan elektronik yang ada dipasaran. Sekecil² tapak tangan sehinggalah sebesar² gedabak semua sudah aku cuba terutamanya semua jenis konsol Playstation telah aku miliki.

Abaikan seketika mainan daun terup yang ada dalam pc atau laptop korang seperti FreeCell, Solitaire, Hearts, Pinball dan lain² lagi. Mungkin tu terlalu sinonim dengan semua orang.. Dengan ni aku senaraikan beberapa permainan yang aku pernah main waktu dulu² tapi ni tak bermakna aku ni tak pernah main permainan tradisional. Cuma permainan yang aku cuba senaraikan ni mungkin semua orang pernah main gak dulu.


Arked


antara game arked paling best bila rasa tension, lepaskan saja tembakkan pada sasaran


Board Game



monopoli, scrabble, dam haji, dam ular antara board game yang paling popular sampai sekarang


Brick Game



tipu kalau sapa yang tak pernah main brick game. kat pasar malam ada jual dan layan main game tetris ni


Card Game



ada juga yang main snap guna kad..tapi dulu² layan la masa zaman sekolah…sekarang NO more


Uno



versi kad


versi blok…dua² jenis uno layan


Rubick



mainan yang menguji kecerdasan minda kita, sangat mencabar


Rainbow Spring


ntah aku pun tak tau apa yang best pasal spring ni, tapi layan je la


Sticks



fokus, fokus dan fokus kalau nak main permainan ni…hehe


SNES



dimainkan di tv…dulu ada, tapi sekarang mungkin dah pupus sebab semua orang dah tukar yang lagi canggih


last but not least
Floating Fish Toy



ntah la, aku tengok macam best la pulak mainan ni

Hobi Kumpul Kad Top Up

January 5, 2009 - 7:13 pm 31 Comments

Rasa macam dah lama tak update blog ni. Kali ni aku menulis dengan mood yang agak happy+suka+gembira. Tak ada lagi nak layan-layan emosi sekarang ni. Whatever la apa-apa pun., bukan tu yang aku nak cerita kat korang.

Setiap orang mesti ada hobikan. Tak kisah la pergi shopping ke, melancong, tengok wayang, dengar muzik, main video game dan banyak lagi. Kali ni nak cerita bukan pasal tu semua, tapi nak cerita pasal kisah kaisara hahaha…Tak da la, nak cerita pasal menabung dan Top Up.

Korang pernah tak menabung.. Kalau korang menabung pun mesti time kecik-kecik masa zaman sekolah waktu tu mak/abah bagi duit RM1 (tak kisah la berapa pun) untuk beli makan kat kantin bila ada baki 2-3 posen korang simpan dalam tabung. Kalau korang dah familiar dengar tagline ni –>zaman dh berubah dunia dh maju<–

Aku rasa sesuai kot. Ya la mana tak nya kalau dulu time aku kecik-kecik mana ada cyber cafe nak pergi main game DOTA, mana ada duit nak pergi beli handphone (nak makan pun tak cukup) kekadang nk pergi beli ais pop ngan choki-choki pun pinjam duit abang dan kakak tapi sampai sekarang tak bayar. Sebab tu aku boleh menabung asyik pinjam duit abang dan kakak tapi tak bayar balik hehehe.

Kalau dulukan, nak beli apa-apa barang tak cukup duit, terpaksa la simpan sikit-sikit duit. Bila dah cukup nak beli barang yang kita nak. Time tu usah di tanya le seronok sebab dapat beli barang guna duit sendiri. Tapi tu cerita pasal menabung la.

Disebabkan perubahan zaman, sekarang budak-budak pun dah pandai guna handphone. Ada yang baru darjah 1 pun dah ada handphone (sedih gila aku sebab dulu aku tak ada). Tapi tak kisah la kalau mak/abah dia orang dah banyak duit sampai tak tau nak buat apa kan. Lantak la kan, yang nak kena top up mak bapak dia gak.

Tapi klu org remaja dan dewasa ni kalau guna handphone dah jadi kebiasaan la sebab macam-macam boleh buat. Senang sikit nak calling-calling dengan orang tersayang, SMS, MMS, 3G dan macam-macam lagi. Tapi jangan salah guna sudah.

Persoalannya kat sini boleh ke korang menabung setelah banyak duit di habiskan untuk top up (itu tak termasuk orang yang guna 2 nombor lagi). Kalau yang guna maxis tu kita semua dah mengkayakan seorang yang bernama T. Ananda Krishnan. Jadi sama-sama le kita pikir-pikirkan.

haha ni tabung dino aku

hasil yang dapat dari aku menabung

cuba korang pikir la sendiri duit yang aku menabung dengan berapa banyak yang aku top up :bloody:

P/S: aku suka simpan kad top up yang aku top up sendiri je, yang orang punya ‘Katakan Tidak’. Aku sekadar nak share dengan korang le apa yang aku lalui je