Kemana Hala Tuju Pelajar Selepas Tamat Pengajian
Perkara ni dah lama ku fikirkan, mungkin ketika masa menengah rendah lagi. Ok straight to the point, malas nak berkias-kias dalam entri kali ni and be serious. Persoalan yang setiap kali timbul dalam fikiranku ialah ‘Kemana Hala Tuju Pelajar Selepas Tamat Pengajian’. Setiap tahun dianggarkan lebih 200,000 graduan yang menganggur setelah menamatkan pengajian tidak kira bidang (kelayakan) dan peringkat pengajian samada sijil, diploma, ijazah dll. di semua IPTA mahupun IPTS seluruh negara daripada jumlah keseluruhan 923,000 pelajar pada tahun 2009.
Statistik graduan menganggur ini meningkat dari tahun ke tahun. Bukankah satu kerugian pada negara jika generasi muda tidak diberi perhatian untuk menyumbangkan tenaga, idea-idea baru dan segar, pendapat yang bernas yang dapat merangsang perkembangan ekonomi negara. Rata-rata graduan yang menganggur memiliki kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan. Jadi mengapa isu pengangguran masih lagi timbul dikalangan graduan.
Apakah faktor pengangguran dikalangan graduan. Adakah disebabkan :
- Kurang pengalaman
- Peluang pekerjaan terhad
- Salahkan diri sendiri (malas)
- Terlalu memilih pekerjaan, gaji dll.
- Tidak diberi/merebut peluang pekerjaan yang ada
- Persaingan dikalangan graduan semakin sengit dan kompetitif
- atau salahkan kementerian/kerajaan kerana tidak mengambil berat tentang isu pengangguran
Siapakah yang patut di persalahkan dalam konteks ini? Apa pendapat anda. Bagi yang masih belajar, pernahkah anda berfikir mengenai isu ini.
Kan Bagus Kalau Hidup Sentiasa Bahagia

Kitaran hidup manusia memang dah ditentukan olehNya. Semua orang impikan hidup yang sempura dan bahagia. 2-3 hari ni aku terpikir hala tujuan aku untuk hari² yang mendatang. Sebagai manusia biasa, kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan.
Gambar di atas menunjukkan ‘transformasi’ kitar hidup seseorang manusia. Melihat pada nombor pada kitaran hidup manusia, apasal terus ke nombor dua, dimanakah nombor satu menghilang. Sebab proses nombor satu kita sama sekali tak terlibat hehe =)
Hidup ibarat roda, ada kalanya diatas dan ada kalanya dibawah sebab manusia memang tak ada yang sempurna. Disebabkan ini lah masalah pasti akan muncul. Lepas satu, satu masalah yang datang. Kalaulah aku dapat jadi :
Bayi
- dilahirkan di dunia dengan sempurna
- comel, cute, gebu dll panggilan masa tu
- suci dari sebarang anasir²
- hanya tahu menangis, senyum & lapar
Budak²/Kanak²
- masih berhingus lagi masa ni
- kena pergi tadika belajar ABC
- tak ada masalah yang nak kena pikir
- kanak² riang
Belia/Remaja
- hensem, kacak bergaya, macho, tampan dll
- mula kenal dunia
- sosial dalam berkawan, bukan di club tapi di sosial site
- zaman bercintan cintun
- mencuba sesuatu yang baru
- suka cari masalah
Dewasa
- berkejaya dalam bidang yang diceburi
- mempunyai aset untuk masa depan
- kahwin
- dah ada anak
Tua
- banyak pengalaman (veteran)
- dah ada cucu
- penyakit pun datang menyerang
- menanti hari
Kalau boleh aku nak kembali di zaman kanak² aku, tak ada masalah. Hanya tau makan tido makan tido tapi tak membesar gak. Tapi dunia ni adil sebab setiap perkara yang jadi ada hikmah. Kesimpulannya hidup mesti diteruskan dan jangan pandang belakang =)
Percubaan Pertama
Dua kali cuba, malu-malu
Tiga kali cuba, seronok
Empat kali cuba, layan
Banyak kali cuba, tak ingat dunia
Manusia memang suka mencuba sesuatu yang baru
Perkara yang baru pasti seronok untuk dilakukan
Tetapi setiap perbuatan yang di lakukan pasti ada risiko
Jadi tidak semua orang sanggup perkara macam ni berlaku
JADI
apakah tindakkan susulan




