Archive for the ‘Info’ Category

Jom Membeli Belah Secara Online

March 5, 2010 - 8:30 pm 12 Comments

Dunia sekarang dah maju, semuanya di hujung jari. Sekarang tak perlu bersusah payah untuk keluar pergi bershopping tak kira masa, pagi atau malam. Dengan hanya satu klik di internet, anda semua boleh terus membeli barang yang dihajati. Itu pun kalau duit ada le :D

Entri ni aku tak di bayar apa-apa pun, just nak share pengalaman aku as a customer. Ni first time aku menggunakan perkhidmatan dari pihak YouBeli.com. Seriously mula-mula aku agak was-was dengan laman web YouBeli ni. Itu pun setelah aku periksa betul-betul latar belakang dan lokasi syarikat ni beroperasi dan memberanikan diri untuk menghantar emel kepada mereka, baru membuatkan aku yakin dengan perkhidmatan yang di sediakan oleh mereka. Walaupun dah lama syarikat ni beroperasi, tapi sayang aku baru tahu kewujudan laman ni. Itu pun hasil dari carian di google dan emel yang aku dapat dari WebCash. Kalau nak ikutkan banyak web shopping online yang ada, tapi ikut la yang mana yang kita lebih selesa. Sebelum ni aku lebih suka membeli online di MudahLelong dan di eBay.

Apa yang aku tahu, YouBeli menyediakan khidmat seperti menjual barangan seperti videogame, IT gadget, movie, muzik, software, buku, fashion dan banyak lagi. Terdapat banyak jenis pilihan dan produk baru yang terdapat disitu. Apa yang menariknya, penghantaran percuma di sediakan untuk jumlah pembelian RM150 dan keatas bagi seluruh kawasan di Malaysia. Tapi ada la syarat-syarat dia.

Servis dari mereka memang cepat. Setelah aku bank in kan duit hari selasa yang lepas dalam masa tiga hari, thats mean hari ni la kan barang yang aku nak dah sampai di depan rumah. Tapi ikut juga jenis barang yang kita beli dan cepat mana kita bank in kan duit tu. Kalau dah sevis tip top mesti la kena pujikan ni kalau servis tak memuaskan, siap sedia la nak kena kata-kata sinis dari aku kat blog ni. So apa lagi, jom membeli belah secara online di YouBeli.

P/S: Kan best kalau duit banyak, macam-macam nak beli.

Perang Browser, Yang Mana Pilihan Di Hati

January 18, 2010 - 8:30 pm 21 Comments

Penggunaan internet di zaman sekarang bukanlah satu yang baru. Dengan pelbagai syarikat telekomunikasi gergasi yang menyediakan kemudahan untuk melayari internet, kini pengguna sekarang boleh memilih untuk mendapatkan tahap kelajuan yang di kehendaki dengan pakej dan bajet yang berpatutan.

Di sebalik itu, pemilihan penggunaan browser juga penting dalam melayari internet. Browser yang baik dapat meningkatkan kelajuan dan kestabilan semasa melayari internet. Jadi tercetuslah perdebatan perang browser di kalangan pengguna internet di Malaysia mengatakan kelebihan browser pilihan masing-masing. Antara browser yang kerap digunakan adalah seperti Internet Explorer, Mozilla FireFox, Google Chrome, Opera, Safari dan lain-lain lagi.

Setiap pendapat dan cara penggunaan di kalangan pengguna browser sememangnya berlainan, jadi aku tak dapat nak spesifikasikan browser mana yang terbaik untuk digunakan. Mungkin bagi aku, Google Chrome adalah browser yang terbaik selama aku melayari internet. Dengan kelajuan dan kekemasan susunan pada chrome, sudah cukup membuatkan aku mesra mengunakannya. Tambahan pula pelbagai pilihan extensions yang ada membuatkan Google Chrome sama seperti add-ons yang terdapat di FireFox.

Tapi mungkin pengguna browser lain tidak sependapat dengan aku terutamanya pengemar Twitter yang menggunakan Echofon sebagai klien Twitter mereka di FireFox. Apa-apa pun, terpulang atas individu masing-masing. Pada aku, Google Chrome tetap di hatiku walau bermacam jenis browser yang telah aku cuba still tak leh lawan En. Google…hehe

**********

DOWNLOAD NEW BROWSER

Google Chrome

Mozilla FireFox

Internet Explorer

Safari

Opera

Akaun Apa Yang Korang Guna

July 12, 2009 - 11:00 pm 37 Comments


Salam semua, entri ni dah lama aku nak tulis sebab ada beberapa orang tanya masalah ni kat aku, tapi masih terbengkalai dalam draft jadi hari ni aku siapkan untuk berkongsi sesuatu dan mungkin ramai pengguna blogspot tak perasan pasal ni (aku agak je). Sebelum aku menulis ni aku telah meminta tolong dari beberapa rakan blogger aku di YM, ternyata semua sependapat dengan aku. Sebarang kesilapan maklumat harap sesiapa yang bijak pandai tolong perbetulkan, ni hanya dari pandangan aku saja.

Google telah beberapa kali menaik taraf kemudahan yang ada di ruang blogspot ni. Antaranya ialah di ruangan widget followers. Antara pembaharuan yang ada di widget followers ialah sekarang ni korang boleh follow lebih dari 200 blog (dulu limit 200 saja), Add as friend iaitu menjadikan followers korang sebagai kawan dan korang juga boleh follow mana² blog yang korang suka dengan menggunakan mana² akaun seperti gambar di atas. Menarik bukan, ini membolehkan kita membuat lebih banyak pilihan semasa nak follow sesebuah blog.

Bagi pengguna akaun google memang tak menjadi masalah kerana setiap blog yang korang follow akan terus update di dalam dashboard dan Google Reader, tapi sebaliknya pula dengan pengguna akaun selain google. Contohnya seperti akaun yahoo, aku pernah cuba follow beberapa blog dengan menggunakan akaun yahoo dan twitter tapi hasilnya tiada update blog yang aku follow di dalam dashboard.

Disebabkan tiada update di dalam dashboard, maka terpaksalah aku menggunakan alternatif lain dengan mengupdate sendiri link blog yang aku follow di Google Reader dan Bloglist. Kalau tak buat macam ni, aku hanya di namakan follower blog tu tapi tanpa mengikuti perkembangan blog tu, dalam erti kata lain, hanya meramaikan follower yang ada.

Sekarang ni aku akan kurangkan dari 200++ blog yang aku follow, tak sempat nak masuk semua blog ada dan dalam 200++ tu bukan semua yang aktif blogging lagi dan aku akan ganti dengan list blogger baru.

Sebut pasal Google Reader, berapa ramai yang menggunakan kemudahan ni, aku yakin tak ramai yang guna walaupun kemudahan ni telah tersedia di ruang blogspot. Kalau sesiapa yang tak faham macam mana nak guna Google Reader dan Bloglist boleh rujuk entri ni.

Aku tak tau korang faham ke tak maksud entri ni yang cuba aku sampaikan, kalau tak faham sila faham fahamkan dan aku nak bagi tau akaun google da best :P

Ada Apa Dengan Warna Dan Perkataan

July 10, 2009 - 11:30 pm 33 Comments

Lihat pada gambarajah dibawah dan sebut mengikut WARNA, bukan PERKATAAN

Left-Right

Lumrah manusia tiada yang sempurna. Ni disebabkan kecelaruan (betul ke ayat ni) pada otak kiri dan kanan. Otak kanan kita cuba untuk menyebut warna tetapi otak kiri kita lebih kepada membaca perkataan tersebut.

Jadi agak tergagap gagap untuk menyebut mengikut WARNA tapi bukan PERKATAAN tu. HAHA, walaupun pada hakikatnya sekali pandang nampak memang senang. Apa² pun korang layan la gambar tu sambil menyebut warna² yang ada dan cuba sebut semua warna tu seberapa pantas yang korang boleh buat.

Realiti Dan Fantasi

May 11, 2009 - 8:00 pm 26 Comments
Realiti dan fantasi, memang 2 alam yang berbeza. Kadang² realiti tak seindah fantasi, begitu juga sebaliknya. Mengharapkan semuanya indah tapi dunia memang adil, setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Tetapi, apabila menaruh harapan yang tinggi, mungkin akan kecewa di kemudian hari. Bila hidup tanpa angan² dan harapan, hidup umpama kosong tanpa hala tuju. Ibarat layang² terputus talinya semasa bermain.

Kecewa/sedih adalah salah satu lumrah kehidupan, tak semua yang kita impikan menjadi kenyataan, tak semua yang kita bayang menjadi realiti, tak semua perkara boleh membuatkan kita tersenyum mahupun gembira.

Gembira, satu riak ekspresi menunjukkan seseorang tu suka atau seronok. Tak semua orang gembira, lihat saja seperti negara² yang mengalami peperangan. Rakyatnya hidup dalam kedaifan dan ketakutan. Mungkin sesetengah orang mampu tersenyum, tapi di sebalik senyuman tu, mungkin ada 1001 persoalan/masalah yang bermain difikiran. Hidup umpama dalam dilema.

Apa yang aku nyatakan ni bukanlah mengenai aku, tapi cuma hendak kita sama² bayangkan yang hidup di dunia tak seperti yang kita bayangkan semua indah belaka Bukan semua perkara yang kita nak dapat seperti yang dirancang. Bukan semua orang senasib dengan kita dan sifat perasaan tu hanya luaran jer kita nampak, dalaman kita tak dapat menilai seseorang tu.