Realiti Dan Fantasi
Kecewa/sedih adalah salah satu lumrah kehidupan, tak semua yang kita impikan menjadi kenyataan, tak semua yang kita bayang menjadi realiti, tak semua perkara boleh membuatkan kita tersenyum mahupun gembira.
Gembira, satu riak ekspresi menunjukkan seseorang tu suka atau seronok. Tak semua orang gembira, lihat saja seperti negara² yang mengalami peperangan. Rakyatnya hidup dalam kedaifan dan ketakutan. Mungkin sesetengah orang mampu tersenyum, tapi di sebalik senyuman tu, mungkin ada 1001 persoalan/masalah yang bermain difikiran. Hidup umpama dalam dilema.
Apa yang aku nyatakan ni bukanlah mengenai aku, tapi cuma hendak kita sama² bayangkan yang hidup di dunia tak seperti yang kita bayangkan semua indah belaka Bukan semua perkara yang kita nak dapat seperti yang dirancang. Bukan semua orang senasib dengan kita dan sifat perasaan tu hanya luaran jer kita nampak, dalaman kita tak dapat menilai seseorang tu.
Rambut Panjang Atau Pendek
Tadi pagi, semasa aku membaca Harian Metro, aku tertarik dengan artikel pasal ni . Dalam artikel ni ada menyatakan tentang penampilan seorang lelaki yang berambut panjang dan menurut Islam.
Ok ni pandangan aku tentang lelaki berambut panjang. Tak semua lelaki yang suka berambut panjang dan sebaliknya. Bagi aku pula, aku suka dengan gaya rambut panjang ala² Faizal Tahir, serius bagi aku memang smart macam tu, korang aku tak tau pulak macam mana.
Dalam sejarah hidup aku, pernah sekali aku menyimpan rambut panjang, masa tu lepas SPM… satu tahun tak potong rambut dan hasilnya rambut memcecah bahu. Bukan nak kata tak ada duit nak potong, tapi saja suka² sebab ramai kawan² aku masa tu berambut panjang, macam dah trend waktu tu. Tapi yang tak bestnya asyik kena bebel dari mak aku dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk potong setelah dapat tawaran melanjutkan pelajaran (menangis aku ketika tu)
Bagi aku antara sebab² lelaki tak suka berambut panjang ialah :
- Tak selesa semasa melakukan sebarang urusan
- Nampak kurang kemas
- Banyak duit akan dihabiskan untuk gel rambut dan shampoo
- Tak payah nak buang masa nak bersikat, guna jari pun boleh
- Nanti orang akan salah anggap jantina
- Lain² korang pikir sendiri
- Kalau menurut pandangan orang perempuan, aku tak tau macam mana, dia orang boleh terima atau tak lelaki berambut panjang. Sekarang ni aku dah tak kesah sama ada panjang atau pendek, yang penting aku happy dengan keadaan aku sekarang ni.



