Kalau Begini Kesudahannya, Drama Melayu Tak Akan Ke Mana
Nota awal : Sana sini aku baca kebanyakkan blogger membuat promosi pasal kempen kemerdekaan yang dianjurkan oleh Exabytes dan hadiah utamanya ialah iPhone 3Gs untuk 2 orang yang bertuah. Disebabkan prosedur untuk menyertai contest ni senang sangat, aku pun join. Lagi tak keluarkan apa apa modal pun nak sertai.
Ok, seperti yang aku katakan, bulan ni sememangnya aku dah mula kurangkan masa untuk blogging. Dengan ketiadaan internet membuatkan aku bertambah malas nak blogging, kalau sempat online pun mungkin hanya di Twitter dan Facebook saja. Ikutkan hati macam macam nak tulis di blog ni, tapi rasa macam tak ada apa yang menarik yang hendak diceritakan. Jadi aku hanya blogwalking sekadar yang sempat.
Malam semalam aku dan abang ku sempat menonton wayang cerita G.I Joe. Tak kisah la kan, mungkin ramai orang yang dah tengok cerita ni, tapi ni filem yang ketiga yang aku tengok dalam masa 2 bulan terakhir. Cerita terakhir yang aku tengok ialah Transfomers dan Setem, bulan lepas. Lagi pun aku bukanlah kaki wayang yang tengok tiap tiap bulan. Selalunya kalau layan movie pun tengok dekat laptop kawan aku sebab dia suka download, jadi tak terlepaslah nak tengok mana mana movie, cuma lambat je.
Entah kebelakangan ni aku lebih suka bersendirian, disebabkan bukan lagi dalam mood nak study. Jadi aku dah banyak habiskan masa berjam jam melayan movie setiap hari. Tapi yang sedihnya, bila dah tengok movie melayu sampai habis, aku akan buat kesimpulan sendiri pasal movie yang aku tengok, tak best lah, jalan cerita entah apa apa dan tak masuk akal, pelakon macam auwww je, hero kalah dulu last last baru nak menang. Oh tidak! tapi itu lah kenyataan, bukanlah nak kata filem luar negara best, tapi skop pemikiran pengarah pengarah filem di Malaysia kita dah boleh agak macam mana kesudahannya dalam erti kata lain stereotaip.
Memang tak boleh nak bandingkan filem tempatan dengan filem luar negara kerana bajet dalam pembikinan filem di Malaysia tak setaraf lagi dengan filem luar. Tapi yang penting penghasilan jalan cerita masih lagi tak ada perubahan. Tak kan nak kata filem negara kita ni syok sendiri je. Tapi ada juga filem tempatan yang best seperti Setem.
Sorry entri ni bukan nak mengutuk mana mana pihak tapi hanya sekadar pandangan dari aku saja. Bukan tak menyokong filem filem keluaran tempatan, kalau tak tak kan pergi juga tengok kat wayang. Bahkan kebanyakkan kawan kawan aku yang tengok cerita melayu (bukan semua ye) sependapat dengan aku dan berasa rugi bayar tiket untuk menonton di wayang, tak berbaloi baloi kata kawan aku. Jadi pilihan di tangan kita sebab berbaloi kah duit yang di keluarkan tapi tak rasa kepuasan selepas menonton.
Realiti TV Menguntungkan
Sebut pasal realiti tv, tak kira mana² program realiti. Semua orang tau yang rancangan realiti ni memang menguntungkan pihak penganjur. Pihak penganjur mendapat keuntungan dari SMS (sistem pesanan ringkas) dari pengundi dan sumbangan pihak penaja. Maka dengan adanya program realiti macam ni, maka lahirlah banyak artis² me segera baru yang di anggap sebagai ikon remaja zaman sekarang.
Artis² yang dianggap sebagai icon/role model menjadi pujaan ramai di luar sana, siap mempunyai kelab peminat sendiri disebabkan realiti tv. Disebabkan realiti tv juga membuatkan seseorang tu menjadi terkenal dalam sekelip mata. Yang menariknya, setiap tingkah laku dan perbuatan artis kesayangan mereka, kalau boleh semuanya mahu ikut. Yang baik kita boleh contohi dan yang buruk jangan la ikuti.
Sebenarnya realiti tv ada kebaikan dan keburukan, terpulang kepada individu masing² nak menilai dari aspek macam mana. Siapa kata yang realiti tv merugikan, mungkin kita tak perasan, selain pihak penganjur yang mendapat keuntungan, realiti tv gak boleh menguntungkan sesetengah pihak yang pandai mengambil kesempatan (buat duit).
Kalau dulu, Heliza masuk AF5. Semua mak cik², kakak², adik² semua nak tiru style tudung Heliza. Maka ramailah penjual² tudung ambil kesempatan untuk jual tudung macam tu. Yang ni contoh untuk perempuan.
Sekarang kalau untuk lelaki pulak, tadi aku pegi kat kedai mapley nak gunting rambut, macam biasa masuk dalam dan tunggu giliran. Lepas giliran aku, mapley tu bagi katelog untuk style potong rambut macam mana yang aku nak. Aku pun tengok² la katelog tu dan tak sangka aku, gambar style rambut Tomok dengan Akim AF pun ada. Baru aku tau yang mapley tu pun layan realiti tv, tak sangka aku. Dalam hati aku hanya tergelak sebab pengaruh program realiti memang sungguh besar untuk memajukan bisnes.
Perdana Menteri Malaysia Ke 6
Merokok Baik Untuk Kesihatan


Statistik yang aku buat. 5 dari 10 orang kawan aku adalah perokok. Mahu ke tak, terpaksa berdepan dengan orang yang merokok sebab aku tak memilih kawan.
Aku penah beberapa kali tanya kat kawan² yang merokok, apa faedah yang dia orang dapat. Macam² alasan/jawapan yang aku terima. Aku tak kisah dengan jawapan mereka sebab nak sakit nanti pun mereka. Duit sapa yang dibakar pun duit mereka. Jadi tak ada kena mengena langsung dengan aku.
Sebenarnya, sebagai seorang remaja. Aku pun penah terlibat dengan anasir² yang tak sihat ni, biasa la jiwa remaja, hendak mencuba sesuatu yang baru. Aku terjebak agak lewat pada masa tu di tingkatan 2. Di sekolah aku masa tu sememangnya terkenal dengan pelajar² nakal. Boleh katakan masa tu merokok dalam sekolah dah tak jadi masalah. Aku hisap rokok nak kata pengaruh keluarga tak, sebab semua ahli keluarga aku tak hisap rokok. Kononnya nak nampak kool.
Aku bernasib baik kerana aku merokok ketika tu hanya suka² je. Jadi aku berhenti pada permulaan jalan. Aku tak boleh diketegorikan sebagai perokok kerana aku hanya mencuba sebab aku tak ketagih lagi masa tu.
Aku tertarik dengan dengan design kotak rokok yang terbaru. Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan kempen tentang bahayanya merokok pada semua jenama kotak rokok. Banyak kesan merokok yang ada, tapi sapa yang merokok paham² sendiri la apa kesannya.
salah satu contoh gambar kempen
Jadi kepada yang tak merokok macam aku, teruskan dengan cara hidup yang sihat. Kepada yang merokok teruskan merokok kerana MEROKOK BAIK UNTUK KESIHATAN < — faham² sendiri la ayat ni.
Kesan Dari 1 Jam Dari Earth Hour

Tinggal 3 hari saja lagi kempen Earth Hour akan berlangsung. Sana sini pasti aku akan terbaca pasal kempen Earth Hour. Semua blogger tak nak lepaskan peluang untuk berkempen, macam pilihanraya pulak walaupun tak wajib dan desak kepada semua orang untuk tutup lampu selama 1 jam. Macam korang sedia maklum, aku pun malas nak bercerita pasal Earth Hour sebab dah banyak dah blogger cerita pasal ni.
Apa yang aku tertarik ialah mengenai kempen ini ialah kesan selama 1 jam ni. Kalau la kempen ni berjaya dilaksanakan oleh seluruh rakyat Malaysia untuk tutup lampu ataupun sebarang barang elektrik, ni mampu menjimatkan pengunaan elektrik pada bulan ni. Ok, nampak macam tak masuk akal, walaupun 1 jam, tapi dalam 1 jam tu (8.30 pm ~ 9.30pm) merupakan waktu kemuncak penggunaan elektrik diseluruh Malaysia. Jadi kita untung TNB rugi sikit je. Tapi sayang KENAPA, MENGAPA dan BAGAIMANA untuk kita dapat menyahut kempen ni.
Jawapannya senang je, KENAPA bila adanya kempen macam ni. Baru semua orang ramai nak sokong, padahal kalau kita praktikkan kempen ni pada rumah sendiri pun sudah memadai, tak payah nak tunggu kempen setahun sekali. Tak pun tak kan bila tengok jiran sebelah tutup lampu baru kita nak ikut.

MENGAPA kesedaran baru timbul bila adanya kempen macam ni. Semuanya berbalik kepada KENAPA tadi.
BAGAIMANA untuk kita memastikan kediaman kita betul² selamat dalam keadaan tu (peringatan untuk aku dan semua orang). Mudah je, kalau ketika tu berada di rumah, pastikan rumah kita berada dalam keadaan yang berkunci dan tingkap juga tertutup, dalam waktu ni anasir² yang aktif suka mengambil kesempatan terhadap mangsanya. Sila paham²kan maksud ni, kalau berada di luar rumah, contohnya macam nak lepak² di tepi pantai bersama bf/gf sambil melihat cahaya bulan (tak kisah dimana²), pastikan anda tidak tertangkap oleh jabatan pencegah maksiat ataupun jabatan agama islam. Perbuatan yang sungguh tidak KOOL.
Sebaliknya ikutlah contoh macam aku. Tidur perkara wajib dulu, cukup time bangun, mudahkan hehe. Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan dalam 1 jam tu. Cuma kita sendiri yang kena pandai menguruskan waktu dengan sebaiknya.
HIPOTESIS: Semakin lama tutup bekalan elektrik, Semakin jimat bil anda. Aku dah merapu dah. Apa pun selamat bergelap. Peace No Gaduh².
Sila Ambil Perhatian Pasal Isu Boikot
Aku tulis bukan sebab apa, sebab aku nak share dengan korang semua pasal isu semasa yang melanda di dunia sekarang ni. Tadi masa aku pergi sembahyang jumaat tengah hari tadi, khutbah yang di sampaikan pasal isu pergolakan yang berlaku sekarang di Palestin. Tapi aku malas la nak cerita panjang lebar dalam blog ni sebab korang pun dah sedia maklum dan dah banyak blogger citer pasal ni.
Apa yang aku nak sampaikan kat sini ialah aku tertarik dengan isu pasal boikot barang² buatan Amerika & Israel. Khatib ada mengatakan orang islam boleh mengamalkan prinsip halalan toyyiba dengan menyokong barang² buatan kita. Jadi mengapa kita perlu menyokong barang² buatan luar.
Hmmm…Korang boleh tengok la sendiri di bawah ni :

korang ada mata…korang tengok
korang ada telinga…korang dengar
korang ada mulut…korang cakap
korang ada akal…korang pikir le baik²







