Wayang Dan Dorayaki
Disebabkan hari ni cuti sempena perayaan Thaipussam, aku mengambil peluang untuk lari dari kesibukan di Pulau Pinang pergi ke tanah besar (semenangjung). Aku dari awal² dah plan untuk menonton wayang dengan si Luthfi. Alhamdullilah apa yang di rancang menjadi. Setelah aku bertolak seawal jam 10 pagi ke rumah dia, kami terus pergi Golden Screen Cinema (GSC) di Sunway Carnival Mall. Memandangkan tak banyak filem yang ada, aku cadangkan untuk tengok filen Ong Bak 2 sebab cerita melayu yang ada hanyalah Sifu dan Tongga (aku tak layan sangat cerita melayu).
Aku memang minat filem yang penuh dengan aksi macam ni, sebab sebelum ni memang dah layan filem aksi dari Tony Jaa macam Ong Bak dan Tom Yum Goong. Durasi filem tak la panjang sangat cuma lebeh kurang 90 minit je, tapi persembahan cerita memang tak menghampakan sebab 10 minit pertama telah banyak aksi² yang ditunjukkan. Filem ni sesuai untuk 18SG dan keseluruhan citer ni aku bagi
Apasal 4 bintang sebab ending cerita ni ntah apa². Kalau korang tengok baru korang paham.
ups:
Lepas habis menonton wayang kami pun makan di restoran nasi kandar berhampiran, isi perut sampai kenyang. Kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu Jusco Bandar Perda. Kami pergi sini sebab aku dah lama mengidam nak makan doraeyaki. Kali terakhir yang aku makan ialah sebelum bulan puasa tahun lepas (kira dah lebih kurang 5 bulan aku tak makan). Memang tak sah kalau aku singgah kat sini kalu tak beli doraeyaki. Memang sedap dan banyak pilihan perasa. Lagi pun tak la mahal sangat harga dia cuma RM 1. 40 untuk satu. Bukan senang dapat makan doraeyaki ni sebab selalu dapat tengok doraemon je makan dekat TV;)
Big Apple
Lokasi tempat kejadian : Gurney Plaza
Masa kejadian : 4.10 pm
Setelah letih menjalankan kerja, aku ajak kawan aku pergi minum petang. Setelah dipikir tempat yang sesuai, aku cadangkan untuk makan donut, tapi tak mau le yang 3 seringgit sebab tiap² pagi breakfast beli. Jadi dia cadangkan aku makan Big Apple Donuts…Hmm memandangkan aku tak pernah lagi try donut ni, sebelum ni Dunkin’ Donuts pernah la. Sampai je di tempat kejadian, kami berdua terus pegi ke food court untuk mengisi perut. Aku buat pilihan nak makan yang ada chesse dan yang ada chocolate chip dan kawan aku ambil yang fully chocolate. Harga bagi aku standart la RM2.20 untuk 1. Atas kesuntukkan masa, kami ambil keputusan untuk ‘take away’ je.
Kalau nak dibandingkan dengan Dunkin’ Donuts aku rasa Big Apple Donuts lagi sedap., dah la tu lembut je roti dia tapi bila makan sampai menjilat 5 jari.










