Browsing articles in "Off Topic"

Fast Update #1

credit picture here

  • Salam semua, ini cuma fast update buat seketika. Dah sebulan lebih aku menyepi dari blog, bukan tak nak menulis tapi kekangan masa menyebabkan segala aktiviti berkaitan dengan blog tergendala buat masa sekarang. Segala idea semua terpaksa terperam di dalam draft dulu. Tapi nanti aku akan post semua entri-entri tu untuk kongsi bersama.
  • Dalam sebulan ni juga banyak perubahan dah berlaku terhadap diri aku. Dari seorang penganggur sementara kembali semula jadi seorang pelajar. Dah la tu belajar macam nak gila, tapi biasa la kan dah nama pun belajar mana ada yang senang. Lagi satu kos sara hidup kat Shah Alam ni mahal giler T__T
  • Aku mula menyesuaikan diri dengan keadaan di sekitar Shah Alam berseorangan tanpa keluarga tersayang. Tapi ni bukan lah kali pertama aku berjauhan dengan keluarga dan nasib baik ada teman-teman seperjuangan semasa zaman sekolah. Atleast tak la rasa janggal dan teringatkan kampung halaman.
  • Tak lama lagi bulan ramadhan menjelma. Rasa kejap je bulan puasa datang balik. Tahun lepas masa bulan puasa masa tu aku baru belajar setup blog wordpress. Masuk tahun ni dah setahun aku menggunakan wordpress, ni bermakna hosting dengan domain aku dah nak expired.
  • Entah tak tau nak tulis apa dah, rasa macam banyak benda nak tulis tapi tak dapat nak luahkan kat dalam blog. Lagi satu aku rasa skill penulisan aku dalam blog macam dah hilang kemana. Itulah dah lama tak update.

Cukuplah entri ringkas sampai di sini, tunggu next entri pulak story lebih-lebih…see ya

May 14, 2010

Berhenti Berharap

Normal bagi setiap insan biasa seperti kita apabila melakukan sesuatu perkara pasti mengharapkan sedikit ihsan, penghargaan, kejayaan atau berita gembira di sebalik usaha yang telah kita lakukan. Tidak kiralah perkara apa yang kita lakukan dan sebesar mana harapan sekali pun yang kita impikan. Mungkin tak ramai sebegitu tapi sedikit sebanyak kita masih lagi ada perasaan dengan menaruh harapan atas usaha yang telah kita lakukan. Tipu bagi sesiapa yang tidak mengharapkan kejayaan setelah penat lelah berusaha untuk mendapatkan sesuatu perkara yang di idam-idamkan melainkan seseorang tu tidak berusaha dan hanya mengharapkan kejayaan datang bergolek seperti menantikan nasi disajikan ke mulut.


Apabila kita mengharap dan hasilnya positif seperti yang kita harapkan, itu satu petanda yang baik. Tapi apabila kita mengharap dan hasilnya tidak seperti yang kita harapkan dan luar dari jangkaan kita. Apa perasaan kita ketika itu? Itulah mengharapkan sesuatu yang belum pasti berlaku, besar kemungkinan kita akan kecewa dikemudian hari jika harapan yang kita harapkan tidak seperti yang kita impikan. Masa tu perasaan mulalah tak tentu hala, fikiran mula kecelaruan dan termenung panjang memikirkan nasib dan impian besar yang kita impikan sebelum ini. Ada yang sanggup melakukan apa saja untuk mengecapi harapan dan tidak akan biakan terkubur begitu saja walaupun seribu tahun menunggu. Entah la, sesetengah orang mengatakan takdir, nasib ataupun tiada rezeki atas usaha yang telah kita lakukan dan jangan berhenti mengharapan apa yang kita impikan dan teruskan berusaha untuk mencapainya.


Ini mood entri release tension dan blur untuk diri sendiri. Bangkitlah dari khayalan dan berhenti berharap dan kembali ke realiti. Usahlah menjadi seperti angan-angan Mat Jenin. Mungkin lagu ni sesuai untuk menggambarkan orang yang menharapkan sesuatu tapi dalam konteks percintaan.


P/S: Manusia hanya merancang Tuhan yang menentukan.

Geng FB