6 Bulan Bersama P1 Wimax
This post base on my experience after six month i’m subscribe P1 Wimax.
Ya dah 6 bulan aku menggunakan perkhidmatan P1 Wimax. Aku tak kisah kalau kawan-kawan nak sakat aku kata duta ke apa sebab dalam 6 bulan terakhir ni, wimax adalah satu-satunya talian perkhidmatan internet yang aku gunakan. Aku mana ada iPad, nak online kat handphone pulak aku jarang subcribe mobile internet, takat nak online kejap-kejap boleh la, kalau nak buat kerja, assignment semua terpaksa menghadap laptop jugak. Nak lepak mamak guna wi-fi, baik P1 aku laju lagi nak habaq mai kat hampa semua #fact
Gambar di atas adalah testimonial dari aku mengenai P1 Wimax. Ayat-ayat diatas di ambil dari post ni. Sejak aku menggunakan laptop wimax ready 4G, aku sering bawa laptop kemana-mana aku pergi bersama. Pertama sebab aku tak perlu hotspot untuk mendapatkan talian internet dan kedua aku sering mencuba kelajuan dan kepantasan melayari internet di kawasan-kawasan berbeza. Dengan ini aku dapat lihat sendiri tahap coverage di setiap tempat yang aku gunakan dan bandingkan kelajuannya di setiap tempat.
Dalam post ni aku akan nyatakan baik buruk pengalaman sendiri sepanjang 6 bulan aku menggunakan P1. Untuk berlaku adil, aku akan nyatakan 2 kebaikan dan keburukan dan tak terlalu bias dan troll sebab aku tak dapat apa-apa pun. Di ulang sekali lagi ni berdasarkan pengalaman peribadi dan mungkin pengalaman aku tak sama seperti orang lain.
Yang Baik
1. Mesra Khidmat Pelanggan
Khidmat Pelanggan atau Customer Service adalah satu yang perlu kita titik beratkan apabila melanggan sesuatu servis. Di sini kita dapat lihat, membezakan sesuatu syarikat ialah cara mereka melayan karenah pelanggan dan kecekapan mereka mengendali sesuatu masalah. Ini kerana mereka dapat memudahkan pelanggan untuk mendapatkan bantuan dan nasihat jika berlaku sebarang masalah. P1 salah satunya syarikat yang mempunyai servis khidmat pelanggan yang terbaik dan mesra pelanggan. Antara medium untuk berinteraksi dengan mereka boleh la menggunakan twitter, facebook, live chat mahupun email. Jika berlaku masalah, aku sering tweet ke mereka memandangkan twitter ialah rutin harianku. Respon yang mereka berikan sangat pantas dan sangat memuaskan.
2. Kepantasan Melayari Internet
Secara jujurnya aku tak pernah menggunakan unfi atau mana-mana broadband, jadi aku tak akan buat perbandingan dengan mana-mana perkhidmatan lain. Kelajuan internet P1 memang laju tapi mengikut kawasan, ini tak dapat di nafikan. Tanyalah mana-mana pengguna lain kalau tak percaya. Setakat nak download lagu dan movies, live stream tu kejap je tapi yang tak bestnya ialah FUP yang menyebabkan segala aktiviti sedikit terbatas.
Yang Buruk
1. Fair Usage Policy (FUP)
Untuk mendapatkan kepuasan kepantasan melayari internet, harga bukanlah sesuatu penghalang. Malahan ada sesetengah orang (tak termasuk aku) yang sanggup mengeluarkan duit lebih untuk itu, berbaloi-baloi kata mereka. Tapi apabila bercakap mengenai FUP apa reaksi sesetengah orang. Ada yang suka dan ada yang tak. Bagi yang heavy user seperti kaki downloader, FUP sememangnya satu masalah kerana mereka lebih gemarkan unlimited data plan, guna sepuasnya tanpa had. Yang baiknya FUP ni bagi mereka yang kurang menggunakan internet boleh la membuat pilihan plan yang bersesuaian dengan kegunaan dan kemampuan bajet. Tapi alangkah bagusnya kalau wimax ada unlimited FUP tapi aku tak pasti la talian wireless macam wimax ni boleh tak dapat unlimited FUP sama macam talian kabel streamyx ke tak? Sesiapa yang tahu boleh tolong jawab tak.
2. Coverage
Walaupun P1 Wimax telah mencapai tahap 4G, aku rasa ia cuma merangkumi sekitar kawasan-kawasan di bandar sahaja. Seperti yang aku katakan, aku sering bawa laptop kemana-mana dan mencuba di pelbagai kawasan. Yang sedihnya bila aku cuba di kawasan pedalam atau kawasan kampung-kampung, signal untuk coverage tak dapat. Sedih orang-orang kampung aku kalau nak guna P1, dah tak ada coverage macam mana nak promot. Tapi aku rasa hal ni mungkin boleh di naik tarafkan dari masa ke semasa.
Keseluruhan
Secara keseluruhan, setelah 6 bulan aku menggunakan perkhidmatan P1 serius aku sangat berpuas hati dengan sevis yang diberikan. Tipu lah kalau aku kata selama aku guna tak pernah mengalami masalah gangguan internet tapi itu biasalah. Bila dah guna broadband ada baik buruknya, harap yang baik terus dikekalkan dan yang buruk terus di pertingkatkan lagi. Adioss





