Jiwa Kacau

Fikiran buntu otak pusing
Takut kalut aku serabut
Minda kosong hati tak senang
Tidur lena mampi tak basah
Suka duka lama lama boleh jadi gila
Semangat kuat aku bukan pengalah
P/S: Kalau tak silap aku menangguh kerja ni amalan syaitan…hoho, aku dah mula berubah korang bila lagi.
Mencari Syurga Cinta
Cinta satu perkara yang abstrak dan boleh di definasikan dalam banyak perkara. Cinta kepada Tuhan, cinta kepada Nabi, cinta akan kebesaran Ilahi, cinta kepada keluarga, cinta pandang pertama, cinta sesama rakan dan banyak lagi. Jadi sayangi dan hargai orang yang berada di sekeliling kita selagi masih ada.
Zaman sekolah semangnya sinonim dengan cinta monyet, cinta pada dasarnya ialah suka sama suka, tapi kesudahnya masih belum dapat di tentukan halatuju cinta tersebut. Kalau masih tak dapat nak bayangkan macam mana, korang boleh rujuk contoh yang ada dalam cerita Sembilu Kasih dulu ada kat tv…huhu, serius tak boleh blah.

Setelah zaman sekolah, cinta di alam universiti/kolej boleh dikatakan cinta yang serius. Di sini kematangan usia menyebabkan pasangan yang bercinta mula memikirkan masa depan masing
². Gembira, sedih, bergaduh lumrah semasa bercinta. Orang kata waktu ni baru nak kenal hati budi masing
². Sejauh mana kebenaran, aku tak pasti sebab aku bukan orang yang dilamun cinta sekarang ni.
Dulu masa zaman sekolah, cikgu aku suka bagi nasihat kat kawan² aku yang tengah hangat bercinta. Bercinta waktu belajar ada baik dan buruk, jadi terpulang kepada individu masing² nak mencorak cinta tersebut. Antara banyak² nasihat dia bagi sampai sekarang yang aku masih ingat ialah ‘cinta tak boleh diukur melalui usia percintaan’. Dulu perasaan ingin tahu sentiasa bermain difikiran aku, tapi sekarang baru aku mengerti maksud kata² tersebut.
Cinta seusia remaja memang bawa banyak keburukan berbanding kebaikan. Antara keburukkannya yang dapat dilihat dengan mata kasar ialah wang ringgit banyak dihabiskan untuk topup, menonton wayang, makan, beli hadiah dan banyak lagi. Tapi yang pasti, ni hakikat yang aku nampak sendiri dari beberapa orang rakan aku yang sedang bercinta. Bukan aku nak kata bercinta ni tak baik, tapi kalau seseorang tu pandai urus dengan baik. Baik la jadinya.
Mungkin ramai orang tak sependapat dengan ni, tapi inilah realitinya yang selalu terjadi kepada kawan² aku yang kecewa cinta dipertengahan jalan. Jadi renung² bersama dan aku masih lagi berpegang dengan tajuk lagu Liyana Jasmay ‘aku tak percaya cinta’ sebab cinta seusia remaja hanya mendatangkan keseronokkan yang sementara dan biarlah aku berkawan dengan ramai orang dan mencari kebahagian bila tiba waktunya. Mungkin banyak lagi yang aku tak huraikan, cukuplah sekadar sebagai renungan bersama dari pendapat aku sendiri.
I’m Sorry
Nota : Siapa yang terlepas join contest yang aku buat, boleh la join contest ni pulak. Hadiah dia pun menarik, jadi rebutlah peluang yang ada sekarang.
**********
Hari² blogging rasa seronok bila jumpa blogger baru maka kenalan bertambah tapi dengan keyboard pc kat rumah aku macam tengah nazak membuatkan mood seronok tadi bertukar menjadi sebaliknya. Mungkin dah tiba masanya untuk aku curang pada keyboard yang lama dan beli yang baru. Ok, tunggu hujung bulan ni dapat gaji tangkap yang baru.
Masalah yang selalu aku hadapi semasa berYM, blogwalking atau komen di mana² blog ialah typing error (typo). Memang semua orang pernah alami keadaan macam ni, kira dah jadi lumrah sebab semua orang buat silap. Tapi bila typo ni boleh menyebabkan mesej atau komen yang kita nak sampaikan jadi tak jelas dalam erti kata lain tak dapat nak faham.
Mungkin ada beberapa sebab yang menyebabkan berlakunya typo. Antaranya ialah kesalahan diri sendiri ataupun keadaan faktor di sekeliling contohnya macam keyboard rosak seperti aku alami dan persekitaran yang tidak menyenangkan sehingga kosentrasi semasa menulis terganggu.
Dalam menulis blog kemungkinan nak typo amatlah tipis sebab aku akan baca 2-3 kali sebelum nak publish, tapi masa komen kat blog kawan² yang lain. Kemungkinan berlakunya typo amatlah tinggi. Jadi kepada rakan² blogger sekalian, kalau korang tak faham apa yang aku komen di blog korang disebabkan typo. Aku mintak maaf, kalau yang silly mistakes tu abaikan saja sebab kemungkinan nak faham tu ada lagi.

budu 2 botol singgit….singgit 2 botol
Tak Seperti Dulu
Jasadku wujud tapi mindaku melayang entah kemana
Perasaanku tak seghairah dulu
Hati terdetik namun tiada hasilKu harapkan hujan, kemarau berpanjangan
Ku sangka ribut, taufan datang melanda
Ku impikan yang lain, lain yang dapat
Akhirnya, ku impikan sesuatu yang tak pasti
Melihat orang lain, aku menjadi serba tak kena
Setiap detik dan waktu ku terpingga-pingga
Menungu dan terus menunggu
Akhirnya tiada kesudahan
Ku gembira melihat di sekelilingku
Hidupku semakin bercahaya melihatnya
Mengharapkan kebahagiaan terus menyinari hidupku
Ku yakin, inilah jalan yang dipilih selama ini
Terima Kasih
Salam semua, aku perasan yang kebelakangan ni aku kemalasan nak upload gambar sendiri dalam blog ni. Blog ni macam kosong saja tanpa gambar² yang menarik. Sebenarnya aku lebih suka menulis di belakang tabir, tapi aku tak nafikan gambar dalam setiap entri memainkan peranan untuk bagi menarik minat pembaca. Apa² pun aku akan rajin² upload gambar dalam blog ni biar kasi gegar sikit.
Entry ni lebih kepada ucapan terima kasih terbuka aku kepada semua.
Terima kasih aku ucapkankan kepada semua yang sudi join contest yang aku anjurkan, ni merupakan pertama kali aku anjurkan contest secara serius. Penyertaan amat menggalakan bagi aku sebab aku ingat tak ada sambutan pada permulaan contest berlangsung dengan berbaki tiga hari saja lagi, setakat ni seramai 25 bloggers telah menghantar penyertaan. Korang bila lagi.
Terima kasih aku ucapkan kepada Cik Azah kerana sudi memilih aku kat blog dia di ruangan blogger pilihan. Kalau korang tak percaya, try tengok di blog Cik Azah, hanya menjadi pengkomen yang ke-25 bagi setiap post terbaru, korang akan menjadi pilihan di hati Cik Azah, yang ni bukan bodek ye tapi ikhlas.
Terima kasih kepada Saudara Luth kerana mengajak aku meramaikan lagi perjumpaan yang dia rancangkan bersama dengan rakan bloggers yang lain. Walaupun aku bukan orang penting dalam komuniti dia, tapi setiap kali perjumpaan diadakan, dia tak pernah lupa mengajak aku untuk turut buat ramai (nampak sangat yang aku ni tak penting). Secebis gambar kenangan aku terselit di blog dia di entri ni.
Terima kasih juga kepada semua rakan blogger, followers dan silent readers yang menyokong aku selama ni dalam setiap penulisan yang aku hasilkan, tak la terasa macam syok sendiri dalam setiap entri yang aku tulis walaupun aku merapu, ada juga yang sudi bagi pendapat.
P/S : Disebabkan ramai yang nak aku kongsikan pendapat pasal blog, sekarang aku tengah cari lagi maklumat untuk dikongsikan bersama. Bila nak posting tunggu la bila dah cukup maklumat, aku kongsi maklumat sekadar yang tau je.
Jauh Tapi Dekat
Sememangnya hubungan kita rapat
Setelah sekian lama bersama
Sukar untukku ucapkan sayang padamuMungkin naluriku seorang lelaki
Kerana aku adalah seorang lelaki yang lemah
Membuatkanku sukar untuk mengungkapkan perkataan itu
Malu tidak bertempat adalah masalah utamakuSekarang, kita membawa haluan masing²
Satu ketika, semasa dekat ku abaikan saja
Semuanya serba tak kena pada masa itu
Hikmah disebalik hidup berengang
Hasilnya ku merindui kamu
Hanya doa sebagai penghubung
Harap kau gembira disamping orang tersayang
Tapi satu pesananku buatmu
Walaupun kita berjauhan, kau tetap dekat padaku
Hubungan kita tetap selama²
Walau apa jua rintangan

Sebenarnya korang jangan salah faham, entry ni bukan la ditujukan kepada awek² kat luar sana. Aku masih single dan masih muda untuk memikirkan perkara ni. Siapa yang nak ngorat aku boleh la. HAHA
Entry ni tujukan kepada abang dan kakak aku yang tinggal berjauhan dengan tujuan mengatakan aku rindu korang.Tak tau la korang rindu aku balik ke tak, tapi disebabkan ada yang dah berkeluarga, ada yang kerja berjauhan yang membuatkan aku terasa. Tapi aku tak kisah sebab lumrah kehidupan macam ni.
Cuma aku terkenang balik kisah lampau, kalau dulu selalu jer bergaduh, sekarang ni tak lagi sebab semua bawa haluan masing². Macam aku kata, bila dekat tak terasa tapi bila berjauhan baru terasa, walau macam mana pun, hubungan adik beradik tetap bersatu.
Kretiria Menjadi Model Iklan
Lepas SPM, aku terus mencari kerja. Sana sini pekerjaan aku cari untuk mengisi masa lapang aku yang terbuang. Ada satu ketika, aku mendapat satu tawaran temuduga untuk menjadi pembantu kira² (audit) di sebuah syarikat kecil. Setelah temuduga, aku diberi tempoh selama seminggu untuk mendapat jawapan kerja tersebut. Setelah seminggu, aku masih belum menerima sebarang jawapan dan aku mengambil keputusan untuk mencari kerja lain.
Lepas tak dapat kerja untuk temuduga yang pertama, aku mencuba mintak di merata² tempat dan keputusannya masih juga hampa. Akibat terlalu lama menganggur, aku akhirnya mengambil keputusan untuk mencari pekerjaan di dalam surat khabar dan ternampak satu artikel kecil di akhbar tu menyatakan peluang untuk menjadi model sambilan. Aku salin alamat website (tak ingat dah apa link website tu) yang diberi untuk mengisi borang. Memang menjadi impian sejak di bangku sekolah hendak menjadi model, tapi tak pernah berpeluang.
Dengan penuh harapan, setelah buka website tu, aku pun klik di ruangan permohonan (sampai sekarang keluarga aku pun tak tau yang aku pernah mintak kerja ni). Tapi ada syarat² yang perlu aku penuhi untuk menjadi model peragaan. Antara syaratnya ialah :
- Warganegara Malaysia berumur di antara 18 sehingga 25 tahun
- Tinggi minimum 170 ke atas (kalau tak silap aku)
- Susuk tubuh yang menarik
- Rupa paras yang menawan
- Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan anggota
- Ada lagi syarat² dia, tapi aku dah tak ingat
Melihat syarat² permohonan tu, aku dah pasti yang permohonan aku pasti akan di reject disebabkan aku tidak memenuhi kriteria² yang mereka hendaki. Jadi aku sekadar mencuba nasib walaupun dah tahu jawapannya. Setelah seminggu masih tiada jawapan dan aku mengerti akan jawapan permohonan tersebut.
Aku tidak berputus asa dan mencuba untuk kali kedua di agensi yang berlainan. Agensi ni ialah untuk menjadi model iklan, yang best di agensi ni, dia tak menetapkan sebarang syarat untuk memohon seperti ketinggian, rupa paras, susuk tubuh dan sebagainya. Dengan perasaan gembira, aku pasti permohonan kali ni pasti dapat. Tapi dalam hati kecilku musykil sebab sungguh mudah nak jadi model iklan.
Sangkaan aku benar sebab agensi ni hanya menawarkan untuk menjadi MODEL PAKAIAN DALAM, patut la rupa paras tak penting. Aku kecewa dan terpaksa melupakan niat aku selama²nya.

Usia…Matang Ke ?
tengok rasa bersalah
nak teguk rasa serba salah
jadi hanya diamkan sahaja perasaan di dada
Walaupun usia aku setahun jagung di dunia ni, kalau nak di bandingkan dengan mereka. Tapi pemikiranku jauh lebih kedepan dan tahu kesan baik buruk sesuatu perkara. Mungkin disebabkan jurang usia kami berbeza, jadi aku menghormati mereka. Tetapi menghormati mereka sebagai orang yang lebih tua bukan sebagai orang yang matang dalam situasi ni.
Bagi aku, usia bukanlah jurang untuk menilai kematangan seseorang. Tua tak semestinya matang, muda tak semestinya tak matang. Tapi tak dinafikan yang tua ‘dahulu makan garam’ dari yang muda. Ada yang dah tua tapi perangai masih lagi dizaman remaja.
Satakat ni saja yang mampu aku luahkan hidup seorang pemain nombor ekor. Aku tak dapat bersuara disebabkan mereka lebih tua dari aku. Nanti aku akan dikata kurang ajar sebab menegur mereka walaupun perkara tu salah, aku hanya mampu melihat dan terpikirkan anak bini mereka dirumah. Yang ni belum lagi di cerita tentang perkara² yang lain, cukuplah disini.
Apa yang aku nampak itu yang aku tulis, tiada tempat untuk bersuara. Jadi di blog tempat aku bersuara dan mendengar pendapat dari yang lain.
nota : Blog ni baru saja buka sebuah lagi bloglist 11/10. Kepada sesiapa yang linknya belum lagi di letak dalam tu, sila maklumkan untuk proses kemaskini.



