Browsing articles in "Personal"

Aku Dah Bosan

Aku dah bosan. Aku dah bosan. Aku dah bosan


Dah lebih kurang 2 hari x buat posting. Bukan disebabkan malas atau apa, ada entri yang dah siap dah draft. Tapi disebabkan kesibukkan yang teramat sangat. Jadi terbengkalai begitu saja. Abaikan sebentar nanti kalu ada waktu yang sesuai aku akan post.


1st
Aku dah bosan dengan masalah yang ada kat blog ni. Bila nak posting entri baru pasti ada masalah, tapi terpaksa aku guna trik yang mudah untuk membolehkan korang semua komen pada semua entry baru. Ada orang kata, mungkin disebabkan aku terlalu banyak setting pada blog hingga menyebabkan masalah ni terjadi. Padahal aku tak tau setting apa² pun sebab aku tak terer, sikit tu ada la. Itu pun yang senang je.


2nd
Aku dah bosan dengan layout sebelum
² ni. Macam² kritikkan dan teguran yang aku terima, baik yang positif mahupun negatif. Tapi tu suma aku tak kisah sebab aku terima dengan hati yang terbuka. Aku cuba sebaik mungkin untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada blog ni termasuk gaya penulisan aku. Disebab tu aku ambil keputusan untuk tukar layout yang baru sebab selepas masuk semester baru pada bulan 7 ni. Aku mungkin tak seaktif sekarang untuk berbloggin. Jadi dah tak ada masa untuk tukar layout lagi dan layout ni akan kekal untuk satu jangka masa yang tak diketahui lagi. Untuk layout baru ni, korang yang tentukan macam mana sebab sekarang ni aku masih lagi dalam proses mengedit.


3rd

Aku dah bosan dengan sesetengah pihak yang selalu mencari kesalahan orang. Kesalahan sendiri tak nampak yang kesalahan kita nampak sangat walaupun perkara kecil. Tapi apa² pun aku tak kisah, kool je biasalah dah nama pun manusia. Rambut je sama hitam, hati lain².


P/S: Kalau aku bosan lagi, nanti aku buat posting yang terbaru…hehe

Mar 13, 2009

Anasir Jahat Yang Sering Menggoda Aku

Setiap hari aku pasti akan menerima 2-3 sms. Aku sangkakan awek² yang tergila² kat aku yang sms. Rupanya sangkaan aku salah. Aduhhh…(melepas). SMS tu berunsur dengki/jeles. Perkara ni berlaku semenjak aku tukar handphone baru. Sebelum ni, masa guna handphone lama. Tak ada pulak jadi macam ni. Ni semua gara² talian MAXIS yang aku guna.


Ada saja sms yang tak berkenaan. Contoh macam peraduan, video klip, beli itu beli ini. Kalau nak hantar pasal tarikh tamat tempohtak apa la jugak, at least boleh aku stand by awal². Aku telah di perkotak katik kan oleh mereka. Dia orang ingat aku ni apa, dulu buh layan je kat aku. Sekarang, mentang² dah up skit, mula la nak goda aku dengan macam anasir kurang sihat.


Baru 2 minggu aku guna handphone baru, dalam masa 2 minggu ni bayangkan berapa banyak sms yang aku terima kalau dalam sehari 2-3 sms. Adakah ni strategy Ananda Krishnan untuk menkayakan lagi dia sebab tadi, aku baca paper KOSMO < — baca kat sini —> sambungan yang dia merupakan orang ke 62 terkaya di dunia kalah Donald Trumph yang terkenal dengan siri The Apprentice sebab dia berada di kedudukan ke 450 jadi korang boleh fikir la sendiri kan betapa kayanya dia. JADI aku berharap sangat² MAXIS ohhh MAXIS. Tolonglah, hentikan semua ni.


P/S: Aku guna celcom tak jadi pulak macam ni.
Pages:«123

Geng FB