Kaunter Pertanyaan, Sila Beratur
Hanya beberapa soalan secara rawak saja dapat dijawab buat masa ni, mungkin ada yang aku merapu…hoho
1. Aku asal mana
Soalan standart bagi sesiapa bila pertama kali bersembang. Aku pun tak kisah sangat, tapi bila aku bagi tau je asal Pulau Pinang, mula la sesetengah orang buat anggapan sendiri yang mengatakan aku ni anak mami ke. Adeiii, tolonglah jangan TERpengaruh dengan cerita² dari Prof Madya A.Razak Mohaideen yang ada kat dalam tv tu. Bukan semua orang Pulau Pinang anak mami. Sebab aku duduk kat sini, aku pun terkena tempias. HAHA, lawak je dengar.
Kebanyakkan rakan² blogger yang aku kenal lebih tua dari aku, hanya beberapa orang saja yang sebaya denganku. Bila mereka² ni tanya berapa umur aku, aku bagi tau la umur sebenar aku, last² jawapan yang aku terima ialah ‘muda lagi kamu ni ye’ yup memang sangat muda sebab korang lagi tua dari aku, hehe. Lepas ni kalau ada sesiapa yang tanya lagi dengan sukanya aku mengatakan aku baru lepasan SPM, dah tentu tersangat muda dari korang.
3. Apasal dalam blog aku suka syok sendiri
Haha, pertama ni blog aku, jadi tak dapat nak elak dari perasaan macam tu. Memang dalam penulisan di blog aku lebih banyak merapu berbanding menceritakan kisah peribadi yang tak tentu hala tujuan lagi entah kemana. Banyak entri lebih kepada pendapat peribadi semata², jadi tak semua orang boleh terima pendapat aku. Jadi aku tak kisah sebab realitinya aku bukanlah seperti mana yang korang bayangkan.
5. Apasal aku malas nak update blog
Perkataan malas bagi aku tak tepat, aku bukanlah malas seperti yang pernah aku ura²kan ‘penyakit bermalas malasan’. Tapi antara sebab yang tak dapat dielakkan ialah keadaan internet yang amat menyedihkan, kekeringan idea, ketiadaan waktu untuk berintenet, kesibukkan aktiviti harian dan sewaktu dengannya. Aku juga ada sebab dan alasan kukuh kenapa aku update 2-3 hari sekali tak seperti blogger² lain yang update 2-3 kali sehari. Jadi ni cara aku berblog, mungkin tak sama macam korang sebab blog ni bukanlah diari bagiku.
6. Upload gambar sendiri
Ada beberapa orang tanya kenapa sejak kebelakangan ni aku kurang letak gambar sendiri kat blog ni. Satu jawapan yang dapat aku kata ialah ‘entah la’. Mungkin ada pro dan kontra yang tak dapat aku jelaskan dalam blog, apa yang dapat aku katakan tak ada apa yang menarik tentangku, sama seperti insan biasa yang lain yang cukup sifat. Suka aku mengatakan biarlah orang kenal aku melalui penulisan bukanlah dengan dengan penampilan. Aku hanya letak pada entri yang berkenaan sahaja.
Ada Apa Dengan 11 Oktober

Dalam satu tahun bersamaan dengan 365 hari bagi tahun biasa…dalam 365 hari ni, setiap orang pasti ada satu tarikh yang bermakna dalam hidup, tak kisah la tarikh ulang tahun perkahwinan, tarikh bercouple, tarikh frust bercinta dan lain² lagi…bagi aku tarikh ni sungguh bermakna…

Memang tarikh lahir aku lambat lagi, tapi ni cuma sekadar maklumat saja…sebelum ni banyak kali aku dah perasan, tapi buat tak tahu saja…tapi bila bersembang dengan Iyllienaz semalam di shoutmix, dia kata yang tarikh lahir aku sama dengan adik dia…terdapat idea pulak nak buat cerita ni sebagai entry.Tak ada apa yang nak di herankan, sejak aku mula blogging pada oktober tahun lepas…dah banyak blogger yang sama tarikh lahir dengan aku yang aku jumpa…antara yang aku jumpa dalam blog :
Dalam keluarga aku, ada juga yang sama tarikh lahir dengan aku, iaitu sepupu aku cuma dia muda setahun dari aku…
Disebabkan ketidak puasan hati yang melanda pada diri aku, dengan bantuan google, aku dapat senaraikan beberapa manusia yang terpilih yang aku berkongsi tarikh lahir yang sama.
Dengan menggunakan keyword ‘famous 11 october birthdays‘ di engin carian google…maka terdapatlah senarai nama manusia² yang popular dalam ni yang sama tarikh lahir dengan aku….korang jangan cari nama aku, memang tak ada sebab aku tak popular lagi…yang ni hanya sebahagian, selebihnya boleh tengok di sini.
Ahli Sukan
Sir Bobby Charlton – Pemain lagenda England dan Manchester United
Michelle Wie – pemain golf wanita kelahiran Korea yang mewakili USA…pemain wanita paling muda bergelar Pro
Tony Chimel – announcer wrestling
Tazz – ahli wrestling
Rikishi – ahli wrestling (korang ingat tak dia lagi)
Anuar Manan – Pelumba basikal negara yang berasal dari Teranganu (aku baru tau)
Artis
Amitabh Bachchan – pelakon, penyanyi, produser di Bollywood (Superstar Bollywood)
Amr Diab – penyanyi dari Mesir
Takeshi Kaneshiro – ntah dari mana…try google tengok sendiri kalu nak tau siapa dia
Hartawan
Fred Trump – ayah kepada Donald Trump
Apa yang aku boleh katakan, orang yang lahir 11 oktober kebanyakkan berjaya…aku sebenarnya cuba menjadikan salah seorang dari mereka ni sebagai role model untuk berjaya…lagi satu, dengan berkongsikan zodiak yang sama iaitu Libra, di sini aku merumuskan yang kami ni:
- kacak bergaya (bagi lelaki)
- cantik dan lawa (bagi perempuan)
- berwawasan
- kepimpinan
- berdikari
- aktif bersukan
#ada banyak lagi, malas pulak nak tulis…hoho, kalau korang rajin, senaraikan lagi apa dia.
Tapi, serius…seumur hidup aku, baru dua kali pernah sambut hari lahir, waktu tu umur lima dengan enam tahun…bagi aku, walaupun tarikh lahir bermakna, tapi bila dah umur semakin meningkat, banyak lagi tanggunjawab yang kena pikul, bagiku tarikh lahir hanya sebagai peningkatan umur dari tahun ke tahun.
p/s : kalau siapa yang tak puas hati dengan entry ni, korang boleh senaraikan pulak tarikh lahir korang kat blog masing²…hehe
Diserang Penyakit Serius
Bulan lalu, satu dunia digemparkan dengan dengan penyebaran virus Influenza A (H1N1) yang datangnya dari binatang sekian (betul ke), Malaysia tak terlepas dari penyakit ni…tak sudah² penyakit datang seperti silih berganti…antara tanda² seseorang tu mendapat penyakit ni ialah :
- Demam panas
- Sakit kepala
- Berasa letih
- Batuk kering
- Sengal badan
- Hidung berhingus atau tersumbat
Akibat virus ni, tempat aku pun terkena tempias…beberapa orang pelancong asing telah di kurantin untuk keselamatan hari tu…sekarang lebih sebulan kes ni terjadi, lenyap dari kabar berita di muka depan semua akhbar utama di Malaysia.
Penangan virus ni masih lagi terasa buat diriku, dua minggu masa kes ni masih heboh di perkatakan, aku rasa seperti tanda² orang yang di jangkiti penyakit ni ada pada aku. Demam panas, batuk dan hidung meleleh² dengan hingusan.
Sebagai langkah persediaan, doktor menasihatkan supaya memakai penutup muka sebagai langkah berjaga² semasa keluar rumah dan makan ubat yang diberikan. Seminggu kemudian datang semula untuk pemeriksaan lanjut.

Sememangnya pakai penutup muka semasa buat kerja memang menjadi pemerhatian ramai. Jadi kurang selesa di buatnya, entah apa yang pelik aku sendiri tak tau. Tapi aku teruskan membuat kerja macam biasa walaupun terasa diri ni poyo.

Setelah seminggu, pemeriksaan kali kedua diadakan…kali ni lagi serius, aku terasa macam tak bermaya, nak makan pun tak lalu, tidur tak cukup, merah mata dibuatnya. Doktor menanyakan rutin harianku sepanjang minggu lalu. Aku pun jawab la blablabla dekat doktor tu. Kesimpulannya doktor mengesahkan aku telah dijangkiti satu penyakit yang lagi bahaya dari Influenza A (H1N1) iaitu ketagihan berinternet sehingga anak bini dan waktu makan, tidur terabai. Bagiku sehari tanpa internet maka hilanglah kegembiraan di hati aku tapi sekarang dengan keadaan internet yang amat menyedihkan, masaku untuk berinternet telah di hadkan. Oh ya, bulan ni bil streamyx aku RM0.00, apasal apa ekk, main internet tak henti², tapi tak kena bayar.
Hanya Sekadar Di Pinggiran
Salam kepada semua, entri yang lepas macam² komen yang aku dapat ada, terharu dan aku berterima kasih kepada semua yang sudi memberi komen.
Entri tu bukanlah nak bercerita mengenai aku sedih ke aku tak hensem atau apa, tapi kisah tu hanya sebagai satu penceritaan saja di sebalik kisah benar. Apa yang aku nak sampaikan di sebalik kisah tu bukanlah mengenai kisah aku semata², tapi mesej di sebalik cerita tu.
Aku menulis bukanlah untuk berkongsikan kesedihan sebab aku lebih suka berkongsikan pendapat dalam setiap entri yang aku tulis. Tak dinafikan ada entri aku merapu entah apa², ada juga yang membuatkan kita sama² berfikir. Jadi terpulang kepada individu masing² nak terima macam mana.
Kebelakangan ni, aku banyak menghabiskan masa mencari tips² untuk blog. Kalau ada siapa yang berminat, akan aku kongsi bersama nanti dan ternyata ianya berkesan.
Tanpa Ilmu Siapalah Aku
1. Statistik blog aku menunjukan yang bulan ni aku malas update berbanding bulan² lepas. Adakah sebab utama adalah malas. Sebenarnya aku sedang menyiapkan report latihan industri aku yang berbulan tertangguh, jadi keutamaan harus diberikan pada perkara² yang lebih penting selain berblog.
2. Aku dalam mood berkabung, mungkin disebabkan pasukan pilihan aku Manchester United kalah kepada Barcelona pagi tadi. Jadi siapa yang sokong team ni, jom kita berkabung sama². HAHA
Di awal permulaan kerja sememangnya menyeronokan. Pendapatan ketika tu 1k lebih sebulan, bagi aku cukup banyak kerana ketika tu aku tak ada apa² tanggungan dan dengan pengalaman yang aku ada, dah mampu untuk dapat gaji sedemikian bagi seorang lepasan SPM.
Di alam perkerjaan juga telah membuatkan aku mula bergaul dengan kumpulan PADI (Pendatang Asing Dengan Izin) yang datangnya dari pelbagai negara antaranya Indonesia, Bangladesh, India dan Nepal. Walaupun ada diantara mereka telah berusia dan berkahwin, tapi urusan kerja tak membataskan aku untuk bergaul dan berurusan dengan dia orang walaupun perbezaan negara, status, bahasa dan usia. Pengalaman berkerja dengan kumpulan PADI amat menyeronokan bagi aku.
Bulan kedua selepas aku berkerja di situ, minggu orientasi diadakan bagi pengambilan pelajar semester baru di universiti tu. Sememangnya di mana² universti majoritinya adalah kaum perempuan, kat universiti ni pun sama. Ada yang sebaya dengan aku ketika tu, lepasan SPM. Oleh sebab aku dengan kawan² aku suka kacau pelajar² kat situ. Jadi pelajar² baru juga tak terlepas dari kami.
Jadi aku dengan kawan² aku memberanikan diri untuk buat kacau kat sekumpulan pelajar perempuan yang sedang berehat di tepi jalan. Entah macam mana, macam dia orang dah tau yang kami nak kacau dia orang ni, terdengar suara sinis dari salah seorang dari sekumpulan perempuan tu.
Dah la muka tak hensem, ada hati nak kacau kita….kerja pun ntah apa², pergi blah la wei..kami mai sini nak belajar, bukan nak layan korang
Aku dengan kawan² masa tu terdiam kerana malu dengan ayat² yang di lemparkan oleh sorang budak ni. Mungkin benar apa yang dikatakan, kami dan sekumpulan pelajar tu umpamakan langit dan bumi. Kata² dari pelajar tu telah membuatkan aku berfikir beberapa bulan. Tak kan aku nak terus kerja macam ni sampai ke tua. Akhirnya aku nekad dengan kata hati aku sendiri.
Mungkin sekarang aku berterima kasih kepada perempuan tu kerana menyedarkan aku. Tanpa ilmu, manusia senang saja dikutuk, dicaci dan dihina. Setelah tujuh bulan berkerja di syarikat tu, aku mengambil keputusan untuk berhenti sebab ingin menyambung pelajaran di politeknik sampai sekarang.
MORAL
Sejarah telah membuktikan yang tokoh² ilmuwan dunia disanjung kerana kepandaian ilmu yang mereka ada dalam sesuatu perkara. Tanpa ilmu manusia tak akan berjaya, tanpa ilmu manusia tak kemana dan tanpa ilmu juga manusia di pandang rendah. Jadi sama² kita renung²kan.



