Archive for the ‘Tips’ Category

Tips Hendak Menulis Blog

June 10, 2009 - 10:00 pm 50 Comments

Ibarat kata pepatah “bagai cendawan tumbuh selepas hujan” itulah yang dapat di gambarkan terhadap dunia blog sekarang ni. Boleh dikatakan satu perkembangan sihat dalam dunia blog di Malaysia tapi banyak yang baru nak mula menulis blog masih tercari² identiti sendiri.

Menulis kalau tanpa merancang ibarat macam syok sendiri terutama kepada mereka yang menjadikan blog sebagai blog peribadi. Sorry aku mengatakan kalau dalam sehari, tiga empat kaliupdate pun kalau cerita pasal entah apa² baik tak payah nak cerita. Tak kan setiap detik setiap masa nak bagi tau apa aktiviti yang buat dalam sehari (pendapat aku saja). Disebabkan dulu, aku ada mengatakan bukan senang nak menjadi seorang blogger. Jadi di sebabkan kita sama² pilih untuk jadi blogger, terpaksa kena kreatif sikit dalam setiap entry yang hendak dihasilkan (terpulang la pada setiap individu nak tulis macam mana). Nak menulis mestilah ada idea yang menarik dan tujuan entry tu dihasilkan. Kalau tak pembaca tak dapat apa yang hendak kita sampaikan dalam entry tersebut. Dibawah aku senaraikan beberapa point sebelum menulis sesuatu entry :

1. Kaji kehendak pembaca

  • Banyakkan blog walking untuk membezakan entry kita dengan entry blogger² lain yang berjaya menarik pengunjung, dengan ni kita dapat tahu kehendak pembaca.
  • Cuba letakkan diri kita di tempat pembaca, dengan cara ni kita dapat tahu macam mana nak menghasilkan entry yang lemak berkrim disukai ramai.
  • Cuba belajar dengan mereka yang dah lama berblog dan yang dah berjaya. Tanya pendapat, nasihat dan tunjuk ajar dari mereka yang lebih dulu makan garam dalam dunia blog.

2. Pengggunaan font dan warna
Tak digalakan mengunakan font yang terlalu besar dan pemilihan warna yang agak contra denganbackground layout masing². Sebab mata memainkan peranan yang penting di sini.

3. Cara penulisan
Banyak cara dan gaya penulisan dalam menulis blog dapat di hasilkan. Jangan fokus kepada satugenre penulisan yang kita suka dan cuba bereksperimentasi dengan pelbagai² jenis penulisan yang lain. Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru.

4. Penggunaan bahasa
Setiap orang ada gaya penulisan masing². Jadi terpulang la macam mana nak tulis tapi tak digalakkan mengunakan bahasa yang agak kasar dan pasar. Penggunaan short form juga tak digalakkan.

5. Pembahagian perenggan
Sebelum nak menulis rancang dulu berapa banyak ayat yang hendak ditulis dan yang penting buat perenggan…jangan bagi pembaca korang baca dengan senafas tanpa henti. Lagi satu agak serabut kalau nak tengok entry yang tak berperenggan.

ok lima saja dapat senaraikan buat masa ni. Kalau sapa nak lebih² google la sendiri. Kepada sesiapa yang rasa aku tipu, sila abaikan entry ni dan setiap orang ada pendapat masing² dan apa yang aku tulis hanyalah pendapat aku semata², jadi tak semestinya semua orang sependapat dengan apa yang aku tuliskan. Sekian.

Tindakan Susulan Bagi Blog Yang Lambat Load

April 20, 2009 - 7:40 pm 26 Comments

Susulan dari entri lepas, macam² respon yang aku terima tapi ada sesetengah orang yang tersinggung apa yang cuba aku sampaikan. Apa yang cuba aku sampaikan, seperti yang aku tulis di awal² ayat tu hanyalah pendapat aku semata-mata. Pendapat aku mungkin 100% salah dan aku sedia maklum yang setiap entri aku lebih kepada umum iaitu bebas kepada semua orang.

Di sini aku nak mintak maaf banyak² kepada mereka² yang berkenaan dan aku akan lebih berhati² dalam penulisan di masa hadapan supaya perkara macam ni tak berulang lagi.Berbalik kepada tajuk utama dalam entri ni, dalam posting entri yang lepas, aku tertarik dengan 2 respon tentang kenapa orang tak singgah ke blog kita.

Komen pertama yang terpilih :

1. memang penting blog walking bagi meramaikan jumlah pengunjung
2. entri yang menarik juga penting
3. lagi satu loading sebuah blog…kalau boleh jangan la letak widget yang melampau² sampai memberatkan page
4. kebanyakannya tak suka menunggu lama-lama terus chow tanpa sempat tinggalkan pesanan

Komen kedua yang terpilih :

tapi kadang² blog yang entry best², kadang panjang berjela²
siap dengan sejarah lagi
tak habis baca
thats why I tak komen

Apa yang AKU FAHAM di komen pertama tu ialah, point nomber 3 dan 4 saling berkaitan antara satu sama lain. Penggunaan widget terlalu banyak boleh menyebabkan sesebuah blog tu menjadi berat atau dengan kata lain lambat load walaupun telah refresh beberapa kali. Jadi pengunjung yang datang tak akan menunggu lama, sebab tu tak sempat baca entri yang ada dalam blog tu.Apa yang AKU FAHAM pula di komen kedua ialah, dalam situasi macam ni di namakan silent readerwalaupun dia tak habis membaca.

Entri macam ni ada pengunjung tapi di sebabkan entri penulisan yang terlalu panjang dan berkias², pengunjung akan terus cabut. Tak di nafikan setiap orang berbeza penyampaian dalam penulisan, jadi aku tak kisah sangat penulisan macam mana, yang penting menarik dan terhibur semasa membaca. Komen atau tak bukan satu isu yang besar bagi aku. Orang yang baca ada hak untuk komen pada sesuatu entri yang dia baca, kalau dia rasakan bagus terpulang sebab the choice in your hand.

Akhir sekali aku juga manusia biasa, apa yang aku faham itu yang aku tulis, aku sedia maklum yang blog aku pun tak seberapa, pastu nak ajar orang lain pulak. Tapi aku cuba konsep sharing is carring

P/S: Aku dapat nomber 3 dalam contest dia ni.