7 Bulan Telah Berlalu

Sedar tak sedar bulan Ogos sudah sekarang ni, cepat masa berlalu rasa macam baru semalam sambut tahun baru *ayat semata mata* Yeah antara sebab mengapa bulan ni aku ternanti nanti ialah salah satunya bulan ni merupakan bulan kemerdekaan negara Malaysia yang ke-52 dan bagi seluruh umat islam kat dunia ni 1 ramadhan dah tak lama.


Entri ringkas ni hanya nak recap balik progres azam baru untuk tahun ni setelah 7 bulan tahun 2009 kita lalui. Kalau aku sebut antara azam tahun baru aku untuk tahun ni mungkin orang akan kata aku ni materialistik tapi tu hanya la sebagai pembakar semangat untuk aku berkerja keras untuk mendapatkan apa yang aku idamkam. *materialistik apanya, dslr pun tak mampu beli lagi :aie: *


Boleh katakan 50% dari apa yang aku azamkan untuk tahun 2009 telah terlaksana dan aku rasakan satu kejayaan buat tahun ni walaupun tahun 2009 masih lagi berbaki beberapa bulan lagi. Seriously aku rasakan tahun ni betul betul aku usahakan untuk mencapai azam aku kalau nak dibandingkan dengan beberapa tahun tahun lepas. Kalau tahun lepas mungkin hanya sekadar angan angan kosong kerana tak ada usaha untuk merealisasikan azam yang aku nak berbanding dengan tahun ni.


Faktor umur juga boleh aku kaitkan disini kerana semakin hari kita semakin membesar dan pemikiran juga semakin berkembang. Jadi kita boleh fikir dengan dengan sebaiknya baik buruk apa yang kita nak. Semuanya terletak atas kemahuan diri sendiri. Nak seribu daya tak nak pun seribu dalih ;)


Korang punya azam untuk tahun ni macam mana. Kalau siapa yang berazam nak kawen tu cepat cepat la cari jodoh ye nanti tertangguh tahun depan la nampaknya hehe :D


P/S : Sebelum terlupa bulan ni sangat sibuk ya disebabkan semester baru dah pun bermula. Sori kepada semua kerana tak ada masa nak blogwalking.

30 Comments

  • selamat belajar balik ye..
    aku lak tibe2 dpt off 7 hari,bosan amat…..

    [Reply]

  • slamat melanjutkan pelajaran :)

    [Reply]

  • azam?
    hurm.. ade yg sket lg nk capai arah tuju. ade azam yg terpaksa kuburkan kembali atas faktor-faktor sekeliling yg xdpt dielakkan… huhuhu

    anyway… slmt kembali belajar kriell~ gudluck!!! =)

    [Reply]

  • azam? huh.. aku nak jadi mcm hang keril.. rider yang keseorangan.. nikmat kan.. lupakan yang lain, kita ennjooyyyy

    [Reply]

  • selamat naik sem baru..
    all d best!

    [Reply]

  • betul tue…
    kalau dulu mana nak amik serius azam2 nie..
    saje2 ikut orang…
    ho3

    [Reply]

  • good luck. ije xpenah ada azam tahun baru. bukan tak bermotivasi. tapi tak pandai nak berazam. erkk.

    [Reply]

  • bhng ari raye semakin terasa… eh silap, bahang bulan pose… huhuhu :p

    [Reply]

  • Betul .. kalau nk berazam, kena la ada usaha sekali jgn sekadar kata-kata kosong .

    :)

    [Reply]

  • azam baru aku lom tercpi lagi.. uhukzz

    [Reply]

  • hmmm dah nak masuk ogos dah kan~

    [Reply]

  • umur meningkat
    tandanya?
    hurmm

    [Reply]

  • bgeee gud luck tu u prof!
    duk kls t jgn lupa ajaq ak.
    hahahaha

    [Reply]

  • a'ah.aku terkesan sbb kite dah jarang nak bermanje kat blog memasing. wakakaka. smeue dha bz balik now woo. gud luck ya!

    [Reply]

  • jia you

    [Reply]

  • cpat je dah ogos.
    sdang berusaha lgi utk perbaiki dri.
    azam thun ni nk btter dri las yer ;)

    [Reply]

  • adess…

    sebut pasal azam..
    byk lagi azam aku tak tercapai~~

    [Reply]

  • yeah..pose dah dekt!

    [Reply]

  • wah!hebat gile 50% dah berjaya dilaksanakan…

    tapi lain bagi aku..

    2009 really sux!!!
    hmmmm…

    [Reply]

  • god, dah lebih 60% of 2009 dilalui, isk. tak sangka.

    [Reply]

  • masa blalu~

    [Reply]

  • cepatnye mase berlalu…
    huuuu
    oh azam?
    xD

    [Reply]

  • cheh.ingatkan ade update tadi :( hehehe

    [Reply]

  • selamat sambung study balik
    br abis praktikal kan???

    [Reply]

  • all d best k..selamat menyambung study….mst ala2 RAJIN gitew kan???
    :)

    [Reply]

  • huisshhh..mengapekah aku xde azam??konpius..waaaa

    [Reply]

  • saLam~ lama tak dtg sini~

    sLamatin sMbunG sTdy nya~

    hope tERcapai segala aZam na~~

    gOod luck~

    [Reply]

  • all the best

    [Reply]

  • aZamku nak habiskan my thesis n viva cepat2…dah busan bergelar student..
    dah nak masuk 5tawun dah…

    ape2 semoga Khairil bejaye ye..4 flat ehhh? =D

    [Reply]

  • huhu..azam? T_T tak hingt dah..haha

    [Reply]

Leave a comment

CommentLuv badge

Geng FB