Aku Bernasib Baik

March 18, 2009 - 10:58 pm No Comments
*UPDATE*
aku dah dapat balik password facebook aku tu


Tadi baru aku tersedar yang aku mungkin bernasib baik dari kejadian yang berlaku semalam. Kalau tak, mungkin aku tidak lagi menulis dalam blog ni sebagai insan yang bernama Khairil Afzal :o ups:.

Masa aku nak log in akaun facebook tadi, aku tak dapat nak masuk sebab kesilapan menulis emel atau silap tulis password. Aku tertanya² kenapa masalah ni berlaku, tak kan nak kata aku lupa emel sendiri atau password sendiri, tu tak mungkin. Padahal sebelum ni masuk tak ada masalah pun.

Lepas dipikir² balik, aku baru teringat ni suma angkara pencuri semalam yang sempat mencuri laptop kesayangan aku. Sebab semua page aku telah di bookmarks di laptop dan aku dah set kan untuk remember password untuk log in ke akaun, sebab aku guna firefox browser. Mungkin sekarang ni dia dah ubah password facebook aku dan dengan ini aku dah TAK ADA FACEBOOK lagi.

contoh browser firefox yang aku guna

Setelah aku perasan yang akaun facebook aku tak dapat digunakan lagi. Aku cepat² tukar password untuk sosial site yang aku ada. Aku bernasib baik sebab sempat tukar suma password di semua sosial site yang aku ada termasuk di blog, malangnya pulak, facebook aku dah tak dapat di selamatkan lagi. Aku buat macam ni bukan apa, untuk menjaga maruah aku jugak sebab dengan teknologi serba canggih sekarang ni, tak mustahil di sosial site saja boleh membuatkan orang marah dan benci kepada aku. Padahal, aku tak tahu menahu sebab apa. Kepada sapa yang aku add di facebook, selepas ni sebarang komen atau mesej bukan dari aku dan status di facebook mungkin la aku punya sebab aku update melalui Twitter.

Kalau nak ikutkan, memang banyak yang aku nak tulis kat sini. Tapi cukup la sikit², nanti kata pulak yang aku ni EMO dan nanti korang ada yang boring masa membaca blog ni.. Ayat pun dah tungang langgang.

P/S: terima kasih kepada suma orang yang komen memberi semangat dan nasihat kepada aku.
P/S 2: aku tengah fikir nak buat lain ke tak akaun facebook balik

Leave a Reply

CommentLuv Enabled