Mar 29, 2009

Dulu Lain Sekarang Lain

Dulu masa aku sekolah menengah, pasti sana sini aku akan ditanya soalan macam ni:


1. weh, ko ada Myspace…kalu ada add la aku
2. ko ada emel tak…kalu ada bak kat aku nak add ko kat Myspace
3. biar benar ko tak ada Myspace. Sungguh tak maju la ko ni
4. emel pun ko tak ada. Sah ko ni memang tak celik IT


Dengan ayat² diatas, aku pun terbuka hati nak ada emel dan Myspace. Nanti kata aku katak bawah tempurung pulak sebab masa tu kawan² aku semua asyik melayan Myspace. Myspace masa time aku sekolah memang top berbanding Friendster, Hi5, Tagged dsb. Boleh katakan masa aku hari² menghadap komputer bermain Myspace je . Aku add orang tu, orang lain pulak add aku.


Masa tu hanyalah untuk cari kawan yang ramai. Tibalah satu hari yang aku tau yang kebanyakkan dari kawan yang aku add adalah penipu besar. Aku mula syak apabila aku ternampak 2-3 profile yang mempunyai gambar yang sama padahal akaun berlainan. Dengan tu terus aku delete akaun Myspace tu sebab tak percaya lagi dengan Myspace ketika tu.


Sehinggalah aku masuk ke sekolah teknik, masa tu aku tengok yang senior² dan kawan² aku buka Myspace kat cybercafe asrama (yang lain tak layan sangat). Memang Myspace sebagai penghubung kepada dunia luar sebab asrama kat sekolah aku umpama neraka bagi aku ketika tu. Handphone tak boleh bawa, nak keluar tengok dunia luar seminggu sekali jer (outing) hehe tapi tu kisah dulu.


Aku pun bukak la sekali lagi akaun Myspace ketika tu dan akaun tu masih digunakan sehingga kini. Lepas tu nak maju lagi aku pun bukak la Friendster, Facebook dan sekarang blog pula.


Tapi sekarang baru aku terbuka kotak fikiran aku kena perkara macam ni terjadi kat aku dulu. Padahal Myspace dan sosial site yang lain bukan lah tempat untuk menipu. Bagi aku ni adalah medium untuk mengikuti perkembangan kawan² sekolah yang dah lama tak jumpa, kalau nak jumpa harus sama sekali memandangkan semua membawa hala tuju masing². Sekarang ni budak² sekolah rendah pun dah ada myspace dan sosial site yang lain. Jadi apa nak kisah.


Dengan dunia sekarang dah maju,tak ada yang mustahil untuk mencuba sesuatu yang baru. Kalau kita pandai manfaatkan kemudah macam ni, tentu dah ramai yang jadi femes macam Yuna & Colbie Caillat (sekadar beberapa contoh). Mereka hanya orang biasa tetapi mereka ada inisiatif untuk menunjulkan diri sendiri. Contohnya dia orang mencipta lagu dan menyanyikan sendiri lagu yang dia orang cipta. Kemudian muat naik dekat Myspace.


Siapa sangka tanpa masuk mana² pertandingan realiti pun masih ada tempat untuk menunjukkan bakat yang terpendam. Jadi kesimpulannya terpulang kepada individu sendiri untuk menilai baik buruk sesuatu perkara.


P/S: semua ni hanyalah pendapat aku semata².

21 Comments

  • artis yg nama kokaina pun dah mula orang kenal

    org m’sia tu

    kamu kenal x

    [Reply]

  • l0l~
    s0sial nEtw0rking r0Wk~~~
    \m/

    [Reply]

  • haha biasa la bro, time sek2 dlu kn..skrg fenemona berblogging plak..hehe

    [Reply]

  • salam,ermm biaselah tue,xleh nak caye sgt org2x kat myspace nie,segelintir jek yg bnr2x jujur…

    [Reply]

  • @3783142720094394399.0
    yeah
    bloggin memang best

    [Reply]

  • @6316396252834450161.0
    btul2…

    [Reply]

  • semua2 tu kalau diguna oleh org x b`tggjwb akan jadi salah guna..

    [Reply]

  • @5041597165035841848.0
    hehe
    aku pun ada add ko kan

    [Reply]

  • @529547830644233291.0
    hehe
    biasa la..x suma orang sama mcm kita pikir
    jd kita nilai sendiri mcm mn

    [Reply]

  • salam.
    biasalah tue.adat dunia…
    hmm..

    [Reply]

  • manis duk diam2 kat umah pun jiran kmpung bleh knal
    ewahh prasan
    HAHHA

    [Reply]

  • aku lebih milih myspace dr facebook

    :)

    no offense. tp tidak suka aplikasi fb. serabut.

    [Reply]

  • Hoho..
    Mula chatting (darjah 6)
    Friendster (form 1)
    Myspace (form 3)
    Youtube (19 tahun)

    Tapi kalau nk banding dulu ngn skrg, dulu lg aktif myspace. AKu dah delte, buat account baru 3 kali sudahh… huhu. So, kalau dulu 2500 friends, skrg ni cuma 25 friends. Bior skit, asalkn knal.. =D

    [Reply]

  • Biasala tu, guna gmbr org laen, ayat org laen .
    Haa macam-macam la manusia punya perangai tp dhada ta kesah . Suka hati mereka la asl ta kacau dhada . Hih

    [Reply]

  • kalau ada bakat boleh ler… huhuhu

    [Reply]

  • tapi kalau dah wat rasa malas nak bagi komitmen la

    xbagi kang rasa berx pulak

    itu aq lak

    aq biasalah aneh je spesisnya

    [Reply]

  • akak dulu tau frenster jerk..pastu terus blogging, myspace, facebook langsung tak reti hehehe

    [Reply]

  • @6665582288013412422.0
    aik..
    ko kata suara ko kan unik aritu
    x nak try ke

    [Reply]

  • myspace langsung aku nda suka.

    hee

    [Reply]

  • aku delete myspace aku coz rmai bdk kt myspace blagak gila vavi x ingt dunia ngaku ank datuk la.. sggh takbur.. padahal bapak keje kerani jer..
    yg kekal hny tagged, fs, fb & blog jer..

    [Reply]

  • aku pon lepas matrix baru ada emel + FS. ehe…

    [Reply]

Leave a comment

CommentLuv badge

Geng FB