Hari Belia Negara 2010
Salam 1 Belia 1 Malaysia semua, rasanya belum terlambat lagi untuk menceritakan tentang Sambutan Hari Belia Negara 2010 yang akan diadakan pada 14-16 Mei 2010 bertempat di Presint 4, Putrajaya. Bertemakan Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara, tahun ini akan merangkumi lapan kluster iaitu kesenian, ekspo dan pameran, sukan, penyertaan swasta, kerohanian dan kebajikan, kreatif dan inovatif, kemajuan dan pengikitirafan belia serta kesukarelaan. Sambutan ini akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hari Belia menjadi landasan tepat bagi belia di seluruh negara untuk mengetengahkan bakat dan kebolehan masing-masing. Ini kerana 88 prorgam akan diadakan antaranya seperti sukan udara, drift/draGo-Kart, mini bike, futsal, paintball dan banyak lagi. Dianggarkan kira-kira 200,00 belia akan menghadiri dan menyertai sambutan ini nanti. Dengan adanya sambutan sebegini, kebanyakkan belia dapat mengetengahkan bakat kesaluran yang betul daripada membuang masa dengan melepak, merempit dll. Ini dapat mengubah perspektif negetif sesetengah masyarakat terhadap belia yang merupakan tunjang pembangunan negara di masa hadapan.
Bersempena Hari Belia Negara tahun ini, ITYM telah melancarkan contest 50 Creative Youth Blog di mana mereka mencari sebanyak mungkin blogger berdaftar dibawah mereka dan 50 blog yang kreatif akan dipilih menerima sijil penghargaan. Contest ini amat penting, kerana di hari tersebut Perdana Menteri kita yang amat berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak akan singgah di booth mereka dan 50 blog yang terpilih tadi akan diserahkan kepada PM untuk membuktikan penglibatan blogger dalam masyarakat.
Harapan dan Pendapat khairilafzal.com
Disebabkan kekurangan saluran perantaraan untuk menyalurkan luahan dan pendapat, selain rangkaian sosial yang ada blog menjadi medium terbaik bagi belia mahupun dewasa untuk mencurahkan idea dan pendapat yang bernas jika dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dan kebebasan yang diberi tidak disalah gunakan. Ini kerana semakin hari komuniti blog di Malaysia semakin berkembang dan meluas. Contohnya seperti kempen ini yang pernah diadakan suatu ketika dahulu menunjukkan semangat bantu membantu sesama blogger.
Masyarakat diluar kadang-kadang hanya menilai dan mengkritik tanpa menyelami perasaan dan jiwa belia remaja. Penggunaan IT zaman sekarang bukanlah sesuatu yang merugikan, melalaikan atau membuang masa. Banyak maklumat dan isu-isu semasa dapat diterima lebih cepat berbanding menunggu dari media cetak yang lain. Contohnya seperti pengunaan twitter.
Tidak seperti dahulu, dengan adanya blog tidak terhad untuk menulis rutin harian. Kebanyakkan blogger sudah pandai memanfaatkan sehingga ada yang dapat menjanakan pendapat melaui blog. So banyak manfaatkan jika pandai guna dengan betul.
Last but not least peace yooo…Salam






patut blog tu guna domain dot com..baru nmpk bergaya skit nak pamerkan kt gerai masa PM nk melawat..hehe
[Reply]
hehe
pasal ,com tu dah ramai yg tego
mmg dieorg xmo tuka lagi sebab skrg ni tengah ramai yg menjenguk. kot2 tukat .com, sesat plak org nak cari
[Reply]
[...] This post was mentioned on Twitter by mokteh and Khairil Afzal, Khairil Afzal. Khairil Afzal said: Hari Belia Negara 2010 http://goo.gl/fb/wMAVV #fb [...]
pergh.aku mula2 nak join tapi fikir2 balik kang ntah bile nyer aku ke sane,wahahaha
.-= lizz´s last blog ..Sejauh Mana Hebatnya Novel Cinta Sufi? =-.
[Reply]
em…memang aku tak dapat nak g la program ni
huhu
jauh bangat
.-= mokteh´s last blog ..Adam Lambert, Iron Man 2, Dan Setahun Yang Lalu =-.
[Reply]
salam pagi..
pasti belia yang terkumpul disana hebat2 belaka
adeh saya dok nun utara mana mau pergi huhu..klu ada peluang mau gak kesana
selamat hari belia utk semua
[Reply]
Kak Jie dah terlebih belia…
tapi ada anak2 belia
.-= Kujie´s last blog ..Ben Ashaari Dalam Carta Kujie2.com =-.
[Reply]
[...] ni aku dapat tahun lepas masa sertai pertandingan Hari Belia Negara 2010. Tahun ni sasaran mereka untuk menghimpunan sejuta belia pada 27-29 Mei 2011. Nampak gayanya tahun [...]