Ada Apa Dengan Akademi Fantasia
Akademi Fantasia bukan lah satu nama baru yang kita semua dengar. Pertandingan realiti yang banyak melahirkan bakat-bakat baru untuk di ketengahkan. Musim ni dah nak masuk musim yang ke 8 Akademi Fantasia di tayangkan. Umum sedia maklum yang Akademi Fantasia merupakan program realiti terbitan Astro yang penuh dengan drama, tangisan, kejutan dan konspirasi. Tapi di sebalik semua itu la yang menaikkan rating rancangan tersebut. Undian dari pengundi-pengundi yang membuatkan rancangan program berbentuk realiti tv menguntungkan banyak pihak.
Berbalik pada Akademi Fantasia musim ke 8, aku ada juga mengikuti perkembangan tentang sesi ujibakat yang ditayangkan di saluran Astro @15 dan Trek Selebriti. Ternyata ramai lagi rakyat Malaysia yang nak kejar populariti dengan cara yang mudah dalam sekelip mata. Bukan nak mengata, tapi kalau yang datang ke ujibakat tu betul-betul berkebolehan dalam nyanyian tak apa, ni yang datang tu kebanyakkan semuanya tangkap muat. Dah tahu yang diri tu tak boleh menyanyi, beriya-iya juga nak masuk ujibakat. Memang orang akan kata ini sebahagian daripada kemeriahan sesi ujibakat, tapi tak terfikir ke menjadi bahan kutukan orang ramai apabila ditayangkan di kaca televisyen satu Malaysia.
Pertandingan realiti sebegini mempertaruhkan bakat, rupa paras dan penampilan diri yang menjadi kriteria dan ukuran utama. Tanpa pakej yang sempurna, jangan harap nak menyertai mana-mana pertandingan. Itulah hakikatnya sekarang ni, kalau tahu diri tu tak berbakat baik layan di karaoke sudah. Tapi tak salah nak menyertai pertandingan seperti ni, atleast cermin dulu diri sendiri sebelum melangkah pergi ujibakat.
Lagi satu dengan lambakkan program realiti yang ada sekarang ni banyak la artis baru yang ada sekarang ni. Harap jangan jadi artis yang bermusim sudah, sekejap ada sekejap tak ada. Tenggelam timbul dalam dunia hiburan.
P/S: Betul la kata seorang artis tu yang artis tak patut dijadikan ikon.



March 2nd, 2010 at 12:32
new blog update http://bit.ly/bgNiv9
March 2nd, 2010 at 13:04
Ada Apa Dengan Akademi Fantasia http://goo.gl/fb/o07G #fb
March 2nd, 2010 at 13:38
Ada Apa Dengan Akademi Fantasia http://gengblogger.com/read/45633
March 2nd, 2010 at 13:39
RT @khairilafzal: Ada Apa Dengan Akademi Fantasia http://gengblogger.com/read/45633
March 2nd, 2010 at 13:49
RT @khairilafzal: Ada Apa Dengan Akademi Fantasia http://gengblogger.com/read/45633
March 2nd, 2010 at 13:54
@luthtextile nah aku dah update blog http://gengblogger.com/read/45633
March 2nd, 2010 at 20:39
kasi artis2 yg dah ada ni meletop mcm faizal tahir dulu,
baru la cari bakat baru..
bersepah je yg dah ada ni..
aik… dah berbahasa melayu ek?
hoho…
[Reply]
March 2nd, 2010 at 21:09
af8 nie tak tau la best ke tak
yang penting diorang buat benda nie sebab ada permintaan.
takder permintaan dah lama dah bungkus.
kesimpulannya orang melayu mmg suka hiburan.
[Reply]
March 2nd, 2010 at 21:15
OMG, abangnara datang ke blog aku :[
yup, sebab permintaan tinggi sebab tu sampai sekarang ni mampu bertahan…
[Reply]
March 2nd, 2010 at 21:44
sy sgt stuju dgn azah, yg bru xmsok realiti tv show pon xabih lg meleto.haishh!
http://fitridzulkifli.blogspot.com
[Reply]
March 2nd, 2010 at 21:48
aku pun pelik la. dah tau suara tu x sedaap nape laa nak gi jugak ujibakat. kan dah kene kutuk free2 dgn orng Malaysia. hadeishh!!
[Reply]
March 2nd, 2010 at 22:05
Astro nak kaut keuntungan melalui SMS lagi ..
peserta yg lahir dr program AF ni makin semput dan banyak kontroversi .. yg dtg kebanyakannya jenis nak femes cepat or saja nak mengedik .. haish ..
[Reply]
March 3rd, 2010 at 01:24
pergh! bang nara komen woo. hehehe.
Astro ni xfikirkan sgt kualiti. janji ade mende die nk wat as pelaburan…die bedal. huhuhu
[Reply]
March 3rd, 2010 at 03:43
semalam aku dah update blog…jom baca apa yang menarik tentang http://bit.ly/bIJopn
March 3rd, 2010 at 11:35
Salam.
Rancangan realiti yang semakin banyak ni memang menjana ekonomi negara huhu
[Reply]
March 3rd, 2010 at 11:42
af dah masuk kali ke 8. Sejak zaman lepas mawi org kata tak relevan, tp setiap tahun rating meningkat, subscriber utk astro pun bertambah…manyak untong woo…sebb tu ditruskan. Peserta-peserta tu hanya watak2 yang menghidupkan AF..
[Reply]
March 3rd, 2010 at 11:47
sumpah aku tak tgk lgsg rncangn ni dr awl2 dlu smpailah skrg..huhu
[Reply]
March 3rd, 2010 at 12:04
owh mannn aku tak minat AF
aku sama ngan xpo. tak tengok.
1. masa tu umah bapak aku tak de astro
2. aku memang tak layan cite2 gini
3. aku duk asrama.
4. aku pindah ke matrik lak. matrik aku tak de astro
5. aku pergi ke U pulak. masa aku duk asrama tak de astro
6. now umah bapak aku dah ada astro tapi aku tak abes study lagi
so aku masih SUUUCHIIE~
[Reply]
March 3rd, 2010 at 12:06
haha, kadang2 bagus gak layan hiburan macam ni
dapat gak release tension
[Reply]
March 3rd, 2010 at 13:59
i tengok yg mawi tu ajek AF 3 eyh…yg len xlayan…huhuhu da berlambak yng nk jd penyanyi…sampai da xkenal mn satu ni..huhu
[Reply]
March 3rd, 2010 at 17:06
[Reply]
March 3rd, 2010 at 17:24
xlayan pun af nih.. kdg2 malu bila tgk oversea punye reality tv mmg berbakat, tapi kita punye nih, cam tgkap muat jer.. yg ptg, rupa mesti ada.. sedihnya, org2 kita juger… tul la, melayu mmg suker hiburan..
byk sgt reality tv, sampai xkenal dah mana 1—tul,tul,tul..
tapi tak nafikan, de juger yg berbakat sebenarnye.. tapi tak ramai…
[Reply]
March 3rd, 2010 at 17:36
diorang mana fikir apa akan jadi dengan lambakan artis..
diorang just tahu setiap tahun ada AF setiap tahun lah dia buat untung yang berjuta-juta. :aie:
[Reply]
March 4th, 2010 at 01:18
Salam bro…
AF.. apa yang aku nampak cuma $$$$$ saja selain dari tu semua jatuh no 2..
ha ha
[Reply]
March 4th, 2010 at 08:56
haha.. entah la nape aq xmnt citer ney dari dulu ag…
[Reply]
March 4th, 2010 at 23:33
Aku tengok AF1 jer kot.. Masuk no.2 dah mlas tengok.. Tup tap dah season 8 plak.. Pergh.. Memang x der kualiti la industri tempatan macam ni.. :aie:
[Reply]
March 6th, 2010 at 16:42
aku x bpe follow sgt rancangan realiti tv cmni..tp klu btol2 ad yg berbakat..elok renya dtrskn bnda2 cmni..tp klu yg muka hampeh,suara lg la hampeh..baik xyag g audition la..hahaha
[Reply]
March 6th, 2010 at 17:00
salam tuan rumah..
saya setuju dgn pandagan ila-ali.jika tak der watak tu bermakna kosongla astro gamaknyer.mula2 je popular..lama2 tengelam.
[Reply]