May 18, 2010

Adakah Magik Satu Penipuan

Pertama sekali kalau sebut pasal magik ataupun silap mata, apa tanggapan kita tentangnya. Adakah sebagai satu hiburan atau penipuan semata-mata. Aku sukakan magik sebagai hiburan, tidak terlalu percaya atau taksub akan kehebatan ahli magik yang ada. Antara ahli magik yang terkenal seperti Harry Houdini, David Copperfield, David Blaine, Chriss Angel, Cyril Takayama dan ramai lagi yang pernah menjadi fenomena di seluruh negara satu ketika.


Di Malaysia, tak kurang hebatnya penangan magik terhadap masyarakat kita. Tahun lalu saluran AXN membawakan ahli magik terkenal dari Jepun iaitu Cyril Takayama untuk merakamkan aksi dan kehebatanya dalam street magic di sekitar bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa negara Asia Tenggara yang lain untuk rancangan Cyril Simply Magic. Selain itu, antara rancangan magik yang menarik di saluran AXN yang kerap kali aku tonton ialah Masters of Illusion. Ok serius magik ni lagi bagus dari Breaking the Magician’s Code: Magic’s Biggest Secrets Finally Revealed yang ahli magiknya bertopengkan wajahnya dan kebanyakannya tipu belaka dengan menggunakan teknik main kamera supaya penonton terpukau dengan kehebatan mereka.


Tapi apabila kita persoalkan tentang magik perbagai perspektif negatif akan timbul. Ada magik yang dapat di terima akal dan ada magik yang tak masuk akal. Nak kata trick atau helah untuk mengaburi mata kita, tak juga sebab kalau difikir secara rasional tak mungkin ada manusia yang boleh melakukan sesetengah magik kalau melihat berdasarkan mata kasar kita. Contonya seperti video ni.

Dari buah apple bertukar ke buah orange dan tembikai. Kemudian kembali semula jadi buah apple

Apple merah bertukar ke apple hijau..wtf


Ok video mungkin video ni kurang jelas, tapi dapat tak kita berfikir dengan rasional macam mana seseorang tu melakukannya tanpa sebarang bantuan. Memang la dorang ni ahli magik tapi tak terfikir ke yang magik ni kadang-kandang bukan satu penipuan tapi ada yang mengatakan lebih kepada bantuan mistik. Apa pendapat anda?


P/S: Tak ada siapa yang boleh reveal trick dari Cyril. Itu membuatkan dia lain dari  yang lain.

22 Comments

  • aku percaya yg magic tu hanyalah ilusi optik..
    ada kat ntv7 siar program yg reveal helah2 magic,
    so dr situ byk yg aku br tau cemana dorang tipu..
    tapi klau yg betul2 berbakat, mungkin byk practice kot..
    ade sorg ustaz kat skolah aku pon pndai wat magic,
    disebabkan die ustaz, so aku x tau nk bg komen apa..
    huhu…
    .-= Azah´s last blog ..8 Things How Am I Differ From You =-.

    [Reply]

  • ha’a lah. magic dr cyril mmg sGt mcm tak boleh nk reveal lah. mcamane ntah dy wat cantu.
    .-= Aisyah Ibrahim´s last blog ..Saya diculik =-.

    [Reply]

  • hebatnya. aku no comment pasal magik. mmg kadang2 x masuk akal langsung. seriously..
    .-= Amir´s last blog ..Amir Said Berpindah ke Rumah Baru Bhg 1 =-.

    [Reply]

  • tak masuk dek akal, kalau yg kamera trick tu takpe lagi..ni yg macam dlm video tu..bantuan jin ke? err
    .-= serol´s last blog ..Kala Malam Bulan Mengambang (Gambar) =-.

    [Reply]

  • mmg satu penipuan pun..hehe diorg ni wat magik secara propesional, bukan skadar magik murahan

    [Reply]

  • [...] This post was mentioned on Twitter by Azah, yonna and Khairil Afzal, Khairil Afzal. Khairil Afzal said: Adakah Magik Satu Penipuan http://goo.gl/fb/FuwYy #fb [...]

  • aku ternganga tengok wehhhhhhhhhhh! likeeee. WTFFFFFFFFFFFF?? smeua ni tak lebih dari sekadar nak memanipulasi otak kita.

    tp magic kat vc atas ni, memang tak masuk akal. and mmg profesional. jenis takde katup2 pastu tukar jadi benda lain. aku rasa guna bantuan makhluk2 luar alam niiii.

    [Reply]

  • magic ni, kalau dah tahu rahsia dia, dah x best nak tengok…

    [Reply]

  • Pernah tengok Breaking the magician code kat axn? Show to reveal camner trick2 tak masuk akal yang magician buat…memang best ah show nie
    .-= EiNS´s last blog ..Jom baca komik lawak kampus secara percuma =-.

    [Reply]

  • paling suka tengok cyril simply magic…
    tak tau lah ape rahsia die tapi magic die mmg the best..
    sempoi jek…siap tisu boleh terbang sendiri masuk tong sampah..

    [Reply]

  • salam..
    suka gak tengok migic ni sb ia sesutu yang sering menduga dek akal fikiran..hehehe

    [Reply]

  • assalamualaikum khairilafzal.
    kalau zaman kanak-kanak, magic ni katanya sakti.. boleh buat apa saja.
    magik nampak macam betul, tapi yang pasti ia hanya ilusi.
    tak percaya, ia berlaku.
    percaya, ditakuti terjebak syirik.
    Bagus untuk difikirkan . Tahniah.
    TQ

    [Reply]

  • yang buah oren tu kan, kan ada kesan giget kat tepi tu,
    tapi dari kesan giget tu tak nampak lak yg dia betul2 jadi oren
    seolah2 kat permukaan epal yang terbelah tu sahaja yang dilukis ala2 buah oren

    tapi tahla…aku ni kalau tgk org wat magik dasat2 mesti aku pk ada bende lain yang tolong
    haha
    tah la~
    .-= mokteh´s last blog ..Manusia Zaman Millennium Semakin Buas =-.

    [Reply]

  • cyril memang best..nak kata ilusi 100peratus pun tak leh gak..ada magic yg tak masuk akal langsung..mesti bela jin ni..hehe
    .-= aizuddin´s last blog ..Laman Web Untuk Hantar Sms Secara Percuma =-.

    [Reply]

  • aku paling tak percaya masa dia buat mee segera tuh guna air sejuk…
    bukak-bukak je penutup mee segera tu air dia jadi panas..ceh…
    .-= Piston Pecah´s last blog ..[Contest] Key Kaspersky Internet Security 2010 Selama 1 Tahun =-.

    [Reply]

  • aku rasa magic cyril nie jenis tangan pantas kot.. sebb sesetengah trick dia trick biasa yg dah penah tgk.. hehehe… tapi ntah la..

    tapi betul kata hidier, magic ni, kalau dah tahu rahsia dia, dah x best nak tengok… hehe
    .-= Roronoa Zoro´s last blog ..Episod Akhir Siri Doraemon – Part Akhir =-.

    [Reply]

  • sesekali di uji best gak..hehee

    [Reply]

  • magic banyak guna trick..bantuan jin pun ade gak kot. hee :P
    .-= ice´s last blog ..paling manis paling rindu =-.

    [Reply]

  • aku pernah beli buku pasal magik..
    .-= Mus DK´s last blog ..Resipi Ikan Terubuk Kukus =-.

    [Reply]

  • kalu nak suka2 ok gak..hehheee

    [Reply]

  • suke tengok cyril sebab die hensom..hehehe :)
    nfahk´s last [type] ..new blogshop!!!!!

    [Reply]

  • magic bEzz~
    hehehe

    [Reply]

Leave a comment

CommentLuv badge

Geng FB