Kemana Hala Tuju Pelajar Selepas Tamat Pengajian

Perkara ni dah lama ku fikirkan, mungkin ketika masa menengah rendah lagi. Ok straight to the point, malas nak berkias-kias dalam entri kali ni and be serious. Persoalan yang setiap kali timbul dalam fikiranku ialah ‘Kemana Hala Tuju Pelajar Selepas Tamat Pengajian’. Setiap tahun dianggarkan lebih 200,000 graduan yang menganggur setelah menamatkan pengajian tidak kira bidang (kelayakan) dan peringkat pengajian samada sijil, diploma, ijazah dll. di semua IPTA mahupun IPTS seluruh negara daripada jumlah keseluruhan 923,000 pelajar pada tahun 2009. 


Statistik graduan menganggur ini meningkat dari tahun ke tahun. Bukankah satu kerugian pada negara jika generasi muda tidak diberi perhatian untuk menyumbangkan tenaga, idea-idea baru dan segar, pendapat yang bernas yang dapat merangsang perkembangan ekonomi negara. Rata-rata graduan yang menganggur memiliki kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan. Jadi mengapa isu pengangguran masih lagi timbul dikalangan graduan.


Apakah faktor pengangguran dikalangan graduan. Adakah disebabkan :

  • Kurang pengalaman
  • Peluang pekerjaan terhad
  • Salahkan diri sendiri (malas)
  • Terlalu memilih pekerjaan, gaji dll.
  • Tidak diberi/merebut peluang pekerjaan yang ada
  • Persaingan dikalangan graduan semakin sengit dan kompetitif
  • atau salahkan kementerian/kerajaan kerana tidak mengambil berat tentang isu pengangguran

Siapakah yang patut di persalahkan dalam konteks ini? Apa pendapat anda. Bagi yang masih belajar, pernahkah anda berfikir mengenai isu ini.

15 Comments

  • lambat btl la bulan 10 ni nk tahu keputusan nk kena posting kt negeri mana..dah 2 mggu duk tanam anggur ni, bosan gle

    [Reply]

    serol Reply:

    tapi memang dh komfirm dpt kan..
    .-= serol´s last blog ..Pelakon IP MAN tu kawan aku. =-.

    [Reply]

    lYnn_tEkA~tEkI Reply:

    huhuhu~ciannye awak..
    hehehe~

    [Reply]

    lYnn_tEkA~tEkI Reply:

    huhuhu~ciannye awak..

    [Reply]

  • kerajaan mmg dah ambil berat isu ni..byk peluang dah di beri..cth mcm karnival kerjaya etc2..so up to graduan la nak curi peluang..
    .-= serol´s last blog ..Pelakon IP MAN tu kawan aku. =-.

    [Reply]

  • Aku sebenarnya x setuju alasan kurang pengalaman tu. Bukan ke fresh graduate students ni mmg xde pengalaman sgt pun. Stakat intership tu apa la sangat kan. Sepatutnya majikan ambil je pekerja baru, then latih dorang. Kalo x sampai bila dorg nk ada pengalaman? Xkan nak kena keja kilany dulu ke, br dorng nak ambik mereka ni bkerja? btol x?

    -aku insyaallah lps grad, mmg terus dpt kerja. :D
    .-= Amir´s last blog ..(Terkini) Konvoi Freedom Flotilla ke Semenanjung Gaza =-.

    [Reply]

    Khairil Reply:

    itu la, fresh graduate student memang xda pengalaman yang cukup….bagi student yang ada pengalaman itu dah kira bonus, tapi xsemua syarikat yang tetapkan syarat macam tu..lagi satu kelebihan student yang dapat tajaan memang best, gerenti dapat kerja dengan berkhidmat balik dengan tajaan masing-masing lepas tamat pengajian…tak macam student yang belajar kat malaysia kena rebut peluang yang ada, mungkin sebab tu persaingan sengit

    [Reply]

    Amir Reply:

    Pelajar tajaan pun x confirm dapat kerja tau lagi2 petronas. Kalo jpa n mara pun sama. Yg course2 kritikal insyaallah akan dpt kerja.
    .-= Amir´s last blog ..(Terkini) Konvoi Freedom Flotilla ke Semenanjung Gaza =-.

    [Reply]

  • nak kena tengok dari perspektif industrial relation jugak ni, tally tak bilangan graduan yang dikeluarkan setiap tahun oleh semua universiti dalam negara dan keperluan tenaga kerja industri yang ada…
    .-= etomyam´s last blog ..Benarkah Pegawai PTD Di Paksa Minum Air Jus Stokin =-.

    [Reply]

  • huhuhu..kalu mana2 pgi sure dia akan tanyer pglaman dulu..cayelah ckp den. melainkin kita pencari tempat pratikal dema takan tanyer.

    slu gak mencari kje dri pintu ke pintu pjbat..dari surat khbar..Alhamdulillah semuanya dpt..jgn tllu mmlih keje sb klu terllu pilih pasti sampi bila pun kita takan ada pglama bkeje.

    skrg ni klu nak betul2 jwtan sama yang kita bljat kt kolej kat U mmg sush..melainkan kita ada skill, mmg rzki kita kat situ..huhu..apa yg pting rzki yg di carui halal.dan jgn terllu stress dgn kerja2 di sekeliling kita ;)

    [Reply]

  • lepas tamat persekolahan bekas pelajar kenalah tanggung diri sendiri.. tak boleh harapkan sekolah lagi.. maknanya kalau ada bekas pelajar yg tak dapat pekerjaan.. tu bpunca daripada diri sendiri..
    .-= kulanz´s last blog ..Badai Tropika Agatha di Guatemala: Bencana atau Peringatan? =-.

    [Reply]

  • keje..kje bila gaji mau naik?harag brg smkain tinggi..pst!!klu nak g tmuduga jgn lupa bwa pen..hehehe

    [Reply]

  • pendapat saya sepnjg pengamatan thadap pelajar praktikal.. most pelajar nak tgu disuruh2, mcm zaman blajar.. sedangkan zaman tu dh ditinggalkan.. jadi kena pandai rebut peluang, buat kerja tanpa disuruh2.. kdg2 bosan gak asyik nak suruh2 org buat kerja ni.. mgkin tu satu sebab majikan tak bape suke amik fresh grad, lagi satu lau kerja ok, demand gaji tinggi sikit okla.. ni demand dulu, kerja lum tentu bagus lagi.. susah la camtu..

    [Reply]

    suri Reply:

    betul2..hehehhee :)

    [Reply]

  • walaupun saya bakal bergraduasi pada 2012 (insyaAllah), saya sudah merasakan bahang tekanan mencari pekerjaan yang kini sedang dialami oleh senior2 saya.

    rasa-rasanya salah satu daripada sebab kenapa begitu banyak graduan menganggur adalah kerana mereka kekurangan ‘soft-skills’ yang dapat meningkatkan kebolehpasaran diri mereka sendiri. hendak berucap di hadapan seorang penemuduga pun tidak berkeyakinan, bagaimana hendak menguruskan sesuatu kumpulan dalam pejabat?

    melalui observasi saya, rata-rata mahasiswa masa kini tidak mahu menonjol (ini menurut apa yang saya lihat dalam kelas saya sahaja) dan hanya rela menjadi pak/mak turut. rata-rata yang sebegitu adalah melayu. lantaran itu, dominasi terlalu jelas kenampakan pada pelajar bangsa lain.

    entahlah. saya sekadar memberikan pendapat.

    p/s:- selamat menjalani peperiksaan kepada semua warga UKM. ngee… o_Ov

    [Reply]

Leave a comment

CommentLuv badge

Geng FB