Sensitiviti Masyarakat Di Malaysia
Aku tak salahkan sesiapa dan mungkin sesetengah kita menganggap ni sebagai bahan jenaka. Aku pun tak nafikan akan ke khilafan diri sendiri dan aku juga kadang-kadang tidak terlepas melakukan kesilapan. Mungkin ramai akan menganggap isu sebegini tak perlu di perbesarkan tapi apabila perkara ini berlaku terhadap bangsa dan agama kita sendiri, maka ramailah yang bijak pandai dan berlagak alim lantang bersuara menegakkan agama seolah-olah diri sendiri tidak pernah melakukan kesalahan. Aku bukan nak bercerita pasal agama, tapi sensitiviti kita sebagai rakyat yang hidup dalam masyarakat berbilang kaum.
Di Malaysia kita meraikan perbagai perayaan yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan etnik. Tipikal melayu suka bergurau senda tapi tidak kena pada caranya. Contoh mengenai perayaan sesuatu bangsa lain. Orang melayu bersenda mengata sambutan perayaan bangsa lain itu lah ini lah yang bunyi seperti menyindir dan maksud negatif. Cuba bayangkan apabila bangsa dan agama lain mengata tentang sambutan perayaan Aidilfitri dan Aidiladha, maka ramailah di antara kita yang panas telinga dan melenting. Aku sendiri mempunyai beberapa rakan berbangsa cina dan india, malah mereka boleh menghormati orang yang beragama islam berpuasa semasa di bulan ramadhan. Jadi kenapa kita perlu bersikap sedemikian walaupun niat hanya untuk bersenda.
P/S: #justsaying
Keselamatan Pengguna Di Internet
Kita sebagai pengguna internet khususnya di Malaysia lebih terdedah tentang cara untuk menggunakan dan kepentingan internet yang ada pada zaman sekarang. Mungkin seseorang itu akan dianggap ketinggalan jika tidak manfaatkan kemudahan yang ada sebaik mungkin kerana itu semuanya berada di hujung jari. Berbanding dengan cara penggunaan internet, masyarakat kini tidak di dedahkan tentang ciri-ciri keselamatan penggunaan di internet. Kenapa?
Google merupakan laman sesawang nombor satu di dunia dan menjadi pilihan ramai pengguna. Google juga memiliki rangkaian video yang terbesar di dunia seperti Youtube, memiliki sistem e-mel yang terluas (Gmail), Google Earth dan banyak lagi aplikasi dan rangkaian yang mereka miliki sama ada di ketahui umum atau tidak. Mereka sekarang cuba untuk menakluk dunia internet. Mereka seperti memasang mata dan telinga bagi seluruh pengguna internet yang menggunakan khidmat dari mereka. Mereka juga tahu siapa kita dan mereka juga tahu apa yang kita lakukan. Ini kerana setiap pengguna berdaftar yang menggunakan perkhidmatan mereka, maklumat itu akan tersimpan di dalam data mereka.
Video di bawah yang cuba menunjukan konspirasi dari Google terhadap pengguna internet. Mungkin ini mengejutkan kita sebagai pengguna internet yang selama ini terlepas pandang dari perkara-perkara ini. Jadi sama-samalah kita berhati-hati semasa menggunakan internet dan jangan dedahkan terlalu banyak maklumat tentang diri kita.
Tak cukup dengan penerangan dalam video di atas, mungkin video ni boleh menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran korang.
P/S: Sepatutnya setiap orang dari kita pengguna internet sedar akan muslihat ni dari dulu lagi. Tidakkah kita terfikir yang Google tahu terlalu banyak maklumat pasal kita?
Perihal Facebook
Sebab lama tak update blog, lama ke? entri kali ni off topic dan mungkin agak panjang. Entri ni dah lama simpan dalam draft, tetiba LuthTextile buat dulu entri macam ni. So terpaksa aku hold dulu untuk seketika. Entri ni aku just nak share apa yang aku lihat dan apa yang aku rasakan. Tak ada kena mengena dengan mana-mana individu, take it easy ok.
Facebook merupakan salah satu rangkaian sosial yang amat popular di kalangan pengguna internet di Malaysia. Boleh katakan majoriti kawan-kawan bloggers atau pengguna internet yang lain menggunakannya. Dengan hanya beberapa langkah untuk mendaftarkan diri untuk membuka akaun facebook, bukan la sesuatu yang merumitkan bagi pelbagai peringkat umur tua mahupun muda untuk memiliki akaun facebook. Dengan adanya rangkaian sebegini, kita dapat menambah kenalan dan dapat menghubungkan kembali hubungan yang telah sekian lama terpisah sejak di zaman tadika, persekolahan, kolej dll. Tapi persoalannya sekarang ni bijakkah kita sebagai pengguna?
Meramaikan Kawan
Ya, aku admit pasal ni. Dulu masa awal-awal mendaftar di facebook tiada kawan yang aku kenal dan main add siapa-siapa yang aku rasakan nak berkawan. Itu silap aku, sekarang ni hampir separuh dari friend list aku tak kenal siapa mereka. Bayangkan kawan dalam friend list kita yang kita tak pernah bertegur sapa tetiba kita komen status dia. Last-last dia pulak tanya balik siapa kita. LOL kan dah jadi persoalan kat situ? Tak salah nak berkawan, atleast bertegur sapa juga. Jangan semata-mata add hanya untuk meramaikan kawan saja. Bagi aku tiada istilah ramai kawan lagi popular, lain la korang tu artis.
Aku lebih suka add atau approve kawan yang betul-betul kenal contoh seperti family, kawan blogger, twitter, forumer, kawan sekolah dan kolej. So senang nak list’kan kawan-kawan dalam group yang mana. Biar sikit kawan tapi kita kenal semua. Less quantity is more quality. Tapi sejak kebelakangan ni, aku tak nafikan yang facebook dah macam friendster dan myspace.
Bukan tempat cari populariti murahan
Kita bukan artis atau selebriti popular yang perlu update status setiap masa dan apa jua aktiviti yang kita buat. Memang tak menjadi kesalahan tapi bagi aku ada benda yang tak perlu bagi tahu tu buat nak hebah di facebook. Tak kan nak masuk tandas pun nak kena tulis kat status? Itu satu yang kedua terutamanya bagi kaum wanita, tak perlulah nak letak gambar berposing yang seksi-seksi untuk tarik perhatian. Buat seksa mata yang menengok (tertengok je).
Dah tu jangan salahkan kalau gambar-gambar kesayangan anda ada di laman-laman sosial untuk di jadikan tatapan umum. Lambakan website yang ada sekarang ni mencuri gambar-gambar gadis comel untuk kepentingan diri sendiri. So fikir dahulu dan berhati-hati sebelum memuat naik gambar peribadi anda di mana-mana laman sosial.
Group dan fan page anti seseorang
Dulu kecoh dengan beberapa fan page I Hate mana-mana artis yang peminat benci. Sekarang ni banyak pula orang yang create group benci sana sini. Satu je yang aku nampak yang di facebook ni banyak stalker, kalau silap kita update status bersiap sedia la untuk mengecapi populariti dengan kutukan-kutukan dari ahli anti-group tersebut. So berhati-hati dalam mengemaskini sebarang status di wall kita dan semasa memberi komen di wall rakan-rakan yang lain. Tak pasal-pasal print screen pasal kita dijadikan bukti. Nampak tak yang manusia sekarang ni menunggu nak cari kesalahan orang saja. Pernah dengar tak fan page atau group yang memuji sesorang siap sekali dengan print screen. Tak ada bukan.
Aplikasi yang membosankan
Hellooo guys, aku pun main jugak aplikasi yang ada di facebook sebagai hiburan, tapi tak la sampai menyemakkan wall kawan-kawan yang lain. Sendiri main sudah lah, lagi satu tak perlu la sampai nak invite kawan-kawan yang lain join sekali. Kalau yang berfaedah tu boleh la diterima dek akal, tapi ni ada yang tak masuk di akal. Ada orang addict sampai hari-hari kena tengok luck dia kat facebook. Kalau saja suka-suka tu ok, jangan sampai terpengaruh sudah.
Stop tag gambar pasal login dapat Rm100
Sudah cukup lali kita dengar pasal login facebook dapat duit. Dah la haram masih ada lagi yang percaya tu semua. Kalau macam tu baik semua orang jadi penganggur saja duduk depan komputer kerja login facebook. Lagi satu aku cukup benci apabila ada orang tag gambar duit ni semua. Nak tunjuk kaya la sangat, pastu siap buat ayat berbunga-bunga bagi orang percaya. Apa kes suruh kita tinggal nomber telefon, id YM semua. Hanya orang cetek pemikiran saja yang ikut saja apa yang dorang mahu. Mana ada orang duduk saja nak dapat duit.
P/S: Banyak keburukan dari kebaikan laman sosial ni, kalau pandai guna banyak faedah yang kita dapat. Jangan salah gunakan kemudahan yang ada dan kalau boleh manfaat sebaik mungkin.
Apa Boleh Buat Dengan 1 SMS
kredit gambar di sini
Masa aku blogwalking ke blog Ramdzi, aku tertarik dengan entri terbaru dia tentang Budaya SMS Masyarakat Malaysia. Boleh katakan lebih RM16 billion di belanjakan oleh masyarakat Malaysia untuk menghantar 80 billion sms dan mms setahun. Bukan la sesuatu sindrom baru di Malaysia tentang pengunaan sms terutamanya di kalangan remaja. Tapi itu satu nilai yang besar ok hanya kerana sms.
Teringat lagi 6 tahun lepas masa pertama kali guna handphone, masa tu penggunaan handphone sangat terhad penggunaannya hanya untuk call dan sms saja. Kalau ada pun hanya GPRS, itu pun kena charge kadar penggunaan. Tiada wireless atau 3G untuk membuat panggilan video seperti smartphone yang ada di pasaran sekarang ni. Itu dulu la kan.
Tapi bila revolusi peredaran zaman semakin pesat berkembang, tak kira guna handphone apa sekalipun sekarang ni dengan 1 sms saja dah macam-macam boleh buat. Tidak terhad hanya untuk menghantar sms bertanyakan khabar kepada rakan-rakan dan ahli keluarga sahaja, sekarang ni nak ber’twitter, ber’facebook malah nak kemaskini status twitter dan facebook dalam masa yang sama pun boleh dengan menggunakan sms. Bagi pengguna handphone yang berkamera, dengan 1 mms sudah cukup untuk buat live blogging.
So no wonder la kan penggunaan sms dan mms mendapat tempat di kalangan masyarakat kita tak kira remaja mahupun geeks. Itu belum termasuk lagi dengan sms pasal pengundian peserta program realiti. Jadi tak hairan la kan kenapa program realiti tv menguntungkan.
P/S: Aku pun mengunakan sms untuk ber’twitter dan ber’facebook =P
Jom Membeli Belah Secara Online
Dunia sekarang dah maju, semuanya di hujung jari. Sekarang tak perlu bersusah payah untuk keluar pergi bershopping tak kira masa, pagi atau malam. Dengan hanya satu klik di internet, anda semua boleh terus membeli barang yang dihajati. Itu pun kalau duit ada le
Entri ni aku tak di bayar apa-apa pun, just nak share pengalaman aku as a customer. Ni first time aku menggunakan perkhidmatan dari pihak YouBeli.com. Seriously mula-mula aku agak was-was dengan laman web YouBeli ni. Itu pun setelah aku periksa betul-betul latar belakang dan lokasi syarikat ni beroperasi dan memberanikan diri untuk menghantar emel kepada mereka, baru membuatkan aku yakin dengan perkhidmatan yang di sediakan oleh mereka. Walaupun dah lama syarikat ni beroperasi, tapi sayang aku baru tahu kewujudan laman ni. Itu pun hasil dari carian diGoogle dan emel yang aku dapat dari WebCash. Kalau nak ikutkan banyak web shopping online yang ada, tapi ikut la yang mana yang kita lebih selesa. Sebelum ni aku lebih suka membeli online di Mudah, Lelong dan di eBay.
Apa yang aku tahu, YouBeli menyediakan khidmat seperti menjual barangan seperti videogame, IT gadget, movie, muzik, software, buku, fashion dan banyak lagi. Terdapat banyak jenis pilihan dan produk baru yang terdapat disitu. Apa yang menariknya, penghantaran percuma di sediakan untuk jumlah pembelian RM150 dan keatas bagi seluruh kawasan di Malaysia. Tapi ada la syarat-syarat dia.
Servis dari mereka memang cepat. Setelah aku bank in kan duit hari selasa yang lepas dalam masa tiga hari, thats mean hari ni la kan barang yang aku nak dah sampai di depan rumah. Tapi ikut juga jenis barang yang kita beli dan cepat mana kita bank in kan duit tu. Kalau dah sevis tip top mesti la kena pujikan ni kalau servis tak memuaskan, siap sedia la nak kena kata-kata sinis dari aku kat blog ni. Kalau kawan-kawan yang nak shopping online aku syorkan di YouBeli. So apa lagi, jom membeli belah secara online di YouBeli.
P/S: Kan best kalau duit banyak, macam-macam nak beli.
Perang Browser, Yang Mana Pilihan Di Hati
Penggunaan internet di zaman sekarang bukanlah satu yang baru. Dengan pelbagai syarikat telekomunikasi gergasi yang menyediakan kemudahan untuk melayari internet, kini pengguna sekarang boleh memilih untuk mendapatkan tahap kelajuan yang di kehendaki dengan pakej dan bajet yang berpatutan.
Di sebalik itu, pemilihan penggunaan browser juga penting dalam melayari internet. Browser yang baik dapat meningkatkan kelajuan dan kestabilan semasa melayari internet. Jadi tercetuslah perdebatan perang browser di kalangan pengguna internet di Malaysia mengatakan kelebihan browser pilihan masing-masing. Antara browser yang kerap digunakan adalah seperti Internet Explorer, Mozilla FireFox, Google Chrome, Opera, Safari dan lain-lain lagi.
Setiap pendapat dan cara penggunaan di kalangan pengguna browser sememangnya berlainan, jadi aku tak dapat nak spesifikasikan browser mana yang terbaik untuk digunakan. Mungkin bagi aku, Google Chrome adalah browser yang terbaik selama aku melayari internet. Dengan kelajuan dan kekemasan susunan pada chrome, sudah cukup membuatkan aku mesra mengunakannya. Tambahan pula pelbagai pilihan extensions yang ada membuatkan Google Chrome sama seperti add-ons yang terdapat di FireFox.
Tapi mungkin pengguna browser lain tidak sependapat dengan aku terutamanya pengemar Twitter yang menggunakan Echofon sebagai klien Twitter mereka di FireFox. Apa-apa pun, terpulang atas individu masing-masing. Pada aku, Google Chrome tetap di hatiku walau bermacam jenis browser yang telah aku cuba still tak leh lawan En. Google…hehe
**********
DOWNLOAD NEW BROWSER
Akaun Apa Yang Korang Guna

Salam semua, entri ni dah lama aku nak tulis sebab ada beberapa orang tanya masalah ni kat aku, tapi masih terbengkalai dalam draft jadi hari ni aku siapkan untuk berkongsi sesuatu dan mungkin ramai pengguna blogspot tak perasan pasal ni (aku agak je). Sebelum aku menulis ni aku telah meminta tolong dari beberapa rakan blogger aku di YM, ternyata semua sependapat dengan aku. Sebarang kesilapan maklumat harap sesiapa yang bijak pandai tolong perbetulkan, ni hanya dari pandangan aku saja.
Google telah beberapa kali menaik taraf kemudahan yang ada di ruang blogspot ni. Antaranya ialah di ruangan widget followers. Antara pembaharuan yang ada di widget followers ialah sekarang ni korang boleh follow lebih dari 200 blog (dulu limit 200 saja), Add as friend iaitu menjadikan followers korang sebagai kawan dan korang juga boleh follow mana² blog yang korang suka dengan menggunakan mana² akaun seperti gambar di atas. Menarik bukan, ini membolehkan kita membuat lebih banyak pilihan semasa nak follow sesebuah blog.
Bagi pengguna akaun google memang tak menjadi masalah kerana setiap blog yang korang follow akan terus update di dalam dashboard dan Google Reader, tapi sebaliknya pula dengan pengguna akaun selain google. Contohnya seperti akaun yahoo, aku pernah cuba follow beberapa blog dengan menggunakan akaun yahoo dan twitter tapi hasilnya tiada update blog yang aku follow di dalam dashboard.
Disebabkan tiada update di dalam dashboard, maka terpaksalah aku menggunakan alternatif lain dengan mengupdate sendiri link blog yang aku follow di Google Reader dan Bloglist. Kalau tak buat macam ni, aku hanya di namakan follower blog tu tapi tanpa mengikuti perkembangan blog tu, dalam erti kata lain, hanya meramaikan follower yang ada. Sekarang ni aku akan kurangkan dari 200++ blog yang aku follow, tak sempat nak masuk semua blog ada dan dalam 200++ tu bukan semua yang aktif blogging lagi dan aku akan ganti dengan list blogger baru.
Sebut pasal Google Reader, berapa ramai yang menggunakan kemudahan ni, aku yakin tak ramai yang guna walaupun kemudahan ni telah tersedia di ruang blogspot. Kalau sesiapa yang tak faham macam mana nak guna Google Reader dan Bloglist boleh rujuk entri ni. Aku tak tau korang faham ke tak maksud entri ni yang cuba aku sampaikan, kalau tak faham sila faham fahamkan dan aku nak bagi tau akaun google da best :P
Ada Apa Dengan Warna Dan Perkataan
Lihat pada gambarajah dibawah dan sebut mengikut WARNA, bukan PERKATAAN
Lumrah manusia tiada yang sempurna. Ni disebabkan kecelaruan (betul ke ayat ni) pada otak kiri dan kanan. Otak kanan kita cuba untuk menyebut warna tetapi otak kiri kita lebih kepada membaca perkataan tersebut.
Jadi agak tergagap gagap untuk menyebut mengikut WARNA tapi bukan PERKATAAN tu. HAHA, walaupun pada hakikatnya sekali pandang nampak memang senang. Apa² pun korang layan la gambar tu sambil menyebut warna² yang ada dan cuba sebut semua warna tu seberapa pantas yang korang boleh buat.









