Jul 12, 2009

Akaun Apa Yang Korang Guna


Salam semua, entri ni dah lama aku nak tulis sebab ada beberapa orang tanya masalah ni kat aku, tapi masih terbengkalai dalam draft jadi hari ni aku siapkan untuk berkongsi sesuatu dan mungkin ramai pengguna blogspot tak perasan pasal ni (aku agak je). Sebelum aku menulis ni aku telah meminta tolong dari beberapa rakan blogger aku di YM, ternyata semua sependapat dengan aku. Sebarang kesilapan maklumat harap sesiapa yang bijak pandai tolong perbetulkan, ni hanya dari pandangan aku saja.


Google telah beberapa kali menaik taraf kemudahan yang ada di ruang blogspot ni. Antaranya ialah di ruangan widget followers. Antara pembaharuan yang ada di widget followers ialah sekarang ni korang boleh follow lebih dari 200 blog (dulu limit 200 saja), Add as friend iaitu menjadikan followers korang sebagai kawan dan korang juga boleh follow mana² blog yang korang suka dengan menggunakan mana² akaun seperti gambar di atas. Menarik bukan, ini membolehkan kita membuat lebih banyak pilihan semasa nak follow sesebuah blog.


Bagi pengguna akaun google memang tak menjadi masalah kerana setiap blog yang korang follow akan terus update di dalam dashboard dan Google Reader, tapi sebaliknya pula dengan pengguna akaun selain google. Contohnya seperti akaun yahoo, aku pernah cuba follow beberapa blog dengan menggunakan akaun yahoo dan twitter tapi hasilnya tiada update blog yang aku follow di dalam dashboard.


Disebabkan tiada update di dalam dashboard, maka terpaksalah aku menggunakan alternatif lain dengan mengupdate sendiri link blog yang aku follow di Google Reader dan Bloglist. Kalau tak buat macam ni, aku hanya di namakan follower blog tu tapi tanpa mengikuti perkembangan blog tu, dalam erti kata lain, hanya meramaikan follower yang ada. Sekarang ni aku akan kurangkan dari 200++ blog yang aku follow, tak sempat nak masuk semua blog ada dan dalam 200++ tu bukan semua yang aktif blogging lagi dan aku akan ganti dengan list blogger baru.


Sebut pasal Google Reader, berapa ramai yang menggunakan kemudahan ni, aku yakin tak ramai yang guna walaupun kemudahan ni telah tersedia di ruang blogspot. Kalau sesiapa yang tak faham macam mana nak guna Google Reader dan Bloglist boleh rujuk entri ni. Aku tak tau korang faham ke tak maksud entri ni yang cuba aku sampaikan, kalau tak faham sila faham fahamkan dan aku nak bagi tau akaun google da best :P

37 Comments

  • stakat ni xde mslh..
    google is the best!
    =)

    [Reply]

  • Saya masih menggunakan account maybank2u. Ada juga account CIMB dan RHB, tapi masih setia dengan maybank2u. Opsss, salah topic la plak. Lari tajuk perbincangan ni.

    [Reply]

  • betol2…

    aku sokong..

    dulu pakai yahoo..tapi xbest…

    google jugak pilihan di ati..hehe

    [Reply]

  • yahoo ok, tp google lagi mabeles for me.jadi,aku vote google.hehehe

    [Reply]

  • hehehe~

    aku guna Yahoo…Google, Twitter!

    tapi aku sgt suka Google~

    [Reply]

  • hehehe~

    aku guna Yahoo…Google, Twitter!

    tapi aku sgt suka Google~

    [Reply]

  • qoogle n yahoo sma bez!

    [Reply]

  • aku dr dulu nak update list aku

    tak ada masa

    ramai dah x aktif

    huhuhu

    [Reply]

  • dulu yahoo…
    skang google…haha

    [Reply]

  • aku suka guna google, best. twitter juga…haha

    [Reply]

  • Biasa guna google je.

    [Reply]

  • dulu gune yahoo,,
    skang gune google,,
    x tau nape,,

    (bile la aku nak post entry baru)

    [Reply]

  • stakat ni aku byk gne twitter utk follow blog org lain..so meh pakat rmai2 follow my twitter…hoho

    [Reply]

  • smua gune kowt…ngeh ngehh…;p

    [Reply]

  • ku gnua yahoo dn google je..

    [Reply]

  • goooooglelicioussssss,

    fullstop.=)

    [Reply]

  • goooooglelicioussssss,

    fullstop.=)

    [Reply]

  • Setuju .

    [Reply]

  • ada yg digune..ada yg tak …

    [Reply]

  • Hmmm rasanya..yang paling mudah dan senang [tak banyak songeh] adalah google dan blogger..

    [Reply]

  • sme akaun aku ade. heheh. (tak sme la)
    tapi plbagai la. huhu.

    [Reply]

  • yeahh..daku stuju jugee
    akaun google da bestt..muah2x to gOogLe….

    [Reply]

  • aku ade 1 akaun google, 3 akaun yahoo

    tamakssss~
    :p

    [Reply]

  • manis ade akaun gmail, tpi utk blog ja.
    len2 smua yahoo.
    x pnah pn bukak gmail.
    hohoh

    [Reply]

  • akaun?
    aku ada akaun google, yahoo, hotmail, OpenID, twitter, facebook, friendster, mybloglog, wordpress, multiply, youtube, gravatar….

    urm…adakah berkaitan?hihi

    [Reply]

  • GOOGLE is the best. Google Reader, Maps, Gmail, Blogspot, Picasa.. memang suma best ah.

    [Reply]

  • google paling tiada masalah :)

    [Reply]

  • google la senang jika nak dibandingkan dengan yahoo. yahoo utk ym sahaja [seringkali]

    [Reply]

  • yahoo n google dua2 oke je.. setiap satu ada kelebihan n kekurgn tersndiri..
    :)

    [Reply]

  • Khairil,
    Aku suka goggle dari yahoo.. senang nak sign in.. tak byk cerewet..

    [Reply]

  • account frenster boleh ke?pekejadahnye aku ni?

    [Reply]

  • saya pakai google n yahoooo jee

    [Reply]

  • Google … Yahoo.
    Explorer … Mozilla …
    Haahhh … apa2 lah!

    [Reply]

  • yes, google terbaek :D

    err saya guna bank islam juge ;P

    [Reply]

  • yahoo,google,twitter, openid, leh kata majoriti byk la akaunyg aku ada… huhuhu

    [Reply]

  • yahoo,google,twitter, openid, leh kata majoriti byk la akaunyg aku ada… huhuhu

    [Reply]

  • mmg pun follower sekarang saye tgk lebih pada mahu meramaikan bukan mahu mengikuti sgt pun..:)

    [Reply]

Leave a comment

CommentLuv badge

Geng FB