Apr 16, 2010

Apa Boleh Buat Dengan 1 SMS

kredit gambar di sini

Masa aku blogwalking ke blog Ramdzi, aku tertarik dengan entri terbaru dia tentang Budaya SMS Masyarakat Malaysia. Boleh katakan lebih RM16 billion di belanjakan oleh masyarakat Malaysia untuk menghantar 80 billion sms dan mms setahun. Bukan la sesuatu sindrom baru di Malaysia tentang pengunaan sms terutamanya di kalangan remaja. Tapi itu satu nilai yang besar ok hanya kerana sms.


Teringat lagi 6 tahun lepas masa pertama kali guna handphone, masa tu penggunaan handphone sangat terhad penggunaannya hanya untuk call dan sms saja. Kalau ada pun hanya GPRS, itu pun kena charge kadar penggunaan. Tiada wireless atau 3G untuk membuat panggilan video seperti smartphone yang ada di pasaran sekarang ni. Itu dulu la kan.


Tapi bila revolusi peredaran zaman semakin pesat berkembang, tak kira guna handphone apa sekalipun sekarang ni dengan 1 sms saja dah macam-macam boleh buat. Tidak terhad hanya untuk menghantar sms bertanyakan khabar kepada rakan-rakan dan ahli keluarga sahaja, sekarang ni nak ber’twitter, ber’facebook malah nak kemaskini status twitter dan facebook dalam masa yang sama pun boleh dengan menggunakan sms. Bagi pengguna handphone yang berkamera, dengan 1 mms sudah cukup untuk buat live blogging.


So no wonder la kan penggunaan sms dan mms mendapat tempat di kalangan masyarakat kita tak kira remaja mahupun geeks. Itu belum termasuk lagi dengan sms pasal pengundian peserta program realiti. Jadi tak hairan la kan kenapa program realiti tv menguntungkan.


P/S: Aku pun mengunakan sms untuk ber’twitter dan ber’facebook =P

18 Comments

  • “zaman dah berubah,dunia dah maju”…selaras dengan teknologi yang kita ada..kalau hp dulu cuma sekadar call dan sms…sekarang dah siap boleh antar mms,guna tenet pakai hp jek…hp aku sekadar mampu 3g wap jek..masih bukan beri hitam..entah lepas ni apa lagi yang boleh dibuat dengan hp…
    .-= Piston Pecah´s last blog ..Bola dan Gol =-.

    [Reply]

  • dunia semakin maju,macam2 boleh buat hnya dihujung jari shj..huhuhuhu

    [Reply]

  • revolusi handphone ni akan sentiasa berterusan..
    pada masa akan datang, pelbagai lagi kecanggihan dalam handphone akan dicipta..

    saya pkai hp tak canggih..satu sms boleh hantar mesej atau mesej bergambar je..huhu~
    .-= fatint´s last blog ..Berjalan Dalam Tidur? =-.

    [Reply]

  • bro, thanks 4 da link… pasal sms ni, ni le buktinya rakyat Malaysia ni sangat le pemurah! Proud to be Malaysian! hehe.. peace!

    [Reply]

  • Inilah kemajuan..semua hanya dihujung jari kita….
    .-= Mr. Kamikaze´s last blog ..Kerja Kecil, Jiwa Besar…. =-.

    [Reply]

  • hoh.
    dunia dah maju!.

    [Reply]

  • aku sejak dah hidup single mingle ni, kredit yg aku guna, memang jimat sgt skrg..kadang2 smpai 2 3 ari hp aku sunyi sepi..hahaha

    [Reply]

  • 80 billion….kalau satu sms charge 3 sen….peergh..dah kaya raya tu…
    .-= etomyam´s last blog ..Berapa Firefox Add-On Yang Perlu Ada =-.

    [Reply]

  • aku dah jarang gile SMS orang sebab malas… facebook dah ada.. apa2 contact kt facebook… :D
    .-= Amir´s last blog ..Panduan Bercuti di Perth =-.

    [Reply]

  • Betul tu, kali ini sudah banyak industri yang mencoba manggunakan sms sebagai base bisnis mereka. Bayangkan saja berapa juta sms masuk ke kantong mereka :p
    .-= lowongan kerja´s last blog ..PT. UNGARAN SARI GARMENTS JOBS VACANCIES 2010 =-.

    [Reply]

  • industri komunikasi berkembang maju dengan cepat.. :-) sebab memang sangat penting dalam urusan perniagaan dan juga… urusan2 lain..
    .-= zik´s last blog ..Petua awet muda bagi lelaki =-.

    [Reply]

  • aku dah setahun meninggalkan zaman SMS
    since sekarang ni dah takde sape yang perlu aku mesej 24/7
    haha…jimat kredit
    .-= mokteh´s last blog ..Qinghai Quake: The Aftermath =-.

    [Reply]

  • ermm..
    sms senang. pantas dan tak mudah silap infomasi.
    .-= Luth Textile´s last blog ..Penyanyi Achik Spin Meninggal Dunia =-.

    [Reply]

  • semuanya sudah maju kedpan..klu tak gunakan rasa cam rugi plak bro..huhu
    .-= suri´s last blog ..Temankan Saya ke Alam Barzakh =-.

    [Reply]

  • Kalau dulu pakai hp pun dah dikira mewah. Tapi skrg makcik cleaner pun dah pakai hp.
    .-= Azizi Zulkefli´s last blog ..Harta Intelek – Pengenalan Kepada Paten =-.

    [Reply]

  • zaman dulu punya la susah.. sekarang ni semua boleh.. SMS aje.. itu la slogan tuk SMS.. hehe.. semuanya boleh dengan SMS je..
    Paksu-IT´s last [type] ..Jangan Beli iPhone 4 yet

    [Reply]

  • besa la suma bnda ney…~

    [Reply]

  • macam2 blh buat ye dgn sms.
    aku pakai hp biasa2 je, jadi mmg tak penah bertweet, lagi2 liveblogging hehe
    Affan´s last [type] ..Sila pastikan penggunaan katakunci yang betul dalam entry!

    [Reply]

Leave a comment

CommentLuv badge

Geng FB