Perang Browser, Yang Mana Pilihan Di Hati

January 18, 2010 - 8:30 pm 24 Comments

Penggunaan internet di zaman sekarang bukanlah satu yang baru. Dengan pelbagai syarikat telekomunikasi gergasi yang menyediakan kemudahan untuk melayari internet, kini pengguna sekarang boleh memilih untuk mendapatkan tahap kelajuan yang di kehendaki dengan pakej dan bajet yang berpatutan.

Di sebalik itu, pemilihan penggunaan browser juga penting dalam melayari internet. Browser yang baik dapat meningkatkan kelajuan dan kestabilan semasa melayari internet. Jadi tercetuslah perdebatan perang browser di kalangan pengguna internet di Malaysia mengatakan kelebihan browser pilihan masing-masing. Antara browser yang kerap digunakan adalah seperti Internet Explorer, Mozilla FireFox, Google Chrome, Opera, Safari dan lain-lain lagi.

Setiap pendapat dan cara penggunaan di kalangan pengguna browser sememangnya berlainan, jadi aku tak dapat nak spesifikasikan browser mana yang terbaik untuk digunakan. Mungkin bagi aku, Google Chrome adalah browser yang terbaik selama aku melayari internet. Dengan kelajuan dan kekemasan susunan pada chrome, sudah cukup membuatkan aku mesra mengunakannya. Tambahan pula pelbagai pilihan extensions yang ada membuatkan Google Chrome sama seperti add-ons yang terdapat di FireFox.

Tapi mungkin pengguna browser lain tidak sependapat dengan aku terutamanya pengemar Twitter yang menggunakan Echofon sebagai klien Twitter mereka di FireFox. Apa-apa pun, terpulang atas individu masing-masing. Pada aku, Google Chrome tetap di hatiku walau bermacam jenis browser yang telah aku cuba still tak leh lawan En. Google…hehe

**********

DOWNLOAD NEW BROWSER

Google Chrome

Mozilla FireFox

Internet Explorer

Safari

Opera

24 Responses to “Perang Browser, Yang Mana Pilihan Di Hati”

  1. khairilafzal Says:

    BLOG UPDATE: Perang Browser, Yang Mana Pilihan Di Hati http://www.khairilafzal.com/info/perang-browser-yang-mana-pilihan-di-hati #fb

  2. khairilafzal Says:

    Perang Browser, Yang Mana Pilihan Di Hati http://gengblogger.com/read/13797

  3. rezza a.k.a azzer Says:

    salam bro, huehue… :)

    waa mmg perang besar tu bro,sy pakai 3 skali bro,firefox,chrome,safari…

    [Reply]

  4. mohdhanif Says:

    aku guna google chrome gak,puas hati setakat ni berbanding browser lain

    [Reply]

  5. amoi Says:

    aku guna amoiopera. agak bagus. wuakakaka.

    ok. aku pakai chrome utk fb. opera kdg2 guna gak. firefox untuk updated blog dgn tgk utube. haha.

    [Reply]

  6. ahfatt Says:

    aku pun guna google chrome gak. aku suka sebab ringan n laju

    [Reply]

  7. acapz Says:

    firefox yg pertama. opera yg kedua. chrome ketiga. hee. smua ade kelebihan masing2 =)

    [Reply]

  8. Luth Textile Says:

    semua aku pakai.. kecuali safari..

    [Reply]

  9. aisyah Says:

    oit..ngee..
    pena dengar comet bird? aku gune tu..
    lebih kurg cam firefox..

    [Reply]

  10. mohdisa Says:

    i love mozilla firefox. hehe

    [Reply]

  11. Nazz Says:

    Aku guna,

    1-Chrome
    2-Firefox
    3-Opera
    Entah kenapa aku tak suka ie…

    [Reply]

  12. myfr3ak Says:

    Firefox – sebab addon utk editing html/css/color code ada.
    Chrome – laju

    Tu saja browser yang aku guna. Hehe

    [Reply]

  13. kisahsensasi Says:

    Dalam banyak-banyak browser IE dah macam tak dipandang pengguna internet lagi….

    [Reply]

    Khairil Reply:

    betul tu, tapi kalau kalau sapa guna IE yg latest kira ok lg sbb perfomance lebih kurang mcm firefox dgn chrome

    [Reply]

  14. bistari Says:

    aku gune IE untuk buat kerja
    firefox untuk browse internet
    chrome kalo perlu je..hahaha

    [Reply]

  15. naz Says:

    stil setia ngn firefox, byk add on best, chrome aku gune gak, tp kadang2 je :P

    [Reply]

  16. julietANNA Says:

    sejak firefox i suka sgt crashed i dah start guna chrome.dulu tak nak pakai chrome sebab xbanyak add-ons sgt.tp bila dah terpaksa and try pakai,mcmbest pulak rasa.and sekarang dah terlekat ngan chrome >.<
    tp if ada nak pakai any add-ons,kena bukak jugak lah firefox and kdg2 bukak nak ambek bookmark lama2 dulu.hehe.
    so far,rasanya mmg chrome the best!

    [Reply]

  17. kertaz Says:

    Firefox FTW! Firefox byk skin, addon & lain2.. Tp aku ada 3 kot browser dekat pc.. Firefox, Opera (saja2 test) & IE (ghey-khas untuk site gov)..

    [Reply]

  18. x-po Says:

    hoho aku ttp setia dgn musang berjanggut..browser lain aku still tak terbukak hati lg nk guna

    [Reply]

  19. khairilafzal Says:

    Perang Browser, Yang Mana Pilihan Di Hati http://gengblogger.com/read/18611

  20. ery Says:

    for me.. mozilla firefox best…
    uhuhu.. kenapa?? sebab yg je yg aku install..
    hehehe

    [Reply]

  21. hydir Says:

    aku pengguna tegar chrome
    dari versi awal sampai skrg ..

    firefox buat simpan jer .. :P

    [Reply]

  22. TMUkmkd Says:

    hoh isu yang tak pernah habis. sampai malas aku nak update pasal neh XD

    [Reply]

  23. Arnain Says:

    huhu.. musang ngan opera lah… huhu

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled