Perihal Facebook
Sebab lama tak update blog, lama ke? entri kali ni off topic dan mungkin agak panjang. Entri ni dah lama simpan dalam draft, tetiba LuthTextile buat dulu entri macam ni. So terpaksa aku hold dulu untuk seketika. Entri ni aku just nak share apa yang aku lihat dan apa yang aku rasakan. Tak ada kena mengena dengan mana-mana individu, take it easy ok.
Facebook merupakan salah satu rangkaian sosial yang amat popular di kalangan pengguna internet di Malaysia. Boleh katakan majoriti kawan-kawan bloggers atau pengguna internet yang lain menggunakannya. Dengan hanya beberapa langkah untuk mendaftarkan diri untuk membuka akaun facebook, bukan la sesuatu yang merumitkan bagi pelbagai peringkat umur tua mahupun muda untuk memiliki akaun facebook. Dengan adanya rangkaian sebegini, kita dapat menambah kenalan dan dapat menghubungkan kembali hubungan yang telah sekian lama terpisah sejak di zaman tadika, persekolahan, kolej dll. Tapi persoalannya sekarang ni bijakkah kita sebagai pengguna?
Meramaikan Kawan
Ya, aku admit pasal ni. Dulu masa awal-awal mendaftar di facebook tiada kawan yang aku kenal dan main add siapa-siapa yang aku rasakan nak berkawan. Itu silap aku, sekarang ni hampir separuh dari friend list aku tak kenal siapa mereka. Bayangkan kawan dalam friend list kita yang kita tak pernah bertegur sapa tetiba kita komen status dia. Last-last dia pulak tanya balik siapa kita. LOL kan dah jadi persoalan kat situ? Tak salah nak berkawan, atleast bertegur sapa juga. Jangan semata-mata add hanya untuk meramaikan kawan saja. Bagi aku tiada istilah ramai kawan lagi popular, lain la korang tu artis.
Aku lebih suka add atau approve kawan yang betul-betul kenal contoh seperti family, kawan blogger, twitter, forumer, kawan sekolah dan kolej. So senang nak list’kan kawan-kawan dalam group yang mana. Biar sikit kawan tapi kita kenal semua. Less quantity is more quality. Tapi sejak kebelakangan ni, aku tak nafikan yang facebook dah macam friendster dan myspace.
Bukan tempat cari populariti murahan
Kita bukan artis atau selebriti popular yang perlu update status setiap masa dan apa jua aktiviti yang kita buat. Memang tak menjadi kesalahan tapi bagi aku ada benda yang tak perlu bagi tahu tu buat nak hebah di facebook. Tak kan nak masuk tandas pun nak kena tulis kat status? Itu satu yang kedua terutamanya bagi kaum wanita, tak perlulah nak letak gambar berposing yang seksi-seksi untuk tarik perhatian. Buat seksa mata yang menengok (tertengok je).
Dah tu jangan salahkan kalau gambar-gambar kesayangan anda ada di laman-laman sosial untuk di jadikan tatapan umum. Lambakan website yang ada sekarang ni mencuri gambar-gambar gadis comel untuk kepentingan diri sendiri. So fikir dahulu dan berhati-hati sebelum memuat naik gambar peribadi anda di mana-mana laman sosial.
Group dan fan page anti seseorang
Dulu kecoh dengan beberapa fan page I Hate mana-mana artis yang peminat benci. Sekarang ni banyak pula orang yang create group benci sana sini. Satu je yang aku nampak yang di facebook ni banyak stalker, kalau silap kita update status bersiap sedia la untuk mengecapi populariti dengan kutukan-kutukan dari ahli anti-group tersebut. So berhati-hati dalam mengemaskini sebarang status di wall kita dan semasa memberi komen di wall rakan-rakan yang lain. Tak pasal-pasal print screen pasal kita dijadikan bukti. Nampak tak yang manusia sekarang ni menunggu nak cari kesalahan orang saja. Pernah dengar tak fan page atau group yang memuji sesorang siap sekali dengan print screen. Tak ada bukan.
Aplikasi yang membosankan
Hellooo guys, aku pun main jugak aplikasi yang ada di facebook sebagai hiburan, tapi tak la sampai menyemakkan wall kawan-kawan yang lain. Sendiri main sudah lah, lagi satu tak perlu la sampai nak invite kawan-kawan yang lain join sekali. Kalau yang berfaedah tu boleh la diterima dek akal, tapi ni ada yang tak masuk di akal. Ada orang addict sampai hari-hari kena tengok luck dia kat facebook. Kalau saja suka-suka tu ok, jangan sampai terpengaruh sudah.
Stop tag gambar pasal login dapat Rm100
Sudah cukup lali kita dengar pasal login facebook dapat duit. Dah la haram masih ada lagi yang percaya tu semua. Kalau macam tu baik semua orang jadi penganggur saja duduk depan komputer kerja login facebook. Lagi satu aku cukup benci apabila ada orang tag gambar duit ni semua. Nak tunjuk kaya la sangat, pastu siap buat ayat berbunga-bunga bagi orang percaya. Apa kes suruh kita tinggal nomber telefon, id YM semua. Hanya orang cetek pemikiran saja yang ikut saja apa yang dorang mahu. Mana ada orang duduk saja nak dapat duit.
P/S: Banyak keburukan dari kebaikan laman sosial ni, kalau pandai guna banyak faedah yang kita dapat. Jangan salah gunakan kemudahan yang ada dan kalau boleh manfaat sebaik mungkin.






aku mengsokong ko nya kata2 yang memang menyusuk kalbu setiap pengguna fb yg terasa.. wakakaka
.-= syahirul´s last blog ..Oh! NASA akui matahari terbit dari barat =-.
[Reply]
manusia yang selalu tag aku pasal fb RM100 tu aku dah remove. PADAN MUKA. hahahahahaha. aku tak penah grupkan fren list aku tu. tp kalau ada byk mutual fren tu sah2 lerrrr dorang maybe kenal aku. huhu
.-= amoi´s last blog ..Oh! Jika Suami Seorang Geek.. =-.
[Reply]
betul bro. selalu sangat aku kena tag dengan part dapat duit tu.cis. hehe
.-= farhan´s last blog ..Sudah pukul 1.00 pagi ! =-.
[Reply]
masa mula2 aku reg FB, rasanya aku tak add sebarang org tapi silap aku, aku main approve je sape add aku. konon2 nak meramaikan kawan! hahaha. bila dah lama2 tu, aku start create list, aku check sorg2 kawan aku, gila ramai tak kenal. aku terus remove je. lantakkk.hahaha.dah la xde mutual fren dengan sape2. so,skarang mmg aku tapis org yg aku betul2 kenal, and kalau dia mutual fren dgn bloggers ke,kawan2 skolah, aku br approve.
application tu, aku gigih block 1-1.kalau tak,mmg semak la wall aku. kang mula la aku meroyan semua :p muahaha. lega bila dah clear.
lagi satu, kalau nak kerap update status tu, pegi sign up twitter la. ini, makan burger mcd pun nak tulis. T______T
.-= yonna´s last blog ..Apabila Mimpi Yang Menakutkan =-.
[Reply]
Luth Textile Reply:
April 24th, 2010 at 21:15
sokong rangkap no.2
aku nk buang fungsi intergrate fb dgn twitter la
.-= Luth Textile´s last blog ..Wah! Dah ramai makcik – makcik dan awek – awek muda di Malaysia jadi macam ibu – ibu dalam cerite sinetron! =-.
[Reply]
aku tak aktif kt fb..just wat akaun je..hukhuk main blog lg best
.-= x-po´s last blog ..PATUTKAH ADA MAAF UNTUK KALI KEDUA? =-.
[Reply]
Join FB sbb nak cari kawan2 masa study di U dulu ..
maklumlah … semua asyik tukar no. henpon dan x reti nak inform kat kengkawan…
FB le tempat nak merapatkan kembali kisah2 lama
.-= hydir´s last blog ..WAGs Malaysia – Siapa mereka? =-.
[Reply]
Social comments and analytics for this post…
This post was mentioned on Twitter by khairilafzal: Perihal Facebook http://goo.gl/fb/0YF8S #fb…
Zida first time guna FB tahun lepas rasanya. Masa tu form 5. HAHAH lambat betul tau pasal fesbuk ni. Kawan2 tak payah cari. hehe yelah, dari darjah 1 sampai form 5, zida ada 3 sekolah. So, dorang sume pakat add jelahh. Alhamdulillah, kawan yg dah tak pernah jumpa 7 tahun, boleh jumpa balik dalam fesbuk.
kalau org yg tak kenal tu, haha zida suruh dorang add kat fan page je. lagi senang
.-= Zida´s last blog ..UPDATE : Colleen-Kawaii’s Special Giveaway 2010 =-.
[Reply]
hoho.
aku pun jenis wat list.
memang aku approve membe yg aku kenal je.
xkenal pn tapi satu skolah leh lagi terima.
aku jenis block apa2 invite yg mengarut.
kuiz lah, heart la.
pekebendejadah sume tu.
tp aku still maen games kat sane.
seronok tgk level meningkat.
watata.
d:
*kau pn ada dalam fren list aku kan?. tp xpernah pulak kita tegur sape. ekeke.
[Reply]
guna FB untuk jejak semual kawan2 lama yg terpisah…banyak jugak berjaya contact semula..
.-= etomyam´s last blog ..Wanita Berbaju Merah Lebih Seksi Namun Kurang Cerdik =-.
[Reply]
salam..
huhu..
suri setuju degan pendapat tu..tapi yang penting gunakanlah ia kearah kebaikan..berkenaan pic tu kenalah hati2 terutama gologan hawa..sb skrg ni dah mcm org bt haya dgn skping pic jer..huhu
[Reply]
facebook dapat keep in touch dengan kawan2 & jumpa kawan lama semula
.-= fatint´s last blog ..Sebab Aku Sayang N… =-.
[Reply]
Betul la tu, saat ni mana ada dapat duit begitu mudah. Jangan tertipu lagi la dengan tu login facebook dapat duit.
.-= kerja kosong´s last blog ..Singapore General Hospital SGH Jobs Vacancies 2010 =-.
[Reply]
oh…aku tak cute..takde org kot nak amek gambar aku
haha
btw…aku pun takske org duk main2 application sana sini ni
rimas…lagi satu yang duk invite2 group orsuch things
.-= mokteh´s last blog ..Menghitung CGPA =-.
[Reply]
bukak fb… untuk up traffic blog… hehe.. bila dah update blog.. post kat FB … ngeh2.. apa2 pun terpulang kepada individu masing gunakan FB nie.. gunakan ia sebagai medan dakwah pun bagus juga…
.-= zik´s last blog ..Prihatinkah kita? =-.
[Reply]
honestly, aku ada 2 account FB sebab aku tak larat nak tgk FB untuk kengkawan n family berserabut dgn friend yg takat add aje tapi xactive pun. so, aku asingkan.huhuhu.
.-= lizz´s last blog ..Apa Itu Penulis Jemputan =-.
[Reply]
FB ni sekarang banyak orang salah guna..tu yg x bagus tu
.-= Ermilia´s last blog ..Cuti-cuti Malaysia =-.
[Reply]
skang ni mcm2 grup n fan page ley jmpa..kdg2 yg mc x logik pon dorang create,aduiyai…
[Reply]
aku dah hilang ketagihan thadap facebook lps aktif berblogging ni…
facebook skg banyak benda2 merepek. trasa annoying plak.
.-= Amir´s last blog ..WordCamp Malaysia 2010: Event Khas Untuk Pengguna WordPress =-.
[Reply]