Kesan Sampingan Dari H1N1
August 15, 2009 - 10:14 pm
Minggu ni sudah 2 minggu aku mendaftarkan diri sebagai pelajar di Politeknik Seberang Perai (PSP). Tak banyak perubahan yang ketara aku lihat di situ setelah keluar menjalani latihan industri selama 6 bulan. Suasana cafeteria, cybercafe, koperasi masih lagi sama dengan muka yang sama…arrr apa apa je lah.
Bermula semester lepas, sistem pembelajaran short sem diperkenalkan. Aku tak kisah sangat dengan sistem ni, just go on je sebab lagi cepat habis lagi bagus, cuma perlu struggle lebih dari biasa, kurangkan masa nak bermain lebihkan masa untuk belajar (itu pun kalau berjaya lakukan).
Ok disebabkan virus Influenza A (H1N1) mula menganas, ini menyebabkan pihak politeknik juga berhati hati dan mengarahkan semua pelajar, staff dan pekerja yang berada di politeknik diwajibkan memakai topeng muka (face mask) semasa berada di dalam kawasan poli. Aku ingatkan dah wajibkan semua orang pakai mask dapat la mask free, cis rupanya kena beli gak dengan duit sendiri. Untuk keselamatan aku pun beli la 2. Tapi aku teringin nak ada face mask yang design cun cun sebab kat koperasi jual yang yang pattern biasa je.
Hari pertama pemakaian mask di poli, dah nampak macam berada di hospital pula. Sebab jalan kat mana mana pun semua orang pakai mask. Walaupun tak selesa, tapi aku dan kawan kawan yang lain buat tak bersalah je lagi pun ramai yang pakai mask, tak la malu sangat nak pakai di khalayak ramai.
Ada satu hari tu, selepas habis kelas aku aku terus ke tempat parkir motorsikal aku dengan mask masih lagi dimuka, semasa perjalanan ke sana aku terserempak dengan satu lecturer yang pernah mengajar aku. Sempat aku memberi salam kepada dia dan dia membalas salamku dan menyapa aku. Katanya aku semakin gelap setelah kembali dari praktikal. Memang aku akui yang kulit aku dah semakin gelap tapi bila dia kata aku pakai mask terus tak nampak smart. Aku mula berfikir sendirian, muka kacak tapi bila aku pakai mask terus nampak tak smart ataupun lecturer tu yang salah tengok
… tak kan aku dapat kesan sampingan dari H1N1 sampai tahap macam ni. Tak kisah la apa apa je lah.


August 15th, 2009 at 22:38
tadi pun first time aku pakai face mask pergi shopping kat pasar…tapi kat kuching ni awareness pasal h1n1 ni kurang la…..memang sikit sangat org pakai mask…nasib baik aku mmg jenis selamba badak..aku pakai je la walau org keliling tengok aku semacam….yg penting kurang sikit resiko….
[Reply]
August 16th, 2009 at 00:26
tadi ku gi midvalley.. imagine.. kalo seme pakai mask kat sana.. ehehe
tp aku mmg pakai ar.. ramai gak yg pakai.. tp tak seme..
[Reply]
August 16th, 2009 at 01:03
fana balik practical nek bus..so mmg banyak laa kann org..so pakai gak mask
tp org pandang kite nih mcm kite nih yg tak sehat..padahal kite pakai mask sebab tamoh kasi tak sehat
[Reply]
August 16th, 2009 at 01:20
alaa..klo dah smart, pakai ape pon nmpk smart..xyah risau ye??
[Reply]
August 16th, 2009 at 07:06
erk???
hehe
[Reply]
August 16th, 2009 at 08:49
dulu sy ex psp..bdk perdagangan..skg da keje..terkejut kigak dengar PSP ditutup tu..
[Reply]
August 16th, 2009 at 09:47
teoriku-pakai mask dpt mengurangkan penmpilan diri sebanyak 20 peratus..ehehehe
[Reply]
August 16th, 2009 at 14:04
hehe..
aLyn pakai mask dlm kuliah..
sorg2 jew…
kerusi kanan kiri depan kosong…
heeeerrr…
geramnya hnya Tuhan yg tau…
mmg diorg wat kita cam suspek utama pembunuhan jew…
kita cma nak prevent…
[Reply]
August 16th, 2009 at 14:19
pakai mask ilang ke cun nan x?
hihihihi..
=P
[Reply]
August 16th, 2009 at 18:01
alaa. pakai mask kita akn nmpak smart gak.
sbab time ni la kite mrase jadi ninja sementara. haha! X)) but it's for safety. so, tak heran la smart ke tak. right?
[Reply]
August 16th, 2009 at 18:58
org hensem, pakai apa pon ttp hensem
[Reply]
August 16th, 2009 at 18:58
Wuits, joms business jual mask jom.
[Reply]
August 16th, 2009 at 19:12
tadi aku tgk ade mamat ni pakai mask weh, smart seh tapi mahal larr~~ kalau la mask tu bleh basuh dan pakai balik…
[Reply]
August 17th, 2009 at 00:10
hati-hatilah…sekarang ni kiter kena protect diri sendiri..takde cegah2 dah…
[Reply]
August 17th, 2009 at 00:10
hati-hatilah…sekarang ni kiter kena protect diri sendiri..takde cegah2 dah…
[Reply]
August 17th, 2009 at 00:51
haha~~
lect tu laki ke pompuan?~~hehe
[Reply]
August 18th, 2009 at 10:14
mask itu perlu dipakai kalau kita infected, kalau kita sehat tak perlu.
p/s: adik lelaki mengatakan akak dia ni akan kurang comel kalau pakai mask, haha ;DD
[Reply]
August 18th, 2009 at 15:31
nape diaorg x jual je yg 'masked rider black' nyer?
[Reply]
August 19th, 2009 at 01:27
mencegah lebih baik dari mengubati,,,
[Reply]
August 20th, 2009 at 11:35
dekat UTM belum nmpk lagi rmi yg pakai mask..
aiiishh…
[Reply]
August 20th, 2009 at 16:57
kecantikan asli abadi tersemadi walaupun di sebalik mask
^_^
[Reply]
August 20th, 2009 at 20:49
Malas gila nk pakai mask tp kalau pegi KL baru pakaila . Hih
[Reply]
August 21st, 2009 at 21:38
alahai syg~
kamu tetap jambu di hatiku~
[Reply]
August 23rd, 2009 at 14:54
pakai mask tyme di spital ja. rimaslah pakai. rasa cam tercekik pulak.
[Reply]
October 16th, 2009 at 08:17
huhuhu, payah betul jd ensem nie…
[Reply]