Tipikalnya Drama Melayu

January 28, 2010 - 12:06 am 25 Comments

Kali ni aku bukanlah nak menceritakan tentang filem Adnan Sempit atau apa-apa filem yang tengah hangat di tayangkan di pawagam sekarang ni. Rasanya ramai yang sedia maklum pasal cerita ni. Kali ni aku rasa nak meluahkan pendapat dari penglihatan aku tentang drama-drama melayu yang terdapat di pelbagai saluran tv. Tak dinafikan, bukan semua (jangan salah faham, diulang bukan semua OK) drama-drama yang di tayangkan seperti apa yang hendak aku sampaikan. Anggaplah entri ni lebih kepada pendapat peribadi. Jadi gunakan akal fikiran yang rasional untuk menilai.

Drama melayu telah berkembang sejak sekian lama lagi. Perubahan zaman menyebabkan dunia penyiaran mengalami transformasi yang mendadak daripada skrin hitam putih hinggalah ke skrin berwarna. Selain itu untuk menarik minat penonton, pengarah-pengarah menggunakan barisan pelakon yang popular dan hot untuk melariskan drama arahan mereka. Standard la kan, ini namanya strategi pemasaran. Tapi tanpa skrip yang menarik, sesebuah cerita akan terbabas walaupun menggunakan pelakon yang bertaraf bintang. Jadi di sini jelas terbukti kekuatan sesebuah drama bergantung pada skrip yang baik untuk menentukan jalan cerita yang menghiburkan dan mempunyai mesej di sebalik cerita tersebut.

Tapi masih ada lagi drama yang tipikal. Dalam erti kata lain masih berada di takuk yang lama. Di sini ada beberapa point yang jelas ketara dalam drama melayu. Antaranya ialah :

  • Penindasan Antara Dua Darjat

Aku masih lagi tak faham kenapa perlu buat jalan cerita macam ni. Kenapa perlu membezakan orang kaya dan orang miskin. Orang miskin tak boleh nak kawan dengan orang kaya dan sebaliknya. Kita dah masuk tahun 2010, tak kan nak kebanyakkan drama kita semuanya stereotaip.

  • Hubungan Terlarang @ Cinta Terlarang

Akibat dari jurang antara dua darjat, maka perhubungan tak direstui. Maka berlaku hubungan haram tuuuutttt. Cerita macam ni umpama mengalakan lagi masyarakat kita melakukan kejahatan. Balik-balik yang jahat orang melayu jugak.

  • Gaya Hidup Mewah

Drama melayu kalau bab ni memang tak kan kalah, semuanya kalau boleh nak yang branded. Ya la kan, siapa nak hidup susah. Berlakon mesti nampak high class. Barang-barang jenama keluaran tempatan tak layan la. Contoh, kalau boleh masa berlakon kereta semua nak yang di import, mewah dan bergaya. Kereta keluaran tempatan seperti Proton, Perodua mana layan.

  • Tiru Cerita Indonesia

Yang ni tak dapat di sangkal lagi. Orang Malaysia banyak terdedah kepada lambakkan cerita Indonesia. Jadi sampaikan drama melayu pun nak di samakan macam sinetron Indonesia. Come on la, kalau cerita Indonesia boleh buat kisah dongeng yang tak masuk akal, buat apa kitapun nak tiru mereka. Itulah tipikalnya drama kita. Tapi apa yang bagusnya, sejak kempen 1Malaysia dilancarkan, drama kita sudah mempunyai identiti sendiri. Ini menunjukkan keharmonian hidup bermasyarakat di Malaysia. Melayu, Cina dan India dan bangsa lain semua boleh hidup dalam satu komuniti yang sama.

Kesimpulannya kita sebagai penonton mempunyai hak untuk menilai kualiti sesebuah drama. Kalau sesebuah drama tu bagus dan mempunyai mesej, tak rugi pun kita yang menonton. Kalau rasa tak bagus, tak payah tengok senang cerita melainkan dah tertengok nak buat macam mana LOL. Semuanya pilihan di tangan kita. Terpulang pada individu tu sendiri. Tepuk dada tanya selera.

25 Responses to “Tipikalnya Drama Melayu”

  1. khairilafzal Says:

    blog update : (http://www.khairilafzal.com/isu-semasa/tipikalnya-drama-melayu)

  2. khairilafzal Says:

    Tipikalnya Drama Melayu http://gengblogger.com/read/18628

  3. khairilafzal Says:

    Tipikalnya Drama Melayu http://gengblogger.com/read/20009

  4. amirul/aremierulez Says:

    gaya hidup mewah tu memang aku setuju sangat…

    dalam drama, berlambak orang melayu yang kaya….
    hari tu aku tengok satu drama tu, nk pinjam RM 100 juta, selamba je dia kasi…
    banyak betul duit..

    lepas tu satu lagi drama kisah 3 perempuan kilang yg keje sbg operate pengeluar duduk menyewa kat kondo yang complete dgn sofa, tv flat screen & pakai kereta waja… gempak gila… hehe

    [Reply]

  5. Nazz Says:

    He he he.. drama melayu tetap drama melayu.. tengok mulanya dah tau akhirnya.. dan yang paling top selalunya drama cintan-cintun ngan lawak..
    baru-baru ni ajer adalah animasi dan sikit eksyen drama..

    walau macamana pun sapa lagi yg nak bantu melayu kalau bukan melayu… walaupun pahit tetap kene telan bro…

    [Reply]

  6. Miss Q Says:

    Ni cerita “Mayang Mengurai” termasuk sekali ke??

    [Reply]

  7. Enchek Sepang Says:

    wah komen².. tp utk org cm aku ni sdri lg la senang, agk2 cite melayu byk yg lebih kurg sama je.. better aku stop tgk. so xdela dlm kepala aku sibuk nk komen. hehe kkdg tu mmg nk sgt kot tgk perubahan dr segi plot cerita, tp aku rasa mungkin semua tu amik masa gak.

    tp industri filem malaysia mmg byk sgt berubah. yang harus di tabik, animasi malaysia semakin mengembang. good job to Les’ Copaque Production x)

    aku prefer animation dr real. sbb cartoon byk bole buat senyum sorg2. haha

    [Reply]

  8. Luth Textile Says:

    cita melayu semua nk hebat. tp hampeh

    [Reply]

  9. lizz Says:

    tipikal memang tipikal tapi rasanya sekarang ada dah pengarah yang dah berjaya keluar dr kepompong lama. cuma, belum ramai :)

    [Reply]

  10. myfr3ak Says:

    Sebut saja pasal drama melayu, otak aku teringat si zed zaidi dengan sembilunya! Yuckss!

    Bagi aku, kebanyakkan drama melayu, sesuai untuk golongan veteran. Menghiburkan hati tua mereka. Tidak lupa kepada para remaja sekolah dengan aksi-aksi shuffle.

    Untuk golongan macam kita? CSI, HOUSE M.D. dan sebagainya adalah untuk kita. Hee

    [Reply]

  11. Ery Says:

    Aku setuju ngan ko khai.. Ok ke aku panggey ko ngan nama tu?? Hheh… Filem melayu skrg ni banyak membazir dan tiada elemen kemelayuan dah.. Sikit2 rempit.. Sikit2 bohsia… Ape nak jadi ngan melayu sekarang ni. Bg aku lg byk filem ala2 cam ni dlm pawagam. Lg bangga mat2 rempit dan awek bohsia ni. Ape2 pn seronok la korang bleh tgk wayang.. Aku yg kt klantan ni tgu dvd je la… T~T

    [Reply]

    Khairil Reply:

    err…panggil aku keril sudah :)
    nak buat macam mana, dah itu yang orang kita minat..mau x mau terpaksa kena terima semua tu

    [Reply]

  12. TMUkmkd Says:

    untuk tugasan filem pendek 30 minit tu kitorang buat.. orang yang biasa. rumah biasa. pernah meninggalkan rumah kerana dihalau maknya. sebab rogol adiknya. kerana nafsu. tapi akhirnya insap kerana satu perkara. :) kitorang cuba lari dari konsep.. cinta muda mudi, pub, bomoh dan lebih kepada biasa. menjadi biasa. :D

    [Reply]

  13. ahmadyusrie Says:

    kalo ikutkan bolywood ade adegan standard, balai polis, polis korup,keretapi,menari kat taman…
    even hollywood pun ade adegan standard you know what i mean (seks)…tapi orang suka adegan-adegan mcm itu so orang tak komplen…ok cukup.
    acuan drama melayu memang macam tu…semua pengarah dah terikut-ikut, tak berani nak bereksperimen.
    teringat cerita lu fikir la sendiri “adegan standard citer Melayu”…haha

    [Reply]

  14. mohdisa Says:

    bab tiru cerita indon tu aku stuju. nak melawan punya pasal. sanggup ciplak gaya org len. tak sesuai betui!

    [Reply]

  15. Rjuna Says:

    Aku tambah lagi tipikal drama melayu ni,

    ~ Asal nak sembang jer ajak gi makan-minum, asal nak cakap hal sikit mesti sembang kat restoran, pastu kalau yg keparat sure meeting belah malam ada dinner katannya, MAKAN AJER haha sembang dlm opis takleh ke, kat katil ker

    ~ Orang baik selalu malang, orang jahat selamanya jahat, hah ni yg kelakar drama streotaip Malaysia, konon nak wujudkan elemen sedih kaw kaw punya

    [Reply]

  16. hydir Says:

    mmg banyak drama melayu yang stereotaip dan tak best tp ada beberapa yang exception ..

    Nurkasih, Manjalara, Sephia, Seputih Qaseh Ramadan … hohoho

    [Reply]

  17. x-po Says:

    biasalah, drama yg bajetnya skit, so ssh skit nk wat mantap2..hehe

    [Reply]

  18. kertaz Says:

    Aku dah boring tengok drama/movie melayu.. X der jalan cerita yg sama.. Semuanya lebih kurang..

    [Reply]

  19. hafizmd Says:

    Hehe..mmg tepatla sekali..ade lagi..kalau ade pelakon tambahan..mesti keras giler macam hape jer berlakon..kire tangkap muat jerla..janji macam ade orang..adehh..

    [Reply]

  20. fiezaradzi Says:

    haha.. de betulnye bagi pengarah yg takut buat perubahan.. tapi dh de cam citer nou kasih, dan citer shiela rusly, yg lebih kpda kehidupan sebenar.. citer nur kasih mmg lain, tapi pelik gak, kt rumah sndiri tanpa de ipar-duai kena pakai tudung juger ek..
    mgkin idea lum bkembang kot.. atau pun mcari zone selamat, yg mana citer cm tu mmg de pnontonnya.. tah la kan.. tapi susah ler nak cari citer2 yg lebih baik, yg lebih m’insafkan..

    [Reply]

  21. zaidi Says:

    sungguh-sungguh kasihan dengan drama melayu. tengok drama-drama dari rosyam nor? berapa banyak duit dia gasak bila dapat slot terbitkan drama-drama cap ayam macam tu? perahati baik-baik, siapa pula penulis skripnya. syarifah abu salem.. kalau keruntuhan kualiti drama melayu yang menjadi soal, penulis-penulis skrip macam dia ni la yang empunya angkara. Kaya miskin, cemburu dengki, watak baik macam malaikat dan watak jahat sampai bulu mata pun dibuat melentik macam penyapu sampah.

    ahmad fuad onah dari grand brilliance (aka suku-sakat TV3) pun sama. Tengok la nama dia sebagai penerbit dan tunggu saja la drama yang diterbitkan. yang pasti semuanya mereka-mereka ini menulis dan menerbitkan drama yang difikirkan boleh laku ditonton saja oleh khalayak yang hanya menganga dan menerima apa saja sebagai hiburan murahan. tak kira la drama tu mencedok idea indon, korea, mexico atau bangla sekalipun.

    Animasi malaysia pun sama. upin dan apa ntah.. aku tak dapat terima langsung kartun tu walaupun aku tak pernah ketinggalan tengok spongebob squrepants berapa kali ulang sekalipun. chibi mariko chan ntv4 pun bagus.. nampak semulajadi, sama juga dengan doraemon. kartun malaysia dari les copaque tu tak nampak semulajadi dan nampak sangat nak jual idea murahan yang sangat klise..

    drama zulkifli m. osman?? tak payah cerita lagi la…

    [Reply]

  22. stonez145 Says:

    upin ipin rasanya bagus…lbih baik dari spongebob dan animasi lain..
    cuma pndgn

    [Reply]

  23. suri Says:

    hai kawan..
    yelah, suri pun sokong dengan pendapat peribadi anda tu..kekadang naik bosan jer kan. macam dah tak der citer lain le pulak,,huhu

    [Reply]

  24. lekit Says:

    Kalau tengok pelakon plak, jadi orang kampong, toreh getah, pikul tandan pisang, bersawah….tapi baju semua baru keluar dobi!…kalau singlet, setitik getah pisang ker, getah toreh ker tak nampak…koyak? jauh sekali…tak cayer, perkhati betui-betui….

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled